BAB 97

Romance Series 60749

Pulang saja dari pejabat malam itu, Ilham terus naik ke atas untuk menyegarkan badan. Ketika mandi, badannya di sental sehabis mungkin. Manalah tahu selepas dia mandi ini Safia sudi memeluknya.

Selesai mandi dan menunaikan solat, dia turun ke ruang tamu untuk mengambil anaknya yang sudah menangis dan merengek mahu tidur.

Safia yang baru keluar dari dapur menyerahkan botol yang siap di bancuh susunya kepada Ilham. Kemudian dia terus melangkah naik ke atas tanpa pedulikan mereka.
Ilham terus menggendong Darwish untuk naik ke atas dan menidurkan anaknya di dalam bilik.

Sambil menidurkan Darwish, Ilham memandang muka anaknya yang sudah terlena dibuai mimpi. Dia termenung seketika. Hati berasa tidak tenang ketika berada di pejabat. Menyelesaikan hal kerja pun dia tidak fokus. Melihat perubahan diri Safia sekarang membuatkan dia risau meninggalkan mereka berdua di rumah. Risau jika tiba-tiba Safia bertindak memarahi Darwish pula. Sudahlah anaknya itu suka buat perangai. Walaupun belum pernah lagi dia melihat Safia melenting atau bersuara tinggi pada Darwish di depan mata.

Telefon pintar yang sejak tadi berada di sebelah dicapai. Nombor Puan Sakinah dicari dan mendailnya. Dalam beberapa saat menunggu, terdengar suara ibunya menjawab di hujung talian. Dia menjauh sedikit dari anaknya untuk bercakap dengan Puan Sakinah.

Dalam beberapa minit berbual, talian di matikan. Kemudian dia bangun dan keluar dari bilik anaknya. Tombol pintu biliknya di pulas perlahan-lahan. Kelihatan Safia baru saja keluar dari bilik air dengan muka dan hidung yang sedikit kemerahan.

Ilham hanya berdiri memerhatikan Safia di muka pintu. Teragak-agak untuk dia pergi mendekat. Kang tak pasal-pasal dia kena marah pulak.

Safia duduk di atas katil sambil menyapu minyak angin di kepala dan hidungnya. Dia berpaling memandang Ilham yang hanya membatu di muka pintu.

“Kenapa abang berdiri dekat situ?” soal Safia pelik.

“Saja. Nak make sure mood Pia ok ke tak sekarang ni..” jawab Ilham sambil tersengih. Safia tergelak kecil mendengarnya.

“Ok je. Apa yang tak ok nye?’’

“Kalau macam tu boleh abang cakap sikit?” soal Ilham sambil mengangkat kedua keningnya.

“Ok cakap lah. Nak cakap ape?’’

“Esok abang hantar Pia dengan Awish pergi rumah ummi ye..?”

“Kenapa pulak?’’ kening Safia berkerut memandang Ilham.

“Abang risau. Pia dengan Awish tinggal berdua kat rumah ni..”

“Kenapa? Sebelum ni ok je?” soal Safia sambil mengambil sebotol losyen lalu menuangkan ke atas tapak tangan. Kemudian menyapu di seluruh pergelangan tangan. Itulah rutin hariannya sebelum tidur.

“Tu sebelum ni. Sekarang ni tak ok’’ jawab Ilham sambil memerhati perbuatan isterinya itu.

“Apa yang tak ok nya?’’ Ilham menghela nafas mendengar pertanyaan Safia itu.

“Pia.. Pia sekarang ni dah lain tau. Pia suka marah-marah. Pasal benda kecik pun Pia nak melenting tak tentu pasal”

“Kenapa? Biasa lah tu. Abang buat salah kan.?” Jawab Safia selamber.

“Tu bukan biasa tu sayang... Sebelum ni Pia tak macam ni pun.. Pia sedar tak Pia dingin dengan abang sekarang ni? Suka tinggi suara kat abang. Abang balik kerja je dah kena sembur dengan Pia. Dah lah sekarang abang nak peluk pun tak bagi. Abang terasa tau Pia buat macam tu..” lIham meluahkan rasa hatinya. Biarlah Safia tahu apa yang terbuku di hatinya sekarang. Dia tidak mampu memendam lama perasaannya itu.

Safia terdiam. Rasa sebersalah mula menghantui diri. Dia tidak sedar langsung bahawa dia sudah menyakiti hati suaminya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia cepat berasa marah apabila Ilham membuat salah. Kesalahan anaknya pun suaminya yang menjadi mangsa.

Takkan dia sengaja kot.? Entah-entah betul tanggapannya sebelum ini yang dia dan Ilham sudah terkena sihir pemisah. Sebab itu dia sanggup melayan suaminya begitu. Ya Allah. Takutnya.!

“Sayang... Dengar tak abang cakap ni?” suara lembut Ilham yang memanggil menyedarkan Safia.

“Err. Cakap apa?’’ soal Safia blur.

“Esok abang hantar Pia dengan Awish pergi rumah ummi ye? Abang janji lepas balik kerja abang jemput Pia dengan Awish. Kita balik la rumah kita balik” Ilham cuba memujuk lagi.

“Tak nak lah” jawab Safia.

“Pia.. Jangan lah mcam ni. Abang risau la. Abang tak boleh fokus kerja abang bila tinggal Pia dengan Awish kat rumah. Tengok kelmarin, abang sendiri pun careless tak kunci grill and tak tutup pintu. Kalau Pia duduk dengan ummi kejap, boleh ummi tengokkan Pia dengan Awish. Abang dah call ummi tadi. Ummi yang suruh hantar Pia dengan Awish ke sana. Ummi cakap tak payah tunggu weekend baru nak datang rumah dia. Hari-hari datang pun tak ape” kata Ilham panjang lebar.

Safia terdiam lagi. Dia berasa tidak selesa sebenarnya duduk di rumah orang walaupun di rumah ibu mertua sendiri. Tetapi bila memikirkan keadaannya sekarang ini, membuatkan dia rasa dia memerlukan seseorang untuk mengawasi anaknya.

Kadang-kadang ketika Ilham keluar bekerja, dia hanya tidur dan tidak pedulikan Darwish. Sudahlah peralatan tajam semuanya berada di dalam dapur itu.
Bila dia tersedar saja dengan cepat dia mencari kelibat anaknya.
Mujurlah anaknya itu tidak membuat perkara yang bukan-bukan. Dia hanya fokus pada mainan legonya yang dibeli Ilham tempoh hari. Buat masa inilah.

Ni, kalau Ilham tahu dia tidak memantau anaknya di dalam rumah ini, mahu dia pulak yang kena membebel. Dia sendiri pun tak tahu kenapa sekarang ini dia mudah saja tertidur. Kepala yang pening dan berasa mahu pitam pun dia cuba menahan saja.

“Pia pergi rumah ummi eh esok..?’’ Ilham ingin berjalan menghampiri isterinya di atas katil. Dengan pantas Safia bangun dari katil dan mengangkat isyarat tangan.

“Jangan dekat. !’’ Langkah Ilham terhenti.

“Kalau tak nak abang dekat, Pia pergi rumah ummi, boleh? Kalau tak abang datang dekat?” ugut Ilham sambil menjongket keningnya berkali-kali. Sengaja dia mahu mengusik isterinya itu.

Berkerut kening Safia. Itulah perangai Ilham sejak dulu. Suka mengugutnya. Mata memandang kaki Ilham yang mula nak melangkah itu. Entah kenapa dia berasa tidak tahan dengan bau badan suaminya. Terasa penat untuk mengeluarkan isi perutnya lagi.

Melihat Safia yang teragak-agak untuk manjawab dengan pantas Ilham mendekat dan memeluk erat isterinya. Cepat tangan Safia menutup hidung.

“Nak pergi ke tak? Ha.? Abang cium kang..?” tanya Ilham sambil ingin mendekatkan bibir ke pipi isterinya. Safia berusaha keras menjauhkan muka dari dicium suaminya itu.

“Ok.! Tapi abang janji, ambik kitorang lepas habis kerja?” sengau suara Safia ketika bersuara.

“Ye. Janji..” jawab Ilham sambil tersenyum. Dapat juga malam ini dia memeluk Safia walaupun hatinya sedikit terasa melihat Safia menutup hidung sambil sebelah tangan cuba menolak kasar badannya.

“Abang dah habis cakap kan? So lepaskan Pia. Pia nak tidur ni..” Safia menarik tangan Ilham dari terus melingkar di pinggangnya. Kepalanya sudah rasa berpinar-pinar. Tekak mula terasa mual.

“Boleh abang tidur sini malam ni?’’ Ilham bertanya. Sekadar mencuba nasib.

“No!” laju Safia menggeleng.

Melihat Safia yang sudah mengeluarkan suara muntah itu dengan cepat Ilham melepaskan pelukannya. Dengan laju Safia berlari masuk ke bilik air untuk memuntahkan isi perutnya itu.

Ilham mengeluh hampa memandangnya.

“Hmm.. Melepas lagi..’’


SAMPAI saja di pejabat, Ilham duduk dan menyelesaikan hal kerjanya. Hati berasa sedikit tenang apabila dia meninggalkan Safia dan Darwish di rumah keluarganya tadi. Boleh lah ibunya tengokkan mereka sementara dia pergi ke pejabat. Dapatlah dia fokus pada kerjanya seketika. Dia harus menyelesaikan beberapa kerja yang tertangguh pada hari ini. Kerana semalam dia terpaksa fokus pada satu kerja yang diminta Imran itu.

Tangan diletakkan di bawah dagu sambil mata tekun mengadap laptop di depan. Ketika sedang leka membuat kerja, bunyi ketukan pintu mengejutkannya.

Tuk! Tuk! Tuk!

Ilham hanya memandang sekilas pada Imran yang sedang menguak pintu ruang pejabatnya itu. Imran bersandar di muka pintu sambil memandang kawannya yang tekun mengadap laptop.

“Hi bro..” Imran cuba menegur. Dia mengeluh kecil setelah melihat tiada sebarang respon dari Ilham. Mungkin kawannya itu masih terasa hati kerana mulut tak ada insuransnya semalam.

Mata Ilham mengerling Imran yang mula melanglah masuk ke biliknya.

“Kau marah aku ke Am?’’ Imran bersuara lagi dengan riak wajah yang sebersalah.

“Tak lah. Buat apa nak marah kau. Salah aku kan..” jawab Ilham tanpa memandang kawan di depannya itu.

Imran menghela nafas kemudian dia menarik kerusi dan duduk berhadapan meja Ilham.

“Kau balik pukul berapa semalam?” soal Imran untuk menghilangkan rasa janggal antara mereka.

“Lewat jugak lah. Siap semak agreement tebal kau tu, aku terus letak atas meja kau. Sorry lah malam baru siap.” Kata Ilham.

Dia juga rasa sebersalah sebenarnya. Kerana kealpaannya tidak menyiapkan tugasan, kawannya itu terpaksa membatalkan urusan penting itu semalam.

“Lain kali kau jangan buat lupa macam tu..” Imran mengangkat jari telunjuk pada Ilham sebagai amaran.

“Ye.. Sorry.. Habis tu, kau dah jumpa owner company tu belum?”

“Dah pagi tadi. Aku dah call dia semalam mintak postpone pagi ni. Nasib baik dia free tadi. Ni baru balik lah ni” jelas Imran.

“Ok la tu” Ilham hanya mengangguk. Itu saja katanya. Imran memandang kawannya yang kembali fokus mengadap laptop itu.

“Kau asal bro sekarang ni banyak benda kau lupa?” soalnya pelik. Ilham menghela nafas.

“Entahlah. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku ni. Mungkin aku banyak fikir pasal Safia kot.”

“Kenapa dengan dia?” Imran bertanya lagi.

“Tak tahu lah dia tu. Perangai dia pelik betul sekarang ni” jawab Ilham.

“Asal?”

“Pasal benda kecik je pun dia nak melenting tak tentu pasal. Membebel panjang-panjang. Geram aku. Aku bersuara kang jadi gaduh pulak nanti” Ilham menggeleng kepala.

“Kau buat salah kot..” kata Imran sambil tergelak kecil memandang muka Ilham yang kelihatan tertekan itu.

“Salah aku tu tak ade la besar mana. Sekadar lupa nak buang sampah and bagi mandi Darwish tu je pun. Anak aku punya salah pun, aku yang kene sembur. Membebel panjang mengalahkan panjang landasan kereta api..!” luah Ilham panjang lebar.

“Tulah.. Lain kali benda penting jangan buat-buat lupa. Bila dia suruh buat tu, kau buat je la terus. Dah benda asyik bertangguh-tangguh je memang lupa la..” nasihat Imran sambil ketawa.

“Tu tak apa lagi. Ni, nak dekat dengan dia pun sekarang ni susah. Dia kata aku busuk lah apa lah. Sampai aku terpaksa tidur kat bilik anak aku tau.’’ cerita Ilham lagi.

Entah kenapa dia memerlukan seseorang untuk mendengar masalahnya sekarang. Nak meluah dekat isteri takut dia akan dimarahi dengan tiba-tiba. Nak mendekat pun susah.

Sedikit berkerut dahi Imran saat mendengar luahan Ilham itu. Kedengaran sedikit pelik. Fikirannya teringatkan sesuatu.

“Bila lagi dia dia kata kau busuk tu?’’ soal Imran tiba-tiba.

“Ada la dalam 3 ke 4 hari ni..” jawab Ilham bersahaja.

“Kejap. Tu macam simptom orang mengandung je.” Imran meneka. Mata Ilham beralih memandang kawannya itu.

“Mengandung? Asal kau fikir macam tu pulak?’’

“Yela. Dah kau kata perangai dia pelik sekarang ni. Ada isi lah tu. Sebab wife aku pun dulu, waktu mengandung anak kedua aku tu, dia pun tak boleh dekat dengan aku.. Asyik nak muntah je” cerita Imran pula.

“Yeke… Tak kan kot..” terangkat kening Ilham.

“Apa yang takkan kotnye Am?”

“Aku baru nikah 2 bulan Im. Tak kan cepat sangat. Kau ni pun..” Ilham tergelak dengan katanya sendiri. Berasa tidak percaya mendengarnya.

“Rezeki kalau Allah nak bagi tak kira cepat ke lambat Am.. Mungkin dulu kau tunggu lama. Ni bila Allah dah bagi kau peluang berjodoh lagi dengan Safia ni, Dia nak bagi rezeki anak kedua tu datang awal la tu.. Tapi aku agak je la. Kau jangan terlalu berharap dengan apa aku cakap ni.…’’ Imran cuba positifkan kawannya itu.

Risau jika Ilham mula berharap. Setelah mengetahui keputusannya negatif, kawannya itu akan berasa kecewa pula.

Ilham terdiam seketika. Mungkin sedang berfikir sesuatu. Telefon pintar Ilham yang tiba-tiba berbunyi mengejutkan mereka. Nama Puan Sakinah tertera di skrin. Dengan pantas jari Ilham menolak ke butang hijau.

“Hello Assalamualaikum ummi.” Ilham terdiam seketika setelah mendengar suara ibunya menjawab dengan begitu cepat dan menyebut nama Safia beberapa kali. Nada suara ibunya juga kedengaran cemas.

“Safia? Kenapa dengan dia ummi??” Ilham mula berasa risau. Dia terdiam lagi. Imran di depan hanya diam dan memerhati saja.

“Ok.! Am balik sekarang!” dengan pantas Ilham bangun dari kerusinya.

“Asal Am?” soal Imran setelah melihat kawannya menjadi kalam kabut begitu.

“Safia..” jawab Ilham sambil berjalan laju ke pintu.

“Kenapa dengan dia??’’ risau suara Imran bertanya.

“Dia pengsan kat rumah ummi.. Aku gerak dulu..!” laung Ilham setelah dia melangah keluar dari ruang bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience