BAB 71

Romance Series 60740

Sementara menunggu Salwa pergi order sesuatu di kaunter, Safia menikmati nasi goreng di dalam pinggan sambil bibir tersenyum sendiri. Sejak akhir ni, dia rasa hatinya kembali bahagia. Semuanya jadi selepas Farhan meluahkan perasaan pada makan malam minggu lepas. Walaupun dia belum memberi sebarang kata putus tapi hatinya rasa terusik. Cinta berputik lagikah?

Sejak dari itu, Farhan sangat mesra melayannya. Kalau berjumpa di pejabat mereka akan berbalas senyuman. Bukan lagi senyuman sebagai kawan seperti sebelum ni. Ada saja ayat manis yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan hatinya jadi berbunga-bunga. Sweet talker jugak si Farhan ni. Dia tersenyum lagi.

Salwa datang dan duduk di meja mereka sambil membawa puding caremel.

“Ni aku order desert ni. Sedap tau Pia. Makan la.’’ Salwa memandang Safia yang asyik tersenyum sendiri itu. Berangan apa minah ni.

“Oi..!’’

“Oi!’’ Safia sikit terperanjat. Salwa tergelak melihatnya.

“Kau apahal dow? Berangan apa ha senyum sorang-sorang. Buang tebiat ke?’’

“Ishh tak ade lah. Senyum pun tak boleh ke?’’ kata Safia selamber.

Salwa memandang kawan di depannya. Sejak akhir-akhir ni dia perasan Safia selalu tersenyum. Mesti ada apa-apa ni.

“Kau ni apahal? Lately aku tengok senyum macam kerang busuk. Kau dengan Farhan bercinta ek?’’ teka Salwa. Safia tersipu malu. Rasa segan pulak nak bercerita. Pandai betul si Salwa ni.

“Dia dah luah perasaan dia kat aku Wa..’’ Salwa terkejut.

“Serius la beb?’’

“Ye” Safia tersenyum malu.

“Aku dah agak dah. Dia memang syok kat kau dari dulu lagi. Kau pun sebenarnya suka dia jugak kan.. kan?’’ usik Salwa.

"Sikit la. Hihi’’ Merah muka Safia menahan malu. Rasa macam dah tua pulak untuk dia bercinta balik. Tua apa. Baru 29 tahun.

“Ok la tu. Kalau dah sama suka bila nak kahwin?’’

“Ishh kau ni. Agak-agak la cepat sangat. Dia bukan propose aku jadi bini. Just, dia cakap nak isi ruang hati aku je.. Kalau kahwin-kahwin ni aku belum terfikir lagi..’’ kata Safia. Buat masa ni dia masih belum bersedia untuk berumah tangga lagi. Trauma itu masih ada. Biarlah masa yang menentukan.

“Ok la tu. Kenal-kenal dulu. Lagi pun dia dah pernah jumpa family kau kan’’

Safia mengangguk. Teringat dulu kalau dia nak balik ke kampung mesti Farhan akan menawarkan diri menghantarnya ke sana. Walaupun di tolak berkali-kali tetap Farhan menghantarnya. Bahaya katanya kalau dia perempuan drive sorang-sorang.

“Family Farhan pun orang sini’’ kata Salwa lagi.

“Kau pernah jumpa la family dia?’’ Safia tertarik mendengarnya.

“Tak pernah pun. Yang aku tahu salah satu lembaga pengarah company kita tu ayah angkat dia’’

“Oo yeke.. Tak tahu pulak.. Dia tak pernah cakap pun’’

“Ye. Nama Encik Tarmizi. Aku pun pernah tengok sekali dua je Encik Tarmizi tu. Aku rasa family Farhan tu kaya tau. Farhan tu humble. Dia tak suka kecoh-kecoh pasal family dia’’

“Kau tahu mana semua ni?’’

“Aku korek lah dari Farhan tu. Dia tu jenis susah nak bercerita pasal family dia. Kalau kau nak tahu kau kenal-kenal la dia’’

Safia mengangguk sambil mengunyah makanan. Dia rasa tertarik untuk kenal Farhan lebih dalam.

Sepanjang dia mengenali Farhan, tidak pernah lelaki itu bercerita tentang keluarganya. Yang dia tahu Farhan tu anak tunggal dalam keluarga. Mungkin waktu itu mereka cuma kawan biasa. Rasa tak penting untuk dia tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience