BAB 11

Drama Series 2577

Setelah majlis sanding selesai di hotel, Airis masuk ke dalam biliknya dengan badan yang terasa lelah. Rasa macam nak patah segala tulang. Dia membuka pintu dan melangkah masuk. Baik aku duduk dalam bilik ni daripada bilik yang lagi satu. Mesti mamat tu masuk bilik sebelah tu nanti kan, bisiknya dalam hati.

Airis mendekati meja solek. Segala aksesori di kepalanya satu persatu ditanggalkan. Setelah selesai, dia mengambil pembersih mekap di atas meja dan kapas muka dari laci. Dengan teliti, dia membersihkan sisa-sisa solekan di wajahnya, mengembalikan wajahnya kepada rupa asal yang lebih segar. Selepas itu, dia terus menuju ke bilik mandi untuk menyegarkan badan yang terasa berlengas.

Namun, ketika dia ingin masuk ke bilik mandi, gaun pengantinnya tersangkut di muka pintu. “Ishh, leceh betul lah pakai baju macam ni…” rungutnya sambil menarik gaun itu dengan kasar. “Ni lah kali terakhir aku nak pakai baju macam ni…” bebel Airis sambil mengikat rambutnya.

Sementara itu, di ruang tamu, Haris tersenyum lebar melihat adik iparnya, Danial. “Danial, asal tak naik lagi?” tanya Haris dengan nada menggoda. Danial menggaru kepalanya yang tak gatal. “Naik lah, Airis tu dah tunggu kat atas...” Haris menepuk bahu Danial sebelum beredar ke dapur, sementara Danial hanya mengangguk dan menghela nafas panjang.

Di dapur pula, Datin Aisyah sedang membasuh pinggan mangkuk bersama Tengku Diana. “Auntie, ada lagi tak yang nak dibasuh?” tanya Aisyah sambil mengelap pinggan yang sudah dibasuh oleh Bibik. Tengku Diana, yang sedang menyusun pinggan di rak, menoleh ke arah wajah penat Aisyah dan tersenyum. “Tak ada dah, Aisyah. Terima kasih tolong aunty, nanti berehatlah. Kamu pun mesti penat seharian urus majlis.”

“Tak apa lah, auntie. Syah dah biasa buat kerja macam ni... Syah tolong sampai habis, ok,” balas Aisyah sambil tersenyum. Pinggan yang sudah siap dicuci diserahkan kepada Tengku Diana.

“Kalau dah Syah kata macam tu, siapa lah auntie nak halang,” balas Tengku Diana sambil membalas senyuman Aisyah. Namun, pada masa yang sama, Haris muncul di dapur dan tersenyum lebar, memandang wajah cantik kawan adiknya itu dengan penuh usikan.

Aisyah yang perasan pandangan Haris cepat-cepat meneruskan kerjanya, berharap semuanya cepat selesai supaya dia boleh berehat. Lagi cepat siap, lagi cepat balik kan, bisiknya dalam hati.

“Nak saya tolong?” pelawa Haris sambil tersenyum nakal, jelas sekali cuba mengusik. Tengku Diana hanya menggeleng kepala, sudah lali dengan perangai anak lelakinya yang suka mengusik.

“Tak apa, dah nak siap dah pun...” tolak Aisyah dengan lembut, tidak mahu melayan usikan itu. Namun, Haris tetap berkeras mengambil pinggan di tangannya. Aisyah mengetap bibir, menahan rasa geram dengan kedegilan Haris yang tidak faham bahasa. Dia ni kenapa ye?

Sebelum masuk, Danial mengetuk pintu bilik terlebih dahulu. Ye lah, takut juga kalau si Dina tengah mandi ke apa ke, nanti dia pulak yang disalahkan. Bila tiada sahutan dari dalam, Danial pun membuka pintu perlahan-lahan. Matanya meneliti setiap sudut bilik itu, namun tiada tanda-tanda keberadaan isterinya. Tanpa berlengah, kakinya terus melangkah ke arah bilik air.

“Dina, Dina ada kat dalam ke?” Danial memanggil lagi, namun bilik air itu tetap sunyi. Dia pun memulas tombol pintu bilik air, namun hampa – jelas isterinya tiada di situ sekarang. Ke mana pula Dina menghilang?

Danial menghela nafas dan terus menuju ke bagasi yang diletakkan di tepi almari pakaian. Zip bagasi itu ditarik dan dia mengambil tuala untuk membersihkan diri. Tuala tersebut dipegang erat sambil melangkah masuk ke bilik air.

-----------------------------------------------------
“Nak pergi ke tak ehhh...” Airis meleraikan rambut panjangnya sambil termenung. “Kalau tak pergi... apa pulak kata Mama nanti?” Dia menghela nafas dan menghampiri pintu bilik. “Tapi Mama bukannya tahu pun aku ada dalam bilik ni... tak apa kot...” Tangannya yang hampir memulas tombol pintu ditarik semula. “Tapi kalau dia tanya Mama macam mana pula?” Airis menghela nafas berat, memandang baju tidur berwarna pink yang dipakainya sebelum memutuskan untuk keluar juga.

“Baik aku keluar. Kalau tak, esok mesti mamat tu gadu kat Mama,” bisiknya sambil membuka pintu.

“Adik buat apa dalam bilik tu? Tak teman suami kamu ke?” sapa Encik Mustafar yang kebetulan melintas untuk turun ke bawah.

Airis menggaru kepala yang tak gatal. “Err... adik nak ambil barang sikit tadi... Papa nak turun ke?” Airis tersenyum paksa, sedikit gugup kerana terserempak dengan ayahnya di situ.

“Ya... Papa nak berbual dengan Pak Su kamu sekejap. Esok kan diorang semua nak balik,” balas Encik Mustafar sambil tersenyum.

“Oh, ye ke... Jomlah kita turun sekali, Papa,” balas Airis sambil memeluk lengan ayahnya.

“Takkan nak tinggal suami seorang-seorang dalam bilik...” Encik Mustafar menegur lembut, menimbulkan sedikit rasa malu pada Airis. Dia menggaru kepala lagi. “Biar lah dia, dia kan dah besar... Jomlah, Papa,” rayu Airis sambil menarik-narik tangan ayahnya.

Encik Mustafar menggelengkan kepala sambil tersenyum. “Dari pada ajak Papa, baik ajak dia turun makan sekali...” cadang Encik Mustafar.

Airis terdiam sejenak tanpa memberi respons, membuat Encik Mustafar mengangkat kening. “Pergilah...” tegur ayahnya lembut.

Airis mengangguk perlahan. Tangan Airis yang memegang lengannya ditepis. “Nak jalan pun susah kalau kena paut macam ni...” Encik Mustafar terus menuruni tangga, meninggalkan Airis di belakang yang akhirnya hanya mampu tersenyum kecil.

Kaki Airis melangkah terus menuju ke biliknya. Dia sebenarnya ada dua bilik – satu yang besar, tapi tak pernah digunakannya kerana lebih suka bilik yang kecil dan sudah lama menjadi tempat tinggalnya. Dia mengetuk pintu bilik. “Tak ada orang ke?” bisiknya sambil memulas tombol pintu.

Matanya melilau ke sekeliling bilik itu. “Mana dia ni...” gumamnya sambil menggaru kepala kasar. “Danial!” panggil Airis dengan suara lebih kuat. Ada sahutan dari dalam bilik air, membuat Airis menelan liur, terasa sedikit gugup. “Awak, Papa panggil turun makan…” balasnya sambil membetulkan pakaian. Mendengar pintu bilik air dibuka, Airis segera memalingkan badannya, mengelak dari memandang Danial.

Danial hanya tersenyum sambil mendekati isterinya dari belakang. “Abang nak pakai baju dulu, boleh?” tanyanya sambil tangannya bermain-main dengan rambut Airis. Jantung Airis berdegup kencang, tak selesa dengan aksi Danial itu. “Pakailah, lagipun saya nak keluar...” jawab Airis dengan cepat.

“Abang pakai baju dulu, Dina tunggu abang... ok,” balas Danial, membuat Airis mengangguk sedikit sambil menggigit bibir. Dia duduk di bucu katil, tetapi masih membelakangi Danial, cuba menenangkan diri.

“Dia ni tak tahu malu ke, boleh pulak dia berkemban depan aku…” getus Airis dalam hati sambil bermain-main dengan jari-jarinya. Tak lama kemudian, Danial yang sudah selesai berpakaian menghampiri isterinya lagi. “Dah, jom…” ajak Danial sambil memandang Airis yang diam tak berkutik. “Awak dah siap pakai baju ke?” tanya Airis, sekadar menjeling dari ekor mata.

“Eh, tak lah, abang tak pakai baju hari ni, saja nak tayang badan abang kat family kita nanti,” perli Danial, membuat Airis menjeling dengan wajah berkerut.

“Ehh, dah lah... jom keluar!” desak Airis. Sebelum melangkah ke pintu, dia sempat menghadiahkan jelingan tajam kepada Danial. Namun, Danial cepat-cepat mencapai tangannya, membuat Airis terkejut. Dia melihat tangan mereka yang kini bersatu.

“Sebelum kita keluar, boleh tak abang nak sesuatu dari Dina?” tanya Danial dengan senyum nakal.

Airis menarik tangannya kasar, berundur sedikit. “Awak jangan macam-macam dengan saya. Kalau awak buat bukan-bukan, saya jerit!” ugut Airis sambil memeluk tubuhnya, riak wajahnya jelas menunjukkan rasa takut.

Danial tertawa kecil, seakan geli hati melihat reaksi isterinya. “Asal ketawa? Betul lah, awak nak buat benda tak elok kat saya, kan?” balas Airis dengan nada cemas, sambil kakinya melangkah setapak ke belakang. Hatinya merintih, Aku tak nak sekarang, aku tak sedia lagi. Danial pula terus menapak satu langkah ke hadapan, sengaja menggoda.

Semakin Danial mendekat, semakin Airis mengundur, sehingga tanpa disedari, belakangnya sudah berada di pintu. Alah, kenapa lah kau ada kat sini pintu... rintihnya dalam hati, mula merasa terperangkap. Danial tersenyum nakal, mendekati sedikit demi sedikit.

Sekarang, jarak antara mereka terlalu dekat. Airis boleh merasakan hembusan nafas Danial pada wajahnya, membuat jantungnya berdegup semakin laju. Dengan cemas, Airis cepat-cepat memusingkan badannya menghadap pintu, cuba menghindari pandangan suaminya itu.

Danial ketawa kecil lagi, melihat tingkah Airis yang jelas kelihatan tidak selesa. Dia ni bukannya gila nak benda tu sekarang, bisiknya dalam hati, masih tersenyum. Dia tahu, isterinya belum bersedia, malah dia sendiri masih belum sepenuhnya bersedia untuk melangkah ke tahap itu. Hubungan mereka masih di tahap penyesuaian, cuba menerima status baru – bukan lagi sekadar hubungan adik dan abang, tapi kini suami isteri. Status mereka sudah berbeza, dan mereka perlu waktu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

“abang bukan nak buat benda tu pun,kalau Dina bagi,abang lagi suka,"kata Danial dengan nada menggoda sambil mengusap lembut lengan isterinya. Airis menggeliat geli, cepat-cepat menarik lengannya.“saya tak nak,saya tak sedia...tegas Airis sambil membuat muka.

Danial kemudian cuba Memusingkan badan isterinya agar berhadapan dengannya. Namun, Airis mengeraskan badannya, enggan berpaling.“ tengok abang kejap,please..."pujuk Danial, namun Airis tetap keras kepala,membuatnya semakin sukar memusingkan Airis ke arahnya.

“ye,awak nak cakap apa?"balas Airis dengan nada sedikit geram,akhirnya berpaling menghadap Danial semula.“boleh tak awak jauh sikit,saya tak selesa lah..."matanya pula enggan memandang tepat ke arah suaminya.

Danial hanya tersenyum dan melangkah setapak ke belakang,memberi ruang,Airis berdiri tegak sambil menarik nafas lega.“macam mana abang nak cakap kalau Dina asyik tunduk bawah je..."tegur Danial lembut,cuba mencuri pandangan malu-malu isterinya.

Airis Akhirnya memandang suaminya.“kita kan dah janji kita akan tukar panggilan selepas kahwin,kenapa dina masih panggil abang‘awak’?"Danial bertanya sambil tersenyum penuh makna.

Airis menepuk dahinya,menyedari kesilapan.“sorry,saya lupa pasal tu... Lagipun masa tu saya main-main je,tak serius pun,"jawab Airis,sedikit malu pada dirinya sendiri. Aduh,kenapa lah aku boleh lupa benda ni...

“tapi abang anggap itu serius, sekarang ni,abang nak Dina panggil abang... abang ok?"Danial memandang Airis dengan harapan,walaupun dia tahu isterinya tak begitu selesa dipaksa.

Airis menjeling Danial,rasa geram mula timbul. “boleh tak?" Danial bertanya lagi,sedikit mendesak.

“ye,ok... Abang,"jawab Airis akhirnya dengan nada sedikit keras. “puas?" Tanpa menunggu balasan,Airis terus melangkah keluar dari bilik,hati rasa sakit dengan sikap suaminya yang suka mendesak. Dari belakang,Danial hanya ketawa kecil melihat tingkah isterinya yang comel bila marah.

bersambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience