BAB 94

Romance Series 60749

DUA BULAN KEMUDIAN…

Ilham keluar seketika dari pejabat dan pulang ke rumah menjemput isteri dan anaknya untuk membawa mereka makan tengah hari di luar.

Safia sudah menghubunginya tadi memberitahu bahawa isterinya itu tidak memasak apa-apa kerana dia sudah berjanji mahu membawa mereka makan nasi ayam di sebuah restoran hari ini. Kerana kesibukan kerja, hampir terlupa dia dengan janji pada isterinya itu. Nasib baik Safia memperingatkannya. Kalau dia terlupa menunaikan janjinya, memang muncung sedepa la mulut isterinya itu apabila dia pulang dari kerja nanti.

Setelah tiba di restoran itu, mereka duduk dan membuat pesanan makanan. Sementara menunggu pesanan sampai, Ilham mengeluarkan tablet untuk menyelesaikan hal kerjanya yang tertangguh tadi.

Beberapa tugasan Shahrul terpaksa di ambil alih seketika kerana lelaki itu sedang bercuti sempena berbulan madu di Paris. Setelah sekian lama kawannya itu mengikat tali pertunangan, akhirnya berlangsung juga majlis perkahwinan mereka dua minggu yang lepas. Kerana kesibukan tunang Shahrul dengan kerja, membuatkan kawannya itu terpaksa menangguhkan majlis penting mereka beberapa kali. Maklum la. Stewardess la katakan. Sibuk terbang ke sana ke sini.

Jadi, untuk beberapa minggu ini, biarlah dia dan Imran yang mengambil alih tugas shahrul sementara. Malas mereka nak mengacau mood pengantin baru sedang berhoneymoon itu. Kasi chance kepada Shahrul pula merasai nikmat bahagia bila 24jam isteri ada di sisi.

Ilham kira, kawannya itu yang akan naik ke pelamin dulu. Rupanya, jodohnya dengan Safia yang sampai dulu. Bibir tersenyum sendiri.

Setelah pesanan sampai, Safia menjamah makanannya sementara anaknya merengek meminta makanan itu. Mata mengerling Ilham yang masih mengadap skrin tablet itu sambil menjamah makanan. Sakit hati dia melihat suaminya seperti tidak pedulikan mereka. ‘Ajak makan dekat luar, tapi dia sibuk dengan tab!’ bebel Safia dalam hati.

“Abang.. Nantilah buat kerja tu..! Bagilah anak makan ni dulu..!” kata Safia menyedarkan Ilham. Hampir terkhayal dia seketika dengan kerja. Terlupa pada isteri dan anaknya yang duduk di depan. Cepat dia meletakkan tabletnya di sebelah.

“Oh sorry sayang... Meh sini Awish duduk dekat papa..” Ilham mengambil Darwish dari Safia dan meletakkan anaknya di sebelah.

Dia menyuapkan nasi ayam itu ke dalam mulut anaknya. Safia hanya menjamah makanannya sampai licin tanpa pedulikan suami dan anaknya itu.

Tablet yang berbunyi membuatkan Ilham beralih memandang ke arah skrin semula.
Tangan masih lagi menyuapkan nasi ke dalam mulut anaknya sambil sebelah tangan lagi serta mata Ilham leka mengadap skrin tablet untuk menyelesaikan hal kerjanya itu.

Darwish yang cuba mencapai air milo yang berada di atas meja secara tidak sengaja menepis gelas itu sehingga terbalik di atas meja. Basah baju anak mereka terkena percikan air milo itu.

“Abang..! kan dah cakap nanti lah tengok tab tu. Anak nak minum kan! Tengok..! kan dah tumpah! Basah baju dia..!’’ panjang bebelan Safia. Ilham cepat mencapai tisu lalu mengelap baju anaknya.

“Sorry la abang tak perasan tadi.. Kejap abang bawak dia pergi toilet” sebelum isterinya bertambah bising dengan cepat Ilham mendukung Darwish menuju ke tandas restoran itu.

Safia terus mengelap tumpahan air di atas meja dengan tisu sambil mulutnya terkumat kamit membebel dengan perlahan. Setelah selesai semuanya, dia ingin bangun dari kerusi untuk ke singki. Tiba-tiba seseorang terlanggarnya. Cepat Safia berpaling dan memegang lengan perempuan itu. Dengan laju dia meminta maaf.

“Sorry puan.. Sorry.. puan ok?’’ sebersalah Safia melihat perempuan yang sarat mengandung itu ingin terjatuh. Nasib baik tangannya cepat menyambar lengan perempuan itu.

“Eh tak apa” perempuan mengandung itu memandangnya lama.

“Err Kak Safia kan?’’ teka perempuan itu. Safia mengangkat kening sambil memandangnya.

“Ye saya. Err. Awak..?’’ teragak-agak Safia menunjuk ke arah perempuan itu.

“Eja. Khadeja” Khadeja menunjuk dirinya. Safia berfikir. Muka perempuan ini macam familiar. Tapi tidak pasti siapa. Dalam beberapa saat terdiam Safia bersuara.

“Ya Allah. Sorry, sorry. Akak tak perasan tadi. Oh Eja. Sihat ke?” Safia berpura-pura ramah. Dia hampir tidak kenal tadi. Dulu berjumpa hanya tiga kali saja. Di majlis pernikahan, di pejabat dan di rumah Ilham ketika dia mahu mengambil barang-barangnya dulu.

“Alhamdulillah. Sihat.. Akak sihat?” soal Khadeja ramah kembali.

“Alhamdulillah. Sihat jugak.. Err.. Berapa bulan dah ni?’’ soal Safia menunjuk ke arah perut Khadeja. Khadeja yang sedang memegang perutnya tersenyum.

“Dah nak masuk 8 bulan.. Akak tinggal mana sekarang?’’ ketika Safia ingin menjawabnya Ilham muncul di situ sambil mendukung Darwish.

“Baju dia habis basah sayang. Dia main air tadi. Ada baju lain tak?’’ kata Ilham sambil meletakkan Darwish ke atas kerusi.

Safia turut memandang baju anaknya yang sudah hampir basah lencun. Mata beralih memandang dada dan lengan baju kemeja Ilham yang turut basah terkena percikan air. Dia menggeleng kepala. Apa la yang anak beranak ni buat dalam toilet tadi tu. Haih!

“Abang…?’’ Ilham memandang perempuan yang sarat mengandung di sebelah Safia. Perempuan itu tersenyum. Terangkat kening Ilham. Macam kenal.

“Err Eja? Eja kan?’’ teka Ilham. Khadeja mengangguk.

“Abang sihat?” soal Khadeja.

“Alhamdulillah. Eja apa khabar?’’ mata Ilham memandang ke arah perut Khadeja yang sarat itu.

Safia yang sedang mengemaskan pakaian anaknya memandang Ilham yang mula nak beramah mesra dengan bekas isterinya itu. Tiba-tiba hatinya dilanda rasa cemburu.

“Alhamdulillah sihat jugak. Abang dengan kak Safia.. Err?’’ sebersalah Khadeja mahu bertanya. Setahunya mereka sudah bercerai lama.

“Kak Pia isteri abang. Ni anak abang’’ terang Ilham sambil tersenyum.

Khadeja mengangguk faham dan tersenyum. Nampak ceria dan kemas wajah Ilham sekarang. Bahasa Ilham pun kedengaran lembut melayannya berbanding dulu. Berabang dengannya dulu pun Ilham tidak sudi. Dia rasa seronok memandang pasangan itu. Cinta mereka kuat. Sudah berpisah tapi masih berjodoh lagi. Walaupun dalam hati dia tertanya-tanya, mana datang pulak anak mereka itu.

Tiba-tiba hati di selubungi rasa bersalah. Teringat sewaktu dia memerangkap Ilham dengan memasukkan pil perangsang dan ubat tidur dulu. Sungguh dia rasa menyesal. Sewaktu di mahkamah dulu, dia sudah memohon keampunan dari Ilham. Itulah kali terakhir dia berjumpa bekas suaminya itu.

“Sayang jom..’’ satu suara mengejutkan mereka. Mata Zakri turut memandang Ilham di depannya. Dia masih ingat lagi muka bekas suami isterinya itu.

Ilham mengangkat kening memandang mereka berdua.

“Ni Zakri. Suami Eja’’ cepat Khadeja memperkenalkan Zakri kepada mereka. Zakri menghulur tangan untuk bersalam. Ilham turut membalasnya.

“Jom.. Tadi kata nak balik kan. Kesian baby..” kata Zakri sambil memimpin tangan isterinya.

“Eja pergi dulu. Assalamualaikum..’’ Ilham dan Safia mengangguk dan menjawab salam itu.

Mata Ilham memandang kedua pasangan itu berjalan keluar dari restoran. Muka Khadeja nampak berseri sekarang. Tudung pun sudah agak muslimah. Lelaki itu pun nampak lebih kemas penampilannya berbanding dulu.

Keputusannya melepaskan Khadeja dulu tepat. Dia akan mendoakan semoga bekas isterinya itu bahagia kerana dia pun sekarang juga berasa bahagia.

Safia yang perasan mata Ilham tidak lepas memandang mereka mula berasa geram. Dia segera bersuara.

“Ai. Tak berkelip pandang. Cinta berputik lagi ke?’’ sindir Safia sambil menjeling suaminya.

“Tak lar. Abang pandang je’’ jawab Ilham sambil tersengih. Safia terus menarik tangan Darwish untuk berjalan keluar dari restoran.

“Tu..! bawak beg!’’ arah Safia kasar. Sengaja dia meninggalkan beg tangannya di atas kerusi itu.

Ilham menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sejak beberapa minggu ini, Safia mudah naik angin. Dulu tidak macam itu pun. Sekarang ini, silap sikit saja isterinya akan melenting. Dia pun tak faham. Nak kata hari-hari datang bulan, isterinya belum datang bulan lagi. Haih.. Nasib baik sayang. Sabar je la..

Dan dia pula sejak akhir-akhir ini sering terlupa semua benda. Tak kan lah umur 30-an begini sudah mengidap alzheimer kot? Humm. Ilham menggeleng kepala.

Dengan cepat Ilham mengemaskan tabletnya lalu mengekori langkah isteri dan anaknya di belakang. Kemudian dia berpatah balik semula ke meja itu untuk mengambil beg yang di arahkan Safia tadi, dan terus pergi ke arah kaunter. Hampir terlupa untuk dia menjelaskan pembayaran.

Beg tangan Safia di galas ke bahu. Kang di tanya mana beg, membebel lagi isterinya nanti kalau dia terlupa nak bawak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience