BAB 89

Romance Series 60740

Safia mengekori langkah Ilham yang sedang menggendong Darwish di depannya dan menuju masuk ke dalam restoran mewah di situ. Ketika hampir di meja makan, kening Safia bekerut memandang dua orang pasangan yang sangat dia kenali.

Aduh.! Kenapa Ilham membawa dia berjumpa mereka? Safia menghela nafas. Rasa berat hati untuk mengadap kedua pasangan itu.

Ikutkan hati, dia mahu memanggil Ilham dan berpatah balik saja. Tapi langkah Ilham sudah jauh meninggalkannya di belakang. Dengan terpaksa Safia melangkah juga mendekati mereka.

“Sorry lambat’’ Ilham duduk di sebelah ayahnya sambil meletakkan Darwish di tengah mereka. Encik Aziz segera meriba dan mencium cucunya itu.

“Mana Safia?’’ Kening Puan Sakinah berkerut memandang Ilham.
Ilham memuncungkan mulutnya ke arah Safia.

Kedua pasangan itu memandang ke arah itu. Dengan perlahan Safia berdiri di tepi meja mereka.

“Assalamualalikum’’ Safia memberi salam. Bibir tersenyum tawar memandang bekas ibu dan ayah mertuanya. Puan Sakinah bangun dan tersenyum pada Safia. Rasa bersalah terus menghantui dirinya.

“Waalaikumsalam.. Pia?’’ laju Puan Sakinah memeluk erat bekas menantunya. Sebak dia rasa dapat jumpa safia lagi. Safia membalas pelukannya.

“Pia.. Pia sihat nak?’’ soal Puan Sakinah. Safia tersenyum paksa.

“Alhamdulillah. Sihat. Ummi, ayah sihat?’’ mata Safia memandang mereka silih berganti.

“Sihat Alhamdullilah.” Encik Aziz yang sedang meriba Darwish juga tersenyum memandang bekas menantunya itu.

“Lama ummi tak jumpa Pia. Meh sini duduk” pelawa Puan Sakinah dan menyuruh Safia duduk di sebelahnya.

Safia mengangguk perlahan. Dia masih merasa janggal. Perlahan dia melabuhkan punggung duduk di sebelah bekas ibu mertuanya itu. Puan Sakinah memegang tangan Safia.

“Seronok ummi dapat jumpa Pia lagi. Ummi nak pergi rumah tadi, tapi Am suruh tunggu dulu kat restoran ni. Dia nak buat suprise kat ummi katanya.. ‘’ jelas Puan Sakinah.

“Patut lah dia suruh Pia pakai cantik-cantik tadi’’ Safia memandang Ilham yang tersengih macam kerang busuk itu. Dia yang rasa kena surprise sekarang ni. Haih!

“Pia.. Ummi nak mintak maaf sangat-sangat kat Pia. Ummi tahu ummi salah. Sebabkan ummi, Pia pergi tinggalkan Am..” Puan Sakinah menunjuk dirinya. Air mata bertakung di tubir mata. Hati masih rasa bersalah selagi tidak mendapat kemaafan dari bekas menantunya itu.

“Tak apa la ummi. Benda dah lepas. Pia dah lupa dah. Pia pun mintak ampun kat ummi kalau Pia ada buat salah dulu..’’ Safia membalas genggaman Puan Sakinah.

Kali terakhir dia berjumpa kedua pasangan itu ketika di majlis pernikahan Ilham dan Khadeja dulu. Sejak terlerainya cerai taklik itu, dia tidak lagi berkunjung ke rumah mentuanya. Buat apa nak tayang muka kalau dia sudah dibenci dan tidak diperlukan lagi dalam keluarga itu.

“Tak. Pia tak ada salah dengan ummi. Ummi yang salah dengan Pia. Am dah cerita semua. Ummi tahu mugkin ni silap ummi buatkan Pia takut nak bagitahu pasal Darwish pada kami kan?’’ muka Safia berubah mendengarnya.

“Err tak ummi.. Pia mintak maaf.. Pia tak ada niat nk sembunyikan Darwish dari semua orang. Pia....” Puan Sakinah memegang tangan Safia lagi. Riak wajah Safia nampak sebersalah.

“Ummi faham.. Kalau ummi jadi Pia pun ummi akan buat benda yang sama. Ummi mintak maaf sangat-sangat. Ummi menyesal dengan apa dah jadi.. Pia tolong maafkan ummi dengan Am ye..?” rayu Puan Sakinah lagi dengan bersungguh-sungguh.

Teringat dulu, selepas Ilham berterus terang dan selalu berkongsi cerita tentang Darwish kepadanya, dialah menyuruh Ilham memikat Safia. Dia mahu Safia jadi menantunya semula. Dia mahu anaknya bahagia.

“Dah. Kita lupakan yang lama. Buang yang keruh ambik yang jernih” Encik Aziz yang diam dari tadi bersuara.

Ilham menciduk makanan yang baru dihantar oleh pelayan itu. Kemudian dia menyuapkan makanan itu ke dalam mulut anaknya.

“Makan Pia.. Maaf lah. Bukan ummi yang masak ni. Ummi ingat lagi Pia pernah cakap. Ummi kalau masak rugi kalau tak makan . kalau duduk Johor pun sanggup lari turun KL ni makan masakan ummi. Boleh jadi rindu” sebak suara Puan Sakinah mengajuk dialog Safia dulu.

Safia memandang muka wanita 50-an itu. Terharu dia rasa. Tak sangka Puan Sakinah masih ingat lagi katanya dulu. Dia cuba tersenyum.

“Ummi ingat lagi ye…”

“Mesti la ummi ingat. Sebab ummi sayang Pia. Ummi harap sangat Pia boleh jadi menantu ummi balik..”
Safia menelan air liur mendengarnya. Dia hanya tersengih paksa tanpa bercakap apa-apa. Puan Sakinah sambung lagi.

“Mesti Ilham tak bagitahu Pia yang ummi dengan ayah ada sekali kan.?” Teka Puan Sakinah sambil memandang anaknya.

“Emm tak bagitahu pun..’’ Safia juga memandang Ilham yang tersengih sambil mengangkat kening itu. Ilham tahu, Safia mesti tak nak ikut kalau dia beritahu mereka juga ada di sini.

“Kenapa Am tak ajak abah dengan ibu Pia sekali?” mata Puan Sakinah memandang Ilham lagi.

“Ibu dengan abah pergi rumah kawan dia. Ada kenduri cukur jambul” jawab Safia sambil menguyah makanan.

“Tak apa. Nanti kita singgah” Kata Encik Aziz.

“Ilham cakap sekarang Pia dah berhenti kerja ye?’’ Safia mengangguk dengan soalan Puan Sakinah itu.

“Aha dah. Balik duduk kampung dulu”

“Kalau Pia nak kerja, Pia kerja dengan Ilham ye..?’’

“Tengok la dulu ummi. Buat masa ni duduk rumah dulu kot” Safia tersengih paksa lagi.

“Kalau Pia kerja dengan Am, boleh la Am tengok kan Pia. Darwish boleh hantar kat rumah ummi. Ummi jaga dia. Awish duduk dengan tok ummi ye?’’ Puan Sakinah memandang cucunya di sebelah Ilham. Darwish hanya ketawa memandang neneknya.

“Am dah pujuk Pia kerja dengan Am ummi.. Tapi Pia yang tak sudi nak tengok muka Am..” kata Ilham selamber.

Laju Safia mengangkat muka memandang Ilham. Eh, eh dia ni. Apa la cakap cakap macam tu.

“Bukan macam tu la.. Err. Nanti la. Pia tak fikir nak kerja lagi.’’ kata Safia.

“Pia sekarang dah berpunya ke?” Hampir tersedak Safia mendengar soalan Puan Sakinah itu.

“Apa la awak tanya macam tu. Dia dah berpunya ke tak tu hak dia” Encik Aziz menyampuk. Safia sambung makan lagi.

“Saja la Kinah tanya bang. Kalau Safia ni orang punya, Kinah tak nak la Si Am ni ganggu Pia. Cukup la bagi kasih sayang kat Darwish ni je”

“Pia belum berpunya ummi..’’ laju Ilham bersuara. Kening Safia berkerut memandang Ilham.

“Betul ke ni Pia?” Semangat Puan Sakinah memandang bekas menantunya di sebelah.

“Err.. Pia malas nak fikir sekarang. Pia nak besarkan Dariwsh je” jawab Safia kemudian memundukkan kepala. Rasa malu bila ditanya soalan begitu. Safia menyedut minumannya.

“Kalau macam tu, ummi pinangkan Pia untuk Am ye?’’ tersedak Safia mendengarnya.

Puan Sakinah cepat menggosok belakang Safia. Ilham turut menyerahkan tisu pada Safia. Merah muka Safia menahan malu.

Encik Aziz yang perasan dengan sikap isterinya yang semakin gelojoh itu segera bersuara.

“Awak ni. Jangan lah macam tu. Bagi la peluang Safia tu tarik nafas kejap.. Tersedak-sedak dia. Dah Pia. Makan dulu. Ummi kamu ni memang macam ni, excited lain macam”

Bibir Safia masih melemparkan senyuman paksa. Dia memang rasa malu sekarang. Mata memandang Ilham yang sedang menyuap anaknya makan di depan.

Ilham turut memandangnya sambil tersenyum. Dia tahu Safia malu. Sengaja dia biarkan ummi bantu masuk jarum. Mana tahu sangkut. Bukan dia tak tahu perangai ibunya kalau menginginkan sesuatu. Mesti terlebih excited.

Share this novel

mermaid
2024-10-11 18:31:37 

comelnya pia ni

Gina Seman
2024-10-11 12:25:18 

waa...jumpa bekas mertua.. excited gila..x sabar nak pinang bekas mnantu..tulah ikut dgr ckp org mnyesal kemudian x dah gunenye...


NovelPlus Premium

The best ads free experience