BAB 10

Drama Series 2592

Danial yang tengah bermain game di halaman rumah didekati Puan Ain.Puan Ain duduk di sebelah Danial.Muka Danial di tatap.“Dan gaduh dengan Dina ke?"Tanya Puan Ain.Danial mematikan telefonya.

“Tak gaduh pun mummy,bakal menantu mummy tu je yang lebih-lebih....".puas Juga dia memujuk Dina masa nak hantar Dina balik ke rumah Auntie Diana.“Dan Biasa lah perempuan,dia tu nak perhatian Dari Dan,Dan Ingat cakap mummy,walau apa pun masalah Dan Dan Dina nanti,tolong lah Bawa-bawa berbincang,mummy tahu perangai anak mummy macam mana...."Panjang lebar Bebelan mummynya.Dqnial menarik nafas lalu di hembusnya.

“Ok mummy, insyaallah"Tangan mummy Di cium.nak bodek lah tu.“Dan janji dan Akan ingat pesanan mummy yang berharga tu...."Tangan di angkat seperti bersumpah.Puan Ain memukul Tangan anaknya,sambil ketawa lucu.

*************************************

“Adik,asal ni bilik macam tongkang pecah,kenapa ni adik,masalah apa pulak kali ni?"Tanya Tengku Diana sambil mengusap rambut anaknya.muka masam Airis di pegang.Airis terus menepis tangan mamanya lembut.“Maaa...boleh tak Adik tak nak kahwin...."Air mata mula bertakung di tubir matanya.

“Adik,mana boleh macam tu,persiapan semua dah siap mana boleh batal macam tu je,Malu lah kami macam ni,mana pulak mama nak letak muka dengan Auntie Ain...".hampir gugur jantung Tengku Diana apabila mendengar kata putus anak bongsunya.

“Tak kesah janji hati adik tak sakit....."Air mata di seka Kasar.“Kenapa ni adik apa yang Danial dah buat kat adik.?"Tanya Tengku Diana.tangan Tengku Diana mengusap-usap belakang badan Anaknya.

Mata Tengku Diana direnung sayu.“Dia tu sikit-sikit nak marah adik,adik tak boleh lah mama,macam mana kalau lepas kahwin nanti dia marah adik mama,adik tak nak".Tengku Diana menggelengkan kepalanya.“Adik,Danial marah mesti ada sebab kan,sebelum ni ada ke dia marah adik?"tanya Tengku Diana.

Airis menggelengkan kepalanya.“Adik, kalau ada masalah cuba Setel kan jangan lah mengelak,"Nasihat Tengku Diana.Airis membuat muka masamnya.mama ni bukan nak bela aku.aku ni kan anak dia bukan Danial.

“lagi satu mama nak pesan,perangai merajuk tu kurangkan sikit,nanti pening Danial nak pujuk adik macam mana,"Bahu anak di peluk dengan penuh kasih sayang.

walau hatinya berat untuk menerima nasihat Tengku Diana,dia akan cuba.Umur bukan penghalang untuk aku jadi isteri yang taat dah solehah untuk Megat Danial.Airis membalas Pelukan Mamanya dengan senyuman.

************************************
Seminggu kemudian.

Hari yang di nanti kan sudah tiba,esok hari paling bersejarah untuk Tengku Airis medina.Esok di mana dia akan menjadi isteri yang sah kepada Megat Danial.Airis merenung tangannya yang di conteng oleh Mua yang berpengalaman,Dia lah mekupkan aku besok.

“Airis asal kau berdebar semacam je ni...."Bisik Airis dalam hati.“Airis boleh tak tangan Tu duduk diam sekejap,nanti comot pulak inai kamu nanti"Tegur Cik Rita.“Hmmm....".

Airis tak suka sebenarnya berinai ni,kalau ikut hatinya nak je dia pakai Tanpal² punya je kan senang,mudah nak tanggalkan,kalau inai mahu makan berminggu-minggu nak hilang.

“Acik Ina....!!"Irwa terus menerpa ke airis.airis terus senyum.“Nak ape kesayangan acik Ina ni....."Tanya Airis sambil memandang geram ke arah Irwa.“Auncle Danial Cari Acik Ina..."Tutur Irwa sambil matanya Memandang tangan Airis yang berinai itu.

Danial nak apa dia datang sini,nak pujuk aku ke,kalau nak pujuk aku buat apa datang sini,wasap atau call kan boleh,dia ni kan saje je nak malukan aku.“Akk dah siap ke?"Tanya Airis sambil matanya melihat ke arah pintu.

“Sikit je lagi...."Setelah berpuas hati dengan hasil tangan dia terus mengambil gambar tangan Halus Airis.“ok jap aku nak ambik gambar,nak pos kat FB".Airis hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

setelah kak Rita selesai mengambil gambar jarinya Irwa di sebelah di alih kan di tempat yang di duduknya tadi.“Akk Inaikan budak ni dulu,Yang lain Nanti kendian,"Pesan Airis sambil kaki melangkah ke pintu.

“awak buat apa datang sini...."Airis terus mendekati Danial yang tengah duduk di taman.“Mama yang suruh datang,"Jawab Danial sambil memandang wajah Cantik Airis.

“Mama suruh datang,buat apa?"tanya Airis lagi.Danial bangun dan terus mendekati Airis.“Mama suruh saya berinai sekali....".Airis mula melangkah setapak ke belakang.

“inai?ada ke lelaki pakai inai"Soal Airis hairan.“Mana saya tahu....saya ni kan menantu yang baik...mesti lah saya kena datang kan...".Sinis Sahaja muka Airis saat ini.Danial yang menahan geram terus memicit hidung Mancung Airis.Airis terus mengadu sakit.“Auch...sakit lah!!"marah Airis.nasib tangan aku ni berinai kalau tak memang habis lah kau.

“Dina merajuk lagi ke?"Danial mengendurkan Suaranya.Airis memeluk tubuh.pura-pura merajuk.hatinya ketawa jahat.“sorry....ok...please maafkan Dan..."Bahu Airis dipusingkan menghadap dia

Airis cuba untuk menahan tawanya.Danial Yang melihat wajah nak ketawa Airis terus memandang tajam ke arah Airis saat ini.“Ehhh budak ni saje je kan nak kena kan orang...."Muka Airis di tumbuk lembut.“padan muka,sapa suruh marah orang,".

“jom lh masuk,nanti mak mertua kesayangan awak tu bising pulak kat saya,sebab apa,sebab saya tak ajak menantu kesayangan dia ni masuk,jadi di persilakan masuk Tuan Besar"Airis acah-acah tunduk hormat.sebelum Masuk Sempat lagi Danial menarik rambut Airis.

“Danial!!!!".jerit Airis.rambut yang kusut di betulkan.Kesemua ahli keluarga memandangnya sambil tersengih.Airis yang malu terus meninggalkan tempat itu.baik aku masuk bilik.

*************************************
keesokan harinya.

Aisyah terus mendekati Kawan baiknya apabila mendengar pergaduhan kecil antara mak andam dan Airis.“kenapa ni kak Rita?"tanya Airis pada mak Andam.

“Airis ni Syah dia tak nak pakai tudung ni"Ucap Kak Rita sambil Memegang tudung bawal berwarna putih itu.Airis mencebikkan bibirnya.tak nak aku,nanti panas lah.“Ris pakai lah,tak kan nak pergi masjid dengan kepala terdedah macam tu,tak elok lah...."Aisyah cuba memujuk Airis.Airis pulak hanya buat muka tak tahunya.sorry ye,aku nak pakai,dah lah baju ni dia yang pilih tak kan tudung pun kena paksa pakai sekali.

“Airis,Please..nanti mama kau bebel lah..."Aisyah membuat muka comel.tangan Airis di goyang-goyangkan.Airis menjeling Aisyah.“Ye lah...."Mengalah Airis.dia bukan terpujuk sebab Si Aisyah ye,dia takut kan mamanya tu je.

Akhirnya Selesai juga Kak Rita memakaikan si budak keras kepala ni.“Akk keluar dulu ye...."Pinta Kak Rita.“ouh ye...kak Rita,auntie Diana suruh makan dulu sebelum balik..."Persanan Tengku Diana Di sampaikan ke Kak rita.kak Rita hanya menganggukkan kepalanya.

Bahu Airis di usap Aisyah.“dah nak jadi isteri orang dah kawan aku sorang ni....".Airis tersenyum paksa.Dia sebenar rasa sangsi dengan dirinya sendiri.betul ke dirinya ikhlas menerima Danial sebagai suaminya.

“Syah,Betul ke apa yang aku buat ni,Syah,kau tak rasa ke yang aku ni terima dia sebab nak jadikan dia tukang cuci kotor aku....".Kepalanya didongakkan air mata cuba di tahan.“Ris...Jangan lah macam ni...hanya kau je tahu,apa dalam hati kau ni,kalau hati kau berkata lain,belajar lah untuk ikhlas kanya...".Aisyah hanya mampu nasihat.terpulang kalau Airis nak terima atau tidak.

Air mata di kesat pakai jari,nanti rosak pulak mek up.“dah jangan nangis...abis rosak mek up kawan aku ni"Pujuk Aisyah sambil membetulkan tudung Airis yang sedikit sengit itu.

Airis melakarkan segaris senyuman manis.“adik dah siap ke...kita dah lambat ni nak pergi masjid"Tengku Diana di muka pintu di toleh.“Dah siap,jom Syah...."bunga Yang di atas katil di ambil Syah lalu di serahkan ke Airis.airis menyambut dengan senyuman.

*************************************
di masjid

Danial Sekarang ni duduk berhadapan dengan encik Mustafah.muka dia sekarang terpancar muka neuvoersnya.Haris menepuk-nepuk bahu Bakal Adik iparnya.Danial Memandang muka Haris dengan senyuman yang terpaksa.

Airis yang baru sampai duduk di samping Tengku Diana Dan Puan Ain.majlis nikah dan sanding hanya di jemput oleh ahli keluarga terdekat sahaja.ini semua atas kehendak dirinya yang tidak suka dirinya jadi pusat perhatian.

kalau ikut kan mamanya mahu dia nak buat majlis besar-besaran.Puan Ain Memegang tangan Bakal menantu.bagi menegangkan Airis yang nampak gabrah.

“semua dah ada,pengantin perempuan dah ready ye?"Tanya ustaz Azhar.Airis menganggukkan kepalanya perlahan.“ok kita mulakan..."Tangan encik Mustafah di hulurkan.Danial menelan Air liurnya.tangan encik Mustafa di sambut.“Megat Danial bin Megat Faizal"

“ye saya"

“aku nikahkan di kau dengan puteriku Tengku Airis medina binti Mohamad Mustafah dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai"

“Aku terima nikahnya Tengku Airis medina binti Mohamad Mustafah dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai..."

setelah di sahkan oleh dua orang saksi.Danial meraup wajahnya dengan tangan tanda syukur pada Ilahi.

“al fatihah"

Tengku Diana mengusap belakang badan Airis.Air mata yang mula bertakung di lap Airis menggunakan. tisu.

“Tahniah adik"ucap Tengku Diana Perlahan

Airis hanya tersenyum manis tangan Tengku Diana Di cium.“Akhirnya Dina jadi juga menantu Mummy"kepala Airis di usap.

Tangan Puan Ain di cium dan di peluk.Danial terus mendekati pengantin perempuan.Wajah cantik isterinya di tatap lama.Airis mula tak selesa dengan tatapan Danial padanya.

Airis menghulurkan tangannya untuk dipakaikan cincin.Danial terus mengambil cincin yang di pegang oleh adiknya.Cincin itu di sarungkan di jari manis isterinya.

“Adik cium Tangan Suami"Arah Tengku Diana dengan Air mata yang bertakung.

Airis terus mencium tangan Suaminya untuk kali pertama.Danial pula mengambil kesempatan untuk Mencium ubun-ubun isterinya.suatu perasaan yang dia tak pernah rasa selama ni.Airis terus kaku.

setelah Danial mengangkat mulutnya di kepalanya Airis terus melepaskan tangan suaminya.

Tengku Diana menyerahkan cincin ke Airis.“Adik sarungkan kat tangan suami"Airis mengambil cincin silver itu lalu di sarung di jari manis suaminya.

Aisyah mengusap bahu rakannya.Airis memegang tangan rakan sambil tersenyum.

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience