bab 42

Drama Series 2577

“Dina, kalau Dina ikut abang balik,boleh…” ucap Danial dengan nada lembut, seolah-olah memujuk.

Airis hanya merenung jauh ke arah tingkap, seolah-olah tidak mendengar kata-kata Danial. Pikirannya sibuk dengan pelbagai persoalan, dan hatinya berat. Kehidupan yang dia jalani sekarang terasa lebih aman, lebih tenang, tanpa gangguan kenangan atau hubungan yang belum tentu pulih.

“Tak nak, aku nak duduk rumah ni, rumah keluarga aku, aku lagi selesa…” ucap Airis tanpa menoleh kepada Danial. Suaranya tegas, tapi dalam hati, dia sendiri tidak pasti apa yang dia benar-benar mahu.

Danial menghela nafas, cuba menahan perasaan yang semakin membebani. Dia sudah lama tahu, kehidupan mereka tidak akan sama lagi selepas kemalangan itu. Airis yang dia kenal dulu, yang penuh dengan senyuman dan kasih sayang, kini jauh berbeza. Tetapi dia tidak boleh menyerah begitu sahaja.

“Macam ni lah Dina, kalau Dina tak nak anggap abang dan Aidan ni sebahagian daripada keluarga Dina, Dina anggap lah abang ni, abang Dan. Dina, tak kan lah Dina tak ingat memori kita masa kecil dulu… Kita berdua dulu selalu bersama, kadang-kadang bergaduh berebut barang, tapi kita sentiasa berbaik semula. Ingat tak, Dina?” Danial cuba mengingatkan Airis tentang kenangan manis mereka bersama, berharap ingatan itu dapat mengembalikan sesuatu dalam diri isterinya.

Airis tergamam seketika. Kenangan itu seperti datang dalam bayangan yang kabur. Dia mengerutkan dahi, cuba menggali lebih dalam, namun tidak dapat menangkap apa-apa yang jelas. “Saya… saya tak ingat,” jawab Airis perlahan. “Semua tu nampak jauh sangat bagi saya. Saya tak boleh ingat apa-apa.”

Danial menunduk. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang hilang dalam hidupnya. Dia tahu, tidak ada cara yang lebih menyakitkan daripada melihat orang yang kita sayang menganggap kita sebagai orang asing. “Dina, apa yang abang boleh buat supaya Dina kembali ingat semua tu? Abang tak mahu hilang Dina selamanya…”

Airis menggigit bibir, matanya masih tidak beralih dari tingkap. “Saya tak tahu, Danial. Saya tak tahu apa yang saya nak. Semua ni terlalu berat untuk saya. Saya tak nak terbeban, saya tak nak terikat dengan masa lalu yang saya tak ingat.”

Danial menggenggam tangan, berusaha menahan diri dari mengalirkan air mata. “Abang faham kalau Dina rasa terbeban. Tapi percayalah, Aidan perlukan Dina. Dia perlukan mama dia. Dan abang juga perlukan Dina. Walaupun Dina tak ingat, abang takkan pernah berhenti mencuba.”

Airis menggigit bibir, melihat Aidan yang sedang tidur di buaian. “Saya tak nak bagi harapan pada diri saya, Danial. Kalau saya tak ingat, saya tak rasa saya patut teruskan… Tapi kalau saya boleh, saya nak rasa bebas. Saya nak hidup untuk diri saya sendiri, bukan untuk orang lain.”

Danial menelan air liur, memandang Aidan yang masih lena, tak sedar dengan perasaan keliru ibunya. “Dina, abang tak mahu paksa Dina. Tapi Aidan bukan hanya milik abang. Dia anak Dina juga. Apa yang Dina buat sekarang, ia bukan hanya buat abang sedih, tapi ia buat Aidan juga terabai.”

Airis terdiam. Dia tahu Danial benar, tetapi hatinya masih keliru. Kenapa semuanya harus begitu sukar? Kenapa dia tak boleh lari dari semua ini dan hanya hidup tenang tanpa terikat dengan masa lalu?

“Ok, saya boleh anggap awak sebagai abang saya dan bukan suami saya, saya suka cadangan awak, tapi saya tak nak awak ajar anak awak tu panggil saya mama, saya tak suka...” kata Airis akhirnya dengan tegas, menutup perbualan ini dengan cara yang dia rasa paling selesa.

Danial terkedu. Sakit hati mendengarnya, tapi dia cuba menerima kenyataan. “Baiklah, Dina. Kalau itu yang Dina mahu, abang takkan paksa. Tapi percayalah, walau macam mana pun, abang akan terus ada untuk Dina dan Aidan. Dan abang akan tunggu, sampai Dina bersedia.”

Dengan hati yang berat, Danial berpaling, membawa Aidan keluar dari rumah itu, meninggalkan Airis dengan keputusan yang masih belum dapat diterima oleh hatinya. Sambil melangkah keluar, dia berdoa, semoga suatu hari nanti Airis akan kembali kepada mereka.

Airis terduduk di lantai, tangan memegang dada, cuba menenangkan dirinya. Air matanya mengalir deras, mencurah-curah tanpa henti. Dalam kepalanya, segala perasaan bercampur baur—kesal, kecewa, bingung, dan yang paling kuat, rasa tidak mampu.

"Maafkan saya, Danial," ucapnya perlahan, suaranya serak kerana tangisan. "Saya cuma ingat memori umur saya 19 tahun... Saya ingat awak abang Dan saya, tapi saya tak boleh terima yang awak sekarang suami saya dan kita dah ada anak. Itu saya tak boleh terima. Saya anggap awak macam abang saya..."

Perasaan bersalah dan keliru menguasai dirinya. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan, atau bagaimana untuk kembali ke jalan yang benar. Kehidupan mereka berubah begitu cepat. Sebelum kemalangan itu, semuanya masih dalam keadaan biasa, atau lebih tepatnya, dalam keadaan yang dia anggap stabil. Namun kini, segala-galanya terasa seperti berada di luar kawalan. Airis tahu dia perlu menerima kenyataan yang keras, tetapi hatinya seolah-olah menolak setiap realiti itu.

Dalam hening, dia teringat detik-detik indah bersama Danial ketika mereka masih kecil. Waktu itu, hidup mereka bebas dari segala beban. Walaupun kecil, setiap kenangan itu begitu berharga. Namun, setelah semuanya berubah, dia berasa seperti dirinya telah hilang. Terdampar antara dunia yang telah dia lupakan dan dunia yang terlalu berat untuk diterima.

"Kenapa semua ini terjadi?" bisik Airis dalam hati. "Kenapa saya tak boleh terima yang semuanya sudah berubah?"

Airis menggulung badan di atas lantai, masih menangis tanpa henti. Walaupun dirinya sedar bahawa dia perlu menghadapi kenyataan, namun dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Baginya, menerima kenyataan bahawa Danial adalah suaminya dan Aidan adalah anak mereka, seolah-olah memaksa dirinya untuk hidup dalam sebuah dunia yang tidak dikenali.

Ketika tangisannya reda sedikit, dia duduk bersandar di dinding, mata kosong menatap pintu yang tertutup rapat. “Saya perlukan masa… masa untuk mengingati semuanya, masa untuk menerima semuanya,” gumamnya dalam hati.

Walaupun hatinya masih keliru, dia tahu dia tidak boleh terus hidup dalam penafian. Suatu hari nanti, dia harus menghadapi kenyataan, tetapi tidak hari ini. Airis berjanji dalam hatinya, dia akan mencari cara untuk mengingati semula segala-galanya. Walaupun itu mungkin mengambil masa yang lama, walaupun itu menyakitkan, dia harus berusaha.

“Danial... Aidan... Saya tak tahu bila, tapi saya akan cuba untuk kembali kepada korang”

-

“adik,adik ok semalam Danial cakap yang adik pingsan......"ucap Tengku Diana dengan nada risau, matanya tidak lepas memandang wajah Airis yang kelihatan masih lemah di atas katil.

“adik ok,mama,pening sikit je....." Airis berkata dengan suara yang perlahan, tetapi nada kesakitan masih jelas terdengar. Dia cuba menenangkan ibunya walaupun hatinya bergelora dengan segala yang berlaku.

“adik nanti petang Danial datang,dia nak ajar adik balik rumah dia,adik ikut ye....." ucap Tengku Diana sambil duduk di sisi katil, memegang tangan Airis dengan lembut. Wajahnya penuh dengan rasa kasih sayang dan keprihatinan.

“tak nak,adik tak nak ikut dia, adik duduk sini dengan mama....." kata Airis, menepis perlahan tangan ibunya yang cuba memujuk. Hatinya terasa berat, dan perasaan itu semakin menyulitkan. Dia tidak ingin kembali ke rumah Danial, tidak tahu bagaimana mahu menghadapinya setelah segalanya yang berlaku.

“adik,papa tak kira,adik kena ikut juga Danial balik rumah,kalau tak papa sendiri yang akan heret adik balik rumah dia,adik kena ingat tempat seorang isteri di sisi suaminya,walaupun sekarang ni Adik tak ingat....." Encik Mustafa, ayahnya, berkata dengan tegas. Suaranya penuh dengan autoriti, dan Airis tahu dia tidak boleh menentang keputusan ayahnya.

Airis terdiam, hatinya semakin kalut. "Papa..." suaranya lemah, tetapi ada ketegasan dalam setiap kata yang keluar. "adik tak ingat apa-apa, adik tak tahu macam mana nak terima ini semua. Kenapa adik kena ikut Danial? Kenapa adik tak boleh duduk sini dengan mama? adik tak rasa adik mampu jadi isteri untuk dia."

Tengku Diana mengeluh, memandang anak perempuannya yang sedang berperang dengan perasaan sendiri. "Adik, kami semua faham, tapi Danial suami adik sekarang. Kalau adik tak ingat pun, sekurang-kurangnya faham tanggungjawab yang datang bersama perkahwinan ini. Bukankah itu yang sepatutnya dilakukan oleh seorang isteri?"

Airis menggigit bibir, menahan perasaan yang bercelaru. Setiap kata dari ibunya semakin menggoncang dinding-dinding dalam dirinya. "Tapi mama, adik... adik tak rasa adik boleh terima semua ni. adik bukan lagi Airis yang dulu. aduk tak ingat apa-apa yang berlaku, kenapa adik kena kembali kepada Danial?"

Encik Mustafa menundukkan kepala, menarik nafas panjang sebelum berkata dengan suara yang lebih lembut. "Airis, kadang-kadang kita tak dapat kawal apa yang berlaku dalam hidup kita. Ingatan tu boleh datang dan pergi, tapi tanggungjawab kita sebagai suami dan isteri tetap ada. Kalau adik tak boleh ingat, sekurang-kurangnya cuba untuk percaya dan buat yang terbaik."

Airis memandang wajah kedua-dua orang tuanya yang penuh dengan harapan. Dia merasa seperti terperangkap antara dua dunia — dunia di mana dia tidak ingat apa-apa, dan dunia yang penuh dengan tekanan untuk kembali menjalani kehidupan yang telah ditentukan untuknya. "Mama, papa, adik... adik tak tahu apa yang patut adik buat. adik takut."

Tengku Diana merangkul anak perempuannya dengan penuh kasih sayang. "Adik, jangan takut. Kami semua ada di sini untuk adik. Tak perlu terburu-buru, cuma beri masa pada diri sendiri untuk fahami segala-galanya."

Airis mengangguk perlahan, walaupun hatinya masih bergelora. Sebelum dia boleh berkata apa-apa lagi, sebuah ketukan lembut terdengar di pintu. Danial muncul di ambang pintu dengan wajah serius. "Dina, kita tak ada banyak masa. abang... abang datang untuk bawa awak balik."

Airis melihat Danial, matanya meneliti setiap inci tubuh lelaki itu. Walaupun dia tidak ingat apa-apa, dia tahu bahawa Danial adalah suaminya. Namun, perasaan yang timbul bukanlah perasaan cinta yang dia harapkan. Sebaliknya, ia dipenuhi dengan kekeliruan dan ketidakpastian.

"Danial... saya..." Airis tergagap, mulutnya terasa kering. "Saya tak ingat apa-apa, saya tak boleh kembali jadi isteri awak. Saya hanya rasa beban."

Danial melangkah masuk dengan perlahan, mendekati Airis. "Dina, Abang tahu ini semua berat untuk awak. Tapi percayalah, abang akan bantu awak ingat, abang akan bantu kita berdua melalui ini bersama. Jangan tutup pintu hati awak untuk abang."

Airis menarik nafas panjang, cuba menenangkan perasaan yang semakin bercelaru. "Tapi saya tak boleh. Saya tak ingat apa-apa tentang kita."

Danial berdiri tegak, menatapnya dengan penuh kesabaran. "Dina, abang akan sabar. abang akan tunggu awak, walaupun tak ada ingatan. abang janji abang akan jaga awak dan Aidan."

Akhirnya, dengan berat hati, Airis berdiri dari katil, menyarung pakaian yang diberikan oleh ibunya. Dia tahu, walaupun hatinya belum bersedia, dia tidak boleh lari dari kenyataan yang sedang menunggunya. "Baiklah, saya ikut awak," ucapnya perlahan, memandang Danial dengan mata yang penuh kekeliruan dan kesedihan. "Tapi saya masih tak tahu apa yang akan saya rasakan nanti."

Danial hanya mengangguk, tanpa berkata apa-apa. Dia tahu perjalanan ini tidak mudah untuk mereka berdua, tetapi dia tetap bertekad untuk berjuang demi keluarga mereka.

Sebelum mereka melangkah keluar, Tengku Diana dan Encik Mustafa memberikan pelukan terakhir untuk Airis, berharap yang terbaik untuk anak mereka yang masih berjuang untuk mencari dirinya sendiri dalam kekeliruan yang ada.

Dengan hati yang berat, mereka berjalan keluar dari rumah, menuju ke rumah baru yang penuh dengan harapan, tetapi juga penuh dengan ketidakpastian.

---

Airis melangkah masuk ke dalam rumah Danial, terasa asing dengan setiap sudut rumah yang baru ini. Dia menghela nafas panjang, memandang sekeliling. Segala-galanya terasa janggal, seperti dia sedang berada di tempat yang bukan miliknya. Namun, hatinya tidak dapat menafikan bahawa di sinilah tempat dia harus berada, walaupun perasaan itu masih samar-samar.

Danial yang sedang mendukung Aidan meletakkannya di atas sofa, kemudian berpaling kepada Airis. "Dina, temankan Aidan kejap, abang nak kemas baju Dina kejap," katanya, matanya penuh dengan keprihatinan.

Airis hanya mengangguk perlahan. "Hmmm, pergi lah, tapi jangan lama-lama, nanti dia bangun, menangis saya tak nak pujuk," ujarnya sambil melemparkan senyuman pahit. Dalam hatinya, dia hanya berharap Aidan tidak menangis terlalu lama. Tanggungjawab menjaga anak kecil itu semakin membuatkan hatinya berdebar. Dia cuba menenangkan perasaannya, namun perasaan asing terhadap Aidan tetap ada.

Danial tersenyum dan berjalan menuju ke bilik untuk mengemas barang-barang Airis. Setiap langkahnya membawa dia jauh dari Airis dan Aidan, tetapi dalam hatinya, dia tahu ini adalah satu langkah yang perlu diambil. Dia berharap dengan masa, segalanya akan menjadi lebih baik. Dia tidak pernah berhenti berharap agar Airis akan ingat semula cintanya, dan kembali membuka hati untuknya.

Sementara itu, Airis duduk di sebelah Aidan yang masih tidur lena di sofa. Wajahnya yang kecil dan comel itu membuatkan Airis rasa sedikit keliru. "Kau ni, Aidan, kenapa aku tak rasa apa-apa untuk kau?" gumam Airis dalam hati. Dia cuba untuk berasa dekat dengan anak itu, namun perasaan itu tidak datang secepat yang diharapkan. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang baik, apatah lagi bila ingatan tentang Aidan dan Danial masih kabur.

Aidan menggeliat sedikit, dan Airis cepat-cepat mengangkatnya semula supaya dia tidak terjaga. Hati Airis berdebar-debar, takut jika anak itu menangis atau memerlukan sesuatu yang dia tidak tahu. Tetapi seiring berjalannya waktu, Aidan kembali tidur, dan Airis bernafas lega.

Tak lama kemudian, Danial muncul semula dengan beberapa helai pakaian di tangan. "Dina, abang dah siap kemas baju awak. Nanti kita boleh buatkan Aidan susu, ok?" katanya sambil tersenyum, seakan memberikan kepastian bahawa segalanya akan baik-baik sahaja.

Airis hanya mengangguk perlahan, memandang Aidan yang sedang tidur dengan tenang. "Saya tak pasti kalau saya boleh buat semua ni, Danial. Jaga Aidan, jadi isteri, semua ni terasa berat. Saya tak ingat apa-apa, saya tak tahu macam mana nak lakukan semua ni dengan betul," kata Airis dengan suara yang perlahan, namun penuh kekeliruan.

Danial menghampiri Airis dan duduk di sebelahnya. "Dina, abang tahu ini bukan mudah untuk awak. Tapi percayalah, kita akan buat ni bersama-sama. abang akan bantu awak, abang akan sabar. Kita tak perlu terburu-buru. Yang penting, kita jalani hari demi hari."

Airis memandang wajah Danial, melihat ketulusan di matanya. "Saya... saya takut, Danial. Saya takut saya tak mampu jadi isteri awak. Saya takut saya tak boleh jadi ibu yang baik untuk Aidan," ujar Airis dengan nada yang penuh kerisauan.

Danial merangkulnya dengan lembut. "Dina, awak tak perlu jadi sempurna.abang hanya perlukan awak untuk cuba. Kita akan hadapi semuanya bersama.abang akan terus ada untuk awak."

Walaupun hati Airis masih dilanda kebingungan dan ketakutan, dia merasakan sedikit kelegaan. Untuk pertama kalinya sejak dia kehilangan ingatannya, dia merasa sedikit harapan. Harapan bahawa mungkin, suatu hari nanti, dia akan dapat kembali ke kehidupan yang dia lupa, dan mungkin juga, dia akan menemui semula cinta yang pernah ada antara dia dan Danial.

Namun, untuk sekarang, dia hanya mampu berjalan perlahan-lahan, langkah demi langkah, cuba untuk menerima kenyataan baru ini yang menunggu di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience