Sudah tiga hari Airis dan Danial menikmati percutian mereka di Bali. Esok, mereka akan pulang, namun pagi ini, Airis terasa perlu untuk keluar seketika dari resort. Dia ingin merasai ketenangan, menikmati detik-detik akhir di pulau indah ini. Di tepi pantai yang masih sepi, langkahnya terasa begitu ringan, seolah-olah pantai ini menawarkan kedamaian yang sangat dibutuhkan.
Matahari baru sahaja terbit, sinarnya memancar ke arah laut, mencipta cahaya keemasan yang menenangkan. Airis berdiri sejenak, menikmati suasana itu, membiarkan angin laut membelai wajahnya. Namun, ketenangannya terganggu apabila dia melihat sosok yang dikenali. Raiz, bekas kekasihnya, sedang berjalan ke arahnya. Airis segera berasa tidak selesa.
"Airis..." laung Raiz dengan suara yang lantang. Airis menoleh, tetapi matanya sudah penuh dengan perasaan benci. Tanpa mempedulikan Raiz, langkahnya dipercepatkan. Dia tidak mahu bertemu dengan lelaki itu, apatah lagi berada dalam situasi yang tidak diinginkan..
Raiz terus mengejar Airis dengan langkah pantas. Walaupun tubuh kecil Airis bergerak laju, akhirnya Raiz berjaya meraih tangan Airis. Tiba-tiba, panas hati Airis membuak-buak. Matanya yang tajam memandang sekeliling, takut-takut ada orang yang melihat mereka, terutama suaminya, Danial. Perasaan cemas dan marah bercampur aduk di dalam diri.
"Awak nak apa lagi dari saya, Raiz? Saya tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan awak," kata Airis dengan suara yang dingin dan tegas. Dia menarik tangannya kasar dari pegangan Raiz.
Raiz, yang kelihatan benar-benar menyesal, memandang Airis dengan penuh harapan. "Airis, saya cuma nak awak maafkan saya. Itu saja... Saya nak kita yang dulu. Please, Airis..." Rayuan Raiz penuh dengan penyesalan. Dia tahu dia telah silap. Dia akui kesilapannya. Dia terlampau mengikuti nafsu bodoh tanpa memikirkan akibatnya, sehingga dia terlupa betapa dia telah menyakitkan hati orang yang paling dia sayangi.
Airis memandang Raiz dengan penuh sinis. "Kita yang dulu...?" Dia ketawa kecil, namun ketawa itu penuh dengan kepahitan. "Awak fikir, selepas apa yang awak buat kat saya dulu, senang-senang je ke saya nak maafkan awak?!" Suara Airis semakin meninggi, amarahnya tidak dapat disembunyikan. "Awak kena ingat, Raiz, apa yang awak buat dulu tu memang melampau! Takkan saya mudah-mudah lupakan semuanya!"
Airis terasa seperti semua kenangan pahit itu kembali menghantui dirinya. Setiap kata yang keluar dari mulut Raiz hanya mengingatkan dia akan luka lama yang belum sembuh. Dan dia tidak akan membiarkan lelaki itu merosakkan kebahagiaan yang baru ditemui bersama suaminya, Danial.
Tangan yang dipegang Raiz direntap kasar, menandakan betapa geram dan marahnya Airis. Raiz hanya mampu membisu, wajahnya penuh dengan kesedihan, namun tidak sedikit pun ia menembus keteguhan hati Airis. Walau bagaimana pun dia melihat muka penuh penyesalan Raiz, perasaannya tidak sedikit pun berubah. Malah, semakin dia membenci lelaki itu.
"Tolong bagi saya peluang, Airis. Saya betul-betul sayangkan awak," kata Raiz, suaranya penuh dengan harapan. Tetapi Airis tetap kaku, tidak terkesan dengan kata-kata itu.
"Peluan apa lagi, Raiz?!" Airis menjerit, marah. "Saya dah berkahwin, lah!" Ucapannya penuh dengan penekanan, seolah-olah ingin menunjukkan betapa seriusnya dia dalam hubungan barunya dengan Danial.
Raiz tidak berputus asa. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata, "Airis, orang bercinta pun boleh putus, apatah lagi orang yang sudah berkahwin. Awak mintak cerai dengan Danial, lepas je habis idah, kita kahwin semula. Saya akan buat semua yang awak nak, saya janji..." Pujukan Raiz disertai dengan harapan yang hampir hilang, namun masih ada sedikit sinar di matanya.
Airis terus menampar pipi Raiz dengan sekuat hati, marah yang terpendam selama ini dilepaskan begitu sahaja. "Airis!!!" Jeritan Danial yang tiba-tiba memecah kesunyian pagi itu mengejutkan mereka berdua. Airis memandang suaminya, wajahnya penuh dengan kebencian dan kesakitan yang sukar digambarkan.
"Kau dengar sini baik-baik, aku tak akan mintak cerai semata-mata untuk balik kat kau..." ujar Airis dengan suara yang penuh tegas, jari telunjuknya menunding ke arah Raiz yang masih mengusap pipinya yang terasa sakit. Darah yang mengalir sedikit dari bibirnya semakin menyedarkan Raiz betapa dia tidak berdaya di hadapan Airis. Hatinya perit, namun Airis tidak peduli.
"Aku nak ingatkan kau, lepas ni kau jangan tunjuk lagi muka kau kat depan aku! Jijik tahu tak!" Airis meluahkan kata-kata itu dengan penuh kebencian, hatinya hampir pecah melihat wajah Raiz yang tidak pernah dia ingin lihat lagi. Tanpa berkata apa-apa lagi, Airis terus berpaling dan melangkah pergi dari situ, meninggalkan Raiz dan Danial yang masih terperanjat.
Hatinya terasa sakit, namun Airis tetap melangkah tanpa menoleh lagi. Tangan dan bibirnya mula mengigil, tanda emosinya yang tak tertahan. Dia cuba menahan air mata, namun perasaan itu tetap datang juga.
Danial segera mendekati isterinya, melihat wajah pucat Airis yang jelas menunjukkan betapa terganggunya perasaan wanita itu. "Sayang, kenapa sayang lempang Raiz? Dia buat apa kat sayang sampai sayang marah macam ni?" Soalan-soalan itu bertubi-tubi keluar dari mulut Danial, namun setiap kata yang ditanya semakin membuatkan Airis rasa rimas. Wajahnya yang sudah pucat semakin kelihatan lesu.
“Saya takkan lempang dia tanpa sebab, dah lah, saya nak masuk bilik dulu, nak rehat...” Airis berkata dengan nada yang cuba dikawal, namun jelas kelihatan bahawa dia sedang bergelut dengan emosinya. Otaknya terasa terlalu serabut untuk menerima sebarang nasihat atau penjelasan ketika ini.
Tangan Danial yang sedang memegang tangan Airis dibiarkan terlepas. Danial hanya mampu memandang isterinya yang melangkah pergi dengan langkah yang berat. Hatinya penuh dengan rasa tidak puas hati, namun dia tahu Airis memerlukan ruang untuk bertenang.
Setelah melihat sosok tubuh isterinya menghilang ke dalam bilik, Danial berputus asa dan terus melangkah ke arah pantai. "Eh, mana mamat ni..." Danial bertanya sendiri, matanya memandang sekeliling mencari kelibat Raiz yang hilang entah ke mana. Namun hatinya tak berhenti memikirkan tentang kejadian tadi dan keadaan isterinya yang masih belum stabil.
Di dalam bilik, Airis tidak dapat menahan perasaannya lagi. Begitu pintu bilik ditutup, Airis terus menghempas pintu dengan kuat. BAMM!!! Bunyi pintu yang terhempas itu menggema di dalam bilik yang sunyi.
Beg sandang dibaling ke katil dengan kasar. Airis duduk di birai katil, tubuhnya menggigil kuat, perasaan marah, kecewa, dan hampa bercampur baur. Tangan dan kaki terasa lemah, namun dia berusaha untuk mengawal dirinya. Istighfar dalam hati untuk menenangkan fikiran, namun setiap kali dia memikirkan Raiz, rasa itu kembali membelenggu.
Setelah cukup tenang, Airis bangun dan bergerak menuju pintu. Namun, sebelum sempat membuka pintu bilik, pintu itu sudah dibuka dari luar. Danial berdiri di ambang pintu, matanya memandang Airis dengan wajah yang penuh tanda tanya.
"Sayang, nak pergi mana?" tanya Danial dengan nada lembut.
Airis sedikit terkejut dengan soalan itu, namun dengan cepat dia membalas, "Dina nak keluar..." Jawapannya tegas, namun ada sedikit ketegangan dalam nada suaranya.
Danial menghalang dengan langkahnya. "Dina, nak keluar kemana? Tak nak explain apa-apa ke dekat abang?"
Airis menelan air liur, dan memandang tajam ke arah Danial. "Tolonglah Danial, bagi saya masa. Saya tak sedia lagi nak bagi explain apa-apa," jawab Airis dengan nada yang penuh dengan ketegangan. Wajahnya jelas menunjukkan riak tak senang, jelas dia sedang bergelut dengan perasaan yang tak terucap.
"Kenapa Dina layan abang macam ni? Apa salah abang?" Danial bertanya dengan penuh keliru. Dia tak faham kenapa isterinya tiba-tiba menjauh dan menutup dirinya sebegitu. Raiz yang buat hal, dia pula yang kena sekali.
Airis menghela nafas panjang dan menatap suaminya dengan wajah yang penuh kekeliruan. "Tak payah tanya lah apa salah awak. Awak tahu tak, lelaki semua sama je... suka sakitkan perempuan," kata Airis, suaranya sedikit bergetar, namun masih tegas. Rasanya semua lelaki itu sama, hanya memberi harapan dan akhirnya menyakitkan hati.
Danial terdiam. Tersentak dengan kata-kata Airis. Dia tahu Airis sedang meluahkan perasaan yang terbuku di hati, namun dia tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.
Danial memejapkan matanya sebentar,cuba menenangkan diri.“kenapa biadap sangat ni,Airis medina?"nada suaranya sedikit menahan,cuba untuk tidak meledak lebih jauh.wajahnya yang serius mencerminkan kemarahan yang terpendam.
“lepaskan saya lah... "Airis meronta,cuba menarik tangannya dari pegangan Danial. Namun,kekuatan pegangan suaminya masih kuat,menyebabkan Airis berasa sakit.
“sakit lah Danial..."Airis merintih,wajahnya berkerut menahan rasa sakit akibat cengkaman yang semakin kuat. Dia memandang muka suaminya yang semakin menunjukkan tanda marah,dan hatinya semakin sakit. Dia tahu apa yang sedang berlaku,namun egonya tidak membenarkannya itu lebih lemah di hadapan lelaki itu.
Danial menahan nafas, cuba untuk mengawal dirinya. Wajahnya yang merah menunjukkan betapa kesabarannya hampir hilang. "Dina tahu tak yang Dina tengah bercakap dengan siapa sekarang ni?!" Suara Danial menggema, penuh dengan kemarahan yang sukar ditahan.
Namun, di sebalik kemarahannya, hatinya sebenarnya terhiris melihat Airis yang terus melawan dan meronta. Airis yang dulu ceria dan penuh kasih sayang, kini begitu jauh darinya.
“Sakit lah, Danial! Lepas lah...” Airis merintih, suaranya bergetar, menahan sakit di tangannya yang masih dikunci erat. Dia sedaya upaya berusaha melepaskan diri dari cengkaman suaminya, namun semakin dia cuba, semakin kuat pegangan Danial. Airis tak mampu lagi menahan air mata yang perlahan-lahan jatuh ke pipinya.
Danial terkejut dengan tindakan Airis yang menggigit lengannya. Tanpa sempat berfikir,pegangan tangan Airis terlepas,dan saat itu juga,Airis terjatuh ke lantai,terpelosok kerana Drees yang dipakainya.
“dina!" Jeritan panik Danial memecahkan kesunyian,tapi semua terlambat. Airis menjerit kesakitan,dan Danial segera meraih tubuh isterinya yang terjatuh itu.
Airis menekan perutnya, rasa sakit yang luar biasa tiba-tiba menjalar di seluruh tubuhnya. Dia cuba bertahan, namun kesakitan itu semakin menjadi-jadi. "Ya Allah, sayang..." Danial yang panik terus merapatkan tubuh isterinya, matanya penuh rasa cemas. "Abang mintak maaf, abang tak sengaja..."
Airis hanya mampu menahan air matanya yang semakin jatuh, mulutnya terkunci, tidak mampu berkata-kata. Rasa sakit itu benar-benar mencengkam perutnya, membuatkan seluruh tubuhnya lemah. "Sakit, abang... Dina mintak maaf..." suara Airis terhenti di tengah tangisan, tubuhnya semakin lemah.
Darah merah pekat mula membasahi dress putih yang dipakai Airis. "Sayang... darah..." Airis berusaha berkata, namun suaranya semakin lemah. Dia menatap pada darah yang memenuhi bajunya, dan kepala Airis mula berpinar, kesakitan yang semakin menjadi. Matanya terasa berat, perlahan-lahan dia kehilangan kesedaran.
Danial yang berada di sisi isterinya, terkejut melihat keadaan itu. "Ya Allah, sayang, sayang kenapa ni..." Dalam panik, Danial tidak sempat berfikir panjang. Dengan segera, dia merangkul tubuh Airis ke dalam dakapannya dan mengangkatnya. Wajahnya pucat, matanya dipenuhi rasa takut dan cemas.
"Dina, sayang, bangun... jangan buat abang macam ni..." Danial berlari dengan tergesa-gesa, menyusuri ruang tamu dengan langkah cepat, tidak menghiraukan apa pun di sekelilingnya. Hanya satu yang ada dalam fikirannya—menyelamatkan Airis.
Setibanya di kereta, Danial meletakkan Airis di tempat duduk penumpang, kepalanya yang terlentok lemah disandarkan ke bahu Danial. "Dina, tolong bangun, jangan tinggalkan abang...!" Danial cuba menggoyangkan bahu isterinya, namun tiada jawapan.
Darah yang masih terus mengalir membuatkan Danial semakin panik. Dia memecut laju, menahan segala ketakutan yang melanda, dan berdoa agar dia sempat sampai ke hospital. "Allah, tolong selamatkan isteri aku..." Dalam hati, hanya itu yang mampu dia ucapkan, sementara Airis terus terbaring dalam keadaan yang semakin lemah.
Mundar-mandir Danial di hadapan bilik kecemasan, jari-jemarinya bermain dengan telefon yang berada di tangannya, namun matanya tidak pernah lepas daripada pintu wad yang tertutup rapat. Riak risau dan panik jelas terpancar di wajahnya. "Kenapa lah kau tak boleh kawal baran kau, Danial... tengok apa dah jadi sekarang..." Danial mengutuk dirinya sendiri, menyesali kata-kata yang keluar dari mulutnya tadi. Seandainya dia tidak berkasar dengan Airis, mungkin keadaan tidak akan jadi sebegini.
Langkah kaki Danial terhenti apabila pintu wad kecemasan itu tiba-tiba dibuka. Seorang doktor muncul di hadapan Danial, dan tanpa berlengah, Danial terus mendekati doktor tersebut dengan wajah cemas.
"Doktor, macam mana keadaan isteri saya?" tanya Danial, suaranya serak, penuh dengan ketakutan yang tersembunyi. Tangannya menggenggam erat lengan doktor itu, berharap akan mendengar berita baik. Tetapi dalam hati, dia sudah bersedia dengan kemungkinan yang terburuk.
"Syukur Alhamdulilah, isteri bapak baik-baik sahaja..." Lega rasa hati Danial apabila mendengar isterinya baik-baik saja. "Cuma kami gak bisa selamatin anak di dalam kandungannya. Saya permisi dulu ya..."
Terkejut Danial dibuatnya. Dina mengandung. Setahu dia, tak pernah dia menyentuh isterinya lagi. Anak siapa yang dikandung Airis Medina? Patutlah kau senang sangat terima cadangan keluarga kau. Rupanya kau nak jadikan aku pak sanggup kau je.
Fikiran Danial bercelaru, kepalanya berputar memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Dia tak percaya dengan apa yang baru sahaja diberitakan oleh doktor. Airis mengandung? Tapi bila? Mengapa dia tidak tahu apa-apa? Ada sesuatu yang sangat besar yang dirahsiakan oleh isterinya, dan Danial berasa seolah-olah dirinya ditipu.
Dia menatap tubuh Airis yang terbaring lemah di katil hospital, wajahnya pucat dan penuh kesakitan. Namun, di sebalik rasa kesal dan marah yang menguasai diri, ada juga rasa jijik yang menyelubungi perasaan Danial. Bagaimana mungkin dia tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam hidupnya? Bagaimana Airis boleh menyembunyikan sesuatu yang sebesar ini?
Dengan hati yang berdegup kencang, Danial bangkit dari sisi katil dan melangkah keluar dari bilik kecemasan itu. Kakinya terasa berat, seperti ada beban yang begitu besar ditanggung. Dia perlu menenangkan fikirannya dahulu. Sungguh dia takut jika keadaan menjadi lebih buruk apabila keluarga mereka tiba nanti. Dia tidak mahu sesiapa melihatnya dalam keadaan begini – penuh dengan rasa kecewa dan marah yang tidak terungkapkan.
Danial berjalan tanpa arah, matanya kabur. Fikirannya terisi dengan persoalan-persoalan yang belum ada jawapan. Takkan dia membiarkan perasaan marah ini menguasai dirinya tanpa tahu kebenaran sebenar? Tapi untuk sekarang, dia perlu menjauhkan diri dulu, mencari ruang untuk berfikir.
Tapi jauh di dalam hatinya, ada satu suara yang berbisik, mengatakan bahawa mungkin ada sesuatu yang lebih besar di sebalik semua ini. Sebuah rahsia yang mungkin terlalu berat untuk Airis tanggung sendirian. Danial menarik nafas panjang. Dia harus mencari jawapannya. Tapi untuk sekarang, dia hanya perlukan waktu.
Airis mencelikkan matanya perlahan-lahan, kepala yang pening dan tubuhnya yang lemah membuatkan dia merasa sukar untuk bangun. Rasa sakit yang menyengat di bahagian bawah perutnya membuatkan setiap pergerakan terasa amat berat. Dia cuba untuk menahan rasa sakit itu, tetapi tubuhnya masih terlalu lemah. Tekaknya terasa kering, seolah-olah seluruh tubuhnya tidak mempunyai tenaga. Dengan tangan yang terketar, dia mencapai gelas air yang diletakkan di sebelah katil dan meminumnya dengan rakus, berharap sedikit kelegaan akan datang.
"Mana suami aku ni? Takkan marahkan aku lagi kot?" Airis berfikir sendiri, hatinya dipenuhi rasa cemas. Dia tahu apa yang terjadi, tetapi entah kenapa dia rasa takut untuk berhadapan dengan Danial setelah apa yang berlaku. Namun, senyumannya terukir seketika, seolah-olah berharap suaminya yang akan muncul di ambang pintu.
Tiba-tiba, pintu wad dibuka, dan Airis mengangkat wajahnya dengan harapan, hanya untuk melihat sosok tubuh suaminya.Tengku Diana, yang melangkah masuk. Senyuman yang baru saja terukir di wajahnya mati seketika, digantikan dengan ekspresi terkejut dan sedikit kecewa. Dia ingatkan suaminya yang datang, tetapi rupanya mama yang muncul.
“Mama, bila mama sampai sini...." Airis berkata lemah, namun senyumannya tetap terukir, cuba menyembunyikan rasa sakit yang masih terasa di tubuhnya. Dia menggenggam tangan mamanya, mencium dengan penuh kasih. Namun, senyuman itu hilang apabila melihat wajah mamanya yang dipenuhi kerisauan. Tengku Diana menahan air matanya yang sudah tidak dapat dibendung lagi.
"Ya Allah, sungguh berat ujian yang Kau berikan kepada anakku ini," Tengku Diana berbisik perlahan, hatinya hancur melihat keadaan anaknya. Airis bukan hanya anaknya, tetapi juga tulang belakang keluarganya. Setiap kali dia melihat anaknya melalui kesusahan, rasa sakit itu seolah menyayat hatinya lebih dalam.
Semalam, menantunya, Danial, telah memberitahu keadaan yang sangat mengejutkan tentang Airis. Tanpa berfikir panjang, Tengku Diana segera bergegas ke airport untuk berada di sisi anak kesayangannya.
Tengku Diana menggenggam tubuh anaknya dengan penuh kasih sayang, cuba memberikan kekuatan yang mungkin hanya seorang ibu dapat berikan. "Adik sabar ye, Allah uji sebab Allah tahu adik mampu untuk hadap ujian ni..." suaranya lembut, namun jelas penuh dengan emosi yang mendalam.
Airis yang masih bingung, memandang wajah ibunya dengan mata yang penuh tanda tanya. "Mama, kenapa ni? Adik ok lah, adik jatuh je, tak teruk pun..." Airis cuba meyakinkan ibunya dengan nada yang penuh keyakinan, walaupun hatinya terasa ada sesuatu yang tidak kena. Airis tidak mahu melihat ibunya bersedih, dia mahu semuanya kembali seperti biasa, tetapi perasaan yang tidak menentu membuatkan dia keliru.
Wajah kebingungan anaknya dipegang. “Adik...adik sabar ye, apa yang mama nak bagi tahu adik, mungkin buat adik kecewa, adik, anak adik dah tak ada, adik keguguran sayang...”
Airis menekup mulutnya tanda tidak percaya. Kepalanya digeleng-gelengkan, cuba menafikan kenyataan yang baru saja didengarnya. “Tak mungkin, mama… tak mungkin…” kata Airis dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Matanya terbeliak, berusaha untuk memahami kata-kata ibunya.
"Aku mengandung, tak mungkin aku mengandung, mesti mama salah." Airis terus bercakap sendirian, cuba menafikan kenyataan yang baru saja diterimanya. "Mama tipu kan? Mama tipu adikkan?" Tangan Tengku Diana yang cuba mengusap bahunya ditepis kasar oleh Airis.
Tengku Diana terkejut, namun tetap tenang. "Ye dik, adik keguguran..." ujarnya perlahan, suaranya penuh dengan kesedihan. Setiap kata yang diucapkan terasa begitu berat, seperti ada sebongkah batu besar yang menghempap jiwanya.
Airis memegang dadanya yang sakit, air mata terus mengalir tanpa henti. "Abang..." kata-katanya terhenti, suaranya terisak-isak. Dalam hatinya hanya ada satu perkara yang terlintas — suaminya. Walaupun tubuhnya lemah, hatinya begitu kuat, menginginkan satu perkara sahaja. Dia tidak peduli lagi dengan kesakitan yang ditanggungnya. Yang penting sekarang, dia mahu berjumpa dengan Danial, memohon maaf atas segala yang berlaku.
Tengku Diana, yang menyedari kepayahan dan kecederaan anaknya, dengan lembut menahan Airis yang cuba untuk bangun. "Ya Allah, adik nak pergi mana sayang? Adik masih lemah lagi ni..." Tengku Diana cuba menenangkan anaknya yang kelihatan begitu resah, matanya penuh dengan kekhawatiran. Setiap gerakan Airis membuatkan hati ibu itu semakin cemas.
Namun, suara Airis semakin kuat, penuh dengan keputusasaan. "Adik nak jumpa suami adik, mama. Adik nak jumpa dia, adik nak mintak ampun kat dia mama, adik buat dosa kat dia, mama!" Raungan Airis
Share this novel