BAB 31

Drama Series 2577

Pagi itu, suasana rumah keluarga Tengku Diana tenang. Bau nasi lemak yang dimasak Airis memenuhi ruang dapur, mencetuskan rasa lapang dalam hati walaupun hidupnya sedang penuh dengan kekeliruan. Airis berdiri di depan dapur, memerhatikan hasil masakannya yang sempurna. Dalam hati, dia mengakui bahawa kemahirannya memasak banyak diperoleh sejak melarikan diri ke luar negara. Dia belajar berdikari, menjadi lebih tabah, dan memaksa dirinya untuk bertahan.

"mama,Adik naik atas dulu nak mandi," katanya sambil mengelap tangan di apron.

"Yalah," balas Tengku Diana sambil mengatur pinggan di meja makan.

Namun, sebelum meninggalkan dapur, Airis berpaling semula ke arah mamanya. Wajahnya serius, namun nada suaranya cuba bersahaja.

"Mama lupa nak bagi tahu. Suruh Danial balik sekarang dan jangan bagi dia sentuh pun nasi lemak ni," ucapnya sambil melangkah keluar.

Tengku Diana menggelengkan kepala perlahan. Dia memandang nasi lemak yang terhidang di atas meja, sambil tersenyum tipis. Dalam hati, dia tahu apa yang cuba Airis nafikan.

"Adik ni… masak nasi lemak untuk dia, tapi mulut tak nak mengaku," gumam Tengku Diana perlahan sambil tersenyum.

Sementara itu, Danial yang berada di ruang tamu sempat mendengar sepotong perbualan mereka. Dia terdiam, tetapi senyuman kecil muncul di wajahnya. Dia tahu Airis masih keras kepala, tetapi ada sesuatu dalam tindakan kecilnya pagi ini yang memberikan harapan.

"Kalau dia tak peduli, kenapa dia masak nasi lemak ni?" bisik Danial perlahan sambil menghela nafas panjang.

Perlahan-lahan, dia melangkah ke dapur, matanya tertumpu pada nasi lemak yang tersaji. Pandangan matanya penuh dengan kenangan lama dan rasa rindu yang mendalam terhadap Airis, wanita yang pernah menjadi dunianya.

“Danial, jom makan. Dina masak makanan kesukaan kamu, duduklah…” ajak Tengku Diana sambil tersenyum, cuba memecahkan suasana canggung yang melingkari rumah.

“Tak apalah mama, Danial dah kenyang. Lagipun, tadi Dina kata dia tak izinkan Danial makan…” jawab Danial perlahan sambil mengelak pandangan Tengku Diana.

Tengku Diana menghela nafas panjang. Dia tahu perangai anaknya yang keras kepala. “Danial, tak payah dengar cakap dia tu. Lagipun, memang dia masak nasi lemak ni untuk kamu. Dia tu ego lebih je. Makanlah.”

Danial tersenyum kecil, kemudian mengangguk. Dia menarik kerusi dan duduk di meja makan. “Terima kasih, mama…” ucapnya sebelum menyenduk nasi lemak ke pinggan.

Tengku Diana memerhati Danial dengan pandangan risau. Wajah menantunya nampak pucat, seperti menahan sesuatu. Tiba-tiba dia mendekat dan meletakkan tangan di dahi Danial.

“Danial, kamu ok tak? Mama tengok macam tak ok je. Demam ke?” Tanya Tengku Diana cemas.

Danial tersentak tetapi tidak menolak. “Sihat je mama. Badan ni tak sedap sikit… mungkin sebab penat,” nafinya.

Namun, Tengku Diana menggeleng. “Badan kamu panas ni, Danial. Semalam berdiri dalam hujan lama-lama buat apa? Dah, kamu tak payah balik dulu. Rehat je sini.”

Danial hanya diam, membiarkan dirinya dimarahi. Sebenarnya, hatinya sedikit lega dengan perhatian itu. Dia tahu Tengku Diana masih menganggapnya sebahagian daripada keluarga walaupun Airis belum memaafkannya.

“Mama, tak apalah. Nanti Airis marah lagi…” Danial cuba bersuara, tetapi Tengku Diana terus memotong.

“Biarkan dia. Dia tu marah pun sebab dia sayang. Kamu rehat kat sini sampai sembuh. Kalau kamu sakit lagi, siapa nak jaga?” Tengku Diana tegas, seperti seorang ibu yang melindungi anaknya.

Danial mengangguk perlahan. Dia tahu tidak guna untuk menolak. Matanya meleret ke arah tangga. Dia berharap Airis muncul, walaupun hanya untuk mengintai dari jauh. Rindunya pada wanita itu tidak mampu disangkal lagi.

Tengku Diana perasan pandangan menantunya itu. “Danial, kamu sabar ya. Hati Airis tu bukannya batu. Dia perlukan masa. Jangan putus asa,” ujarnya lembut, sambil menepuk bahu Danial.

Danial mengangguk lagi. Sudu di tangannya mula menyenduk nasi lemak. Rasa pedas sambal dan lemak santan membawa dia kembali ke masa lalu. Setiap suapan mengingatkannya pada kenangan indah bersama Airis. Saat-saat ketika Airis masih melayannya penuh kasih sayang.

Airis yang baru turun ke bawah terus menuju ke arah Danial yang masih menjamah nasi lemak yang dia masak. Tanpa sebarang amaran, Airis menolak bahu Danial dengan kasar.

“Siapa suruh awak makan? Saya suruh balik, kan? Balik sekarang!” ucap Airis tegas, suaranya penuh dengan kemarahan.

Danial memegang kepalanya yang mula berdenyut akibat sakit yang semakin mencengkam. Namun, dia tetap cuba menjawab dengan nada tenang, meskipun lemah. “Mama yang suruh abang makan. Sedap Dina masak. Ingat juga Dina kat makanan kegemaran abang.”

“Eh, saya masak bukan untuk awak, lah! Saya masak untuk family saya! Tolonglah, Danial, jangan nak perasan lebih. Balik! Saya kata balik, Danial!!” tengking Airis, nadanya penuh dengan kebencian yang disengajakan.

Tengku Ali yang baru turun dari bilik bersama anaknya, Tengku Diana, tergamam melihat tingkah laku cucunya itu. Wajahnya berkerut, jelas menahan marah. Dengan langkah penuh ketegasan, dia menghampiri Airis.

“Airis!!” Teguran itu membuatkan semua orang di ruang tamu terdiam. Suara Tengku Ali bergema, memenuhi ruang. Tanpa menunggu lebih lama, tangan kanannya melayang ke pipi Airis. Bunyi tamparan itu mengejutkan semua.

“Tok Daddy tak pernah ajar Airis bersikap kurang ajar dengan orang! Lagi-lagi dengan suami sendiri! Nak jadi isteri derhaka ke?!” marah Tengku Ali, suaranya tegas dan menggetarkan hati sesiapa yang mendengar.

Airis memegang pipinya yang perit akibat tamparan itu. Namun, matanya tetap memandang Tok Daddynya tanpa rasa gentar. “Kurang ajar, Tok Daddy kata? Kalau Tok Daddy tak nak Airis kurang ajar, suruh dia ceraikan Airis!” Hamburan kata-kata Airis itu bagaikan panah yang menikam jiwa Danial.

Danial hanya diam, tidak membalas kata-kata isterinya itu. Wajahnya yang pucat semakin lesu, jelas menunjukkan betapa lemahnya keadaan dirinya saat itu.

Tengku Diana yang berada di sisi ayahnya, hanya mampu menggeleng perlahan. Dia tahu perangai keras kepala Airis kadang-kadang perlu diajar, tetapi hati kecilnya turut merasa simpati terhadap keadaan Danial.

“Airis, cukup!” tegas Tengku Diana akhirnya. Dia melangkah mendekati anak saudaranya itu. “Adik ingat ini cara nak selesaikan masalah? Lari, marah, hina suami sendiri? Cuba tengok Danial tu, tengok betul-betul! Tak nampak ke dia tengah sakit? Sampai bila nak keras kepala macam ni?”

Namun, Airis tetap membisu, tidak berganjak walau seinci. Hatinya penuh dengan rasa marah yang sukar dilepaskan.

Danial menghela nafas perlahan. Dengan sisa tenaga yang ada, dia bangkit dari kerusi. “Tak apa, mama, tok daddy. Dina mungkin perlukan masa lagi… Abang balik dulu.” Suaranya lemah, hampir berbisik.

“Danial, kamu tak sihat! Jangan balik dulu!” ujar Tengku Diana cemas, cuba menahan menantunya itu.

Namun, Danial menggeleng perlahan. “Abang tak nak Dina rasa tertekan lagi…” ucapnya sebelum melangkah keluar dari rumah itu, meninggalkan suasana tegang di belakangnya.

Airis hanya berdiri kaku, melihat Danial pergi tanpa sepatah kata. Walaupun lidahnya tajam, jauh di sudut hatinya, dia tidak mampu menolak rasa bersalah yang mula bertapak. Mata Tengku Ali memandang tajam ke arahnya, namun Airis segera mengalihkan pandangan, enggan menunjukkan kelemahannya.

“Danial, tinggal sini dulu. Kamu tak sihat, badan kamu pun panas tu. Ini rumah tok daddy, suka hati tok daddy lah nak bagi siapa tinggal kat sini,” tegas Tengku Ali sambil memandang Danial dengan mata penuh autoriti.

Danial mengangkat wajahnya sedikit, kelihatan berat hati. “Tak apalah, tok daddy. Danial nak balik. Tak nak menyusahkan sesiapa.” Suaranya lemah, menggambarkan keadaan dirinya yang tidak stabil.

Tengku Ali menghela nafas panjang, lalu bersuara dengan tegas, kali ini nadanya lebih serius. “Kalau kamu balik, tok daddy tak akan benarkan kamu datang sini lagi untuk pujuk isteri kamu. Dan Airis!” panggilnya lantang ke arah cucunya yang sedang melangkah ke tangga.

Airis berhenti, tetapi tidak menoleh.

“Kalau jadi apa-apa pada suami kamu ni, tok daddy tak akan izinkan kamu cari dia lagi. Jangan lupa, Airis, dia tetap suami kamu. Jangan sampai nanti kamu menyesal.” Ucapannya tajam, cukup untuk membuat semua orang di ruang itu merasa tegang.

Danial hanya tunduk, anggukan kecil akhirnya menandakan dia menerima keputusan untuk tinggal. Dia tahu, biarpun hatinya berat, keadaan tidak mengizinkannya untuk terus melawan. “Baiklah, tok daddy. Danial tinggal,” ucapnya perlahan.

Airis yang mendengar keputusan itu menggenggam tangannya dengan erat. Tanpa sepatah kata, dia terus menaiki tangga dan masuk ke biliknya, pintu dihempas kuat seolah-olah melepaskan rasa marah yang membuak dalam dirinya.

Di ruang tamu, Tengku Diana menghampiri ayahnya perlahan-lahan. “daddy, Airis tu keras kepala. Tapi daddy yakin ke tindakan ni betul?”

Tengku Ali hanya tersenyum nipis. “Airis tu keras kepala, tapi dia tak pernah lupa tanggungjawabnya. Biarkan dia marah sekarang. Lama-lama dia akan faham.”

Danial yang masih berdiri di situ memandang ke tangga. Hatinya sayu, tapi dia tahu, dia harus terus berusaha untuk memenangi hati isterinya semula, walaupun terpaksa melalui kesukaran.

Airis berdiri di muka pintu bilik tetamu. Pandangannya tertumpu pada Danial yang terbaring lemah di atas katil. Wajahnya kelihatan pucat, keningnya berkerut menahan sakit. Airis menggenggam tombol pintu, hatinya bergolak antara ego dan rasa kesian yang mula menyelubungi.

Dengan perlahan, dia membuka pintu dan melangkah masuk. Langkahnya senyap, takut mengganggu Danial yang kelihatan seperti sedang tidur. Dia berdiri di sisi katil, memerhatikan suaminya yang kini kelihatan rapuh.

Airis menarik nafas dalam-dalam. “Kenapa aku masih kisahkan dia? Bukankah aku dah nekad untuk buang semua rasa ni?” gumamnya dalam hati. Tapi pandangan matanya tidak dapat menipu; ada sekelumit rasa risau yang tidak mampu disangkal.

Airis meletakkan tangannya perlahan di dahi Danial. Panas! Badannya makin panas, menandakan demamnya semakin teruk. “Macam mana aku boleh biarkan dia jadi macam ni? Ini salah aku ke?” bisik Airis, perasaan bersalah mula menghantui.

Airis menggigit bibir. Akhirnya, dia mengambil keputusan. Dia keluar dari bilik dan kembali membawa semangkuk kecil air suam bersama sehelai tuala bersih. Duduk di sebelah Danial, dia mencelup tuala itu ke dalam air dan memerahnya sebelum meletakkan di dahi suaminya.

“Danial, bangunlah... jangan macam ni.” Airis berbisik perlahan, suaranya sedikit serak menahan emosi. Tangannya terus menukar tuala basah itu setiap beberapa minit.

Danial membuka mata perlahan-lahan, kelihatan keliru dan lemah. “Dina...” panggilnya, suaranya hampir tidak kedengaran.

Airis mengalihkan pandangannya ke arah Danial. “Diamlah. Tidur je dulu, jangan cakap banyak,” katanya dengan nada yang masih cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.

Danial tersenyum kecil walaupun jelas keadaannya tidak mengizinkan. “Dina jaga abang?”

Airis hanya menjeling. “Saya tak nak awak pengsan kat rumah ni. Lepas awak sihat, baliklah. Jangan susahkan orang lain.”

Tapi dalam hati, dia tahu, alasan itu hanyalah penutup kepada kerisauan yang sebenarnya sudah lama bersarang.

Danial mengukir senyum tipis, walaupun wajahnya jelas menampakkan keletihan. “Dina, walaupun Dina cakap macam tu, abang tahu Dina masih kisahkan abang,” ucapnya perlahan, tetapi cukup untuk membuat Airis tersentak.

Airis mengetap bibir, cuba menahan rasa marah yang bercampur dengan rasa bersalah. “Kenapa dia ni suka sangat baca hati orang? Tak boleh ke diam je?” fikir Airis. Dia bangun, mengambil tuala basah di dahi Danial dan mencelupkannya semula ke dalam mangkuk air.

“Kalau awak dah kuat nak cakap banyak, maknanya awak dah tak perlukan saya,” balas Airis dengan nada dingin, meletakkan semula tuala itu di dahi Danial dengan sedikit kasar.

Danial tertawa kecil walaupun badannya lemah. “Kasar tangan Dina, tapi abang tetap suka...”

Airis melemparkan pandangan tajam. “Diamlah. Tidur,” ucapnya tegas. Dia bangkit dari sisi katil dan menuju ke pintu. Sebelum sempat dia keluar, suara Danial menghentikannya.

“Dina...” panggil Danial lagi.

Airis berpaling, tetapi tidak bergerak dari tempatnya. “Apa lagi?” soalnya sambil memeluk tubuh.

“Maaf.”

Sepatah kata itu membuat Airis terdiam. Pandangannya bertemu dengan mata Danial yang kini kelihatan berkaca.

“Abang tahu Dina masih tak boleh maafkan abang. Tapi abang tetap nak cakap, abang minta maaf atas semua yang abang buat. Kalau Dina tak maafkan abang sampai akhir hayat sekalipun, abang tetap akan terima. Cuma abang nak Dina tahu, abang tak pernah berhenti sayangkan Dina.”

Airis menggigit bibir, cuba mengawal emosinya. Kata-kata Danial itu menusuk jauh ke dalam hatinya, tetapi dia enggan menunjukkan kelemahannya.

“Cakap sorang-sorang lagi, Danial? Dah lah, rehat je. Jangan susahkan diri nak pujuk saya,” jawab Airis sebelum melangkah keluar, tetapi air mata mula bergenang di matanya.

Sebaik pintu bilik tertutup, Airis bersandar di dinding, menutup wajah dengan tangannya. Perasaannya bercelaru. Di satu sudut, dia masih ingin menolak lelaki itu. Tetapi di sudut lain, rasa kasih yang pernah ada tidak pernah benar-benar hilang.

“Kenapa hati ni masih sakit walaupun dia dah mintak maaf?” bisik Airis dalam hati, sebelum dia berjalan perlahan ke biliknya sendiri, membawa beban perasaan yang semakin berat.

Hari ini, Aisyah datang ke rumah. Esok adalah hari bahagianya, hari dia akan melangsungkan perkahwinan dengan abang Airis. Tetapi, seperti biasa, dia tak boleh lepaskan peluang untuk bergurau dengan Airis.

"Airis, nah baju kau dengan Danial," ucap Aisyah sambil menyerahkan bungkusan pakaian ke tangan Airis.

Airis memandang Aisyah dengan muka tidak puas hati. "Kenapa bagi aku? Bagi lah dia sendiri. Asal semua nak pas kat aku pulak?" balas Airis, suaranya penuh dengan rasa protes.

Aisyah tersengih, tahu betapa keras kepala sahabatnya itu. "Airis, dia kan suami kau. Mestilah aku kena bagi kau. Takkan aku nak bagi dengan Kak Siti pulak," jawabnya dengan nada mengusik.

Airis mendengus kecil. "Memanglah dia tu suami aku, tapi kau bagi lah sendiri. Aku tak ada kaitan dengan semua ni," balasnya sambil memalingkan muka.

Aisyah memandang Airis dengan renungan tajam. "Airis, kau tak risau ke dengan Danial? Ialah, demam dia tu tak kebah-kebah lagi. Kau tahu kan kalau dia sakit, siapa yang kena jaga dia?"

Airis terdiam seketika. Wajahnya jelas menunjukkan kegelisahan, tapi dia cuba menutupnya dengan ekspresi dingin. "Kalau dia sakit, biar dia sendiri yang jaga diri dia. Aku bukan jururawat dia," katanya sambil berpura-pura sibuk memeriksa telefon bimbitnya.

Aisyah menggeleng kepala, malas untuk terus berdebat. "Kau ni Airis, keras sangat hati kau. Tapi aku tahu kau sebenarnya risaukan dia," katanya sambil tersenyum sebelum meninggalkan bilik itu.

Airis meletakkan bungkusan baju di atas meja dan memandang ke luar tingkap. Dalam hati, dia tahu dia sebenarnya bimbang. Danial memang masih suaminya, dan walaupun rasa marah dan kecewa masih menguasai, ada rasa tanggungjawab yang tak dapat dia abaikan. "Kenapalah aku masih peduli?" bisiknya perlahan, sambil memegang hujung jari yang sedikit menggigil.

-----------------------------
Airis yang baru selesai menyiapkan kerja di dapur terdengar bunyi benda jatuh dari bilik tetamu yang dihuni oleh Danial. Bunyi itu mengejutkannya, membuatkan hatinya berdebar kencang. Tanpa berfikir panjang, dia berlari ke arah bilik tersebut.

“Ya Allah, apa lagi dia buat ni…” gumam Airis, langkahnya pantas menuju pintu bilik.

Dia membuka pintu dengan tergesa-gesa. Apa yang dilihatnya membuatkan jantungnya seakan berhenti berdetak. Danial terbaring lemah di atas lantai, tubuhnya kelihatan tidak bermaya.

"Awak!" jerit Airis sambil meluru ke arah Danial. Tangannya menggoncang perlahan bahu suaminya.

Danial membuka matanya sedikit, wajahnya pucat dan berpeluh. Dia cuba bersuara, tetapi suaranya terlalu lemah.

"Danial, bangunlah… jangan buat saya risau macam ni," kata Airis, suaranya bergetar.

Dia memegang lengan Danial, cuba membantunya bangun. "Awak, jom saya papah awak ke katil. Kenapa awak bangun? Awak kan boleh panggil saya kalau perlukan apa-apa..." ucap Airis, nada suara penuh rasa risau dan sedikit kesal.

Danial tersenyum lemah, memandang wajah Airis yang penuh dengan kerisauan. "abang tak nak susahkan awak, Dina..." katanya perlahan, hampir berbisik.

Airis mendengus kecil, tapi tangannya tetap erat memapah Danial ke katil. "Awak tak susahkan saya. Tapi kalau awak tak jaga diri macam ni, siapa yang nak jaga awak?" balas Airis, nada suaranya separuh marah, separuh risau.

Setelah memastikan Danial berbaring dengan selesa, Airis mencapai tuala basah dan meletakkannya di dahi suaminya. Dia duduk di sisi katil, memandang Danial yang kelihatan semakin lemah.

"Awak rehatlah. Kalau tak sihat, jangan nak degil-degil lagi," ucap Airis sambil membetulkan selimut Danial.

Danial memandang Airis dengan pandangan yang penuh syukur. "Terima kasih, Dina. Walaupun dina marah abang... dina tetap jaga abang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience