Airis menghela nafas.penat juga kemas rumah.Dah empat hari dia pindah ke rumah ni.rumah ni tak lah besar mana tapi selesa lah,buat apa nak rumah besar kalau yang duduk dua orang je.Vacum di sandarkan ke dinding.Rehat lah kejap.kakinya melangkah berat ke arah sofa di ruang tamu.
“leganya dapat baring...."Bantal kecil di sofa diletakkan di bawah kepala.“nanti lah sambung,".balas Airis sendiri sambil melelapkan mata.
***********************
Danial yang baru balik ofis itu hanya menggelengkan kepala apabila melihat sosok isterinya yang tertidur di sofa itu.Isterinya didekati,Danial mencangkung di hadapan Airis.Tangannya naik mengusap kepala isterinya,dari kepala turun ke mata,dari mata turun ke mulut.
Airis yang tidur mula sedar apabila ada benda yang mengacau mukanya.mata dibelikan.terus terbeliak matanya apabila Melihat Danial yang sangat dekat dengan mukanya.Airis terus bangun dari tidurnya.“abang ni....terkejut Dina!?"Airis mengurut dadanya.Danial mengurut tengkuknya.
Airis memandang wajah suaminya.“A.abang dah lama balik?"tanya Airis dengan gugup.Rambut di sepit dengan menyepit rambut.Danial terus bangun Tali leher di longgarkan.“baru je...asal Dina tidur sini"tanya Danial sambil matanya melihat sekelilingnya.bersepahnya.“Abang...kenapa tak cakap nak balik...."Rungut Airis sambil mencari telefon bimbitnya.
Danial turut mencari di tumpukan majalah di atas meja.Setelah jumpa telefon bimbit isterinya.telefon itu di serah kan ke isterinya.Airis menyegih sambil tangannag mengambil telefonnya.“Hari tak payah lah Oder makanan,jemu pulak selalu beli luar,Dina masak,jimat sikit..."Cadang Danial sambil mengemas majalah di atas meja.Airis menelan air liurnya.
“tapi kat rumah mana ada bahan nak masak...."Airis mencuba cipta alasan.Gila suruh aku masak,aku ni nak goreng telur pun tak lepas ni nak masak macam²,mahu jadi apa lauk tu nanti,“Kita keluar beli barang dapur,ok,abang pergi siap kejap,Dian tu pun siap sekali...."Ujar Danial sambil kakinya melangkah ke atas.
sebelum melangkah ke atas Vacum di dinding di ambil lalu di bawak ke atas sambil menggelengkan kepala.“Aduh...macam mana ni....".kuku digigit sambil memikirkan apa alasan yang perlu dia bagi lagi.“Mama...".Airis terus call mamanya.
“Asalammualaikum mama,"Airis memberi salam.
“waalaikummusalam,adik ada apa call mama ni?"tanya Tengku Diana di dalam talian.
“Mama boleh liskan tak barang² dapur untuk adik,adik tak tahu lah mama..."
“Boleh je...nanti mama wasap adik je ok..."
“ok mama,thanks you,bye"Talian terus di matikan.Bantal di betulkan.kakinya terus menujuk ke biliknya di atas.Dia sebenarnya tidur bilik asing dengan Danial.Pintu bilik di pulas.
Telefon di letakkan di meja mek up.Almari baju dekatinya.pintu almari di buka.baju blouse berwarna coklat cair itu di ambil bersama dengan Seluar berwarna hitam.baju dan seluar di bawa ke dalam bilik air.tukar je lah baju malas lah pulak nak mandi.
********************************
Di pasaraya
Airis terus menolak troli ke arah barang² basah.“Abang tolong pilihkan Ayam dengan ikan...."Arah Airis sambil melihat pelbagai jenis ikan.Danial mengeluh.Tangan Danial di tadah di hadapan isterinya.Airis mengerutkan dahinya.Keningnya di naikkan tanda apa.“Plastik...."jawab Danial tanpa senyuman.
“Cakap lah nak plastik..."Airis terus mengambil dua palstik.lalu plastik itu di serah kan ke Danial.Danial terus memilih ikan caru.setelah memilih ikan Danial terus bergerak ke arah ayam.ayam pula di masukan ke dalam plastik.
Sementara Menunggu Danial menimbang barangan basah Airis terus menuju ke arah tempat jajan.Tangan Airis laju saja mengambil kesemua jenis coklas lalu di masukan ke dalam troli.Danial yang baru siap menimbang itu terus terkejut apabila melihat isi trolinya.
baru je tinggal kejap dah penuh satu troli.“asal banyak sangat jajan ni?"tanya Danial sambil memandang Airis.Airis membuat muka tak tahu.Danial yang geram terus mengambil jajan Yang di ambil isterinya ke raknya semula.
“Abang!!"Airis terus menahan Danial dari pulangkan jajannya.“Tak payah,tak elok makan semua ni..."Larang Danial.“Dina tak kira Dina nak jumpa jajan ni...."Airis terus mengambil jajan tadi ke dalam troli.Troli yang di pegang Danial di tolak.Danial tahan.
Airis yang geram terus menggigit tangan Danial.danial terus melepaskan troli.“Aduh...dasar mak singa..."Kutuk Danial sambil mengusap tangannya yang sakit itu.
************************
DI RUMAH AIRIS&DANIAL
setelah siap masak Airis terus hidangkan lauk di atas meja.Air pula dituang kan ke dalam cawan Danial dan dia.setelah selesai hidang Airis memandang dengan puas.
“mudahan² abang suka"Airis melakarkan senyuman manisnya.Airis terus mengatur langkah ke tangga.“Abang!!makanan dah siap hidang,turun lah..."jerit Airis dari bawah.
“ye....abang turun lah ni tak payah lah jerit²"Danial Yang baru turun dari tangga itu Airis hadiahkan sebuah senyuman manisnya.Danial lah orang pertama yang akan rasa masakannya.
Danial terus duduk di meja makan.Airis duduk di depan suaminya.Nasi Airis sendok kan ke pinggan suaminya.“Abang nak lauk apa?"tanya Airis sambil meletakkan mangku nasi.Danial melihat lauk di masak oleh isterinya.apa benda ni.
“Ni lauk apa?"Tanya Danial pelik.Airis terus mengambil mangkuk yang berisi ayam kicapnya.“Ayam kicap..."Airis terus meletakkan seketul ayam di pinggan Danial.Danial menelan air liurnya dengan kesat.mati lah aku.Danial tersenyum paksa ke arah isterinya,yang menanti dia untuk makan masakannya.
Ayam di cubit lalu di masukkan ke dalam mulut.terus berkerut muka danial.masin.Danial gagahkan juga nak menelan ayam masak kicap itu.“Sedap tak abang?"tanya Airis sambil memandang Danial dengan penuh harapan.Danial menganggukan kepala sambil tersenyum paksa.
“Betul sedap,nak try lah...."Airis terus mengambil seketul ayam ke dalam pinggannya.Baru airis nak suap ayam ke dalam mulutnya Danial terus menahan tangannya.Airis kerutkan dahi.“Abang ni kenapa,Dina nak makan lah,lapar..."Tangan kiri airis terus menarik tangan Danial yang menahan tangan kanannya.Danial makin mengemaskan pegangannya.
Airis menahan geram.“baik abang lepaskan sebelum,Dina gigit tangan abang,lepas!"marah Airis sambil membesar kan mata.Danial terus melepaskan tangannya.sakit woo dia gigit macam drakula.Airis terus masukkan ayam ke dalam mulutnya.setelah merasa ayam itu Airis terus keluarkan balik.
Airis terus meneguk air di sebelahnya.sampai separuh dia minum.masin gila.macam mana lah dia boleh telan.“masin lah abang....."Airis terus mengalihkan mangkuk ayam ke tepi.“kali ni biar Dina yang rasa dulu..."Airis mencubit sedikit ikan goreng ke dalam mulutnya.sama juga masin.ikan goreng pun Airis alihkan ke tepi.
“masin...."Airis mengaru keningnya.“tak apa biar abang masak...."Danial bangun dari duduknya lalu dia terus ke dapur.“lauk² ni macam mana,tak membazir ke...".sayang pulak nak buang.“dina nak makan ke,kalau Dina nak makan tak ape abang masak untuk abang sorang je."Airis menggigit bibirnya.
“tak nak lah Dina makan,masin sangat...."Airis memuncungkan bibirnya tanda merajuk.“Dah tak yah nak muncung² sangat biar abang masak,lapar kan.."Tanya Danial sambil menggosok kepala isterinya.“irmmm...lapar"Airis membuat suara gediknya.Danial ketawa kecil dengan tingkah airis.kaki Danial terus melangkah ke dapur.
“tu lah kau,sape suruh tak belajar masak,kan masin...."Ujar Airis dengan geram.
BERSAMBUNG......
Share this novel