BAB 62

Romance Series 60740

Ilham menunggu di dalam kereta sambil memerhati kilang kecil itu. Sebentar tadi, dia singgah ke rumah bekas mertuanya, tapi mereka tiada di rumah kerana hadir beberapa kenduri di rumah saudara mereka di kampung. Mujur lah dia masih simpan nombor Adriana bekas adik iparnya itu.

Sebuah kereta Produa Alza berwarna biru berhenti di kawasan itu. Selepas melihat pasangan itu keluar dari kereta, dengan cepat Ilham turun dari keretanya dan melangkah ke arah mereka.

“Assalamualaikum..’’ tegur Ilham.

“Waalaikumsalam...” Kedua pasangan itu berpusing dan menjawab salam itu. Mereka sangat terkejut memandang Ilham.

“Along dengan Kak long sihat?’’ Ilham memandang bekas abang ipar dan birasnya.

“Alhamdulillah.. Sihat semua. Am sihat ke? Susut tengok sekarang..’’ jawab Yasmin ramah.

Adlan hanya memerhati saja. Dengan apa yang dah jadi pada adiknya, dia agak kurang berminat untuk berbual dengan bekas adik iparnya itu.

“Tak ada lah kak long. Biasa je..’’ Ilham tersenyum.

“Kau buat apa kat sini?!’’ soal Adlan serius.

“Am pergi rumah tadi. Nak jumpa ibu dengan abah. Tapi diorang tak ada rumah pulak. Call Yana, dia cakap ibu dengan abah balik kampung ada kenduri. Tu Am datang sini’’ jawab Ilham.

“Buat apa kau cari ibu dengan abah?’’ berkerut kening Adlan.

“Am cuma nak tanya pasal Pia. Dia tinggal kat mana sekarang long?’’ sebersalah Ilham bertanya. Dia tahu bekas abang iparnya itu mesti masih marahkannya.

“Dia sihat. Kenapa kau nak tahu pasal dia?’’

“Along tahu dia tinggal kat mana kan..?’’

“Biar lah dia tinggal kat mana pun..! Dia dah bahagia dengan life dia. Kau tak payah cari dia lah. Kau kan ada life kau sendiri. Jaga bini dengan anak kau tu sudah…!’’ kata Adlan selamber.

Yasmin menepis perlahan lengan suaminya sambil memberi isyarat mata. Tak baik cakap macam tu.

“Ye.. Am tahu Am salah. Am mintak maaf. Am cuma nak tahu khabar dia, nak tengok dia tinggal kat mana, itu je long. Kalau dia selamat Alhamdulillah..’’

“Dia selamat je..!’’ kata Adlan sepatah.

“Jadi semua orang tahu la Safia tinggal kat mana selama ni?’’ mata memandang kedua pasangan itu silih berganti.
Dulu dia datang ke kampung dan bertanya tentang Safia semua orang kata tak tahu. Yasmin sebersalah mahu menjawab. Dia hanya diam saja.

“Dia dah ada life dia dah. Kau tak payah la kacau dia lagi.. Kau pun dah ada life kau sendiri’’ Adlan mengulangi katanya tadi.

“Dia dah kahwin ke?’’ soal Ilham lagi.

“Kenapa kau nak tahu?’’

“Am cuma nak pastikan dia bahagia je long..’’

“Kan along dah cakap tadi dia dah happy dengan life dia..! Kalau dia tak bahagia kau nak buat apa? Nak kacau dia??’’ Adlan mengangkat kening memandang Ilham. Geram. Tak faham bahasa gamaknya si Ilham ni.!

“Am akan bahagiakan dia long..’’ jawab Ilham perlahan. Adlan tersenyum sinis.

“Dulu pun kau janji macam ni. Tapi kau buat dia sedih jugak kan.. Kau ceraikan dia lepas kau dapat bini baru…! laki jenis apa kau ni?!’’ tegas suara Adlan.

Sepatutnya dari dulu lagi dia melepaskan ketidakpuasan hatinya itu. Kerana waktu itu, Ilham berada di depan ibu dan abah. Jadi dia diam kan saja. Sejak dari itu Ilham sudah tidak muncul lagi di kampung ini.
Hari ini, Ilham datang berjumpa lagi dengannya dan bertanya soalan yang sama. Memang kena la!

Walaupun sudah hampir setahun penceraian Ilham dan adiknya, masih terbayang lagi dalam fikirannya tangisan Safia ketika berterus terang pada mereka sekeluarga. Dia tidak suka tengok adik-adiknya di sakiti. Ibarat cubit peha kanan, peha kiri pun terasa.


“Am tak ada niat nak ceraikan dia long.. Dia yang mintak semua ni. Am masih sayang kan Pia… Dia yang tinggal kan Am. Am tak suruh pun dia pergi..’’ sebak suara Ilham memandang bekas iparnya. Rasa tidak adil kalau dia saja dipersalahkan.

“Kau sebagai suami sepatutnya control emosi kau..! dah la Am. Benda dah jadi lama. Kau tak payah lah gila talak lagi…!’’

“Am tahu Am salah. Sebab tu Am nak tengok dengan mata Am sendiri.. Dah lama Am cari dia. Kalau dia bahagia Am janji Am takkan ganggu dia lagi…’’ pandangan Ilham penuh harapan.

“Tak payah lah kau ambik tahu pasal dia. Hati dia tu dah cukup sakit hidup dengan kau..! Sebabkan dia belum mengandung, keluarga kau sindir-sindir dia. Kau sebagai suami kau buat apa? Kau diam je kan?!’’ bidas Adlan lagi. Ilham menundukkan kepala. Dia sambung lagi.

“Hati perempuan ni tak macam hati kita Am. Kalau hari-hari perasaan kena torture, tak stress hidup dia? Jari ni kalau hari-hari hiris dengan pisau tumpul pun boleh putus. Tu bukit tu, kalau tarah hari-hari pun boleh rata. Macam tu lah hati Safia Am…!’’

Ilham mengangguk perlahan. Betullah apa yang bekas abang iparnya cakap. Dia sedar. Dia hanya diam bila keluarganya sindir isterinya. Dalam beberapa minit berdiam dia bersuara.

“Betullah along cakap tu. Am sedar Am ni suami tak guna kat Pia.. Tak apa lah long.. Walaupun Am tak dapat jumpa dia lagi Am akan sentiasa doakan dia bahagia dengan orang yang dia sayang… Am pergi dulu.. Assalamualaikum…’’ Ilham menunduk dan berlalu pergi dari situ. Kecewa dia rasa. Tak apa lah. Kalau semua orang benci dia pun dia redha.

Yasmin yang dari tadi hanya memerhati rasa kasihan melihat bekas birasnya itu. Dia memujuk suaminya untuk cakap jujur saja pada Ilham.

Adlan yang sudah puas melepas geram mula sedar. Dia pun ada balas kasihan sebenarnya. Tapi kerana janji dengan adiknya terpaksa lah dia merahsiakan satu hal itu. Dia memanggil Ilham. Ilham berpaling memandang mereka.

“Kalau satu hari nanti kau jumpa Safia, kalau dia dah bahagia along mintak sangat kau jangan ganggu hidup dia. Jangan rampas kebahagiaan dia..’’ Ilham tersenyum tawar dan mengangguk lemah mendengarnya.

“Am janji Am takkan kacau dia lagi...’’ Ilham berpaling semula dan berjalan perlahan ke kereta.

“Dia ada kat Johor’’ Ilham yang mendengar itu segera berpusing lagi.

“Johor?? Kat mana long?” semangat dia bertanya.

“Itu je along boleh bagitahu. Kau cari lah dia sendiri..!” kata Adlan. Dia mula rasa sebersalah dengan adiknya kerana mungkir janji.

“Terima kasih along..’’ Ilham tersenyum paksa dan masuk ke dalam kereta.

Ilham termenung seketika sambil berfikir. Perlu ke dia cari Safia sedangkan Safia yang tinggalkannya. Dia menghela nafas. Hatinya tak tenang. Dia mahu memastikan Safia betul-betul selamat dan bahagia. Dia rasa ingin tahu siapa lelaki dan baby yang di katakan Shahrul tempoh hari. Laju kakinya menekan minyak keluar dari kawasan itu. Sambil memandu dia berfikir lagi.

‘Johor? Johor tu besar. Mana nak cari?’ tiba-tiba dia teringat tentang projek resort yang di uruskan Imran di Mersing. Kalau macam tu, lebih baik dia take over projek itu. Laju tangan mengeluarkan telefon pintar dan mendail nombor Imran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience