BAB 20

Romance Series 39916

Safia sudah siap berbaju kurung sutera berwarna putih pagi itu. Setelah lengkap bertudung dia duduk di sofa ruang tamu sambil menunggu Ilham bersiap di atas.

Dia tak ambil tahu langsung segala persiapan majlis itu. Semua itu di urus 100% oleh keluarga Ilham.
Ah biarlah! Kalau dia ambik tahu buat sakit hati je. Lantaklah keluarga Ilham nak kata dia lepas tangan sekali pun dia dah tak peduli. Lepas ni dia bukan ahli keluarga itu lagi.

Safia tahu tentang persiapan dan tarikh majlis itu pun semua dari adik iparnya. Amira lah yang selalu update kepadanya tentang itu.
Sepatutnya hari ini Ilham bersiap di rumah keluarganya. Tapi Ilham berkeras mahu bersiap di rumahnya sendiri. Alasannya, dia mahu Safia yang siapkannya. Terpaksalah mereka semua akur.

Jam tangan dipandang. Waktu menunjukkan pukul 8.30 pagi. Majlis nikah akan berlangsung pada pukul 10 pagi di rumah pihak perempuan. Tapi Ilham masih belum turun.

Jari memicit kepala yang mula rasa pening. Safia harap dia tak pengsan lah ketika majlis nikah itu berlangsung nanti.
Bunyi notifikasi di telefon mengejutkan Safia. Safia membaca mesej dari adik iparnya.

‘Akak. Abang Am dah siap ke belum? Mira dah call banyak kali abg x pick up. Dah 8.30 lebih ni. Kitorang dah nak gerak pergi rumah pihak prmpuan’

Safia memandang ke atas. Ishh! Takkan tak siap lagi? Tanpa membalas mesej itu, dia terus bangun naik ke tingkat atas. Masuk saja dalam bilik dia mencari kelibat suaminya. Terlihat sampin hitam dan songkok terbiar diatas katil.

Ilham yang termenung di balkoni sikit terkejut memandang isterinya di sebelah. Safia yang siap berpakaian serba putih begitu cantik sekali. Teringat sewaktu mereka mula-mula menikah dulu. Ilham tersenyum tawar memandang Safia.

“Abang kenapa tak siap lagi? Dah pukul berapa dah ni’’

Ilham kembali termenung di balkoni. Kalau boleh dia mahu tarik balik lafaz taklik itu. Dia tak mahu kehilangan Safia. Syaitan apalah yang merasuknya malam itu? Ah! bodoh betul!
Melihat Ilham yang masih termenung Safia sambung lagi.

“Abang.. kenapa ni? Takkan la pengantin baru muka moody macam ni. Hari ni hari bahagia abang tau’’ safia berpura senyum. Dalam hati hanya tuhan yang tahu. Dia cuba untuk bertahan.

“Kenapa Pia buat abang macam ni? Kenapa Pia paksa abang?’’ mata memandang senyuman Safia. Dia tahu Safia pura-pura bahagia. Safia menghela nafas.

“Pia buat apa? Abang sini… Tengok Pia..’’ Safia menarik lengan Ilham berpaling ke arah nya.

“Pia just nak semua orang happy. Mungkin dengan cara ni abang boleh dapat anak. Abang kahwin dengan Pia dah lama kan.. Next year dah masuk 5 tahun. Belum tentu lagi kita akan ada baby’’

“Kalau abang nak anak dari dulu lagi abang dah kahwin lain. Abang dah banyak kali cakap abang tak kisah. Janji abang dapat hidup dengan Pia. Kalau nak ambik anak angkat pun abang ok. Pia nak anak angkat kan? Jom kita pergi cari’’
Safia tergelak mendengarnya. Kalau dulu Ilham setuju dia tak kisah. Sekarang ni dah terlambat.

“Tu hari tu Pia nak anak angkat. Sekarang tak rasa pun. Family abang pun nak anak dari abang sendiri kan. Abang cuba fikir. Abang ada bisnes. Ada harta. Kat mana abang nak salurkan semua tu kalau bukan kat darah daging sendiri. Betul tak?’’

“Tapi abang tak happy Pia.. abang tak nak semua ni..!” Ilham menggeleng sambil menunduk. Air mata mengalir dipipi.
Dia tak kisah kalau dipaksa berkahwin dua sekali pun. Tapi lepas pernikahan itu berlangsung Safia bukan lagi isterinya. Ya Allah! kenapa bodoh sangat dia hari tu. Dia tak mampu nak kawal amarahnya.

Safia juga tak mampu menahan air mata dari keluar. Sayu dia memandang wajah suaminya.

“Abang.. Jangan macam ni k.. Abang jangan risau. Kalau lepas ni kita bukan suami isteri kita boleh jadi kawan kan..’’ Safia memujuk sambil mengelap air mata di pipi Ilham.

“Abang tak nak kawan dengan Pia. Abang nak Pia jadi isteri abang sampai bila-bila. Kita tak payah teruskan semua ni ye? kita lari.. nak?’’ semangat Ilham menyuarakan cadangan itu.

“Tak boleh abang.. Semua orang dah siap tunggu abang pergi majlis tu.. Lagi pun kalau kita cancel nanti apa kata family abang. Lagi-lagi mak long kesayangan abang tu. Nak ke diorang benci Pia lagi? Cukup la diorag pandang serong sebab Pia tak mampu nak bagi abang anak” kening Ilham berkerut mendengarnya.

“Kenapa Pia suka fikir cakap orang? Orang nak fikir apa pun lantak lah. Hidup kita, kita yang tentukan!’’ Ilham mula nak naik angin.

Telefon pintar diatas katil berbunyi beberapa kali menyedarkan mereka.

“Pia penat abang. Asyik kena perli, kena sindir. Tak apa lah. Kali ni biarlah Pia mengalah. Kita berkorban untuk bahagiakan orang tua. Abang siap lah. Tu, phone dah banyak kali bunyi tu. Diorang tengah tunggu’’ Sambil mengelap air mata, Safia ingin berlalu dengan cepat Ilham menyambar lengannya.

“Kenapa Pia cabar abang? Kalau ni yang Pia nak tak apa. Abang ikut.! Pia sedar kan lepas abang nikah dengan perempuan tu Pia akan hilang abang? Abang harap Pia tak menyesal dengan keputusan Pia ni…!’’ Ilham memandang dalam mata isterinya. Dia berharap Safia memujuknya untuk tidak meneruskan majlis itu. Sebaliknya Safia melemparkan senyuman.

“InshaAllah.. Pia tak menyesal. Pia akan selalu doakan abang bahagia dan ada zuriat sendiri macam keluarga abang nak tu..’’

Sakit hati Ilham mendengarnya. Kepala mengangguk memandang Safia. Dengan perlahan dia melepaskan pegangan di lengan Safia.

Safia mengambil sampin dan songkok lalu menyiapkan suaminya. Ilham membiarkan saja perbuatan isterinya itu. Dia rasa tak ada mood. Safia lebih fikirkan kebahagiaan orang lain dari dirinya. Hati rasa panas kerana Safia membiarkan semua ini berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience