bab 27

Drama Series 2589

Pagi itu, setelah beberapa hari berdiam diri, Airis akhirnya memutuskan untuk mengajak Danial keluar berjalan-jalan. Dia menginginkan sedikit masa untuk bernafas dan meredakan fikiran yang semakin bercelaru. Dengan wajah yang lebih tenang, Airis mendekati Danial yang sedang duduk di meja makan.

“awak, jom keluar sekejap. Kita jalan-jalan kat Bali ni,” ucap Airis dengan suara yang lebih ringan dari biasa. Matanya memandang Danial, seakan meminta persetujuan.

Danial yang sedang menghirup kopi tersenyum mendengar ajakan Airis. “Jalan-jalan? Kat sini? Kenapa tiba-tiba je?” tanya Danial dengan rasa terkejut, tetapi kelihatan gembira kerana akhirnya Airis mahu meluangkan masa bersama.

Airis mengangguk. "Yalah, kita dah sampai sini, kan? Takkan nak terperap je dalam bilik. Lagipun, mungkin kat luar sana boleh buat saya lupakan sikit apa yang terjadi," jawab Airis sambil mengukir senyum tipis.

Danial terus bangun dari kerusi dan menghulurkan tangan ke arah Airis. “Kalau itu yang sayang nak, jom. Kita keluar sekarang juga,” jawab Danial dengan penuh kebaikan.

Airis mengambil tangan Danial, tapi bukan dengan penuh kemesraan seperti selalu. Dia masih menjaga jarak, tetapi sekurang-kurangnya ada sedikit senyuman yang terukir di wajahnya. Mereka keluar bersama-sama, melangkah ke luar hotel, menikmati udara pagi yang segar.

Di sepanjang perjalanan, mereka berjalan bersebelahan, tetapi tetap ada kekosongan yang sukar diisi antara mereka. Namun, bagi Airis, ini adalah langkah pertama untuk memperbaiki keadaan. Bali, tempat yang menyimpan kenangan manis dan pahit bagi mereka, kini menjadi latar belakang untuk mereka mencipta memori baru—mungkin lebih baik, mungkin lebih kuat.

“dina, kenapa tiba-tiba ajak keluar? Dina nak cakap apa-apa ke kat abang?” tanya Danial, cuba memahami perasaan isterinya yang masih agak tertutup.

Airis berhenti sejenak, memandang laut yang terbentang luas di hadapannya. “Danial, saya tahu kita ada banyak masalah. Tapi saya tak nak kita terus hidup dalam bayang-bayang peristiwa lalu. Kita perlu teruskan, walaupun tak tahu ke mana arah tujuannya,” jawab Airis, suaranya agak perlahan, tetapi tegas.

Danial mengangguk, menyedari bahawa perasaan Airis semakin terbuka. “abang akan ikut apa sahaja yang sayang buat. abang cuma nak yang terbaik untuk kita berdua,” jawab Danial, penuh pengertian.

Mereka terus berjalan menyusuri pantai, menikmati keindahan Bali, meskipun dalam hati masing-masing masih ada banyak perasaan yang belum terungkai. Tetapi hari itu, mereka berdua tahu bahawa walaupun langkah pertama kecil, ia adalah satu permulaan untuk masa depan yang lebih baik.

Alvena mendekati Airis dan Danial dengan senyuman yang menggoda. “Vena...kau buat apa kat sini?” tanya Airis dengan nada sedikit curiga, walaupun cuba mengekalkan keseimbangan dalam percakapannya.

Alvena, yang memang tahu cara untuk menarik perhatian Danial, tersenyum lebar. “Saja, nak jumpa kau dengan Danial,” jawabnya dengan nada manja, seakan-akan mahu menunjukkan kehadirannya di situ adalah sesuatu yang istimewa. Matanya tidak lepas memandang Danial, memberi isyarat yang tidak disedari oleh Airis.

Airis sedikit kecewa dengan sikap Alvena yang terlalu berterus-terang. “Ou, ye ke? Danial, awak berbual lah dengan Vena, saya nak masuk bilik...” kata Airis sambil berpaling untuk berjalan pergi, hatinya sudah terasa sedikit kesal. Dia tidak mahu menghabiskan masa dengan orang yang tidak tahu batas, apatah lagi dengan Alvena yang jelas-jelas ingin menggoda suaminya.

Namun, sebelum Airis sempat melangkah lebih jauh, Danial cepat-cepat menghalangnya. “Dina, kat sini tunggu abang sekejap,” kata Danial, memegang lembut tangan Airis agar dia tidak pergi.

“Awak berbual je lah dengan Vena kat sini, saya penat lah...” balas Airis dengan nada yang agak kecewa. Dia sudah tidak sanggup melihat keadaan itu berterusan. Sejak tadi, hatinya terasa sesak, dan melihat Alvena yang terus menggoda Danial, membuatkan dia merasa seperti dia tidak penting lagi dalam hidup suaminya.

Danial memandang Airis dengan pandangan yang serius, tetapi ada sesuatu yang tidak kena dalam cara dia menghadapinya. “Dina sanggup ke dia pegang-pegang abang? Sanggup?” bisik Danial di telinga Airis, perlahan dan penuh dengan nada provokasi.

Airis terdiam, terkejut dengan kata-kata Danial. Mata mereka bertemu, dan Airis tidak sanggup lagi untuk melihat Danial bermesra dengan perempuan lain. Dalam hatinya, hanya ada satu perasaan – cemburu yang mendalam. Tapi, dia tahu, dia tidak boleh terus-menerus hidup dengan perasaan itu.

Dia menarik nafas dalam-dalam dan mengubah arah pandangannya. “Tak jadi lah, aku nak masuk bilik. Vena, awak, saya tunggu awak dekat kerusi rotan tu...” katanya dengan nada yang lebih tenang, namun rasa marah itu masih tersisa.

Danial hanya menangguk kepala, tetapi dalam hatinya ada kekeliruan yang semakin menebal. “You nak apa, Vena?” tanya Danial, cuba mengawal keadaan yang semakin tegang.

Vena tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah, malah tersenyum dengan cara yang menggoda. “Saje… you tahu tak, dulu sebelum you kahwin, I ada perangkap Airis tidur dengan seorang lelaki ni. Tapi I tak sangka pulak lelaki tu you. Kalau lah I tahu lelaki tu you, I sanggup tidur dengan you malam tu…” balas Vena sambil tersenyum nakal, tidak peduli dengan perasaan orang di sekelilingnya.

Airis dari jauh memandang Vena dengan pandangan tajam, hampir tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. “Jadi perempuan yang I tidur malam tu Airis Medina,” kata Danial dengan nada marah, semakin tidak dapat menahan amarahnya.

Vena hanya menganggukkan kepalanya, seolah-olah semuanya sudah terjawab.

“Kenapa you buat macam tu kat Dina? Dina kan kawan you, sanggup ye you khianati dia…” hambur Danial dengan kemarahan yang membuak-buak. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana Vena, yang dulu dianggap kawan, boleh melakukan perkara sebegitu.

Vena hanya tersenyum sinis. “Apa salah Airis kat I? Banyak lah, Danial. Airis tu acah baik, mentang-mentang ada keturunan diraja, boleh tunjuk diri dia tu pemurah. I tak suka sikap dia yang itu…” balas Vena, dengan nada yang semakin menyakitkan hati.

“Hey, dia tu memang baik lah! Sebab you lah anak I tak ada! Walaupun baby tu anak tak sah taraf, tapi dia tetap anak I!” marah Danial, hampir hilang kawalan.

Alvena hanya tersenyum dengan sinisnya. “Kenapa baru sekarang you nak mengaku tu anak you?” tanyanya dengan ejekan.

“SEBAB I TAK TAHU PEREMPUAN YANG I TIDUR TU DINA!!” Danial akhirnya menjerit, hampir tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Dia tahu, banyak perkara yang telah berlaku dan semuanya terasa kacau-bilau.

“Dah, lepas ni I tak nak you ganggu rumah tangga I lagi,” kata Danial dengan suara yang semakin rendah, namun penuh dengan tekad. Dia tahu, dia harus bertindak tegas untuk melindungi perkahwinannya dan menjaga Airis.

Danial terus menghampiri Airis. Tanpa berkata sepatah pun, dia menarik tangan isterinya dengan lembut, mengajak Airis meninggalkan tempat itu. Mereka berdua berjalan pergi, tanpa memandang Vena yang masih tersenyum sinis di belakang mereka.

Danial hanya ingin pulang bersama Airis, meninggalkan segala kekeliruan dan masalah di belakang. Dia tahu, ada banyak yang perlu diperbaiki dalam hubungan mereka, dan dia berharap, walaupun semuanya belum terlambat, mereka masih punya peluang untuk memulakan yang baru.

Di dalam bilik, suasana semakin tegang. Airis merentap tangannya dengan kasar. “Danial, lepaskan saya! Saya dah tak boleh lagi nak hidup dengan awak!” suara Airis penuh dengan kemarahan dan kecewa. Dia sudah tidak dapat menahan perasaannya lagi, terlalu banyak yang disimpan dalam hati. Baginya, keputusan ini adalah yang terbaik untuk dirinya, walaupun perasaan cintanya masih ada, tetapi kepercayaan yang hancur membuatkan hatinya mati perlahan-lahan.

Danial memegang tangannya, cuba menahan. “No, abang tak kan lepaskan Dina, abang sayangkan Dina…” Suara Danial lembut, namun matanya penuh dengan keputusasaan. Dengan perlahan, dia belai rambut isterinya, seperti cuba menenangkan hati Airis yang sudah penuh dengan luka.

Namun, Airis hanya menepis tangan Danial dengan keras. “Kalau awak tak nak lepaskan saya, izinkan saya pergi jauh dari hidup awak, Danial! Sekarang ni, kalau saya tengok muka awak, saya nak lempang je!” kata Airis dengan tegas, suaranya bergetar. Perasaan benci dan kecewa itu begitu mendalam, hingga dia tidak lagi peduli dengan perasaan Danial. “Saya tak sangka orang yang pernah tidur dengan saya tu adalah awak! Saya tak boleh terima, Danial!”

Airis cepat-cepat mengambil bajunya dan terus menyumbatnya ke dalam beg, dengan tangan yang sedikit menggigil. Airis tahu, dia perlu pergi jauh, jauh dari semua ini, jauh dari kenangan pahit yang terperangkap dalam hati. Dia sudah tidak tahu bagaimana untuk meneruskan hidup bersama Danial setelah mengetahui kebenaran itu. Hatinya hancur. Dia rasa tertipu, bukan hanya oleh Vena, tetapi juga oleh Danial yang selama ini dia percayai sepenuh hati.

“Dina…” panggil Danial dengan suara serak. “Jangan buat macam ni. Abang tak boleh hidup tanpa Dina.” Dia cuba mendekati Airis, tetapi Airis cepat-cepat menyelangkah ke belakang, tidak mahu Danial mendekatinya lagi.

“Abang tahu, abang salah. Tapi, tolong jangan pergi…” rayu Danial, hampir-hampir tidak sanggup melihat Airis mempersiapkan diri untuk meninggalkannya.

Airis berhenti sejenak. Dia memandang Danial, tetapi tidak ada sekelumit pun rasa sayang yang terpancar di wajahnya. “Sudah cukup, Danial. Saya tak sanggup hidup dengan bayangan lelaki yang telah mengkhianati saya. Kalau saya terus tinggal, saya takkan mampu untuk percaya pada awak lagi. Saya tak tahu apa yang saya rasa sekarang, tapi hati saya dah mati.” Airis memalingkan wajahnya, tidak sanggup lagi untuk melihat mata Danial yang penuh dengan penyesalan.

“Dina…” suara Danial lemah. “Tolonglah, jangan tinggalkan abang. Abang janji, abang akan ubah semuanya. Abang akan buat apa saja untuk tebus kesalahan abang. Tapi tolong jangan pergi.”

Airis mendiamkan diri, seketika, seakan-akan masih menimbang-nimbang keputusan yang harus diambil. Dia masih cinta pada Danial, tetapi perasaan itu terlalu sakit untuk diteruskan. Setiap kali dia memandang Danial, yang terbayang hanya kebohongan dan pengkhianatan.

Akhirnya, Airis menarik nafas panjang, menyentuh beg tangannya dengan tangan yang terketar-ketar. “Saya tak tahu apa yang saya patut buat lagi. Saya perlukan masa. Masa untuk jauh dari awak, Danial. Mungkin, bila saya kembali, saya akan lebih kuat untuk maafkan awak. Tapi sekarang, saya tak boleh teruskan hidup dengan awak, bukan dalam keadaan macam ni…” katanya, suaranya hampir pecah.

Dengan itu, Airis keluar dari bilik tanpa menoleh lagi. Danial hanya berdiri di situ, memandang kosong ke arah pintu yang ditutup rapat, hatinya penuh dengan kekosongan yang tidak dapat diungkapkan. Dia tahu, dia telah kehilangan segala-galanya, dan mungkin sudah terlambat untuk memperbaikinya.

------------------------------------
Sebulan selepas kejadian itu, Airis kini tinggal bersama keluarga Aisyah di kampung, jauh dari Danial. Setiap hari, dia cuba untuk melupakan segala yang terjadi, mencari ketenangan di tempat yang jauh dari kenangan pahit. Di pagi yang tenang, dia duduk seorang diri di bangku tepi sawah, memandang ke arah pemandangan yang menghijau, tetapi fikirannya masih tidak dapat lari dari bayang-bayang masa lalu.

Aisyah yang berjalan menghampiri Airis berhati-hati, mengerti betapa beratnya beban yang ditanggung oleh sahabatnya. “Ris, dah sebulan kau kat sini, kau tak rindu ke kat suami kau?” Aisyah bertanya, cuba membuka perasaan Airis walaupun dia tahu jawapannya mungkin menyakitkan.

Airis menyandarkan kepalanya ke belakang, menatap langit yang biru tanpa bersuara untuk seketika. Kemudian, dengan suara yang perlahan namun penuh ketegasan, dia menjawab, “Tak. Aku tak rindu langsung kat dia, buat apa aku nak rindu dengan lelaki macam tu? Kalau dia betul-betul sayang aku, dia takkan buat macam tu pada aku.”

Aisyah menarik nafas panjang, mengangguk perlahan, tapi dia tahu, apa yang terjadi tidak semudah itu untuk dilupakan. Airis yang kuat selama ini, tiba-tiba runtuh setelah mengetahui pengkhianatan yang dilakukan oleh Danial. Aisyah tahu, sahabatnya itu perlukan masa untuk sembuh, tapi hatinya tetap risau, sebab walau apa pun, mereka berdua masih suami isteri.

“Tapikan, kau kena mintak izin dia juga, Ris. Ialah, kan minggu depan kan kita nak sambung belajar kat London. Takkan dia tak tahu kot…” Aisyah cuba berbicara dengan lebih lembut, seperti menyarankan agar Airis memberi peluang untuk berbincang dengan Danial. Tetapi, Aisyah tahu Airis bukan seorang yang mudah untuk berubah keputusan.

“Memang aku tak nak dia tahu, Syah. Aku tak nak jumpa dia,” jawab Airis dengan nada yang lebih tegas. Wajahnya nampak serius, seakan sudah bulat dengan keputusan yang telah dia buat.

Aisyah melihat ke arah Airis, dan walaupun dia tahu sahabatnya sedang berjuang dengan perasaannya, Aisyah tidak dapat menahan rasa risau. “Ris, jangan buat keputusan terburu-buru. Kalau kau tak cuba berbincang dengan Danial, kau tak akan tahu apa yang ada dalam hatinya. Mungkin dia betul-betul menyesal,” kata Aisyah, dengan nada yang lebih lembut, cuba membuka hati Airis.

Tapi Airis hanya menggelengkan kepalanya. “Syah, aku tak mampu lagi. Aku tak nak terima semua itu. Aku perlukan ruang, dan aku nak mulakan hidup baru tanpa dia. Tak kira apa yang dia rasa sekarang.”

Aisyah terdiam, memahami perasaan sahabatnya itu. "Kalau itu yang terbaik untuk kau, aku sokong. Tapi jangan lupa, kau selalu ada kawan-kawan yang akan sokong kau dalam apa jua keputusan." Aisyah berkata dengan lembut, meletakkan tangan di bahu Airis sebagai tanda sokongan.

Airis menundukkan kepala, masih bergelut dengan rasa kesakitan yang mendalam. “Terima kasih, Syah. Aku janji, aku akan cuba jadi lebih kuat… aku cuma tak tahu bila.”

Aisyah hanya mengangguk, berharap yang terbaik untuk sahabatnya, sambil mereka berdua terus menikmati kedamaian sawah yang terbentang luas, berdoa agar suatu hari nanti, Airis akan temui kedamaian dalam hatinya semula.

---------------------
Di rumah keluarga Airis, suasana menjadi tegang. Danial duduk di ruang tamu, dengan wajah penuh penyesalan, memandang ke arah Tengku Diana dan Encik Mustafa yang berdiri di hadapannya. Suasana yang sepi itu terasa semakin berat dengan kata-kata yang menusuk dari mereka yang berhak memberi nasihat dan teguran.

"Kenapa boleh jadi macam ni Danial, kami percaya kan Danial..." Tengku Diana, ibu Airis, berbicara dengan nada kecewa. Wajahnya yang tenang kini dipenuhi dengan keresahan dan kebimbangan terhadap anaknya. Perasaan ibu yang penuh kasih sayang itu jelas tergambar.

"Maafkan saya mama, saya tahu saya salah, sebab tu saya datang sini..." jawab Danial, dengan suara serak. Dia cuba menahan air mata yang hampir jatuh, namun hati yang berat dan penuh penyesalan membuatkan dia merasa seakan dunia ini tidak adil buatnya.

Tengku Diana mengalihkan pandangannya, memandang suaminya, Encik Mustafa yang duduk di sebelahnya. “Kamu tahu ke dia pergi mana Danial?" tanya Encik Mustafa, dengan suara yang lebih serius, menandakan betapa bimbangnya dia terhadap keselamatan dan kebahagiaan Airis.

"Danial tak tahu papa... Danial tak tahu Dina pergi mana..." jawab Danial dengan penuh kekesalan. Perasaannya bercampur aduk, antara rasa bersalah yang mendalam dan keinginan untuk mencari Airis, namun dia tahu dirinya mungkin telah terlambat.

Tengku Ali, yang merupakan atuk Airis, yang biasanya tenang, kali ini sudah hilang sabarnya. "Yang si Airis pun satu, cuba kalau ada masalah tu cuba bincang elok-elok, ni tak ada masalah lari..." Tengku Ali berkata, nada marahnya jelas kedengaran. Dia tidak faham mengapa Airis tidak datang kepadanya untuk berbincang, sebaliknya melarikan diri.

Tengku Diana yang mendengar itu, cuba untuk mempertahankan perasaan Airis. "Macam mana dia tak lari daddy, bila suami dia buat macam ni, kalau saya jadi Airis pun saya pun akan buat benda yang sama..." Tengku Diana menjawab dengan penuh rasa empati. Dia tahu betapa beratnya beban yang ditanggung oleh anak perempuannya itu. Seorang isteri, yang hanya menginginkan cinta dan kejujuran, tetapi dikhianati oleh suaminya.

"Bagus lah tu, menangkan lagi budak, dah kalau lagi sebulan dia tak balik, jangan harap lah aku nak terima dia lagi," Tengku Ali mencelah, nada suaranya semakin tinggi. Dia sudah tidak sabar dan sangat marah dengan apa yang telah terjadi. Sebagai seorang atuk yang menjaga Airis sejak kecil, dia merasa kehilangan kepercayaan yang amat besar terhadap Danial.

Danial mengusap wajahnya, tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Semua kata-kata yang keluar hanya membuatkan hatinya semakin remuk. Setiap teguran yang diterimanya bagaikan satu tamparan yang menyedarkan dia betapa salahnya dirinya.

"Tolong, tolong bagidanila peluang. danial nak cari dina, nak minta maaf, dan berjanji untuk perbaiki semuanya," Danial berkata dengan penuh harapan, matanya penuh dengan air mata yang cuba ditahan. Namun, dia tahu, mungkin dia sudah terlambat untuk menebus segala kesilapan yang telah dilakukannya.

Tengku Diana memandang Danial dengan penuh kasihan, namun tidak mampu berkata apa-apa. Bagaimana dia dapat menyuruh anak perempuannya kembali kepada lelaki yang telah menghancurkan hatinya? Dia hanya mampu berdoa, agar suatu hari nanti, Airis dapat memaafkan Danial dan kembali ke pangkuan keluarga. Tetapi, untuk itu, Danial perlu membuktikan bahawa dia benar-benar berubah.

Setelah berjumpa dengan keluarga Airis, Danial kembali ke rumah mereka, perasaan penuh dengan kekosongan. Setiap langkah yang diambilnya terasa semakin berat, seolah-olah beban kesalahan dan penyesalan yang ditanggungnya semakin menghimpit. Dia tahu bahawa hanya dengan tindakan dan perubahan nyata, dia mungkin dapat menebus segala kesilapan yang telah dilakukan. Namun, pada masa yang sama, dia juga bimbang bahawa Airis sudah terlalu terluka untuk kembali.

Sesampainya di rumah, Danial masuk ke dalam rumah yang sepi itu. Setiap sudut rumah mengingatkannya kepada kenangan indah yang pernah mereka lalui bersama. Namun, kini semuanya terasa hampa. Dia melangkah perlahan ke arah ruang tamu, yang pernah dipenuhi dengan gelak tawa dan kebahagiaan. Semua itu kini hanya tinggal kenangan yang menghantui hatinya.

"dina...kau pergi mana Dina?" suara Danial kedengaran perlahan di dalam hati. Dia tahu tiada siapa yang dapat memberikan jawapan. Rumah itu kosong tanpa kehadiran Airis, dan dia kini terperangkap dalam ruang yang penuh dengan penyesalan.

Danial duduk di sofa, merenung telefon bimbitnya, mencari-cari nombor Airis, tetapi tidak berani untuk menghubunginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan percakapan setelah segala yang telah berlaku. Hatinya berdebar-debar, takut jika perbualan itu hanya akan membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

Namun, dia tahu dia tidak boleh berputus asa. Dia perlu berjuang untuk memperbaiki semuanya. Danial berdiri dan berjalan ke bilik mereka, yang kini terasa sangat sunyi. Setiap barang di bilik itu mengingatkannya kepada Airis—gaya hidup yang sederhana, tetapi penuh dengan kasih sayang dan perhatian.

Dia melihat foto mereka berdua semasa di Bali, senyuman manis Airis yang penuh kebahagiaan. Foto itu kini terasa begitu jauh, seolah-olah masa itu sudah berlalu begitu lama.

“Dina, maafkan abang. Abang janji abang akan berubah,” bisik Danial kepada gambar itu, harapannya pada waktu yang belum pasti.

Kembali ke ruang tamu, dia mengambil telefon bimbitnya sekali lagi. Dia tahu, untuk mendapatkan Airis kembali, dia harus lebih dari sekadar kata-kata. Dia harus membuktikan bahawa dia benar-benar berubah, dan bahawa dia sanggup berkorban demi kebahagiaan mereka. Dengan tekad, Danial mengetik satu mesej ringkas kepada Airis: "Dina, tolong bagi abang peluang lagi. abang akan buat apa saja untuk menebus kesilapan abang. abang sayang dina."

Danial menekan butang hantar, lalu menunggu dengan hati yang penuh debaran. Sebagai lelaki, dia merasa cemas, namun dia juga tahu inilah satu-satunya cara untuk menunjukkan bahawa dia masih berharap untuk bersama dengan Airis, walaupun segalanya sudah hancur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience