BAB 87

Romance Series 39916

Selesai saja mensyuarat petang itu, Farhan tidak terus naik ke pejabat. Sebaliknya, dia berdiri di tepi keretanya menunggu Safia tamat waktu bekerja.

Hati rasa sakit kerana Safia mengabaikannya. Safia langsung tidak membalas panggilan dan whatsapp darinya. Sebab itu dia sengaja berdiam diri dan tidak bercakap dengan Safia di pejabat selama beberapa hari. Dia cuba juga melupakan Safia dari fikirannya. Tapi hatinya tak boleh. Dia tak mampu melawan perasaannya. Rasa rindu membuak-buak untuk bersembang mesra dengan Safia seperti dulu.

Wardah yang masih merajuk itu pun dia tidak rasa mahu memujuk dengan bersungguh-sungguh. Ah biarlah dulu.. Nanti Wardah ok la tu.

Fikirannya lebih memikirkan Safia. Mahu berbincang dengan Safia di pejabat, nanti jadi bahan membawang rakan seperjabat yang lain pula. Mahu pergi ke rumah Safia, pintu langsung tidak di buka. Kerana itu, Farhan mengambil keputusan menunggu Safia di sini setelah selesai mensyuarat petang tadi.

Darwish pun sudah lama dia tidak berjumpa selepas Safia memutuskan hubungan dengannya. Dia juga rasa rindu pada anak kecil itu.

Setelah beberapa minit menunggu di parking lot di depan bangunan pejabatnya, Farhan ternampak Safia keluar dari lobi dan berjalan ke arah kereta. Dengan laju kakinya melangkah ke arah itu.

Wardah yang baru tiba di kawasan itu untuk berjumpa Farhan dan meminta maaf pada tunangnya kerana kesalahannya merajuk terlalu lama, ternampak kelibat lelaki itu melangkah laju ke arah seorang perempuan. Keningnya berkerut. Niat untuk turun dari kereta terbantut dan hanya perhatikan mereka dari dalam kereta.

Wardah mula rasa curiga. Bermula sewaktu dia ternampak mereka turun dan naik kereta Farhan bersama dulu, dan terdengar pergaduhan di ruang pejabat lelaki itu minggu lepas membuatkan dia yakin mereka berdua itu ada sesuatu.

Safia yang ingin membuka pintu keretanya terkejut kerana Farhan yang tiba-tiba datang dan dengan cepat menahan pintu kereta itu. Hampir terlepas beg tangan dari bahunya kerana terperanjat. Dia fikir, lelaki mana yang mahu merompaknya tadi. Keningnya berkerut memandang Farhan berbuat begitu.

“Awak ni kenapa?? Buat terkejut saya je lah!” Marah Safia.

“Ok sorry. Saya tak sengaja..” Farhan mengangkat tangan memohon maaf. Rasa sebersalah kerana membuat Safia terkejut.

“Nak apa ni?!” kasar suara Safia sambil membetulkan beg tangan di bahu.

“Saya nak cakap dengan awak...”

“Nak cakap apa..?!” Safia menekan nadanya dengan kening yang masih berkerut.

“Kenapa eh, sekarang awak layan saya macam ni? Masej, call semua tak reply? Why.?” serius muka Farhan memandang Safia.

“Awak faham tak kita ni dah tak ada apa-apa?! Awak nak saya cakap bahasa apa eh supaya awak faham? Bahasa cina?’’ sindir Safia sambil menjeling.

Selepas dia tidak melayan segala pujuk rayu Farhan, berhari-hari Farhan tidak bercakap dengannya di pejabat melainkan atas urusaan kerja. Hati rasa sedikit tenang kerana tiada sebarang gangguan dari Farhan. Dia kira, lelaki ini sudah menerima hakikat antara mereka sudah tiada apa-apa hubungan lagi.

“Saya tak boleh lupakan awak... Saya rindu awak sayang…” kata Farhan perlahan.

Safia menghelas nafas kasar sambil menjeling lagi. Menyampah dengan ayat manis si sweet talker ini!

“Tak payah nak rindu-rindu sangat boleh..? geli lah!”

Farhan terasa hati mendengarnya. Dulu, Safia akan membalas setiap kata rindu dan sayang darinya. Tapi sekarang Safia sudah berubah.

“Sampai hati awak buat saya macam ni Pia..”

“Sampai hati apa pulak.. Awak tu lagi sampai hati.. Dah la penipu..!” balas Safia selamber.

“Dah banyak kali kan saya mintak maaf.. Saya tak sengaja..” redup pandangan Farhan pada Safia. Safia memandangnya.

“Apa yang tak sengaja nye? Tak sengaja ayat saya? Ke tak sengaja tipu saya? Macam tu? Huh! Dah lah Farhan! Cukup-cukup lah! Stop jadi manusia tamak. Saya ni dah undur diri dah untuk awak bahagia dengan tunang awak tu. Apa lagi awak nak saya buat? Hish!’’ dengus Safia. Rimas dengan pujuk rayu Farhan itu.

“Saya tak nak awak tinggalkan saya, tu je..” jawab Farhan. Safia menggeleng kepala.

“Saya malas la nak layan awak ni!” Safia terus membuka pintu kereta. Tapi cepat Farhan menolak menggunakan lengannya membuatkan pintu itu tertutup semula.

“Sayang… Tolong la jangan buat saya macam ni.. Ok.. Awak bagitahu saya apa yang saya perlu buat untuk awak maafkan saya and tak putuskan hubungan kita..? Cakap..?’’ lembut bicara Farhan sambil memandang Safia dengan penuh harapan.

“Berapa kali nak cakap? Saya dah maaf kan awak lah..!” Safia mula rasa geram. Mamat ni tak reti bahasa ke apa?

“Then, apa lagi yang nak saya buat.? Saya ajak awak kahwin awak tak nak..” kata Farhan lagi.

“Saya tak nak kahwin sebab awak tu tunang orang.. Awak ingat saya ni apa? Memang tak lah saya nak ambik hak orang.!” Safia berpeluk tubuh.

“Fine! Awak tak nak berkongsi kasih kan? Ok, saya akan tinggalkan Wardah. Demi awak. Puas?” terkejut Safia mendengarnya.

“Jangan jadi gila lah Farhan. Ee!” Hati Safia mula risau mendengar kata Farhan itu. Dia tidak mahu jadi peruntuh masjid yang bakal di bina itu. Merepek betul Si Farhan ni.

“Dah tu? Semua nya tak kena..!” giliran Farhan pula melepaskan geram. Dia rasa buntu untuk memujuk. Keras sungguh hati Safia ni!

“Saya tak nak apa-apa..! Apa yang saya nak, awak move on and tak payah ganggu saya. Itu je!”

“Mesti sebab Ilham kan?’’

“Dah kenapa pulak nak salahkan dia.? Dia tak ada kena mengena pun dalam hal kita ni!”

“Memang sebab dia pun kan.. Dia selalu datang jumpa awak sebab tu awak boleh berubah…!’’ Farhan sengaja mencari alasan. Walaupun dia sendiri tahu Ilham datang hanya berjumpa Darwish. Dulu dia boleh terima. Sejak Safia memutuskan hubungan dengannya dia mula rasa cemburu.

“Kenapa nak tuduh dia.? Dulu, dia boleh hormat hubungan saya dengan awak. Sekarang ni, awak tak boleh ke jadi macam dia, hormat keputusan saya untuk move on?!”

Farhan rasa bengang mendengar kata Safia begitu. Seolah menyuruh dia menjadi seperti Ilham pula. Nampak sangat lelaki itu lebih baik di mata Safia berbanding dirinya. Hati bertambah panas dan cemburu. Tapi dia cuba mengawalnya. Farhan memejam mata seketika dan menghela nafas kasar.

“Ok fine..! Sorry..” Farhan merendahkan suaranya. Melihat Farhan yang menunduk itu Safia bersuara.

“Tepi sikit boleh? Saya nak balik…!” Arah Safia. Kerana Farhan berdiri di tepi pintu, agak susah untuk dia masuk ke dalam kereta.

“Sayang.. Kejap la.. Dengar saya dulu please… Saya tak nak putus...” Farhan masih merayu dan terus memegang kedua lengan Safia.

Safia terkejut dan cuba merentap semula lengannya tapi Farhan tidak melepaskannya. Mujurlah kemejanya berlengan panjang.

“Awak nak apa lagi?! Lepaskan saya sekarang!” marah Safia. Dia mula rasa rimas. Dulu Farhan bukan begini. Farhan memahami dan menghormati pendiriannya. Kerana itu, dia selesa membawa Darwish keluar bersama Farhan. Tapi sekarang, lelaki ini jadi biadap pula. Sudah lah memaksa. Tahu nak puas hati dan perasaan sendiri saja. Itu yang buat dia rasa menyampah.

“Abang.!!!”

Kedua mereka berpusing ke arah suara yang memanggil itu. Farhan terkejut memandang Wardah ada di sini. Dengan cepat dia melepaskan genggaman di lengan Safia.
Wardah mendekati mereka dengan muka cemburu dan penuh tanda tanya.

“Wardah.. Buat apa kat sini?” soal Farhan setelah Wardah berdiri di sebelahnya. Jantungnya mula berdebar.

“Siapa dia sebenarnya dengan abang?!” tanpa pedulikan soalan Farhan, Wardah terus bertanya.

Farhan mengeluh. Dulu Safia saja yang tahu. Sekarang Wardah pula. Aduh! Pening!

Wardah mula rasa geram bila Farhan tidak menjawab soalannya. Kepala melangut memandang Farhan.

“Jawab la! Kenapa diam?!”

Farhan mengusap rambut. Kedua perempuan yang dia sayang ada di sini. Jantung Farhan berdebar semakin kencang sekarang. Safia hanya berdiam sambil berpeluk tubuh dengan muka selamber di situ.

“Wardah.. Wardah balik dulu boleh tak.. Nanti kita bincang.. Ye..?” lembut suara Farhan memujuk sambil kedua tangan memegang bahu tunangnya itu.

“Nak bincang apa?? Wardah dah dengar la abang cakap dengan dia tadi! Wardah dah pelik sejak abang bergaduh dengan dia kat offcie haritu lagi.!!” Tinggi suara Wardah. Matanya memandang tajam Farhan sambil menunding jari ke arah Safia.

Safia masih membatu di situ tanpa bersuara. Malas dia nak campur urusan dua mempelai itu. Pandai-pandai lah Si Farhan ni menjawab.

“Wardah.. Jangan la macam ni.. Tolong la jangan buat bising kat sini. Malu kat orang..!” Farhan menekan sikit nadanya sambil menenangkan tunangnya itu. Risau jika suara tinggi Wardah menarik perhatian orang sekeliling. Sudah lah parking lot itu berada di kawasan terbuka.

Wardah memandang Safia tanpa pedulikan Farhan.

“And you! Dulu you kata you dengan Abang Farhan sekadar majikan and perkerja je..! sekarang ni apa?! You sedar tak dia ni tunang orang.!!” marah Wardah pada Safia. Safia memandangnya tenang sambil mengangkat kening.

“Cik Wardah.. Saya dengan dia memang tak ada apa-apa pun. Tunang awak ni yang lebih-lebih. Awak tanya lah dia sendri.!” Balas Safia dengan nada yang sedikit tinggi sambil mata menjeling Farhan di sebelahnya.

Sengaja dia kata begitu. Dia nak tengok, adakah Farhan berani mengaku jujur pada tunangnya itu di depannya sekarang.

Mata Wardah beralih memandang Farhan meminta penjelasan. Memang dia sudah mendengarnya tadi, tapi tidak beberapa jelas di telinga. Dari segi perbuatan Farhan pada perempuan itu pun membuatkan dia syak mereka ada sesuatu. Jelas muka Farhan nampak serabut.

“Abang curang dengan Wardah kan selama ni.??!”

“Wardah…” Farhan memandang tunangnya dengan rasa sebersalah. Perlu ke dia jujur sekarang.? Tapi dia rasa tak sanggup.

Wardah seorang gadis yang manja. Dia tahu hati Wardah tidak sekuat hati Safia. Tertinggi suara pada Wardah di pejabatnya minggu lepas pun, tunangnya itu sudah merajuk berhari-hari. Jenuh juga dia nak pujuk. Sampai dia membiarkan saja Wardah tenang dengan sendiri.

“Jawab lah!” Wardah melibas kasar lengan Farhan.

Farhan menghela nafas. Dia buntu. Melihat Farhan yang masih berdiam itu Wardah sambung lagi. Sebak suaranya.

“Sampai hati abang.! Selama ni Wardah percayakan abang tau. Ni abang balas kat wardah kan! Wardah benci abang.!!’’ Wardah yang matanya muka berkaca menolak lengan Farhan kasar kemudian terus pergi dari situ.

Farhan hanya memandang langkah tunangnya pergi ke arah kereta. Kemudian matanya beralih memandang Safia yang berdiri di sisi kereta di sebelahnya. Dia buntu sekarang. Keduanya dia cinta dan sayang. Arh! Serabutlah! Dengan rasa terpaksa dia pergi ke arah keretanya sendiri.

Safia hanya memandang langkah Farhan dan menjongket bahu. Dia tahu, Farhan tidak akan sesekali meninggalkan tunangnya itu. Gadis itu lebih lama mengenali Farhan berbanding dirinya. Mungkin juga hubungan mereka sudah lama tersemai. Dia tidak mahu jadi penghalang.

Safia bersyukur semuanya terbongkar sebelum dia melangkah ke arah hubungan yang lebih serius dengan Farhan. Nasib baiklah kasih dan cintanya belum diberi sepenuhnya pada Farhan. Kalau tidak. Merana lagi hatinya buat kali kedua.

Dia baru nak rasa bekerja dalam suasana yang tenang selepas Farhan tidak bercakap dengannya hari tu. Hari ni, hatinya jadi rasa tak tenteram pulak.

Haih! Nampaknya dia terpaksa ikut cadangan Ilham itu. 'Resign je lah. Balik, duduk dekat kampung!'

Dalam beberapa saat berdiri dan berfikir di situ, dia pun masuk ke dalam kereta dan bergerak laju meninggalkan kawasan itu.

Share this novel

Gina Seman
2024-10-06 15:50:31 

hah elok lah resign pia...supaya x jumpa Farhan lgi...bawa diri je lah..


NovelPlus Premium

The best ads free experience