BAB 17

Drama Series 2577

Airis menatang dulang berisi air bersama sepinggan kuih menuju ke ruang tamu. Langkahnya penuh berhati-hati, memastikan semuanya tidak tumpah. Setibanya di ruang tamu, dia meletakkan dulang tersebut di atas meja dengan cermat. Jag air yang penuh itu diangkat, dan perlahan-lahan dia menuang air ke dalam empat cawan yang telah disusun.

Usai menuang, Airis melabuhkan duduk di sebelah suaminya, menunggu apa yang bakal dibincangkan. Fikirannya berputar-putar, cuba meneka maksud di sebalik kata-kata mertuanya sebelum ini. Katanya, ada hal penting yang ingin disampaikan. Namun, apa halnya, dia langsung tiada bayangan.

“Mummy dengan daddy nak cakap apa kat kitaorang?” soal Danial, memecah kesunyian. Matanya bergilir-gilir memandang wajah mummy dan daddynya, menanti jawapan. Airis di sebelah hanya memerhati dengan penuh tanda tanya, cuba menangkap petanda daripada riak wajah kedua-dua mertuanya.

Puan Ain memandang sekilas ke arah suaminya, seolah-olah meminta izin untuk memulakan perbincangan. Setelah mendapat anggukan kecil, dia tersenyum lembut ke arah anak dan menantunya. Dari sisi pehanya, dia mengambil sebuah sampul coklat yang agak tebal. Perlahan, sampul itu dihulurkan kepada Danial.

Danial menyambutnya dengan dahi yang berkerut sedikit. Rasa ingin tahu membuak-buak dalam dirinya. “Apa ni, mummy?” soalnya sambil memandang sampul itu dan kemudian kembali ke wajah ibunya.

Puan Ain hanya tersenyum penuh makna. “Kalau nak tahu, bukalah. Tengok sendiri,” jawabnya tenang tetapi dengan nada penuh teka-teki.

Airis yang duduk di sebelah, turut memerhati dengan rasa ingin tahu. Dia mencondongkan sedikit badannya ke arah Danial, seolah-olah mahu mengintai isi dalam sampul itu.

Danial membuka perlahan-lahan penutup sampul tersebut. Dia mengeluarkan beberapa dokumen dari dalamnya, matanya tertancap pada tajuk besar yang tertera di atas helaian pertama. Seketika, matanya membulat, jelas sekali terkejut dengan apa yang dibacanya.

“Honeymoon?” Danial mengulang dengan nada tidak percaya, memandang kertas di tangannya seakan-akan ia benda asing. Matanya beralih ke wajah Airis, yang kelihatan sama terkejut. Wajahnya jelas menunjukkan rasa tidak tahu menahu tentang rancangan itu.

Danial menghulurkan kertas tersebut kepada Airis, yang segera menyambutnya dengan tangan sedikit terketar. “Abang, ini betul-betul ke? Honeymoon? Dekat Bali?” soalnya, suaranya hampir berbisik sambil membaca isi dokumen itu.

Megat Faizal, yang sejak tadi hanya diam memerhati, akhirnya bersuara dengan nada bergurau, “Pergi je lah, Dan. Takkan nak tolak? Mana tahu balik nanti dah ada isi...”

Danial memandang wajah Airis Medina yang kelihatan serba salah di sebelahnya. Dia cuba memberi isyarat agar isterinya itu berkata sesuatu, tetapi Airis hanya mengerutkan dahinya, enggan bersuara.

Dengan perlahan, Danial mencuit paha Airis. “Dina, cakaplah...” bisiknya lembut di telinga isterinya.

Airis menjeling ke arahnya, kemudian berbisik balik, “Abang lah cakap... Dina tak tahu nak cakap apa.”

Situasi itu menarik perhatian Megat Faizal, yang sejak tadi memerhati gelagat pasangan muda itu. Dia berdehem kuat, membuatkan suasana tiba-tiba menjadi tegang.

Danial dan Airis serta-merta menghentikan aksi cuit-mencuit mereka. Wajah Danial berubah, tersenyum kelat sambil menggaru tengkuknya. Dia terasa sedikit gerun melihat raut muka tegas Megat Faizal yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda “menyinga.”

Airis Medina mencebikkan bibir, terasa sedikit kesal dengan sikap suaminya. Dasar penakut, dia merungut dalam hati. Dah tu, aku pula yang kena cakap ke?. Dasar suami tak bertanggungjawab, bisik hatinya.

“Dina ok je, nak pergi honeymoon, memang itu pun yang Dina impikan. Nasib baik Daddy suruh kitorang pergi, kalau nak harapkan Danial, lambat lah Dina merasa honeymoon, kan mummy?” kata Airis sambil mengerling ke arah suaminya di sebelah. Dia sengaja berkata begitu, untuk sedikit mengusik dan mencabar suaminya yang dilihat sering mengelak dari perkara-perkara seperti ini.

Tapi, reaksi Danial bukan seperti yang dijangka. Megat Danial memandang tajam ke arah Airis, wajahnya serius dan penuh tanda tanya.

“Pergi je lah bang, tak payah nak fikir-fikir..." tegur Sharifah Aina yang baru muncul dari dapur. Sharifah Aina mengambil tempat di tengah-tengah, di antara mummy dan daddy-nya.

“Senang lah kau cakap, abis tu kerja aku kat ofis tu sape nak buat, hantu......” berang Megat Danial, suaranya sedikit meninggi, meluahkan rasa marah yang tertahan.

“Dah mula dah abang,” seloroh Puan Ain sambil ketawa kecil, mencuba menenangkan keadaan. Namun, Megat Faizal hanya menggelengkan kepala. Dia malas mahu menghalang anak lelaki yang memang sudah terkenal dengan sifat panas barannya.

“Bagus lah hantu yang buat, tak payah lah abang susah-susah pergi ofiskan,.....” bidas Sharifah Aina dengan nada sinis, mencabar sedikit ego abangnya.

Airis Medina hanya menjadi pemerhati kepada pergelutan kecil antara suaminya dan adik iparnya. Dia menahan senyum, merasa situasi itu lebih ringan jika dibandingkan dengan suasana gurauan kasar yang dia alami bersama abang kandungnya sendiri dulu.

“Ok lah ni, kalau aku dengan abang, memang gurau kasar punya. Ada sekali tu abang Haris sorokkan telefon aku. Memang naik anginlah aku masa tu," Airis bermonolog dalam hati, mengimbau kenangan lama sambil tersenyum sinis.

Airis teringat betapa kreatifnya dia bila rasa geram. “Aku kalau dah bengang, memang semua sel otak bersambung jadi genius spontan. Nak tahu apa aku buat? Aku pergi kurung abang aku kat stor belakang rumah. Esok pagi baru aku buka pintu. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah," bisik hatinya, sambil cuba menyembunyikan gelak kecilnya.

“Kau ni..." Danial yang nampaknya sudah hilang sabar, cuba untuk bangun dan mungkin mahu membalas usikan Sharifah Aina. Namun, belum sempat dia bergerak jauh, Airis cepat-cepat memegang tangannya, menahannya dari bertindak lebih jauh.

“Dah lah tu, sakitlah telinga ni dengar korang bertekak..." Airis Medina bersuara tegas, memotong perbualan. Suasana di ruang tamu tiba-tiba menjadi sunyi. Semua mata kini tertumpu padanya. Airis yang sedar dirinya menjadi perhatian hanya mampu menelan liur sambil membetulkan duduknya.

Dia berdehem kecil, cuba menyembunyikan rasa malunya. “Ok, kitaorang pergi,” akhirnya dia memberikan kata putus. Dia tahu kalau dibiarkan, perbincangan ini akan berlarutan sampai malam.

Megat Danial yang duduk di sebelahnya terus menoleh, memandang isterinya dengan mata tajam, jelas tidak berpuas hati. “Dina, siapa suruh buat keputusan tanpa tanya abang dulu?” bisiknya dengan nada tidak senang, tetapi cukup perlahan supaya hanya Airis yang mendengar.

Puan Ain tersenyum lega, sementara Megat Faizal mengambil peluang itu untuk meyakinkan anaknya. “Danial, pergilah. Pasal kerja tu, biar Daddy yang uruskan. Daddy boleh handle semua tu. Mummy dengan Daddy pun buat ni sebab nak tengok korang bahagia...” suaranya penuh harapan.

"Yelah-yelah..." akhirnya Danial mengalah dengan nada acuh tak acuh. Namun begitu, Airis Medina sudah terlebih dahulu membuat muka teruja. Matanya bersinar-sinar penuh kegembiraan, seperti kanak-kanak yang baru mendapat hadiah. Puan Ain dan Sharifah Aina yang memerhati di seberang meja menjadi saksi keterujaan itu.

Airis memandang mereka berdua sambil mengangkat ibu jarinya, menunjukkan isyarat ‘OK’ dengan penuh semangat. “Mission accomplished!” katanya dalam hati, puas hati dapat memujuk suaminya.

Puan Ain hanya mampu menggeleng sambil tersenyum puas. “Haa, macam tu lah baru anak mummy. Kan bagus kalau selalu dengar cakap isteri,” selorohnya, cuba menceriakan suasana.

--------------------------------------------------------

Airis Medina yang tengah menonton TV terus merenung telefonnya yang berbunyi. “Sape pulak lah yang call ni,” bebel Airis. Bekas keropok diletakkan di meja. Telefon diambil dan dilihat nama pemanggil.

“Abang?” Dia menyebut perlahan dengan kening berkerut. Terus dia menekan butang panggilan semula. Speaker TV diseluhkan sambil dia menunggu panggilan bersambung.

“Assalamualaikum abang, ada apa call Dina ni?” tanya Airis, matanya masih lagi fokus pada kaca televisyen. Tangannya pula memegang remote, bersiap sedia jika perlu mematikan siaran.

“Dina boleh tolong hantarkan iPad abang tak? Abang lupa lah nak bawak pagi tadi...” suara Megat Danial kedengaran di hujung talian, nada bersalah jelas dalam setiap perkataan.

“Ok jap...” jawab Airis sepintas lalu, sambil berdiri dan menuju ke tingkat atas. Baru saja dia ingin membuka pintu bilik suaminya, langkahnya terhenti. Dia mula berfikir, “Jap... aku tahu ke dia letak mana?”

“Abang, letak mana iPad abang?” tanyanya dengan nada sedikit kuat supaya suaminya dapat mendengar dengan jelas.

“Abang letak kat bilik kerja abang...” balas Danial. Tanpa membuang masa, Airis terus menuju ke bilik kerja suaminya.

“Ok... bang, nanti Dina hantar,” jawabnya sambil membuka pintu bilik kerja. Matanya segera menangkap iPad yang terletak kemas di atas meja.

“Hmmm... hati-hati drive, kalau ada apa-apa call abang, ok?” pesan Danial di hujung talian, nada risau dalam suaranya seperti biasa.

Airis tersenyum kecil, “Baik abang... Dina off kan dulu ye, bye...” Balas Airis sebelum menamatkan panggilan. Pintu bilik itu ditutup perlahan, iPad di tangannya dipegang erat. Kakinya segera melangkah ke bilik sendiri untuk bersiap.

iPad dan telefon diletakkan di atas meja solek. Dengan cepat, dia memilih pakaian yang sesuai untuk keluar, memilih blouse biru muda dan seluar jeans yang selesa. Tudung yang dipakai disarung kemas, memperlihatkan wajah mudanya yang segar.

Sambil menyarung kasut, Airis merenung seketika ke arah iPad yang berada di atas meja solek. “Kalau aku tak ada, agaknya abang ni macam mana lah nak hidup. Asyik lupa barang je,” dia menggumam sambil ketawa kecil. Tangannya sempat mencapai telefon untuk memeriksa mesej sebelum keluar.

Di luar rumah, dia memanaskan enjin kereta. Tangannya mengetuk-ngetuk stereng sambil menunggu, otaknya ligat berfikir tentang reaksi Danial nanti. “Abang ni, kalau benda penting pun lupa, tak pelik kalau honeymoon nanti abang lupa bawak pasport ke,” dia berkata sendirian, tergelak dengan imaginasinya.

Setelah enjin sedia, Airis memulakan perjalanan sambil tersenyum kecil. Dia tahu, walaupun suaminya sering buat perkara yang menyusahkan, dia tetap seronok membantu. “Ok, misi hantar iPad bermula. Jangan lupa belanja aku makan lepas ni, abang,” ucapnya dalam hati sambil keretanya meluncur keluar dari perkarangan rumah.

---------------------------------------------

Sesampai sahaja di hadapan bangunan Megat Holding, Airis Medina memarkirkan keretanya di kawasan parkir khas untuk pelawat. “Park sini kejap ok kot,” gumamnya perlahan sambil memerhatikan keadaan sekeliling, memastikan tiada pengawal keselamatan yang memintanya mengalihkan kereta. Dengan hati-hati, dia membuka seatbelt dan mematikan enjin kereta.

Handbag di tempat duduk penumpang diambil bersama iPad milik suaminya. Dia sempat memeriksa penampilannya di cermin pandang belakang, memastikan tudungnya masih kemas dan wajahnya kelihatan berseri walaupun tanpa solekan tebal. “Oklah ni, tak adalah nampak selekeh sangat,” dia bercakap sendirian sambil menarik nafas lega.

Pintu kereta dibuka, dan Airis terus keluar dari perut kereta. Dia menarik pintu dengan perlahan, takut bunyi kuat mengganggu ketenangan kawasan itu. Selesai memastikan semuanya, dia menekan butang kunci automatik pada alat kawalan di tangannya. Suara beep yang keluar dari keretanya menandakan pintu sudah selamat dikunci.

Airis memandang bangunan megah di hadapannya, tersenyum nipis sambil menggeleng kepala. “Macam mana boleh lupa benda penting macam ni, abang... nasib baik aku ni baik hati,”

Kakinya terus menuju ke pintu masuk bangunan itu. Airis Medina melangkah laju, menyedari ada sedikit ketegangan di hatinya, namun dia tetap berusaha kelihatan tenang. Dia menuju ke kaunter pertanyaan dengan langkah yakin.

“Selamat datang, cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya pekerja di kaunter dengan senyuman sopan.

Airis tersenyum kecil, sedikit merendahkan suara kerana rasa tidak selesa dengan keadaan di sekelilingnya. “Saya nak jumpa dengan Megat Danial.” Suaranya jelas, tidak berniat untuk berdiam diri atau berputus asa.

Pekerja itu mengangguk sedikit, namun wajahnya berubah sedikit curiga. “Cik ada buat temu janji ke?”

Airis menggelengkan kepala. “Tak ada,” jawab Airis dengan nada yang penuh kepercayaan diri.

Pekerja itu menatap Airis sejenak sebelum berkata, “Jap ye, saya tanya dulu…” Dia kemudian mengangkat telefon yang terletak di sisi kaunter.

Airis menunggu dengan sabar, sesekali matanya menjeling pada kawasan sekitar. Di dalam hatinya, rasa sedikit tidak senang menguasai diri. Namun dia cuba menenangkan fikiran.

Talian telefon berbunyi, “Tut... tut...”

Pekerja itu mengangkat telefon. “Hello, Jannah, bos free ke?” tanyanya.

“Sekarang free, tapi kejap lagi bos pergi meeting. Ada apa-apa hal ke?” terdengar suara dari pihak lain, Jannah, pembantu peribadi Megat Danial.

“Ni ada orang nak jumpa bos…” jawab pekerja itu.

“Sape? Kalau perempuan, jangan bagi naik ok.” Jannah memberi arahan dengan nada sedikit tegas.

“Ok…” Pekerja itu menutup telefon dan meletakkan gagang telefon.

Pekerja itu berpaling semula ke arah Airis. “Maaf cik, bos tak ada…” katanya dengan nada meminta maaf.

Airis mengerutkan dahinya. “Bos tak ada? Biar betul…” kata Airis dalam hati, tidak percaya dengan situasi itu. “Tapi aku datang jauh-jauh ni, mesti ada cara untuk aku jumpa dia…” bisik hati kecilnya.

“Jap ye, saya nak buat call…” Airis memutuskan untuk mengambil tindakan sendiri. Dia bergerak ke tepi sedikit, menjauhkan diri dari kaunter untuk membuat panggilan.

Telefon di dalam handbag dikeluarkan, dan nombor Danial segera didail. Tut... tut... tut... Bunyi deringan telefon itu seakan mempercepatkan degupan jantung Airis. Tangan yang memegang telefon sedikit menggigil, tidak pasti apa yang akan berlaku selepas ini.

Ibu jarinya sedikit menggigit bibir, berusaha menenangkan dirinya sendiri. “Hello abang…” suara Airis terdengar agak cemas, tetapi dia cuba untuk tetap tenang.

“Dina dah sampai ke?” suara Danial di talian kedengaran tenang, tetapi dalam nada yang penuh perhatian.

Airis menarik nafas panjang sebelum menjawab, “Dah sampai pun, tapi pekerja abang tu je tak kasi Dina masuk,” rungut Airis, suaranya sedikit kecewa. Dia masih tidak dapat menerima hakikat yang dirinya tidak dibenarkan masuk tanpa temu janji terlebih dahulu.

“Ok, ok, jap ye sayang,” jawab Danial dengan nada yang menunjukkan dia akan segera menyelesaikan masalah itu.

Jantung Airis berdegup lebih kencang daripada biasa. “O... ok...” jawab Airis dengan suara yang sedikit gagap, terkejut dan malu dengan dirinya sendiri yang tidak mampu mengawal perasaan. Pipinya mula memerah, seolah-olah perasaan gugupnya dapat dilihat jelas pada wajahnya.

Dia cuba menenangkan dirinya, berharap segalanya akan berjalan dengan lancar.

Danial bangun dari duduknya dan terus menuju ke meja ayahnya. “Jannah... kenapa awak tak kasih Puan masuk?” tajam saja mata Danial menikam mata Jannah yang sedang sibuk menguruskan beberapa dokumen.

Jannah tidak sedikit pun gentar, malah menjawab dengan tenang, "Isteri Bos ke, mana saya tahu. Kan bos cakap kalau ada perempuan cari bos, cakap je bos tak ada. Mana saya tahu yang datang tu isteri bos..." jawabnya panjang lebar, tanpa ada riak takut di wajahnya. Dia sudah biasa dengan perangai angkuh Danial, tidak merasa gentar sedikit pun.

“Ewah, banyak cakap pulak dia ni. Dah call Intan suruh isteri saya naik...” Danial menjeling tajam ke arah Jannah sebelum terus masuk kembali ke dalam biliknya. Suasana dalam pejabat itu seolah-olah menjadi tegang seketika, dengan Jannah yang tidak ambil peduli dan Danial yang semakin geram.

“Nasib bos kalau tak...” ujar Jannah dengan geram, matanya sedikit merah kerana marah. Interkom ditekan dengan kasar. “Intan, panggil dia naik atas…”

“Baik…” Intan yang sedang duduk di kaunter menjawab sambil mengangguk. Telefon dimatikan sebelum dia bangun dan berjalan menuju ke arah pintu.

Gadis cantik itu mendekati Airis yang baru sahaja melangkah keluar dari ruang rehat. "Cik," tegur Intan dengan sopan, memanggil perhatian Airis dari belakang.

Airis Medina terkejut seketika dan berpusing ke belakang. Wajah manisnya yang sering tersenyum kini tampil dengan senyuman kecil. “Cik, boleh naik ke tingkat tujuh,” kata Intan sambil menunjukkan arah ke lift yang terletak tidak jauh darinya.

Airis mengangguk, wajahnya kembali ceria. “Betul, terima kasih,” balasnya dengan penuh terima kasih, sebelum bergegas ke arah lift dengan langkah pantas. Dalam hatinya, dia berdebar sedikit, memikirkan apa yang bakal terjadi apabila dia bertemu dengan Danial di pejabat ini.

Butang lift ditekan. Airis Medina yang ingin melangkah masuk ke dalam lift terus menghentikan langkahnya. Apabila melihat sosok tubuh orang yang dia tidak suka, terus berubah mukanya saat ini. Airis mengundurkan dirinya, berasa cemas.

"Tak nak aku satu lift dengan mamat tu," bisik Airis dalam hati, menahan rasa geramnya. Dengan cepat, dia mengalihkan pandangannya dan bersedia untuk keluar dari kawasan itu.

Namun, apabila pintu lift hampir tertutup, Raiz dengan pantas menekan butang untuk membuka pintu. "Tak nak masuk sekali ke?" soal Raiz dengan nada yang seolah-olah mengajak, tapi Airis sudah tahu maksudnya.

“Tak apa, saya naik tangga...” jawab Airis, cuba untuk tidak melayan. Dia melangkah ke arah tangga, dengan niat untuk menghindari pertemuan ini, tetapi langkahnya terhenti apabila mendengar suara Raiz lagi.

Raiz, yang kelihatan sedikit kehairanan, cepat-cepat menghampirinya. "Awak nak apa lagi...?" soal Airis dengan wajah yang berkerut. Mungkin dia sudah cukup muak dengan sikap Raiz yang selalu ingin mengusiknya.

"You nak jumpa Danial kan?" soal Raiz sambil memandang wajah kelat Airis Medina.

"Hmm." Jawapan pendek dari Airis, yang tidak mahu melayan lagi lelaki itu.

Raiz mengangguk sedikit, tetapi wajahnya tetap tenang, cuba untuk tidak menunjukkan perasaan. "Jadi jom naik sekali. Takkan you nak guna tangga?" kata Raiz, sambil melangkah ke arah lift yang terbuka, menunggu Airis untuk ikut bersamanya.

Namun, Airis hanya memandangnya dengan penuh rasa tidak senang. Hatinya benar-benar meluat, dan dia tidak mahu berada dalam situasi yang membuatnya semakin tertekan. "Suka hati saya lah nak naik tangga ke, naik lift ke, ada menyusahkan awak?" Sinis sahaja bait perkataan yang meluncur keluar dari mulut Airis.

Raiz sedikit terkejut mendengar nada suara Airis yang tajam.

Raiz mengurut pelipisnya, merasakan kesabaran semakin tipis. Susah betul lah nak pujuk perempuan yang keras hati ni. Dia mengeluh panjang. “Ok, macam ni... you naik dulu, I guna lift lain.” Raiz cuba mengalah, walaupun hati sedikit panas dengan sikap keras kepala Airis.

Airis memandang Raiz sekilas, masih dengan ekspresi dinginnya. “Ok....” jawabnya ringkas, seolah-olah tidak ada perasaan. Tanpa berlengah, dia terus menekan butang lift dan melangkah masuk ke dalam. Butang tingkat tujuh ditekan, dan pintu lift tertutup rapat di belakangnya.

Di dalam lift, Airis mula merungut dalam hati. Asal lah aku tak terfikir nak guna lift lain? Bongok lah kau ni, Airis. Gerutunya, merasa sedikit bodoh kerana terperangkap dalam situasi yang tidak diinginkan. Tapi apa boleh buat, sudah terlambat untuk berfikir tentang perkara itu. Hatinya tetap keras, tetap tidak mahu mengalah walaupun sedar bahawa dia sepatutnya lebih sabar.

Sesampai sahaja di tingkat tujuh, pintu lift terbuka. Airis segera keluar tanpa menoleh ke belakang, langkahnya cepat dan yakin. Dia tidak mahu ada sesiapa yang melihatnya dalam keadaan cemas atau gelisah. Walaupun hatinya bercelaru, Airis berusaha menampilkan diri seperti biasa, berjalan dengan penuh keyakinan menuju ke bilik Danial.

Airis mengerutkan dahi sedikit, matanya memerhatikan wanita yang sedang duduk di meja dengan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience