BAB 7

Drama Series 2577

FITTING BAJU PENGANTIN

Airis membelek-belek album pengantin yang terbuka di hadapannya. Pelbagai corak dan warna terpampang, tetapi tiada satu pun yang berkenan di hatinya. “Ishh… mana mamat sengal ni? Dah setengah jam aku tunggu kat sini,” keluhnya, menutup album itu dengan kasar. Suasana di butik terasa tegang, dan rasa bosan mula menghimpit dirinya. Hatinya berdegup kencang memikirkan tentang perkahwinan yang semakin menghampiri, dan dia berasa seolah-olah semua ini berlaku terlalu pantas.

“Ma, lambat lagi ke?” Airis memanggil Tengku Diana, ibunya, yang sedang berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka. Tengku Diana menoleh dan tersenyum lembut.

“Sabar lah sayang... kita kena tunggu Danial dulu,” jawabnya dengan penuh pengertian. Namun, sabar itu ada batasnya. Airis merenung jam di tangan, ketidakpastian menyelubungi hatinya. “Adik bosan lah... dah setengah jam tau kita tunggu dia!” Airis merungut, tidak senang duduk apabila orang lain tidak menepati masa.

Ketika Airis melihat kelibat Danial yang memasuki butik, dia terus bangun dan menghampiri lelaki itu. “Asal lambat? Janji pukul berapa?” soalnya dengan nada geram sambil menampar badan danial. Danial, yang tidak menyangka akan diserang dengan begitu, cuba mengelak. Belum sempat dia melarikan diri, tangan kecil Airis sudah terlebih dahulu memukul badannya.

“Airis Medina!!!” tegur Tengku Diana dengan suara tegas, menegur anak gadisnya yang bertindak keterlaluan. Danial yang berada di sebelahnya hanya tersenyum bangga kerana melihat Airis mendapat teguran. Dia tahu betapa susahnya untuk menenangkan gadis itu jika sudah berada dalam mood marah.

“Kita datang sini nak fitting baju, bukan bergaduh,” tegas Tengku Diana, mengingatkan mereka berdua agar tidak bertengkar di situ. Suara Tengku Diana membuatkan Airis tersentak, menyedari bahawa mereka ada tanggungjawab yang lebih penting.

Puan Zalia, pemilik butik Intan, datang menghampiri Tengku Diana. “Tengku, boleh ikut saya. Saya ada nak tunjuk barang limited edition kat Tengku,” ajaknya. Sebelum mengikuti Puan Zalia, Tengku Diana memberi amaran kepada Airis. “Adik... ingat cakap mama, jangan buat hal.”

Airis menghentakkan kakinya tanda protes. “Eyyy, ni belum jadi menantu lagi. Kalau dah sah jadi menantu, mesti mama angkat dia melangit punya. Menyampah betul!” keluhnya dalam hati, geram kerana tidak dapat melakukan apa yang dia inginkan.

“Eh, kau ni asal pukul-pukul orang?” bisik Danial, cuba menegur tanpa suara yang tinggi, takut dibisingkan oleh Tengku Diana.

“Eh, kau dengar tak ni?” balas Danial,airis sedikit terkejut. Danial menolak lengan Airis dengan jari telunjuknya, tidak mahu mengundang perhatian orang lain.

“Dengar lah. Saya ni belum pekak lagi lah!” balas Airis dengan nada sinis. Tanpa membuang masa bertekak dengan Danial, dia memilih untuk mencari baju yang sesuai. Dia duduk kembali di tempatnya dengan tekad, bertekad untuk menghilangkan rasa bosan yang menyelubungi dirinya.

“Saya rasa baju ni sesuai untuk majlis nikah kita,” ujar Airis sambil membawa album itu ke arah Danial. Danial mengambil album tersebut dan merenung gambar yang terdapat di dalamnya. Dia menyemak setiap rekaan yang ada dengan teliti.

“Kau ni agak-agak lah. Nak pakai macam ni time kita nikah nanti?” Danial menunjukkan rasa terkejutnya. “Gila nak pakai dress tanpa lengan macam tu, dia ingat apa?” Danial sudah membayangkan bagaimana jika Airis memakai baju yang tidak sesuai pada hari penting mereka.

Airis hanya mengangkat bahu. “Ok je kalau nak pakai, kan? Pakaian kan melambangkan diri kita,” balasnya sambil mengerutkan dahi. Danial terus menuju ke deretan baju-baju yang ada di dalam butik, memilih baju kurung moden berwarna putih. “Aku rasa aku suka yang ni... simple,” ujarnya sambil menyerahkan baju itu kepada Airis.

“Tak nak, simple sangat lah!” Airis menolak, tidak mengambil baju yang diberikan. “Saya nak sesuatu yang lebih menarik dan sesuai dengan tema perkahwinan kita.”

“Kau nak ke tak nak? Kalau tak, masa nikah tak payah pakai baju. Senang cerita,” tegas Danial, mulai hilang sabar.

Airis terus bangun dan merampas baju kurung moden itu dari tangan Danial. “Ishh…” Perut Danial dicubit dengan lembut.

“Woi, sakit lah!” Danial mengusap-usap perutnya, terkejut dengan tindakan Airis. Sebelum Masuk ke bilik persalinan, Airis sempat menjelirkan lidahnya sebagai tindakan provokasi.

“Eehh, budak ni...” Danial geram, merasa sabarannya benar-benar diuji. Dalam hati, dia sudah terfikir, apalah nasibnya selepas menikahi Airis nanti. Namun, dia juga tahu, walaupun mereka sering bertengkar, ada ikatan yang tidak dapat dipisahkan antara mereka. Semuanya adalah untuk cinta dan masa depan yang bakal dibina bersama.

Di taman

Asal lah perempuan ni ajak aku datang ke taman ini. Mata aku meliar ke sana sini, takut juga kalau ada perempuan-perempuan yang kenal aku. Dalam hati, aku berfikir apa yang aku nak jawab kalau ada yang tanya. Airis memandang pelik ke arahku, mungkin melihat reaksi aku yang cemas. “Asal mamat ni macam orang mati bini je,” desisnya dalam hati.

“Awak dah kenapa? Tengok sana tengok sini... macam takut dengan sesuatu je,” sindir Airis sambil berpeluk tubuh, menunjukkan rasa tidak sabar. Danial berdehem, cuba mengumpul semangat. “Mana ada takut... ni asal kau ajak aku ke sini,” tanyaku sambil memandang wajah Airis yang cantik dan berseri.

Akhirnya, Airis memberanikan diri. “Saya ajak awak datang sini sebab... saya nak cakap yang saya ikhlas terima awak sebagai suami,” jelasnya dengan tenang. Danial terkejut, pandangannya penuh kehairanan. Dia berfikir dalam hatinya, perempuan ni tak sayang ke dengan zaman mudangnya? Kalau dia kahwin dengan aku, tak ke dia rasa terikat dengan aku?

Aku menyambut dengan serius, “Aku tak kesah nak terima kau sebagai isteri... tapi kau tak fikir ke yang kau tu muda lagi? Masih panjang lagi perjalanan hidup kau.” Airis menjawab, “Awak ingat umur 18 tak boleh jadi isteri orang ke?” Suara tegasnya membuatkan hatiku bergetar.

“Danial, jodoh saya dah sampai. Siapa saya nak tolak?” Airis memandangku dengan harapan. Melihat mata berkaca Airis, hatiku berasa sayu. “Kalau nak, kau boleh je tolak... aku ni tak layak untuk kau. Jujur aku kata, aku ni bukan abang Danial yang kau kenal 8 tahun lepas,” kataku dengan penuh kejujuran. Dalam hati, aku kesian kepada Airis. Aku takut tidak mampu menjadi suami yang baik untuknya.

Akhirnya, Airis menyambung, “Dan saya pun bukan Dina yang awak kenal 8 tahun lepas.” Mutiara jernih mula berguguran dari matanya. Dia tahu, kalau ikutkan hatinya, dia sebenarnya tak mahu kahwin awal. Namun, inilah permintaan keluarganya. Kerana rasa bersalah dengan keluarganya, dia menerima keputusan untuk bernikah dengan aku.

“Danial, kita cuba ya... kenal balik. Dulu kita kenal sebagai adik dan abang, sekarang kita cuba sebagai kasih, ye?” Airis cuba meyakinkan. Tangan Danial menyeka air mata yang mengalir di pipi gebu Airis. “Aku janji, aku akan jaga kau dengan baik... dan aku cuba untuk cintakan kau,” katanya sambil tersenyum.

Akhirnya, Airis menganggukkan kepalanya, tetapi dengan serius dia berkata, “Tapi... awak jangan panggil saya dengan nama formal.” Danial menurunkan tangannya yang masih berada di mukanya, merasakan perasaan segan mula bersarang di hati.

“Habis tu, kau nak aku panggil kau apa?” tanyaku, berusaha untuk memahami. Airis mendekatkan dirinya. “Panggil... sayang ke, baby ke, darling ke... tak kesah,” jawabnya sambil tersenyum nakal. Melihat wajah cuak Danial, Airis tak dapat menahan tawanya. Dia sudah tidak peduli dengan sekelilingnya.

“Eeehh, budak ni boleh pulak dia bantai ketawa kat sini. Dia ingat aku tergoda ke dengan dia?” desisku dalam hati. “Saya gurau je lah. Panggil saya Airis atau Dina je, tak kesah. Tapi lepas kahwin, saya nak awak panggil diri awak abang, ok?”

“Yelah, yelah... dah jom balik. Nanti auntie bising pulak,” Danial tersenyum, menarik tangan Airis. Kaki aku terus mengikuti langkah Danial, merasakan jantungku berdegup laju. Dalam hati, aku berdoa agar kami dapat menjalani kehidupan baru ini dengan penuh kebahagiaan dan cinta.

Ketika mereka berjalan di taman yang indah, suasana di luar terasa nyaman dengan tiupan angin lembut dan bunyi burung berkicau. Airis merenung ke langit, seolah-olah memikirkan masa depan mereka berdua. “Danial, awak percaya tak yang kita ini ditakdirkan bersama?” tanyanya tiba-tiba, membuat Danial terhenti langkah.

“Aku tak tahu... tapi kita boleh cuba,” jawab Danial sambil memandang tepat ke dalam mata Airis. Dia merasakan satu ikatan yang aneh dan kuat antara mereka. “Mungkin kita boleh mulakan dengan berkawan dulu,” tambah Danial, sambil tersenyum.

Airis mengangguk, hatinya berdebar-debar. “Ya, kita mulakan dari situ. Dan saya harap, kita boleh jadi lebih baik bersama,” balasnya, penuh harapan.

“Danial, saya dah tak sabar nak jadi pengantin,” Airis bersuara ceria, membuat Danial ketawa. “Pengantin? Belum lagi! Banyak benda yang kita kena uruskan sebelum itu.”

Dengan gelak tawa dan keriangan, mereka berdua melangkah pulang, membayangkan kehidupan baru yang menanti mereka. Cinta mereka mungkin belum sempurna, tetapi mereka berdua bersedia untuk mencuba dan berjuang demi kebahagiaan yang mungkin akan hadir di hati masing-masing.

----------------------------------------------------------

“Mama......” Tubuh mama ku, ku peluk erat. Tengku Diana tersenyum dengan sikap manja anaknya. “Pergi mana petang tadi?” tanya Tengku Diana dengan nada lembut.

“Pergi taman.... napa mama tanya?” balasku sambil menjeling pada kad kahwin di atas meja. Not bad, lawa juga cita rasa mama. Kena betul dengan selera aku. Mama memang tahu apa yang aku suka.

“Saje......” jawabnya sambil tersenyum. Syukur kalau anaknya menerima Danial dengan redha. Mama memang sentiasa berharap yang terbaik untukku.

“Mama, baju Syah dah siap ke?” tanya aku sambil mengunyah keropok yang sedia ada di atas meja. Aku memang gemar keropok ini, ringan dan rangup.

“Sudah, tinggal nak ambil je minggu depan. Hah, nanti dah sampai suruh Syah try. Takut tak muat pulak nanti....” Tengku Diana menjawab sambil sibuk mengatur beberapa barang di meja. Airis tabik hormat ke arah mamanya, menandakan penghormatan dan kasih sayangnya.

“Warna apa baju dia dik?” bisik Haris di telinga Airis. Sejak bila pulak abangnya berdiri kat belakangnya ni? Aku terus memusingkan badanku ke arah Abang Haris yang tiba-tiba muncul.

“Gatal... lah abang ni....” Tangan Airis singgah di lengan abangnya.

“Sakit lah......” Marah Haris sambil menggosok lengannya. “Eleh, bukan kuat pun. Over je lebih,” jawabku sambil tersenyum.

Telepon di atas meja ku ambil sebelum naik ke atas. Nak mengelakkan sebarang gangguan, aku memutuskan untuk menyemak mesej-mesej yang mungkin sudah menunggu. Dalam hati, aku berharap Danial sudah menghantar mesej.

“Adik, cakap lah warna ape.....” Jerit Haris sambil duduk di tempat Airis duduk tadi. Wajah Tengku Diana dipandangnya dengan penuh harapan. Tengku Diana, yang melihat wajah kesian anak sulungnya itu, hanya tersenyum kecil. Dia tahu Haris sentiasa mengambil berat tentang adiknya.

“Kalau anak bujangnya suka akan kawan adiknya, dia akan terus pinangkan Aisyah untuk anaknya. Tak kesah lah dia kaya ke miskin, janji anaknya bahagia,” fikir Tengku Diana sambil menyusun kad kahwin yang lain.

“Is..... jangan nak mengada-ngada nak tukar warna lain. Ingat, baju Is sedondon dengan family kita nanti....” Tengku Diana memberi amaran dengan nada tegas. Dia takut benar kalau hasil kerjanya tidak dipakai oleh anaknya. Mama kenal benar dengan anak sulungnya itu; suka sangat buat sesuatu tanpa fikir dulu.

“Baik bos......” balas Haris sambil matanya memandang TV. Dia tahu kalau mama berkeras, tak ada guna untuk melawan.

----------------------------------------------

DI RUMAH PUAN AIN

Rumah Puan Ain dipandang dengan perasaan gusar oleh Airis. “Nak masuk ke tak...?” Airis cuba berfikir sambil menggigit bibirnya. “Mamat sengal tu ada tak?” Hatinya berdebar-debar membayangkan pertemuan yang akan datang.

Pintu rumah Puan Ain dibuka, dan muncul Danial. “Asal Dina tak call... nak datang sini, kalau tak boleh, Dan ambil Dina kat rumah,” katanya sambil mendekati Airis yang berdiri di halaman rumahnya.

Airis menelan air liur. Jantungnya berdegup kencang apabila mendengar Danial membahasakan dirinya “Dina.” “Kau yang suruh dia panggil, panggilan yang elok sikit. Kan asal pulak kau yang cuka pulak ni...” bisik hatinya. Rasa berdebar menyelubungi dirinya. “Airis, ni belum waktunya. Jangan cepat sangat kau ni...” bisiknya lagi, tanpa sedar dia memukul dadanya.

“Dina.... Dina.... Dina!!!” Danial memanggilnya dan terus terperanjat. “Ye....” Airis menjawab, mengurut dadanya untuk meredakan debaran yang semakin menggila. Dia cuba mengelak daripada memandang mata Danial yang bersinar dengan keceriaan.

“Dah jom.... tak kan nak duduk sini sampai besok kot....” sindir Danial sambil tersenyum. “Hah... jom....” Airis meluru masuk ke dalam, berharap agar Danial tidak perasan betapa kelam kabutnya dia saat ini.

Begitu melangkah ke dalam rumah, aroma wangi bunga melati menyambut mereka. Puan Ain, ibu Danial, sudah menunggu di ruang tamu dengan senyuman lebar. “Akhirnya, Dina datang juga! Mari, kita ada sedikit jamuan untuk merayakan hari bahagia ini,” kata Puan Ain sambil menunjukkan meja yang dipenuhi pelbagai hidangan.

Airis dan Danial saling berpandangan, merasakan suasana menjadi lebih ceria. “Wah, mummy masak semua ini untuk kami?” Danial bertanya sambil melangkah ke meja.

“Ya, mummy tahu kamu berdua pasti lapar ” jawab Puan Ain dengan senyuman.

Airis duduk di meja, merasa malu dan berdebar. Puan Ain bercerita tentang persiapan majlis perkahwinan yang sedang berlangsung dan betapa terujanya dia melihat anaknya akan bersanding dengan Airis.

“Dina, kamu akan jadi menantu yang paling baik. Mama yakin Danial akan jaga kamu dengan baik,” kata Puan Ain. Airis memandang Danial, berasa berbelah bahagi.

“InsyaAllah, auntie. Saya akan jaga Dan sebaik mungkin,” balas airis dengan nada serius, tetapi senyuman manis terpancar di wajahnya.

Saat mereka menikmati hidangan, suara ketawa dan perbualan meriah memenuhi ruang tamu. Dalam hati Airis, dia mula merasakan bahawa mungkin, ini adalah permulaan untuk sebuah kisah cinta yang baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience