BAB 15

Drama Series 2577

Hari ini, Airis cuma sempat masak nasi goreng ringkas dengan telur mata. Dia menuang air Milo dari jag ke dalam cawan untuk suaminya. “Eh, dia ni tak pergi kerja ke?” Airis merenung ke arah tangga, menduga. “Merajuk lah tu...” bibirnya dicemik sambil menggeleng kecil.

“Abang, sarapan dah siap!” jerit Airis dari bawah. Biasanya, suaminya akan sahut atau turun segera, tapi kali ini senyap sunyi. Airis mendengus kecil. “Susah betul lah nak pujuk orang tua ni...” Dia mengatur langkah menaiki tangga, bersiap untuk menghadapi Danial di biliknya.

Sampai di depan pintu, dia teragak-agak seketika, menarik nafas panjang. "Janganlah dia merajuk lama-lama..."

“Abang… abang…” Pintu diketuk lembut oleh Airis, telinganya melekap pada daun pintu, cuba mendengar sebarang bunyi dari dalam bilik. Senyap je. Dia memulas tombol pintu dan menolak perlahan, melihat Danial duduk di hujung katil, memandang kosong ke arah pintu.

Airis menarik nafas, menenangkan diri sebelum berjalan menghampiri suaminya. “Meh sini, Dina tolong,” ujarnya lembut sambil tangannya mencapai tali leher suaminya. Nasib baik malam tadi dia sempat belajar cara ikat tali leher ni, niat nak cuba pujuk Danial.

Namun, Danial mengalihkan pandangannya ke arah lain, jelas masih membawa rajuk. Hatinya terasa sedikit panas melihat Airis dengan senyuman manis tu. "Buat-buat baik pun, sakit hati juga aku," gumamnya dalam hati, tapi dia biarkan Airis membantu, walau dia cuba bersikap dingin.

“Ok, dah siap…” Airis tersenyum puas melihat hasil ikatan tali lehernya yang kemas. Namun, Danial hanya menjauhkan diri tanpa sepatah kata.

“Abang, jap… Dina ada nak cakap sesuatu,” kata Airis sambil menarik tangan suaminya ke arah katil. Dia duduk di bucu, wajahnya sedikit gugup tapi penuh tekad. Melihat Danial yang nampak keliru, Airis menepuk perlahan tilam di sebelahnya. “Duduklah kejap…”

Danial mengerling jam di pergelangan tangan. “Abang dah lambat, nanti balik kita bincang, ok?”

Namun, Airis segera menahan lengannya. “Abang, please… ni penting sangat. Kalau Dina tak bagi tahu sekarang, nanti abang lagi marah.”

Wajah beku Danial ditatapnya penuh harapan. Sedikit teragak-agak, akhirnya Danial mengeluh kecil sebelum mengangguk dan duduk di sebelah Airis, menunggu apa yang ingin disampaikan oleh isterinya.

“Hmmm… apa dia? Tahu pulak nak mintak izin. Nak sambung belajar tak pandai pulak nak mintak izin suami dulu,” sindir Danial perlahan. Airis menggigit bibirnya, rasa berdebar pula tiba-tiba.

“Ermm... esok Dina nak mintak izin abang nak ambil kereta, boleh?” Airis buat muka comelnya, kedua-dua tapak tangan digenggam erat sambil memandang Danial penuh harap. Danial terpaku melihat wajah comel isterinya, hatinya berdegup kencang. Dup dap, dup dap. Kenapa lah Dina ni lembab sangat nak baca hati aku, fikir Danial.

“Abang dengar tak ni?” Airis menggoyangkan tangan suaminya, membuatkan Danial tersentak dari lamunannya.

“Aaa… apa? Nak ambil kereta, tak mintak izin abang pun…” jawab Danial, masih agak blur.

Airis menjeling kecil, “Abang, Dina dah plan lama tau, dari sebelum Dina kenal abang lagi…” jawabnya sambil memuncungkan mulut.

“Abang please lah... Ok, pasal sambung belajar tu, Dina cancel dulu. Abang kan nak Dina ada dekat dengan abang, kan?” sindir Airis, nada merajuk di suaranya. Danial mengangkat kening. Eh, eh, dia pula nak merajuk. Aku ni belum puas lagi merajuk, dia pun nak ikut sekali?

“Hmmm… boleh…” Danial akhirnya mengalah, memberi izin. Airis terus melompat kegirangan seperti budak kecil dapat gula-gula. “Thank you, abang!” Tanpa sedar, Airis memeluk Danial erat.

Danial terdiam, terkedu menerima pelukan tiba-tiba dari isterinya. Sedar akan keterlanjurannya, Airis cepat-cepat melepaskan pelukan itu, wajahnya berubah kelam-kabut. Malu yang amat! "Macam mana lah aku boleh terpeluk dia ni," Airis mengomel dalam hati, cuba menyembunyikan pipinya yang mula kemerahan.

“Dina… kenapa… relax ok,” Danial cuba menahan senyum melihat tingkah isterinya yang kelam-kabut. Dia yang peluk orang, dia pula yang gabrah! Senyum Danial tersimpan rapi, menyaksikan wajah Dina yang malu-malu.

“Ermm… Dina turun bawah dulu, ya,” kata Airis, cepat-cepat melangkah keluar dari bilik, namun senyuman di wajahnya tak lekang. Baru saja sampai di tangga, Airis berpatah balik dan mengintai dari pintu.

“Abang… abang hensem hari ni,” katanya manja, sebelum berlari turun ke bawah sambil ketawa kecil. Danial tersenyum puas, hatinya berbunga riang. Adakah ini tanda cintanya akan di balas? Dia memandang ke arah pintu, masih terbayang wajah ceria isterinya tadi.

----------------------------------

Aisyah duduk di sebelah Airis dan memerhatikan kawannya yang kelihatan sedang termenung. Suasana di luar rumah terasa tenang, namun wajah Airis yang cemberut menunjukkan dia sedang berdepan dengan sesuatu yang mengganggu fikiran.

“kau ok tak ni?" tanya Aisyah. Pelik tadi bukan main happy dapat ambil kereta ni, dah balik muka tu boleh jadi asam jeruk. Airis terpaksa melakarkan segaris senyuman untuk rakannya. Takkan dia nak cerita hal rumah tangga dia kan. “Aku ok... asal kau tanya macam tu..." Airis buat-buat ketawa lucu.

“Airis aku ni dah kenal kau dari zaman sekolah tau, aku tahu lah kau macam mana, cuba cerita kat aku apa masalahnya...." Gesa Aisyah, tak puas hati dengan sikap Airis yang cuba menyembunyikan sesuatu.

“Tak boleh, aku tak boleh cerita....." Tolak Airis, mengelak dengan cara yang lembut. Dia tidak mahu Aisyah terlibat dalam masalah rumah tangganya yang semakin rumit.

“Bagi tahu je lah...." Paksa Aisyah dengan nada sedikit mendesak, menunjukkan keprihatinannya terhadap sahabat baiknya itu.

Airis berdecit perlahan, matanya berkelip-kelip memikirkan sama ada untuk terus memendam atau akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. “Ialah....." akhirnya Airis mengalah, mengangkat tangan, menyerah. Dia sedar bahawa jika terus mendiamkan diri, perasaan itu hanya akan bertambah menyesakkan dada.

Aisyah sudah bersedia untuk mendengar cerita Airis dengan penuh perhatian. “Danial, dia ada cakap dengan aku...” Airis memulakan ceritanya, suaranya rendah, seolah-olah berat untuk diungkapkan.

Aisyah menganggukkan kepala, memberi isyarat agar Airis teruskan.

“Yang dia nak anak, kau tahu kan yang aku ni muda lagi, baru 18, layak ke aku jadi ibu? Lagi satu, aku kan nak sambung belajar, takkan aku nak bawak perut ke sana sini, menyusahkan tahu tak?” Airis menyambung, wajahnya penuh dengan kebimbangan dan keraguan.

Tanpa berlengah, tangan Aisyah laju menyentuh lengan Airis dengan sedikit kasar, sebagai tanda tidak setuju dengan pendirian sahabatnya.

“Sakit lah...” Airis mengurut lengannya, sedikit terkejut. “Apa salah aku?”

“Apa salah kau?” Aisyah mengulang, wajahnya serius. “Kau tahu tak darjat seorang ibu tu tinggi? Setiap orang yang berkahwin mesti nak anak, kan? Kalau dah rezeki kau nak mengandung, takkan kau nak tolak? Kau tahu tak kat luar sana ramai lagi yang belum ada rezeki macam tu, jadi kalau Tuhan beri peluang, sepatutnya kau terima dengan hati terbuka. Tak elok kalau kau terus menolak.”

Airis menggulingkan matanya ke atas, malas nak layan. “Kau dengar tak ni...” Aisyah menolak bahu Airis apabila wanita itu tiada respon. “Dengar lah...” jawab Airis dengan malas.

“Airis, aku nak tanya?” Aisyah memandang serius pada sahabatnya.

Airis hanya mengangkat keningnya, menunjukkan dia kurang berminat. “Apa dia?”

“Ada tak rasa suka dekat suami kau tu...?” tanya Aisyah, mengintai reaksi Airis.

“Entah lah, Syah, aku pun tak tahu, aku keliru.” Jawapan Airis membuatkan Aisyah mengeluh panjang. Dia bangun dari tempat duduknya dan mendekati Airis, meletakkan tangannya di bahu sahabatnya dengan penuh perhatian.

Aisyah memeluk Airis dengan lembut, seperti mahu memberi kekuatan. “Ris, tak salah kalau kau bagi hati kau kat dia. Kau tahu tak kenapa? Sebab dia tu suami kau yang sah.”

“Ihhh aku tak sedia lah......" Airis terus bangun dari duduknya apabila dia melihat kereta Audi suaminya menghampiri halaman rumah. Airis tidak dapat menahan senyumannya, kelihatan ceria seolah-olah ada sesuatu yang menyentuh hatinya. Tanpa berfikir panjang, dia segera melangkah menuju ke arah kereta Danial, dengan wajah yang ceria dan penuh perhatian. Aisyah yang berada di belakang hanya mencebikkan bibir, seolah-olah sudah faham dengan gelagat Airis yang tiba-tiba berubah.

Airis dengan langkah yakin, membuka pintu kereta untuk suaminya. Danial, yang baru keluar dari kereta, hanya memandang dengan sedikit terkejut, tak menyangka akan dilayan begitu. “Asal ni tiba-tiba baik semacam ni, Dina ada buat apa-apa ke?” Danial mengusik dengan nada gurauan, namun ada sedikit keraguan yang tergambar di wajahnya.

“Mana ada, saja nak sambut suami balik, tak salah kan.....” jawab Airis dengan nada manja, senyuman tetap terukir di bibirnya, namun matanya berkelip-kelip seakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Tangan suaminya yang baru keluar dari kereta disambutnya dengan lembut, menyalam dengan penuh rasa sayang.

“Abang nak makan?" tanya Airis dengan lembut, senyuman manis menghiasi wajahnya. Aisyah yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka, terus mendekati pasangan itu, menambahkan keceriaan suasana.

“Boleh juga..." jawab Danial sambil memandang Aisyah dengan senyuman, menunjukkan keakraban yang semakin terjalin di antara mereka.

“Hai abang Danial...” sapa Aisyah dengan ceria. Airis hanya tersenyum mendengar sapaan mesra itu.

“Korang baru balik ke atau dah lama?” tanya Danial sambil menutup pintu kereta, memandang Aisyah dan Airis dengan penuh perhatian.

“Dah lama......” jawab Aisyah sambil memandang kawannya yang sedang berdiri di sebelahnya, masih memandang Danial dengan pandangan yang sedikit ragu, namun dia tidak mahu menimbulkan sebarang masalah.

“Jom lah masuk, kita makan sekali...” ajak Danial dengan nada ramah, mahu mengeratkan hubungan sesama mereka.

“Eh, tak pa.... Syah dah nak balik ni, kejap lagi abang ambil...” jawab Aisyah sambil menoleh ke arah kereta abangnya yang sudah sampai di hadapan rumah pasangan itu. Aisyah memberi isyarat kepada Airis bahawa waktunya untuk dia pulang sudah tiba.

“Errmmm... Ris, aku balik dulu... abang saya balik dulu," Aisyah berkata sambil memeluk tubuh rakannya. Airis membalas pelukan Aisyah dengan senyuman manis, terasa kehangatan persahabatan yang erat antara mereka. Danial, yang berada di sebelah Airis, turut tersenyum melihat keakraban antara isterinya dan Aisyah.

“Hati-hati, jangan lupa call aku kalau dah sampai Kedah..." pesan Airis dengan suara lembut, sambil tidak melepaskan tangan Aisyah. Airis memang sentiasa menjaga kawannya itu, bagaikan keluarga sendiri.

“KK...." jawab Aisyah dengan senyuman, lalu beranjak menuju ke kereta Nissan abangnya yang sudah siap terparkir di hadapan rumah. Airis masih melambaikan tangan, memberi isyarat perpisahan sementara.

“Bye, Syah!!!" jerit Airis dengan ceria, sambil menatap kereta yang semakin jauh.

Setelah itu, Airis memusingkan badannya untuk menghadap suaminya. Wajah Danial yang berdiri di sebelahnya membuatkan hati Airis berdebar-debar.

“Jom... abang lapar ni..." Lengan suaminya dipaut erat. Danial berpura-pura merungut, mencari perhatian. “Aduh, lapar sangat...” Dia cuba bersikap manja, mahu menggoda isterinya.

Airis yang merasa geli dengan gelagat suaminya itu terus bersuara sambil tertawa kecil. “Ish, abang ni suka sangat berlebih-lebih, sampai bulu roma Dina meremang...” Airis menggerakkan tangan untuk menolak muka Danial dengan lembut.

“Nak bermanja dengan isteri pun tak boleh…” Danial berpura-pura merajuk, sengaja ingin menyakat isterinya. Dia mahu melihat sejauh mana Airis akan berusaha memujuknya. Tiba-tiba, muka Airis berubah. Ada sedikit rasa kekok di situ.

“Ok, sorry-sorry… dah lah tu, merajuk penat lah Dina nak pujuk…” Airis mula rasa sedikit cuak. Sebenarnya, dia agak terkejut dengan perangai suaminya yang tiba-tiba jadi seperti ini. Dia sendiri tak pasti nak buat apa, tetapi dia tahu satu perkara—Danial memang suka menyakatnya.

“Kalau tak nak abang merajuk, kiss dulu…” Danial menghulurkan pipinya dengan sengaja. Airis yang melihat itu mengerutkan dahi, hatinya berdegup kencang. Dia rasa agak kekok, tapi suaminya semakin mengusiknya.

“Abang pejam mata dulu…” balas Airis, dengan nada sedikit tegas. Jantungnya berdegup lebih laju, teringatkan perasaan yang timbul setiap kali Danial cuba mengusiknya seperti ini.

“Tak nak, cepat lah…” jawab Danial sambil tersenyum nakal.

Airis menegakkan badan, bercekak pinggang. “Abang pejam mata dulu…” tegas Airis, sambil menahan rasa cemas. Kalau dia tak ikut permintaan suaminya, mungkin dia akan terus diganggu. Jadi, dia memilih untuk ikut cara Danial, walaupun hati masih berdebar.

Danial terdiam sejenak, melihat Airis yang nampak agak serius. Dengan senyuman nakalnya, dia akhirnya memejamkan matanya. Airis, yang agak terkejut dengan perubahan mendadak itu, akhirnya mengalah. Dia perlahan-lahan mendekati suaminya, mencium pipi Danial dengan lembut. Rasa berdebar di hatinya tiba-tiba hilang, digantikan dengan rasa bahagia yang tak terucap.

“Dina!!!!” Danial memanggil dengan nada yang agak keras dari bawah. Dia melihat jam di telefon bimbitnya dan terus rasa gelisah. “Dah lah lambat nak pergi rumah mummy. Tau lah perangai mummy tu, tak suka kalau orang tak tepati masa,” katanya sambil menggaru kepala. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, tak boleh jadi ni, fikir Danial.

Tanpa buang masa, Danial terus menaiki tangga satu persatu, hatinya semakin tidak sabar.

Airis yang baru selesai menyolek dirinya, terus mengemas meja solek dengan cepat. Sekarang dia sudah semakin pandai mengemas, rasa bangga pula dengan diri sendiri. Tapi bab memasak, dia masih rasa perlu banyak belajar lagi.

Telefon di meja solek berbunyi, menyebabkan Airis terkejut. “Alamak, dah lambat!” Airis segera mencapai beg tangan yang digantung di belakang pintu bilik. Sebelum membuka pintu, dia sempat menutup tingkap. Dia tidak mahu terlambat lagi, tapi tetap cuba untuk bersedia secepat mungkin.

Setelah keluar dari bilik, pintu bilik ditutup dengan perlahan dan dikunci. Namun, ketika dia memusingkan badan, matanya bertembung dengan mata Danial yang sudah berdiri di belakangnya. Danial bercekak pinggang dengan wajah yang jelas menunjukkan rasa tidak puas hati.

Airis mencebikkan bibir, seolah-olah menyatakan, "Marah lah tu aku lambat, tengok muka aku ni, ada aku kesah?"

“Asal, lambat tau tak sekarang pukul berapa?” Soal Danial dengan nada tak puas hati. Dalam hati, dia risau kalau sampai nanti, mummy akan bebel panjang.

Airis hanya memeluk tubuh, wajahnya disusun dengan lakonan serius. "Tak tahu, dan tak nak ambil tahu..." jawabnya dengan nada acuh tak acuh sambil menjeling ke arah Danial.

Danial yang mula rasa geram, menarik nafas panjang. Dia cuba menenangkan dirinya, lalu menghembuskan nafas perlahan. Sabar Danial, sabar. Setelah sedikit tenang, Danial mengukir senyuman tawar, tetapi masih ada sedikit rasa kecewa di wajahnya. "Jomlah, kita gerak sekarang, nanti dah lambat, kena marah lagi."

“Dah lah, plan nak pergi rumah mummy tak bagi tahu orang dulu. Suka sangat bagi mengejut macam ni,” Airis membebel sambil memandang Danial dengan mata yang sedikit berkerut.

Pintu rumah dikunci oleh Danial, manakala Airis membuka pagar untuk membolehkan kereta milik Danial keluar. Setelah pagar terbuka, Airis terus menuju ke kereta. Belum sempat Airis membuka pintu, tangan Danial laju membuka pintu untuknya.

Airis memandang suaminya dengan pandangan kosong, namun Danial membalas dengan senyuman ikhlas. “Masuk tuan puteri...” katanya sambil tersenyum manis.

Airis hanya menjeling, kemudian kakinya melangkah masuk ke dalam kereta. Setelah memastikan isterinya sudah duduk, Danial menutup pintu kereta dan bergerak ke pintu pemandu, membiarkan senyuman di wajahnya terus terukir.

Pintu kereta di sebelah pemandu dibuka, dan Danial terus masuk ke dalam. Pintu kereta ditutup rapat, dan seat belt dipakai dengan cepat. Airis turut memakai seat beltnya. Kereta Audi milik Danial mula bergerak keluar dari perkarangan rumah. Pintu pagar ditutup secara automatik dengan remote yang dikendalikan oleh Danial.

Airis memandang dengan geram ke arah suaminya. “Abang tak cakap pun yang pintu tu automatik...” ujar Airis, terasa sedikit sakit hati.

Danial hanya menjawab dengan tenang, “Dah Dina tak tanya.”

Kereta Audi milik Danial meluncur laju melalui kawasan perumahan mewah itu. Airis yang masih geram, terus memusingkan badannya sedikit ke arah tingkap dan memejamkan matanya, cuba menenangkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience