BAB 9

Drama Series 2577

DI SHOPPING MALL

Hari itu, Airis hanya memakai T-shirt dan skirt ringkas, tak nak nampak berlebihan. Bagi dia, tak ada sebab nak bergaya sangat. Kalau Danial salah anggap dia nak mengurat pula, itu jauh sekali dari niatnya. Di sebelahnya, Irwa kelihatan teruja sambil menggenggam erat tangan Airis.

Airis tersenyum kecil melihat keletah sepupunya itu. Kalau Irwa tak ikut, pasti merajuk dan mengamuk tak mahu berhenti. Daripada sakit kepala memujuk, lebih baik bawa saja. Dia memandang Danial yang sejak tadi senyap.

"Awak, sorry tau. Terpaksa bawa budak ni sekali…” kata Airis dengan nada serba salah.

Danial menoleh dengan senyuman. "Tak apa, saya tak kisah," jawabnya lembut sambil merenung Airis. Dalam hatinya, dia senang melihat sisi keibuan Airis yang jarang ditunjukkan.

Tiba-tiba, Irwa menunjuk ke sebuah kedai mainan yang penuh warna-warni. “Uncle, uncle! Jom kita pergi kedai tu!” pintanya dengan mata bercahaya.

Airis mencangkung di hadapan Irwa, cuba memujuk. “Irwa, lain kali je lah kita masuk. Acik Ina lupa nak bawa wallet,” katanya, berusaha menahan tawa melihat wajah Irwa yang mula muncung. Dia memang tahu ini hanya alasan, tapi Irwa seperti tak mahu menerima.

“Alah, janganlah merajuk, sayang. Acik Ina janji esok kita datang sini lagi, ok?” rayu Airis sambil memandang Danial yang dari tadi menahan ketawa. “Hai, mamat ni, tak nak tolong ke? Nak gelak je, huh,” gerutu Airis dalam hati.

Danial yang menyaksikan detik itu tak dapat menahan senyum. Dalam hatinya, terkenang kembali zaman mereka kecil dulu. "Dina… sama macam dulu. Kalau merajuk, susah betul nak pujuk. Nak juga dapat apa yang dia nak,” fikir Danial sambil tersenyum kecil, memandang Airis.

Irwa masih memeluk tubuhnya, tak berganjak dari keinginannya. “Irwa nak juga…” katanya dengan nada manja.

Danial yang mula kasihan, segera mendekati Irwa dan menghulurkan tangan. “Jom, uncle belanja,” katanya, membuat mata Irwa bercahaya gembira.

Airis bangun sambil membetulkan beg silang di bahunya. Dalam hati, dia tersenyum melihat kesungguhan Danial melayan Irwa.

“Awak tak payah susah-susah. Nanti dia makin manja pula,” kata Airis dengan nada bersahaja.

Danial tersenyum, menoleh padanya. “Tak apa, biarlah dia happy. Lagipun, sekali-sekala kita luangkan masa macam ni… tak salah, kan?”

Airis terdiam, tersentuh dengan kata-kata Danial. Mereka melangkah masuk ke kedai mainan sambil ketawa kecil, dan Irwa riang berlari dari satu rak ke satu rak. Saat itu, Airis sedar betapa tenangnya suasana bila bersama Danial, seolah-olah mereka keluarga kecil yang bahagia.

Sudah setengah jam berada di dalam kedai mainan, namun tiada satu pun yang menarik perhatian Irwa. Airis mula berasa letih, sambil sesekali menepuk perutnya yang mula berbunyi.

“Awak…” panggilnya sambil memegang lembut lengan Danial.

“Kenapa?” Danial menepis lembut tangannya, tidak mahu terlalu mesra di hadapan Irwa. Airis mencebik, lalu berkata, “Saya lapar lah…” sambil memegang perutnya. Danial menganggukkan kepala, sambil matanya tercari-cari Irwa yang sedang asyik memerhati rak mainan.

“Jom,” ajak Danial sambil menarik tangan Airis dan menuju ke arah Irwa. Jantung Airis tiba-tiba berdegup kencang dengan sentuhan itu. Dia terpaku seketika, perasaan yang tak pernah dirasanya sebelum ini. “Eh, aku ni mula suka ke dekat dia?” bisiknya dalam hati, sambil wajahnya mulai kemerahan.

Setelah menghampiri Irwa, Danial bertanya, “Irwa dah jumpa ke mainan yang Irwa nak?” Irwa dengan ceria mengangguk sambil menunjukkan patung kecil yang dipegangnya.

“Ok, jom kita bayar.” Danial tersenyum dan menoleh ke sisi, mendapati Airis mengipas-ngipas wajahnya yang memerah. “Awak ni panas sangat ke?” tanya Danial dengan nada prihatin.

“Ha’ah, panas sikit…” Airis menjawab tergagap sambil menarik lembut tangannya dari genggaman Danial, cuba menyembunyikan rasa malunya.

Danial yang baru tersedar dari kelakuannya tadi segera berdehem untuk menutupi rasa segannya. Irwa, yang memerhati sejak tadi, kehairanan melihat wajah Airis yang kemerahan. “Acik Ina, kenapa muka Acik Ina merah?”

Airis mengelak dengan cepat, memegang pipinya dan berkata, “Ye ke merah? Panas kot… Jom bayar, Irwa…” sambil menarik Irwa ke kaunter bayaran. Sebelum berlalu, Airis menoleh ke belakang sambil menjerit kecil, “Danial… Bayar!”

“Ye… ye…” Danial menjawab sambil tergelak kecil melihat gelagat Airis yang comel apabila malu. Dia mengeluarkan dompet dari poketnya dan menyerahkan kad hitamnya kepada juruwang. “Terima kasih,” katanya ringkas tanpa senyuman.

Airis menjeling Danial, dan dalam hati berkata, “Eh, mamat ni, cubalah senyum sikit. Masam je…” Airis tersenyum pada juruwang tersebut, yang kelihatan sedikit kaku dengan sikap serius Danial. Irwa pula melambai-lambai ceria ke arah juruwang itu, membuatkan suasana menjadi lebih ceria.

Setelah selesai, mereka bertiga keluar dari kedai, dan Irwa memeluk erat mainan barunya. Danial dan Airis berjalan beriringan sambil melayan kerenah Irwa, sesekali tersenyum pada satu sama lain. Masing-masing menyedari perasaan yang mula berputik, namun hanya memendam dalam hati, menantikan siapa yang akan mula meluahkan terlebih dahulu.

Airis hanya menganggukkan kepalanya saat Danial berpesan supaya menunggu di situ. Namun, setelah setengah jam menunggu, perasaan resah mula muncul. “Mana Danial ni... dah lama aku tunggu kat sini,” Airis mengeluh sambil melihat jam tangannya.

Tiba-tiba, terdengar suara dari belakangnya, “Airis... you Airis kan?” sapa seseorang. Airis tersentak, dan sebaik menoleh, dia terlihat wajah yang sangat dikenalinya—Raiz.

"Asal lah dalam banyak-banyak orang, aku jumpa mamat ni juga," bisik Airis dalam hati sambil mengetap bibirnya. Hatinya mula berasa tidak selesa, dan dia secara spontan melangkah ke sisi untuk menghindari pertemuan itu. Namun, Raiz dengan pantas menahan langkahnya.

Airis memandang Raiz dengan wajah dingin, rasa tidak selesa semakin mencengkam hatinya. Dia sempat menjeling tajam ke arah Raiz, berharap lelaki itu akan faham bahawa dia tidak mahu berurusan lagi dengannya. Namun, seolah tidak menyedari atau mungkin sengaja mengabaikan tanda ketidaksenangan Airis, Raiz terus mendekatinya dengan senyum yang menyakitkan hati.

"Kenapa, Airis? You masih marah lagi ke pasal perkara dulu?" kata Raiz dengan nada yang seakan-akan menyindir, membuat Airis merasa darahnya mendidih.

“Kau nak apa lagi......" ucap Airis acuh tak acuh, matanya langsung tidak melihat ke arah Raiz yang berada di depannya. Dalam hatinya, dia sudah dapat merasakan keresahan; mesti sekarang ini Danial tengah mencarinya.

“Sorry ok, I tak sengaja masa tu......" Raiz cuba memohon maaf sambil meraih tangan Airis. Namun, Airis cepat-cepat menepisnya dengan geram.

Airis ketawa lucu, tetapi gelakannya itu tiada sedikit pun rasa ceria. “Tak sengaja? Kau ingat aku ni macam perempuan-perempuan yang kau bawa tidur ke?" Sakit hatinya apabila teringatkan kisah lama. Dia pernah menganggap Raiz seperti abang, seseorang yang boleh dipercayai, tetapi kini, segalanya hancur. Rasa pengkhianatan itu terasa semakin menyakitkan. “Sampai mati pun aku tak maafkan kau, sama macam lelaki yang dah rosakkan aku," bisiknya dalam hati, penuh rasa dendam.

Raiz tersenyum sinis ke arah Airis, seperti tahu betapa dalamnya luka yang ditinggalkannya. “You ingat I tak tahu yang you dah rosak...." ucapan itu membuatkan darah Airis mendidih. Tanpa berfikir panjang, dia terus menampar pipi Raiz, suaranya tegas, “Lagi sekali aku nampak kau... aku report polis."

Airis terus mendokong Irwa yang ketakutan, dan Irwa menyembamkan mukanya di bahu Airis. Dalam keadaan panik itu, Airis menepuk-nepuk belakang badan Irwa untuk menenangkannya. “Jangan risau, sayang. Acik Ina ada sini,” dia berusaha menghilangkan ketakutan Irwa walaupun hatinya sendiri sedang berperang.

“Macam mana dia boleh tahu? Aku rasa aku tak bagi tahu siapa-siapa pasal hal ini....." fikiran Airis bercelaru, dan dia terus duduk di kerusi yang disediakan pihak mall ini. Barang-barang yang dibelinya diletakkan di kakinya, dan Irwa pula dibaringkan di situ, kepalanya diletakkan di pehanya. Airis mengusap lembut kepala Irwa, tetapi hatinya masih terbakar dengan kemarahan dan rasa ingin tahu.

“Awak pergi mana!?" tegur Danial sambil memandang tajam ke arah Airis. Dalam hati, dia merasa risau, tetapi kemarahan lebih mendominasi perasaannya.

Airis menelan air liurnya, merasakan ketegangan di antara mereka. “Sorry, tadi saya pergi kedai buku kejap," Airis memberi alasan sambil cuba tersenyum, walaupun senyuman itu tidak dapat menghilangkan kerisauan Danial.

“Asal tak tunggu saya? Kalau jadi apa-apa, macam mana? Apa saya nak jawab dengan mama dengan papa awak nanti?" Perasaan amarahnya tidak dapat dibendung, dan suaranya sedikit meninggi.

Airis memandang tajam ke arah Danial. Dia berasa tertekan dengan sikap berlebihan Danial. “Saya ok, tak ada apa-apa pun jadi kat saya.... Tak payah lah marah-marah. Awak tu bukan suami saya lagi... faham...." Bidas Airis dengan nada tegas sambil menjeling Danial, merasakan ada sedikit kepuasan dalam menyampaikan kata-katanya.

“Hah.... menjawab.... dah jom balik," balas Danial, namun nada suaranya tetap menunjukkan rasa risau. Dia berusaha untuk tidak memikirkan tentang kemungkinan yang buruk.

Irwa yang berada di pangkuan Airis diambil oleh Danial, dan kelihatan lena betul budak ini tidur, tidak sedar akan ketegangan di sekelilingnya. Airis terus mengambil beg kertas di lantai dengan kasar, perasaannya bercampur baur antara marah dan kesal. Dia merasakan betapa beratnya perasaan ini, tetapi di dalam hatinya, dia masih berharap agar Danial dapat memahami situasi yang dihadapinya.

DI HADAPAN RUMAH PUAN AIN

“Kan saya cakap saya nak balik... asal awak bawak saya kat rumah mummy awak ni...” Airis memandang Danial dengan pandangan tajam. Hatinya merajuk, menahan rasa geram yang membara. Dalam keadaan bersemangat untuk bersenang-senang di mall, Danial tiba-tiba menjadi marah dan menjauhkan diri, menyebabkan suasana yang sepatutnya ceria bertukar menjadi tegang.

“Dina marah dan ke?” tanya Danial dengan riak serba salah, terlihat penyesalan di wajahnya.

“Tak, saya tak marah pun...” jawab Airis sambil memandang ke arah tingkap kereta, berusaha menyembunyikan kekecewaannya. Dalam hatinya, dia mengharapkan agar Danial dapat memahami perasaannya tanpa perlu diluahkan.

“Dan tahu Dina marah kan? Sorry ok, dah lah tu, jangan lah merajuk lagi...” Danial berusaha memujuk sambil membuat muka comel, tetapi Airis hanya mampu membuat muka geli. “Eoww... gila lah...” balasnya sambil mengerutkan dahi.

Tali pinggang di tanggalkan dengan kasar, tanda ketidakpuasan hatinya. “Dah jom keluar, bawak Irwa sekali...” pinta Airis. Pintu kereta dibuka, dan setelah itu dia keluar dengan kuat, menutup pintu kereta sebagai tanda protes yang tidak dapat disembunyikan lagi.

Danial hanya menggelengkan kepala melihatkan sikap Airis yang sukar dipujuk. “Susah betul nak pujuk budak kecik ni...” gumamnya sambil memandang Irwa yang masih duduk di seat belakang. Dengan perlahan, Danial membuka pintu kereta dan keluar, mengambil langkah ke arah rumah Puan Ain, ibunya.

“Assalamualaikum, auntie! Sehat?” tanya Danial dengan penuh hormat, menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Puan Ain.

“Waalaikumusalam, sihat. Dina sihat?” tanya Puan Ain pula, wajahnya dipenuhi dengan senyuman mesra.

“Alhamdulillah, sihat...” jawab Airis dengan nada ceria, berusaha menutupi rasa tidak puas hatinya.

“Acik Ina kenapa acik Ina tinggal Irwa...” Irwa mula merengek. Suara kecilnya menandakan ketidakpuasan. Airis dapat merasakan bahawa Danial tidak angkat Irwa tadi kerana terlalu fokus dengan masalah yang mereka hadapi.

“Irwa, jangan lah nangis, ok? Acik Ina janji acik Ina tak tinggal Irwa lagi, kk...” Airis merayu sambil mencium pipi gebu Irwa berkali-kali. Irwa yang mula menangis itu dengan cepat kembali ketawa terkekeh-kekeh, membuatkan Puan Ain yang melihat tersenyum suka.

Puan Ain nampak sifat keibuan dalam diri Airis. Meskipun sifatnya kadang-kadang seperti budak-budak, tetapi sikap kasih sayang itu lah yang mampu menghiburkan orang lain. “Dah jom masuk, tak kan nak duduk kat pintu sampai malam kot?” ajak Puan Ain, ingin mengalihkan perhatian mereka dari situasi yang tegang.

Airis terus melangkah masuk ke dalam rumah, sambil menolak pintu dengan lembut. Irwa yang masih ketawa diletakkan di atas sofa di ruang tamu. Danial pula terus mendekati Puan Ain dan mencium tangan ibunya dengan penuh hormat. “Mummy, Danial naik atas dulu, nak mandi...” katanya dengan nada yang ceria, walaupun sebenarnya hatinya masih berkecamuk memikirkan tentang situasi di mall tadi.

Puan Ain hanya menganggukkan kepalanya, tetapi dalam hatinya timbul rasa pelik melihat pergaduhan kecil antara Danial dan Airis. Dia tidak dapat menafikan bahawa ada sesuatu yang berbeza tentang Airis hari ini. Wajahnya kelihatan masam dan tidak ceria seperti selalu. Puan Ain berharap agar mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Dengan perasaan yang bercampur baur, Airis mengambil tempat di sofa, berusaha untuk menghilangkan rasa gundah yang membelenggu hatinya. Dia ingin menikmati masa bersama Irwa dan Puan Ain, tetapi bayangan Danial dan kemarahan yang tidak berkesudahan masih menghantui fikirannya.

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience