BAB 36

Romance Series 39916

Safia termenung di balkoni kondominium mewah itu. Sedar tak sedar sudah 5 hari dia bekerja di syarikat Ilham dan tinggal bersama suaminya di sini. Senang juga untuk mereka ke tempat kerja sekali.

Kata Ilham, dia menyewa sementara daripada abang kawannya Shahrul, kerana Safia tidak mahu tinggal serumah bersama Khadeja. Rupanya Ilham sudah merancang awal semua itu. Dia mahu bersama Safia tanpa ada orang lain sepanjang tempoh iddah mereka. Cuma mereka tidak sebilik saja. Sepatutnya perlu ada mahram lain dalam rumah ini. Tapi Ilham berkeras mahu tinggal berdua saja dengannya. Terpaksalah dia ikutkan.

Kelendar pada telefon pintar di tekan. Tarikh inddah mereka sudah berjalan selama 49 hari. Bermakna tempoh iddah itu cuma tinggal sebulan 13 hari lagi. Safia menghela nafas.

Terbayang wajah Yusra saat dia memberitahu mahu kerja dan tinggal bersama Ilham.

“What? Serius la Pia? Kau nak kerja and duduk dengan dia balik?’’ Yusra duduk di depan Safia di meja makan rumah mereka malam itu.

“Ye. Tu permintaan ke 3 and ke 4 dia sepanjang tempoh iddah kitorang’’ kata Safia sambil mengunyah buah mangga colek di atas meja. Sedap jugak. Mana Yus beli ni..?

“Wow. Dahsyat eh permintaan dia. Aku ingat dia just nak spendtime dengan kau waktu pergi balik kerja je. Tak sangka sampai mintak kau kerja and tinggal dengan dia sekali’’

“Itulah tu. Aku macam malas nak fikir. Lagi pun tinggal sebulan lebih je lagi. Lepas tu kitorang dah tak ada apa-apa. Aku pun dah nak kerja dengan Salwa kat Johor sana. Nasib baik kawan si Salwa tu ok tak nak pakai pembantu akauntan immediately. Harap-harap boleh tunggu sampai aku habis iddah ni lah’’

“Aha kan. Untung kalau pakai kabel. Zaman sekarang tak pakai kabel susah nak dapat kerja beb’’ mereka sama-sama tergelak dengan kata Yusra.

“Nampaknya aku tinggal sorang lagi lah lepas ni. Humm’’ Yusra bersuara merajuk.

“Alolo.. Nanti kalau free-free aku turun lah kL melawat kau’’

“Bila kau nak masuk rumah Ilham? Kiranya korang duduk bertiga lah eh dalam rumah tu. Dengan bini baru dia tu. Nama apa eh..?’’ Yusra garu kepala yang tidak gatal.

“Eh, memang tak lah aku setuju nak duduk sana balik. Malas aku nak ngadap muka menantu saudara kesayangan mak long dia tu..!’’ Safia terus mengunyah tanpa menyebut nama Khadeja.

“Habis tu duduk mana?’’ kening Yusra berkerut.

“Am kata dia dah cari rumah sewa lain. Nanti dia bawak aku tinggal sana. Senang, pergi kerja pun sekali je”

“Nampak kan dia masih sayang kat kau Pia. Sanggup dia cari rumah lain semata-mata nak spendtime dengan kau. Kau tak rasa jatuh cinta balik ke? Tak payah la cerai. Rujuk je la’’ Yusra tersengih. Dia rasa gembira kalau mereka rujuk semula. Tapi itulah nak berkongsi kasih suami bukan senang. Dia faham sangat situasi kawannya itu.

“Entah lah Yus. Aku masih teringat lagi sindiran family dia kat aku. Nak bersama balik pun aku jadi takut. Tunggu habis iddah nilah aku fikir macam mana’’ Yusra mengangguk faham dengan kata Safia. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

“Eh, Pia jap. Kalau bab kau kerja dengan dia tu ok lagi tau. Ni bab bila kau dah tinggal dengan Am nanti. Setahu aku lah kan. Kalau suami isteri tu dalam iddah, bila dah duduk sekali ni, kalau suami ajak rujuk then, tiba-tiba 'ter…' Automatik rujuk tau.. Kau faham kan maksud aku?’’ Yusra mengangkat jari telunjuk menggunakan kedua tangannya.

Safia terhenti mengunyah mangga itu setelah mendengarnya. Betul jugak. Uish! Bahaya ni.

“Kan..’’ Safia setuju dengan kata kawannya itu.

“So, kalau kau tak nak rujuk korang tak boleh sebilik la. Bahaya.. Aku bukan nak hasut kau tau. Aku cuma bagi idea je.. Kalau kau ter.. ehem ehem dengan dia nasib kau lah..’’ Yusra ketawa dengan usikannya.

Safia terus mengunyah mangga colek yang dibeli Yusra tadi. Separuh balang dah tinggal.

“Sedap sangat aku tengok kau makan tu’’

“Sedap la. .Mana kau beli eh? Esok aku nak cari lah’’

“Tepi jalan je. Kalau kau nak nanti aku belikan’’

“Boleh jugak’’ Yusra pelik memandang Safia makan banyak begitu.

“Beb.. Iddah kau sebulan lebih lagi kan. Maksudnya kau sekarang dah dua kali periodlah kan. Tinggal lagi satu kali periodlah?’’ Sekali lagi Safia terhenti mengunyah. Keningnya berkerut.

“Eh Yus. Aku rasa aku belum period lah’’ Safia menelan air liur. Baru dia ingat sepanjang tarikh iddah ni dia tidak datang haid langsung. Kali terakhir dia datang bulan, sebelum dia dan Ilham pergi bercuti dulu.

“Serius lah Pia? Kau tahu tak tempoh iddah ni selama 3 kali suci tau. Tak pun 3 bulan..’’

“Ye aku tahu. Aku tak perasan langsung la. Sebab period aku memang tak teratur tau’’

“Entah-tah kau pregnant tak Pia..?’’ Yusra angkat kening sambil tersengih.

“Ish! tak mungkin lah. Hormon kot..’’ Safia menafikan kata itu. Dia tak perasan langsung sudah lama dia tak datang haid rupanya.

“Baik kau check Pia.. Mana tahu rezeki kau..’’ Jantung Safia berdebar mendengarnya.

Tak mungkin lah. Empat tahun dia menunggu. Simptom mengandung adakala dia rasa. End up period jugak. Tu dia malas nak ambik port. Migrain dan mual yang dia rasa hari tu pun dah tak ada. Tunggu je lah period tu datang. Safia positifkan hati.

Telefon di tangan berbunyi mengejut kan Safia. Wajah Yusra hilang seketika. Nama Ilham terpapar di skrin.

“Hello..’”

“Hello Sayang. Hari ni Pia tak payah masak lah. Kita makan kat luar eh, Pia siap-siaplah. Nanti abang sampai Pia turun tau. Abang tunggu kat bawah. Kereta abang pun dah settle servis ni’’

“Ok. Nanti Pia Siap’’ Talian di matikan.

Kata Yusra masih terngiang di telinga. Patut ke aku check? ah nanti lah. Hormon kot. Laju dia masuk ke bilik untuk bersiap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience