Airis menggendong Aidan yang sedang tersengih-sengih sambil memandang Puteri. Dia mengusap rambut Aidan sebelum berkata, “Aidan, ni kakak Puteri. Aidan cakap kat kakak Puteri, kalau nak cium Aidan, kakak Puteri kena mandi dulu.” Airis ketawa kecil, membuatkan Puteri tersipu malu sambil menutup mukanya dengan tangan kecilnya.
“Comelnya anak kak Dina. Puteri suka tengok dia senyum,” ucap Puteri sambil mengintai dari celah jarinya.
Airis memandang Puteri dengan senyuman mesra. “Puteri, pergi bilik air dulu. Lepas tu kak Dina datang bagi baju bersih, ya? Dah mandi baru boleh pegang Aidan, nanti dia nakal lagi,” gurau Airis.
Puteri mengangguk sambil tertawa kecil. “Baik, kak Dina. Puteri pergi sekarang!” Dia segera berlari ke arah bilik air, langkahnya lincah walaupun kasutnya sudah koyak sedikit di bahagian depan.
Airis memandang langkah Puteri dengan rasa simpati. Dia kemudian memandang Aidan yang masih di dalam pelukannya. “Aidan, tengok kakak Puteri tu. Dia baik sangat tau. Nanti kita kena tolong kakak Puteri dan mak dia, ya?” bisik Airis sambil mengusap pipi gebu anaknya.
Aidan hanya mengeluarkan bunyi kecil seolah-olah faham apa yang dikatakan oleh ibunya.
Tak lama kemudian, Puteri keluar dari bilik air, wajahnya nampak bersih dan ceria. “Kak Dina, Puteri dah mandi!” ucapnya sambil menggoncang sedikit bajunya yang basah di bahagian lengan.
Airis tersenyum, lalu mengambil baju kecil yang sudah disiapkannya tadi. “Nah, ni baju bersih untuk Puteri. Pakai cepat, lepas tu kita pergi hantar Puteri balik rumah. Kak Dina nak jumpa mak Puteri.”
Puteri mengambil baju itu dengan teruja. “Terima kasih, kak Dina. Kak Dina memang baik hati.”
Sementara Puteri menukar bajunya, Airis duduk di sofa sambil memikirkan sesuatu. “Keluarga Puteri ni susah sangat, tapi anak dia baik dan sopan. Aku kena buat sesuatu untuk bantu mereka,” bisik hati kecil Airis.
Tak lama kemudian, Puteri muncul semula dengan baju bersih yang sedikit longgar. “Kak Dina, Puteri dah siap!” katanya dengan semangat.
Airis tersenyum sambil menggenggam tangan kecil Puteri. “Jom, kak Dina hantar Puteri balik rumah. Kita sembang dengan mak Puteri, ya?”
“Baik, kak Dina!” jawab Puteri ceria.
Mereka berdua berjalan keluar rumah bersama Aidan di pangkuan Airis. Di sepanjang perjalanan, Airis tak henti-henti memikirkan cara untuk membantu Puteri dan keluarganya tanpa membuat mereka terasa kecil hati. Hatinya kini lebih berat kepada tanggungjawab yang baru sahaja ditemuinya.
Danial keluar dari kereta dengan wajah risau. Dia memandang Airis yang memeluk Aidan sambil berjalan di bawah panas terik, dengan Puteri yang tampak letih di sebelahnya.
“Sayang, nak pergi mana tengah panas macam ni?” ucap Danial, nadanya mencampur risau dan marah.
Airis berhenti melangkah, menoleh ke arahnya. “Dina nak hantar Puteri balik rumah. Kenapa abang risau? Bukan abang tak suka ke Dina duduk rumah tu? Dina ni kan mulut jahat,” sindir Airis sambil mengusap peluh di dahi Aidan.
Danial menghela nafas panjang, cuba menenangkan diri. “Sayang, abang bukan nak gaduh. Dina dengan Aidan tengah jalan kaki dalam panas. Tengoklah Puteri tu, nampak penat.”
Puteri segera mencelah. “Tak apa, abang Danial. Puteri tak penat, Puteri biasa jalan macam ni,” katanya dengan suara kecil, cuba menunjukkan dia kuat.
Airis mencebik. “Nampak tak? Dia kuat. Dina pun kuat, abang.”
“Sayang, abang tak kisah Dina kuat ke tak, tapi kesihatan Aidan dan Puteri abang risau. Kalau mereka sakit, siapa nak jaga?” Danial bersandar pada pintu kereta, memandang Airis dengan pandangan lembut.
Airis terdiam seketika. Dia tahu Danial betul, tapi egonya menahan untuk mengaku. “Kalau abang risau sangat, hantar kami terus ke rumah Puteri. Tapi jangan buat macam ni sebab nak tunjuk abang baik.”
Danial membuka pintu kereta belakang. “Masuk, sayang. Kita sama-sama hantar Puteri balik.”
Airis mengangkat bahu, lalu membawa Aidan dan Puteri masuk ke dalam kereta. Puteri tampak malu-malu, duduk di hujung tempat duduk sambil memandang kasut lusuhnya.
“Puteri, jangan risau pasal kereta abang kotor. Kaki Puteri tak kotor pun. Kan Puteri anak baik,” pujuk Danial sambil memulakan enjin kereta.
Sepanjang perjalanan, suasana agak sunyi. Hanya suara Aidan yang sesekali merengek kecil membuatkan suasana tidak terlalu canggung. Airis yang duduk di sebelah Danial hanya diam, matanya merenung keluar tingkap, tenggelam dalam fikirannya sendiri.
Setibanya di rumah Puteri, seorang wanita tua keluar menyambut mereka dengan senyuman. “Puteri, siapa yang hantar ni?”
“Mak, ni kak Dina dan abang Danial. Mereka hantar Puteri balik,” jawab Puteri sambil menunjuk ke arah Airis.
Wanita tua itu terus memandang Airis dengan mata berkaca. “ Dina, terima kasih banyak. Allah saja yang boleh balas budi baik kamu. Selalu juga Puteri cerita pasal Dina, katanya baik hati tolong kami.”
Airis tersenyum tipis, memandang wanita itu. “Mak cik, tak payah terima kasih. Saya cuma buat apa yang patut.”
Danial yang melihat momen itu hanya memandang Airis dengan rasa kagum. Dia tahu, di sebalik sikap kasarnya, isterinya seorang yang sangat baik hati.
Ketika mereka meninggalkan rumah Puteri, Airis bersuara, perlahan tapi penuh makna. “Abang, Dina cuma nak bantu orang yang susah. Sebab Dina tahu, susah tu bukan benda yang senang nak dilalui.”
Danial hanya mengangguk, memahami apa yang ingin disampaikan oleh Airis.
“Sayang nak bantu apa kat keluarga Puteri tu...” ucap Danial.
“Saya rasa, saya nak sekolah kan Puteri sampai dia universiti. Saya nak dia banggakan mak dia tu...” ucap Airis.
Danial memandang Airis dengan wajah penuh tanda tanya, tetapi tidak menolak niat baik isterinya. “Dina, Dina yakin nak buat semua tu? Bukan abang tak sokong, tapi nak tanggung pendidikan Puteri tu sampai universiti bukan perkara kecil. Dina kena fikir panjang.”
Airis menghela nafas, memandang Aidan yang sedang bermain dengan Puteri. Matanya penuh dengan keyakinan. “Abang, Dina yakin. Dina tak nak dia terhenti kat sini je. Dina tahu perasaan tu, abang. Perasaan nak belajar, nak ubah hidup tapi tak mampu. Dina pernah lalui semua tu. Dina tak nak Puteri rasa benda yang sama.”
Danial diam seketika, menilai nada dan wajah isterinya. Dia tahu, Airis tak bercakap main-main. Dia benar-benar serius.
“Dina, Dina marahkan abang ke...” ucap Danial akhirnya.
“Tak, Dina tak marahkan. Dina cuma terasa je. Abang, kalau abang rasa Dina masih belum ingat sepenuhnya, ye memang Dina masih belum ingat sepenuhnya. Tapi Dina akan ingat, bila Dina ada kat situasi yang pernah Dina nampak...” ucap Airis perlahan, matanya sedikit berkaca.
Danial menarik nafas panjang. “Sayang, abang tak pernah rasa Dina tak cukup baik. Tapi abang takut Dina letak terlalu banyak beban atas bahu sendiri. Dina nak bantu semua orang, tapi abang tak nak Dina abaikan diri Dina sendiri.”
Airis menoleh, kali ini memandang tepat ke mata suaminya. “Abang, Dina tahu Dina ada banyak kelemahan. Dina tahu Dina tak sempurna. Tapi, Dina rasa hidup Dina lebih bermakna bila Dina boleh tolong orang lain. Dina tak boleh abaikan perasaan Dina ni. Kalau abang rasa Dina salah, abang cakap terus terang.”
Danial tersenyum kecil, lalu memegang tangan Airis. “Sayang, abang tak pernah anggap apa yang Dina buat ni salah. Abang cuma nak pastikan Dina tak terbeban. Kalau ini betul-betul keputusan Dina, abang akan sokong. Tapi abang nak kita buat sama-sama.”
Airis tersenyum sedikit, lega mendengar kata-kata Danial. “Terima kasih, abang. Dina tak pernah harap lebih dari sokongan abang.”
Danial memandang Aidan dan Puteri yang sedang ketawa riang di bawah pohon. “Kalau macam tu, abang cadangkan kita mulakan dengan cari sekolah yang sesuai untuk Puteri. Lepas tu, abang akan bantu uruskan apa yang Dina nak buat untuk dia.”
Airis mengangguk sambil tersenyum. Dalam hati, dia bersyukur kerana memiliki suami yang memahami dan menyokongnya sepenuh hati.
“Zira, boleh tolong akk tak…” ucap Airis sambil memandang azira yang sedang melipat kain di ruang tamu.
Azira mengangkat wajah, memandang Airis dengan rasa ingin tahu. “Tolong apa, kak? Cakap je, kalau boleh Zira bantu, Zira buat.”
Airis menarik nafas panjang, menyusun ayat sebelum bersuara. “Tolong uruskan kemasukan sekolah kat sini, Puteri tu baru darjah dua. Zira tolong akk tau, nanti akk bagi upah.”
Azira terkedu seketika. “Kemasukan sekolah? Puteri? Kak Dina serius nak tolong dia sekolah?”
Airis mengangguk. “Iya, Zira. Budak tu bijak, tapi kalau tak sekolah, dia akan terus hidup dalam kitaran yang sama. Kak Dina nak bagi dia peluang. Kak Dina tak nak dia rasa perit hidup macam mana kak rasa dulu.”
Azira tersenyum kecil, kagum dengan keikhlasan kakaknya. “Tak payah nak bagi upah apa pun, kak. Kalau ini untuk budak tu, Zira sanggup tolong. Lagipun, Zira kan tak kerja lagi sekarang. Zira boleh pergi pejabat sekolah dan uruskan semua.”
Airis tersenyum lega, lalu memegang tangan adiknya. “Terima kasih, Zira. Kak Dina tahu Zira boleh diharap. Kak Dina cuma nak dia dapat peluang yang baik, biar pun dia bukan darah daging kita.”
“Tapi kak, sekolah tu jauh sikit dari rumah dia. Macam mana dengan pengangkutan? Mak dia tak ada kenderaan?” tanya Azira, memikirkan realiti yang mungkin jadi cabaran untuk Puteri.
Airis terdiam sejenak, lalu memandang ke arah Danial yang baru masuk ke ruang tamu sambil membawa Aidan di dukungannya. “Abang Danial ada kereta, abang boleh hantarkan dia pagi-pagi sebelum pergi kerja, kan?”
Danial tersenyum mendengar perbincangan itu. “Kalau itu yang Dina nak, abang boleh tolong. Tapi abang harap Dina dah bincang dengan mak Puteri dulu. Kita tak nak buat keputusan untuk keluarga orang lain tanpa persetujuan mereka.”
Airis mengangguk. “Betul, abang. Dina dah cakap dengan mak Puteri, dan dia setuju. Dia kata dia bersyukur sangat kalau kita boleh tolong.”
Azira tersenyum lebar. “Kalau macam tu, serahkan semuanya pada Zira. Kak Dina jangan risau, Zira akan pastikan semuanya berjalan lancar.”
Airis memeluk azira erat, bersyukur kerana ada sokongan daripada keluarga. Dalam hatinya, dia bertekad untuk memastikan Puteri tidak akan melalui masa depan yang gelap.
“kau tu jangan baik sangat lah, nak tolong budak selekeh tu....." ucap mak long, suaranya penuh dengan nada sinis. Matanya tajam memandang Airis, seolah-olah mencari kesalahan.
“mak long ni dah kenapa, tiba-tiba serang saya macam ni...." ucap Airis, suaranya tenang tapi penuh dengan rasa tidak puas hati. Dia yang tidak pernah suka dihinggapi sindiran seperti itu, hanya mampu menahan amarah.
“kau tak payah lah pura-pura baik, depan nek Wan, depan laki kau kau boleh lah berlakon, depan aku jangan harap lah....." ucap mak long, cuba membangkitkan ketegangan antara mereka berdua. Wajah mak long semakin serius, menambah ketegangan di dalam bilik itu.
“mak long dah kenapa sakit hati sangat, mak long pun bukan baik sangat pun, miskin juga dan mak long pun selekeh, tak sedar diri ke..." ucap Airis dengan nada yang lebih tinggi, marah. Dia sudah tidak boleh tahan lagi dengan sikap mak long yang selalu memperkecilkan dirinya.
Mak long terdiam seketika, terkejut dengan kata-kata Airis yang tajam. Matanya menyala dengan amarah yang tidak mampu disembunyikan. “Jangan nak melawan sangat, Dina. Kau jangan ingat kau tu boleh buat apa saja!" mak long membentak, cuba untuk menakutkan Airis.
Airis hanya tersenyum sinis, melangkah perlahan-lahan ke arah mak long. "Apa mak long ingat, saya ni takut dengan mak long? Dulu mungkin saya diam saja, tapi bukan lagi sekarang. Saya dah tak sabar dengan sikap mak long yang suka memandang rendah pada orang lain, termasuk saya." Suaranya tetap tegas dan tidak berganjak, matanya tajam menatap mak long.
“kau tu tak tahu malu, mengata orang sana sini. Bukan elok pun hidup kau tu, tahu tak?" mak long terus menambah, sudah hilang kawalan.
Airis melepaskan keluhan panjang, "Saya tahu hidup saya tak sempurna, mak long. Tapi saya tak pernah sesekali menilai orang lain dengan cara yang jahat macam ni. Saya selalu cuba buat yang terbaik, walaupun mak long selalu je cari kesalahan saya."
Keadaan menjadi semakin tegang, dan mak long yang semakin hilang sabar menambah, "Kau nak cakap apa lagi, Dina? Kau rasa kau tu lebih baik dari aku?"
Airis tersenyum penuh keyakinan, "Saya tak kata saya lebih baik dari mak long, mak long. Tapi saya tahu siapa saya, dan saya tahu siapa yang perlu dihormati. Kalau mak long rasa perlu hina orang, tak apa. Tapi jangan harap saya diam je, saya juga ada hak untuk bercakap."
Mak long terpaku, tidak tahu bagaimana hendak membalas kata-kata tajam Airis. Suasana di dalam rumah itu jadi sunyi seketika, hanya kedengaran desahan nafas dari keduanya. Hati Airis memang sakit, tapi dia tidak akan membiarkan diri diperlakukan begitu.
“abang kenapa abang dah tak bela Dina, abang biarkan mak long dengan Tasha hina, maki Dina sesuk hati......" ucap Airis dengan suara yang berat, matanya berkaca. Perasaan kecewa semakin membara dalam dirinya, namun dia berusaha menahan air mata yang ingin tumpah. Dia tidak pernah terfikir bahawa dalam perkahwinannya, akan ada masa-masa seperti ini, di mana dia merasa ditinggalkan dan tidak dihargai.
Danial yang sedang memandu hanya diam. Dia tahu, setiap perkataan Airis mengandungi kekecewaan yang mendalam, namun dia juga berperang dengan dirinya sendiri. “abang buat semua ni untuk Dina, Dina yang mintak abang bersabar dengan sikap mak long......" jawab Danial perlahan, nada suaranya penuh dengan penyesalan. Dia sudah lama cuba untuk menenangkan keadaan, tetapi kadangkala dia merasa tersisih antara perasaan isterinya dan keluarganya.
“memang itu dulu, kadang-kadang keluarga pun bila-bila masa je boleh buat keluarga kita hancur....." ucap Airis, suaranya semakin bergetar. Baginya, tak ada apa yang lebih menyakitkan daripada melihat suaminya membiarkan orang lain menghina dan mengecilkan dirinya. Itu bukan kali pertama mak long dan Tasha melukakan hatinya, namun dia tetap bersabar kerana cintanya pada Danial. Tapi semakin lama, dia rasa dirinya semakin terpinggir.
“sayang Please, jangan kurang ajar dengan mak long dengan Tasha, diorang sedih sayang....." ucap Danial dengan nada memohon. Dia tahu, hubungan mereka semakin renggang. Dia cuba mengawal perasaannya dan berharap Airis dapat memahami keadaannya, namun dia tahu, Airis juga punya had kesabarannya.
“abang dari dulu, memang suka sakitkan hati Dina, abang tak pernah faham Dina, abang lah yang buat Dina jadi macam ni...." ucap Airis, suaranya kini lebih rendah tetapi penuh dengan kekecewaan. Airis memandang ke luar tingkap kereta, matanya mencari-cari sesuatu di luar sana yang bisa menenangkan hatinya. Tapi tidak ada apa-apa. Hanya jalan raya yang terus membentang, seolah-olah tiada penghujungnya.
Danial menundukkan kepala, perasaan bersalah menyelubungi dirinya. "dina tak payah lah ikut benda lama, perkara dah lepas lah....." ucapnya, tetapi nada suaranya tidak sepenuh hati. Dia tahu, walaupun dia mengatakan itu, Airis masih menyimpan luka yang dalam, luka yang sudah lama tidak sembuh.
“abang nak Dina tinggalkan abang lagi, kalau 5 tahun Dina boleh tinggalkan abang, sekarang pun Dina boleh hilang dari abang sampai bila-bila dan abang tak akan jumpa dengan Aidan Syafiq...." ucap Airis dengan suara yang pecah, kali ini air matanya tidak dapat ditahan lagi. Dia sudah cukup terluka. Selama ini, dia bertahan kerana Aidan, tetapi kini dia tidak tahu bagaimana lagi untuk bertahan. Dia merasa seolah-olah semua yang dia usahakan selama ini sia-sia. Dia tidak tahu apakah perasaan Danial terhadap dirinya lagi.
Danial yang mendengar kata-kata itu, berhenti memandu di tepi jalan. Dia menggenggam stereng kereta dengan kuat, matanya tertutup rapat. “Dina, jangan cakap macam tu, please..." ucap Danial, suaranya hampir tidak kedengaran. Hatinya terasa remuk mendengar perkataan itu. Dia tidak mahu kehilangan Airis, dia tidak mahu kehilangan keluarganya, tetapi kadangkala, segala yang dia lakukan seperti tidak cukup. Seperti semuanya sudah terlambat.
Share this novel