BAB 76

Romance Series 60749

Ilham termenung di laman rumah memandang pokok bunga di situ. Dahi yang masih berbalut di raba perlahan. Fikirannya teringat tentang kemalangan dua minggu lepas.

Mata memandang kaki kiri yang masih bersimen. Di sebabkan kakinya tersepit di bawah, mengakibatkan tulang kaki kirinya retak. Kepala yang terhantuk kuat di cermin tingkap pemandu, membuatkan dia koma beberapa hari.

Mujurlah dia memakai tali pinggang keledar. Kalau tidak, entah terpelanting ke mana dia agaknya. Nasib baik jugalah ingatannya tidak hilang. Hanya selepas dia tersedar dari koma beberapa minit saja dia tidak ingat apa-apa langsung. Keretanya pun masih di bengkel. Mungkin total lost. Terpaksalah dia cari kereta baru untuk dia bergerak nanti.

Puan Sakinah datang membawa minuman pada Ilham.

“Am.. Termenung apa tu nak?’’ wanita 50-an itu duduk di depan Ilham sambil menuang minuman ke dalam cawan.

“Bila Am boleh jalan ni ummi..?’’ lemah suara Ilham sambil memandang kakinya yang masih bersimen itu. Dari tadi dia berusaha untuk bangun dari kerusi roda.

“Sabarla.. Kaki Am tu kan cuma retak je. Nasib baik tak patah tau. Kalau tak lagi susah nak baik’’ Pujuk Puan Sakinah. Ilham memandang ibunya sayu. Tangan Puan Sakinah di genggam perlahan.

“Ummi.. Terima kasih sudi jaga Am. Am mintak ampun sangat kat ummi. Am tahu, mungkin ni balasan Am sebab tinggikan suara kat ummi dengan mak long dulu..’’ Ilham mencium tangan ibunya. Puan Sakinah sebak.

“Am.. Benda dah jadi Am. Yang penting ummi bersyukur sangat Am selamat. Ummi pun ada dosa dengan Am. Ummi mintak maaf kalau sebabkan ummi dengan mak long, Am tak bahagia..’’ Puan Sakinah mengusap kepala anak sulungnya itu.
Dia teringat tentang kata terakhir Ilham sebelum kemalangan itu. Ilham tidak pernah mengamuk sebegitu. Mungkin anaknya sudah lama menyimpan perasaan dalam hati.

“Am memang tak bahagia Ummi lepas Safia tinggalkan Am. Dia isteri pertama Am. Am cinta sangat kat dia ummi. Safia sanggup undur diri demi nak Am bahagia dengan pilihan mak long. Tapi Am tak bahagia ummi. Sumpah Am tak bahagia...!’’ Ilham menggeleng laju dan menangis. Puan Sakinah turut mengalirkan air mata. Dia mengangguk perlahan.

“Ummi mintak maaf Am. Sebabkan ummi Pia tinggalkan Am. Ummi terlampau dengar cakap orang sampai tak tahu nak jaga hati menantu sendiri. Ummi fikir nak cucu sampai ummi tak redha takdir Allah. Sepatutnya sebagai ibu, ummi kena doa yang baik-baik untuk anak menantu..’’

“Am ada benda nak bagitahu ummi. Sebenarnya dari hari tu lagi Am nak bagitahu’’ Ilham mengesat air mata.

“Apa dia Am?’’ Puan Sakinah juga mengesat air mata.

“Ummi dah ada cucu sebenarnya’’ kening Puan Sakinah berkerut.

“Am cakap apa ni nak? Datang mana cucu kalau Am dengn Mira pun belum kahwin lagi’’ Puan Sakinah tergelak kecil.

“Betul... Safia. Dia dah ada anak. Anak Am.. cucu ummi’’

“Am..! Am jangan merepek Am. Am dengn Safia dah lama bercerai tau..!’’ Puan Sakinah memandang anaknya. Risau jika Ilham mula berkhayal selepas kemalangan itu. Tak betul agaknya si Ilham ni.

“Safia mengandung waktu Am ceraikan dia ummi.’’ Puan Sakinah terkejut mendengarnya.

“Am ni biar betul? Mana Am tahu?’’

“Ummi ingat tak waktu pengesahan penceraian kat mahkamah tu. Safia tak datang kan? Sebab dia tahu dia mengandung’’

“Kejap, jap. Ummi tak faham. Mana Am tahu semua ni?” soalnya lagi.

“Dari ibu dengn abah. Kalau ummi nak tahu, bila Am free, Am selalu balik sana. Sebab Am masih berharap pada Safia ummi. Safia pun Am dah jumpa banyak kali. Anak Am pun Am dah jumpa. Tapi Am tahu semua ni lepas Am balik kampung sebelum accident tu’’ cerita Ilham panjang lebar. Puan Sakinah tekun mendengar.

“Tapi kenapa Safia sembunyikan cucu ummi’’ Puan Sakinah mengesat air mata lagi. Hatinya rasa gembira mendengar cerita Ilham.

“Sebab dia tak nak kacau kebahagiaan ummi dengan mak long dulu’’

“Maksudnya?”

“Waktu tu Eja pun mengandung kan. Nampak sangat ummi happy. Di tak nak kacau kebahagiaan kita. Sebab tu dia pergi. Lagi pun Safia fikir kalau Am tahu tu anak Am, dia takut Am rampas Darwish dari dia”

“Darwish? Dia kelaki?’’

“Ye ummi’’ Ilham tersenyum. Puan Sakinah juga tersenyum gembira. Wajah bekas menantunya itu melayang di fikiran.

“Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah…” Puan Sakinah bersyukur Ilham sudah ada pewaris. Ya Allah. Sungguh dia menyesal dengan apa yang dia katakan pada Safia dulu. Kalau lah dia tidak mendengar kata orang dan bersabar dulu, tentu dia sedang bermain dengan cucunya sekarang.

‘Maafkan ummi Pia..’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience