BAB 65

Romance Series 60740

Setelah menyiapkan beberapa burger kepada pelanggan, Zakri menanggalkan apron dari badan. Ali turut duduk berehat di atas kerusi.

Zakri pergi ke arah Khadeja yang sedang termenung di atas kerusi bersebelahan gerainya. Telinga Khadeja di cuit perlahan. Khadeja terkejut.

“Ishh kau ni..!’’

“Kau menung apa?’’ Zakri duduk di sebelah kekasihnya itu.

“Kenapa kau cakap macam tu semalam?’’

“Cakap apa?’’ kening Zakri berkerut.

“Kat Ilham semalam tu lah! Dah lah aku tak balik rumah. Aku nak jawab apa kat daddy and mummy aku? Nak balik rumah Ilham pulak aku dah kena cerai..!’’ Khadeja menjeling.

Semalaman dia fikirkan alasan apa yang nak di beri kepada ayahnya kalau mereka tanya kenapa dia di ceraikan. Atau Ilham sudah bagitahu semuanya? Ah! pening. Nasib baik lah dia ada duit lebih. Boleh la dia menginap di hotel bajet buat sementara waktu ni.

“Apa salah ke aku cakap? Biarlah dia lepaskan kau dari dia siksa kau. Dia bukan layan kau macam bini pun kan..’’ jawab Zakri selamber.
Melihat Khadeja yang hanya diam itu dia bersuara lagi.

“Apesal? Kau tak nak cerai dengan dia? Ke kau dah syok kat dia, ha?’’

“Kau jangan merepek boleh tak.. ish!’’ Khadeja mendengus.

Dia sendiri tak tahu perasaannya sekarang. Setahun lebih menjadi isteri kepada lelaki yang tak pernah cintakan nya. Walaupun Ilham tak pernah melayan baik batinnya, tapi suaminya itu tunaikan tanggungjawab dengan memberi nafkah bulanan. Kadang-kadang kalau dia masak sesuatu, Ilham akan memaksa diri memakan masakannya walaupun di pujuk berkali-kali.

Nak pergi ke rumah mummy pun Ilham sudi menghantarnya. Dia juga tahu Ilham sanggup memaafkan kesalahannya walaupun suaminya itu tidak pernah ungkapkan. Kerana menginginkan cinta dan kasih sayang dari lelaki, sanggup dia melayan Zakri di belakang suaminya. Dia ke yang bodoh? tak tahu nak hargai peluang?

“Dah tu.. Macam menyesal je dia ceraikan kau..!’’ Zakri berpeluk tubuh. Cemburu mungkin.

“Yela. Lepas ni kalau dia dah tak bagi nafkah kat aku macam mana aku nak bagi kau duit sikit. Support bisnes kau ni..!’’ balas Khadeja.

Memang setiap bulan dia ada hulurkan sedikit duit untuk menampung bisnes Zakri itu. Walaupun kekasihnya itu selalu menolak dia tetap memberi.

“Aku tak mintak pun kan.. Kau yang kasi..’’ Khadeja hanya diam. Zakri sambung lagi.

“Kenapa? Kau risau bila nikah dengan aku nanti kau dah tak dapat duit bulanan yang banyak macam kau dapat dari dia??’’ melihat Khadeja yang masih berdiam dia menghela nafas.

“Eja.. Aku tahu kau risau kan? Aku janji dengan kau aku akan bahagia kan kau. Sekarang ni aku dah buat dua kerja. Siang aku kerja kat kafe. Malam aku niaga burger dengan Ali. Sempat lah aku kumpul duit sementara tunggu kau habis iddah ni’’ Khadeja memandang Zakri.

“Bukan kau tak suka ada komitmen ke?’’

“Itu dulu.. Sekarang aku dah berubah. Bila aku fikir balik sampai bila aku nak hidup tak ada arah macam dulu’’

“Kau serius ke ni Zack?’’ Khadeja tergelak. Macam tak percaya dengan apa yang dia dengar.
Dia kira dengan usia mereka yang baru mencecah 21 tahun ini, lelaki itu masih mahu bermain cinta saja dengannya.

“Kenapa? Kau nak bahan aku?’’ soal Zakri sedikit terasa.
Dalam beberapa minit memandang Khadeja yang masih dengan sisa gelaknya dia memegang kedua tangan Khadeja.

“Eja… Aku tahu kau tak percaya kan? Aku nak mintak maaf kat kau. Dulu aku bodoh. Aku buat kau macam sampah. Kali ni aku nak kau bagi aku peluang. Kau je perempuan yang sudi berkawan dengan aku dari dulu sampai sekarang. Aku dah tak nak cari cinta lain dah. Aku sedar aku ni tak ada harta. Tak mampu nak bagi duit banyak-banyak macam mana kau dapat dari Ilham. Tapi aku janji aku akan jaga kau elok-elok. Aku akan usaha kumpul duit banyak-banyak. Lepas kau habis iddah aku bawak family aku masuk minang kau.. eh?’’ Pujuk Zakri.

Tersentuh hati Khadeja mendengarnya. Kalau Zakri berfikiran macam ni dari dulu sudah pasti bahagia bersama anak mereka.

“Kau tak main-main kan? Berani ke kau nak jumpa bekas komando aku tu? Kan dia dah pernah sound kau dulu.?’’ Duga Khadeja.

“Ye la.. Kau ingat aku main-main ke? Berani je aku nak hadap bapak kau tu. Tapi kau kena back up aku la.. Kalau dia cincang aku depan kau, kau lah yang bertanggungjawab..’’ gurau Zakri. Khadeja tergelak dengan kata Zakri.

“Kau yakin tak nak hidup dengan aku?’’ soal Zakri lagi.

“Ye la… Kalau kau betul-betul ikhlas and serius aku yakin la…’’ balas Khadeja. Zakri mengangguk sambil tersenyum.

Dia sudah bersedia untuk berumah tangga bersama Khadeja. Kata Ilham semalam terngiang-ngiang di telinga. Dia anak jantan! Dia harus berani!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience