BAB 6

Drama Series 2577

Airis melemparkan batu kecil ke dalam kolam ikan di halaman rumahnya. Hatinya berasa resah dan bingung. Dia mengeluh perlahan, “Biar betul tok daddy ni, nak suruh aku kahwin dengan mamat tu. Kenapa tak fikir panjang? Entah dia sudi ke nak dengan aku, dan aku pun tak nak dengan dia.”

Tiba-tiba, suara abang sulungnya, Haris, mengejutkannya. “Dik, daripada kau baling batu kat ikan-ikan ni, baik kau bagi diorang makan. Nah, ambik ni makanan ikan.” Haris menghulurkan botol makanan ikan sambil mengambil batu dari tangan adiknya.

“Memang nak bagi mati pun ikan-ikan ni. Biar padan muka tok daddy,” ujar Airis dengan nada geram, tetapi akhirnya mengambil juga makanan ikan itu dengan relakan.

“Airis, terima je lah. Mana tahu Danial tu sebenarnya jodoh terbaik untuk adik,” balas Haris sambil duduk di tepi kolam. Walaupun hubungan mereka sering bertengkar seperti anjing dengan kucing, mereka tetap mempunyai ikatan yang kuat. Apabila salah seorang mengalami masalah, yang lain pasti akan datang membantu. Begitulah hubungan adik-beradik—air dicincang takkan putus.

“Senanglah abang cakap. Yang nak kahwin tu adik, bukan abang. Lagipun, aku tak kenal Danial tu sangat,” balas Airis dengan nada mendesak.

“Memang betul, tapi abang kenal Airis. Walaupun nampak keras luarannya, hati adik tu lembut,” kata Haris sambil menepuk perlahan bahu adiknya. Airis ketawa kecil, merasa terhibur dengan usikan abang kesayangannya yang selalu tahu menceriakan suasana.

“Cuba adik solat istikharah, minta petunjuk dari Allah. Mana tahu, nanti ada jawapan yang jelas buat adik,” cadang Haris dengan penuh pengertian, meyakinkan adiknya.

Airis tersenyum, mengangguk tanda setuju. “Terima kasih, abang. Nanti aku cuba,” ujarnya sambil melentukkan kepalanya di bahu Haris dengan manja.

Haris menolak lembut kepala adiknya sambil bergurau, “Ish, baru je nak bermanja, dah sibuk nak cari pasal.” Airis ketawa, mencubit lengan Haris dengan penuh kasih. Mereka berdua ketawa bersama, gelak ketawa itu sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan di hati Airis. Dalam hatinya, dia masih merasa berat untuk menerima kenyataan, tetapi harapan untuk menemukan kebahagiaan dalam keputusan tok daddy tetap ada.

DI RUMAH PUAN AIN

Setelah berbincang dengan keluarga Tengku Diana, Puan Ain akhirnya bersetuju dengan cadangan Tengku Diana untuk menyatukan anak-anak mereka. Selama ini, dia sudah lama berkenan dengan Dina, dan kini impiannya untuk melihat Dina sebagai menantunya hampir menjadi kenyataan.

Danial yang baru pulang dari kerja terus di hampiri oleh ibunya. “Dan, Mummy nak cakap sikit dengan Dan,” ujarnya sambil menarik tangan anak bujangnya ke ruang tamu. Danial yang kepenatan hanya membiarkan dirinya dibawa tanpa banyak soal. “Nak cakap apa, Mummy?” tanya Danial, sedikit curiga.

“Bulan depan Mummy nak Dan kahwin,” ucap Puan Ain sambil memandang anaknya dengan penuh harapan. Danial terkejut mendengar pengumuman itu. “Asal tiba-tiba nak kahwin ni?” soalnya dengan nada tidak percaya. “Mummy, Dan tak sedia lagi lah. Lagipun, Dan mana ada calon lagi,” dia memicit kepalanya, cuba mencerna apa yang baru didengarnya.

“Tak apa, Mummy dah jumpa calon yang sesuai untuk Dan. Kalau nak harap Dan cari sendiri, hmmm, sampai ketua lah Mummy tak merasa cucu dari Dan,” balas Puan Ain sambil menggelengkan kepalanya. Dia faham sangat dengan perangai anak bujangnya yang seorang ini. Perempuan keliling pinggang, tetapi tidak ada satu pun yang lekat di hatinya. Mungkin inilah alasan dia menerima cadangan Tengku Diana untuk menyatukan anak perempuannya dengan Danial, berharap Dina dapat mengubah perangai playboy anaknya.

“Aduh, Mummy suka sangat buat keputusan tanpa bincang dulu dengan Dan,” rungut Danial sambil menanggalkan tali lehernya. “Alah, Mummy jodohkan Dan dengan orang yang Dan kenal. Jangan risau ye,” Puan Ain memberi jaminan sebelum berlalu pergi, sempat lagi menepuk peha anaknya.

“Ishhh, stress,” Danial meraup mukanya dengan tangan. “Mummy ingat kahwin ni macam main pondok-pondok ke? Siapa lah perempuan malang yang akan kahwin dengan aku ni?” Dia mengeluh, merasa terbeban dengan cadangan mummynya. Danial terus meninggalkan ruang tamu dengan rasa letih yang bertambah. Kepenatan badannya bertambah selepas mendengar cadangan perkahwinan yang tidak disangkanya itu. Dalam hatinya, dia berdoa agar segalanya berjalan lancar dan mengharapkan yang terbaik.

------------------------------------------------------

Akim yang menerima mesej rakannya, Danial, yang ingin berjumpa terus memecut laju pemanduannya. "Apa lagi lah masalah mamat ni?" bisiknya sambil keretanya membelok ke arah jalan ke rumah teman baiknya itu. Jarak yang tidak jauh dirasakan seolah-olah sangat lama. Pelbagai persoalan muncul di fikirannya tentang apa yang mengganggu fikiran Danial.

Setelah sampai, Akim terus bergegas keluar dari kereta. Kakinya melangkah laju ke arah pagar rumah besar Danial. Dia menekan loceng, dan tidak lama kemudian, kelibat Mak Munah muncul. Akim menghadiahkan segaris senyuman.

“Cik Akim rupanya! Ingatkan orang hantar barang tadi...” Mak Munah tersenyum sambil membukakan pagar untuknya.

“Asalamualaikum, Mak Munah...” Tangan Mak Munah diciumnya sebagai tanda hormat.

“Masuk lah, Danial dah tunggu kat atas...” pelawa Mak Munah, memberikan isyarat kepada Akim untuk segera masuk ke dalam rumah.

Setibanya di dalam bilik, Akim mengetuk pintu terlebih dahulu. “Kau ada apa nak jumpa aku semalam macam ni?” tanya Akim sambil duduk di sebelah rakannya yang kelihatan resah dan tidak keruan.

“Err, Mummy...” Danial mengurut pelipisnya, menunjukkan tanda tekanan dan kebimbangan. “Mummy aku nak jodohkan aku dengan anak kawan dia...”

Leganya hati Akim apabila Danial meluahkan apa yang terbuku di fikirannya. “Eh, biar betul kau ni! Tak pernah-pernah Mummy kau tu bangkitkan isu kahwin dengan kau...”

“Itulah masalahnya! Aku pening ni, aku tak tahu macam nak tolak permintaan mummy tu... Kau ada idea tak?” tanya Danial, mengharapkan pendapat rakannya.

Akim menjawab, “Idea aku? Senang je, kau terima je lah cadangan mummy kau tu. Senang cerita!”

Danial memandang tajam ke arah rakannya yang masih ketawa. “Kau ni sebenarnya dah lama tak makan buku lima aku. Kau nak sekarang ke? Kalau nak, aku boleh je bagi...” Danial mengangkat buku limanya ke arah muka Akim.

“Eh, sabar-sabar...” Akim segera menurunkan tangan Danial, cuba meredakan suasana.

Danial berdengus kasar, “Tak membantu langsung.”

“Danial, baik kau terima je cadangan mummy kau tu. Mana tahu dia tu jodoh terbaik kau. Takkan kau tak yakin dengan calon yang mummy kau pilih?” balas Akim sambil bersila di atas sofa, menyandarkan belakangnya dengan tenang.

“Bukan aku tak yakin, aku cuma belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami...” ucap Danial, masih ragu dan berfikir jauh.

“Kalau kau yakin, terima je lah. Apa susah? Sedia ke tak, kalau dia memang jodoh kau, kau boleh buat apa,” Akim menegaskan, jelas menunjukkan keyakinan terhadap pandangannya.

Danial terdiam, berfikir sejenak. Ada betul juga apa yang rakannya cakap. Sampai bila dia nak hidup macam ini? Dia mengingati hidupnya yang dipenuhi dengan keseronokan dan kebebasan. Namun, dia juga teringatkan harapan dan keinginan ibunya untuk melihat dia berumah tangga. "Mana tahu, bila aku dah jadi suami orang, aku boleh ubah perangai sukaku ke kelab malam. Mungkin, ini adalah jalan terbaik untuk masa depanku," fikir Danial, perlahan-lahan menerima kenyataan yang bakal dihadapinya.

Akim memandang sahabatnya dengan penuh harapan, “Cuba fikir positif, Dan. Cinta itu boleh datang dengan masa. Kadang-kadang, jodoh terbaik kita datang dari pilihan orang yang lebih mengenali kita.”

Akhirnya, dengan perasaan bercampur baur, Danial bertekad untuk mempertimbangkan cadangan ibunya. "Mungkin aku perlu beri peluang," bisik hatinya, berazam untuk mencari penyelesaian terbaik untuk kehidupannya.

DI BILIK TENGKU ALI

“Airis kau boleh...,” bisik Airis kepada dirinya sendiri sambil berusaha mengumpulkan semangat. Tangan lembutnya mengetuk pintu bilik atuknya. “Tok... boleh Airis masuk?” Dia menantikan jawapan dari dalam.

“Masuk lah...” sahut Tengku Ali dari dalam bilik. Airis tersenyum lebar dan membuka pintu dengan perlahan.

“Hmm... Airis nak cakap something dengan Tok daddy boleh?” tanyanya, menghampiri Tengku Ali yang sedang membaca buku dengan tenang. Tengku Ali yang telah meletakkan buku di pangkuan mendengarkan dengan penuh perhatian.

“Nak cakap pasal apa?” tanyanya, sedikit curiga. Airis duduk di sofa bersebelahan atuknya, berdebar-debar.

“Bukan... Airis cuma nak cakap, yang Airis terima je apa-apa pun keputusan Tok daddy untuk Airis. Airis tahu Tok daddy buat semua ni untuk kebaikan Airis kan...” balasnya, sambil bermain dengan jari-jarinya, cuba menenangkan perasaan yang bercampur baur.

Tengku Ali merenung wajah cucunya, menilai kepastian dalam kata-kata Airis. “Jadi Airis terima...?” tanyanya lagi, ingin kepastian.

Airis mengangguk dengan yakin. “Ya, Tok. Airis dah buat keputusan. Airis akan kahwin dengan Megat Danial. Airis tak nak hampakan harapan Tok daddy,” ujarnya dengan nada tegas, walaupun hati kecilnya bergetar dengan pelbagai perasaan.

Tengku Ali tersenyum lebar, merasa lega dan bangga dengan keputusan cucunya. “Tok daddy marah lagi tak?” tanya Airis, sambil menggoyangkan tangan Tengku Ali.

“Tok daddy mengukirkan segaris senyuman. “Tok daddy marah sebab tok daddy sayang sangat kat cucu tok daddy ni...” katanya, mencuit hidung mancung cucunya dengan lembut.

Airis tersenyum gembira mendengar kata-kata atuknya. “Airis tahu yang Tok daddy ni sayang kat Airis lebih dari abang kan?” dia bertanya dengan nakal, menggoda atuknya.

Tengku Ali menggelengkan kepalanya. “Sayang cucu-cucu tok daddy semua sama rata, tak ada istilah pilih kasih di kamus hidup tok daddy. Airis dan abang, sama-sama istimewa,” jawabnya dengan penuh kasih sayang.

Airis merasakan kehangatan cinta dan sokongan dari atuknya. Dia tahu, walaupun perjalanan ini mungkin sukar, tetapi dengan sokongan keluarganya, dia pasti mampu mengharungi segala rintangan. “Terima kasih, Tok. Airis sangat menghargai semua ni,” ujarnya dengan ikhlas.

“Tak perlu berterima kasih, sayang. Tok daddy sentiasa ada untuk Airis. Ingat, setiap keputusan yang dibuat harus datang dari hati. Berdoalah agar semuanya dipermudahkan,” pesan Tengku Ali, memandang cucunya dengan penuh kasih.

Airis mengangguk perlahan, bertekad untuk melangkah ke hadapan. Keputusan ini adalah untuk masa depannya, dan dia akan berusaha sebaik mungkin untuk menjalani hidup yang baru ini dengan penuh keberanian dan keyakinan.

DI RUMAH PUAN AIN

“Awak nak apa jumpa saya...?” tanya Airis, berdiri dengan tegak di sebelah Megat Danial. Dia merasa sedikit berdebar, tetapi berusaha untuk tidak menunjukkan rasa gugupnya. Danial memandang wajah cantik Airis dengan penuh keraguan.

“Awak terima pinangan Mummy minggu lepas, kan?” tanyanya, meneliti ekspresi di wajah Airis.

“Ya, saya terima sebab jodoh saya dah sampai...” balas Airis dengan jujur, menyedari betapa berat keputusan itu. Dia berharap jawapannya dapat meyakinkan Danial.

Namun, Danial tidak kelihatan puas. Dia membuat muka menyampah, seolah-olah jawapan Airis tidak memuaskan hatinya. “Itu bukan jawapan yang aku nak lah... Kau tak rasa ke yang kau tu gatal?” soalnya, dengan nada sinis.

“Gatal? Sorry lah,” jawab Airis, menjengkelkan Danial. Dia tidak suka dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. “Saya gatal idok lah ye...” Airis cuba untuk tetap tenang, walaupun dalam hatinya, dia merasa sedikit marah.

“Ialah tu...” balas Danial sambil menggelengkan kepala, seolah-olah tidak percaya dengan jawapannya. Airis merasakan tekanan dan kesulitan dalam berkomunikasi dengan Danial.

“Ishh, malas lah saya nak layan awak ni... Ada je benda nak cari pasal dengan orang,” kata Airis, tidak mahu terjebak dalam perdebatan yang tidak berkesudahan. Dengan itu, dia berpaling dan terus masuk ke dalam rumah milik Puan Ain, berusaha menghindari pertengkaran yang tidak perlu.

Di dalam rumah, suasana terasa lebih tenang. Airis menarik nafas panjang, berusaha menenangkan dirinya setelah berhadapan dengan Danial. Dia tahu bahawa hubungan mereka masih baru dan penuh dengan cabaran, tetapi dia bertekad untuk menjalani semua ini dengan penuh kesabaran.

Dia berasa lega berada di dalam rumah, dikelilingi oleh keluarga dan kenangan manis. Namun, fikiran tentang Danial dan masa depan mereka tetap menghantuinya. Bagaimana dia harus menghadapi lelaki yang menyakitkan hati ini, tetapi pada masa yang sama, menjadi bahagian dari hidupnya?

“Aku tak akan biarkan ini menghentikan aku,” bisiknya kepada diri sendiri, penuh tekad untuk mengharungi apa jua rintangan yang akan datang.

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience