Setelah beberapa jam berlalu, akhirnya pintu wad kecemasan terbuka.
Danial yang sejak tadi tidak berganjak dari kerusi di hadapan pintu itu segera meluru ke arah doktor dengan wajah cemas. Hatinya berdegup kencang, antara harapan dan ketakutan yang bercampur-baur.
"Doktor, macam mana keadaan isteri saya? Dengan anak saya? Mereka selamat ke?" ucap Danial, hampir tergagap kerana perasaannya yang terlalu risau.
Doktor melepaskan nafas panjang sebelum berkata, "Alhamdulillah, anak encik selamat. Bayi lelaki, sihat dan cukup sifat. Cuma... puan Airis berada dalam keadaan koma akibat hentakan kuat di kepala."
Danial terdiam. Kata-kata doktor itu bagai menamparnya. Dia bersyukur kerana anaknya selamat, tetapi berita tentang Airis membuatkan tubuhnya terasa longlai. Dia mengangkat tangan, memohon doa kepada Tuhan dengan hati yang pilu. "Ya Allah, selamatkan isteri aku. Dia segalanya untuk aku."
---
Sebulan Kemudian
Suasana di bilik ICU tetap sunyi seperti biasa. Bau antiseptik yang menusuk hidung sudah menjadi kebiasaan bagi Danial yang hampir setiap hari meluangkan masa di sisi Airis. Anak mereka, yang kini dinamakan Aidan Harith, dijaga oleh mama Airis di rumah.
Danial tidak pernah jemu membaca Al-Quran di sisi isterinya. Setiap kali melihat tubuh Airis yang tidak bergerak, hatinya terasa pedih. Namun, dia tetap menggenggam tangan isterinya, memujuk dirinya sendiri bahawa Airis akan kembali.
"Sayang, abang rindu sangat nak tengok senyuman Dina. Kalau Dina dengar abang, bangunlah sayang. Anak kita perlukan Dina," bisik Danial sambil mengusap lembut rambut Airis.
Pada suatu hari, ketika Danial sedang membaca Surah Yasin di sisi katil Airis, dia merasakan ada pergerakan kecil pada jari isterinya.
"Airis? Sayang?! Dina?!" Danial memanggil dengan nada cemas, matanya membulat hampir tidak percaya.
Kelopak mata Airis perlahan-lahan bergerak sebelum terbuka sedikit. Pandangannya kabur, tetapi dia dapat melihat bayangan seseorang berdiri di hadapannya.
"Saya... saya kat mana ni?" suara Airis lemah, hampir seperti bisikan.
Danial tersentak, tetapi hatinya melimpah kegembiraan. Dia menggenggam tangan Airis erat, air matanya mengalir tanpa henti. "Alhamdulillah, Dina. Abang ada kat sini. Dina kat hospital, tapi Dina dah bangun. Abang syukur sangat."
Airis memandang Danial dengan wajah keliru. "Sape awak?" tanyanya, membuatkan dunia Danial terasa seakan terhenti.
"Sayang... ini abang, Danial. Suami Dina. Takkan Dina tak ingat abang?" suara Danial bergetar, cuba mencari sesuatu di mata isterinya yang mungkin dapat memberikan harapan.
Namun, Airis hanya menggeleng. "Saya... saya tak kenal awak."
---
Airis Hilang Ingatan
Doktor kemudian menjelaskan kepada Danial bahawa trauma akibat kemalangan itu telah menyebabkan Airis kehilangan sebahagian besar ingatannya. Yang paling mengejutkan, ingatan Airis hanya kembali ke masa dia berumur 19 tahun, sebelum dia mengenali Danial.
Danial memandang isterinya dengan penuh kasih, walaupun hatinya terluka. "Tak apa, sayang. Abang akan buat Dina ingat semula. Abang akan sabar."
Beberapa hari selepas itu, Airis dibenarkan keluar dari hospital. Namun, hubungan mereka tidak sama seperti dahulu.
"Awak... saya nak balik rumah mama. Saya tak boleh duduk rumah awak. Saya tak rasa selesa," ucap Airis dengan nada serius.
Danial menarik nafas dalam. "Abang izinkan Dina balik rumah mama, tapi... Dina tak nak jumpa anak kita ke? Aidan tunggu Dina."
Airis terdiam seketika. "Saya... saya tak tahu macam mana nak rasa apa-apa. Saya tak ingat pun saya ada anak."
---
Di Rumah Mama Airis
Airis Menolak Hubungan
“Danial, lepas ni janganlah bawak Aidan datang sini. Saya tak suka. Saya dah ada life saya sendiri, dan saya tak rasa saya boleh jadi mama dia buat masa sekarang...” ucap Airis, suaranya tenang tetapi jelas menunjukkan pendiriannya.
Danial menghela nafas panjang, cuba mengawal perasaan yang semakin berkecamuk. Matanya tajam memandang Airis, seolah-olah mencari alasan untuk terus meyakinkannya. “Tapi sayang, Aidan masih perlukan awak. Dia kecil lagi, Dina. Dia tak tahu apa-apa. Please, sayang... jangan buat Aidan macam ni,” ucap Danial, suaranya penuh dengan permohonan.
Airis menggelengkan kepala dengan perlahan, matanya tidak memandang Danial. “Awak ni tak faham bahasa ke? Saya tak kisah lah pasal budak tu. Saya tak boleh paksa diri saya untuk jadi sesuatu yang saya sendiri tak rasa saya mampu. Tolonglah, Danial. Jangan buat saya rasa serba salah...” nadanya sedikit tinggi, menandakan betapa berat hatinya memutuskan perkara itu.
Danial tergamam, tetapi dia tidak mahu menyerah. Dia melangkah mendekati Airis, berharap jarak yang lebih dekat dapat membuatkan Airis berubah hati. “Dina, ini bukan tentang awak saja. Ini tentang kita, tentang Aidan. Awak cakap awak dah ada life awak sendiri, tapi Aidan tak ada sesiapa selain kita. Dia perlukan awak. Awak yang pernah berjanji nak jaga dia dulu. Awak yang...”
“Dulu, Danial! Itu dulu! Bila saya masih ada perasaan, bila saya masih rasa saya mampu. Tapi sekarang, semua dah berubah. Saya tak boleh teruskan macam ni. Saya tak nak buat sesuatu yang saya tak ikhlas,” potong Airis, matanya kini berkaca-kaca.
“Sayang...” Danial cuba menyentuh bahunya, tetapi Airis segera berpaling, memberi isyarat supaya dia tidak mendekatinya lagi.
---
Hati Yang Remuk
Danial keluar dari rumah itu dengan hati yang berat. Langkahnya lemah, seolah-olah segala kekuatan dalam dirinya telah direntap. Aidan yang sedang menunggu di dalam kereta bersama pengasuhnya menangis kecil, suaranya melirih-lirih memanggil, seakan tahu pertemuan itu tidak berakhir dengan baik.
Danial membuka pintu kereta, segera mendukung Aidan yang kecil dan lemah itu. Dia memeluk anaknya erat, seolah-olah mahu melindungi anak itu daripada kesedihan yang tidak sepatutnya dia alami.
“Papa minta maaf, nak. Papa cuba, tapi mama awak... dia perlukan masa. Kita kena sabar, ya? Papa janji, papa akan jaga awak. Papa takkan biarkan awak rasa sunyi,” bisiknya perlahan, air matanya mengalir tanpa sedar.
Aidan yang masih kecil hanya mampu memandang wajah Danial dengan mata yang polos, tetapi pandangan itu cukup untuk meruntuhkan hati Danial. Dia tahu anaknya perlukan kasih sayang seorang ibu, tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk memujuk Airis kembali ke dalam hidup mereka.
---
Airis Bergelut dengan Diri Sendiri
Di dalam rumah, Airis terduduk di sofa, wajahnya disembunyikan di antara kedua-dua tangannya. Air matanya mengalir tanpa henti, meskipun dia cuba menahannya.
“Mama...” panggilan lembut dari mamanya membuatkan Airis mengangkat kepala. Wajah mamanya penuh dengan kebimbangan, tetapi juga dengan kasih sayang.
“Mama tahu adik dalam keadaan serba salah sekarang. Tapi adik jangan terlalu keras dengan diri sendiri. Kadang-kadang, apa yang kita rasa kita tak mampu buat... sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita,” nasihat mamanya, duduk di sisi Airis sambil menggenggam tangannya dengan erat.
“Mama, saya tak tahu. Saya tak tahu nak buat apa. Saya takut. Kalau saya cuba, tapi saya gagal... saya akan kecewakan Aidan, Danial, dan diri saya sendiri...” suara Airis pecah di tengah-tengah kata-katanya, menandakan betapa terlukanya dia.
“Adik, tak ada manusia yang sempurna. Kita semua buat salah, kita semua pernah gagal. Tapi kita juga ada peluang untuk betulkan semuanya. Jangan takut untuk cuba, sayang. Kalau adik tak cuba, adik takkan tahu sama ada adik mampu atau tidak,” mamanya memeluk Airis, memberi kehangatan yang diperlukan anaknya pada saat itu.
Airis membalas pelukan itu dengan erat, tetapi hatinya masih keliru. Dia tahu mamanya benar, tetapi ketakutannya lebih kuat daripada keyakinannya.
---
Persoalan di Malam Sepi
Malam itu, Airis terbaring di atas katil, matanya merenung siling yang gelap. Suasana sunyi, tetapi fikirannya tidak berhenti berputar-putar. Dia memikirkan Aidan, memikirkan wajah polos anak kecil itu, dan juga kata-kata Danial yang terus terngiang-ngiang di telinganya.
“Adakah aku mampu jadi mama Aidan?” soalnya pada dirinya sendiri, suara itu hampir tidak kedengaran.
Airis menarik nafas dalam-dalam, tetapi rasa sesak tetap menguasai dadanya. Dia tahu dia tidak boleh lari selama-lamanya, tetapi dia juga tidak tahu bagaimana untuk menghadapi semua ini.
“Ya Allah, tunjukkan aku jalan... berikan aku kekuatan,” doanya perlahan, sebelum akhirnya air matanya mengalir sekali lagi, menjadi teman kepada malam yang penuh dengan kekeliruan dan kesakitan.
“Tok Daddy, sejak bila budak kecik tu sampai sini? Kenapa si Danial tu tak nak hantar kat pengasuh je? Kan senang...” ucap Airis sambil memandang bayi kecil itu dengan wajah yang tidak menunjukkan sebarang emosi.
Tengku Ali, yang sedang memangku Aidan di sofa, menoleh memandang cucunya dengan mata yang sedikit tajam. Dia mengusap lembut kepala Aidan sebelum bersuara, “Kenapa, kamu tak suka ke? Aku yang suruh Danial hantar Aidan kat sini. Kalau kamu tak nak jaga, biar Tok Daddy yang jaga Aidan.” Nada suaranya jelas, tegas tetapi penuh dengan maksud.
Airis mengeluh perlahan, memeluk tubuhnya sendiri sambil berdiri menjauh dari sofa. “Ok, suka hati Tok Daddy ye. Tapi satu je airis nak pesan—jangan bagi dia dekat dengan Airis. Airis tak suka,” ucapnya, nadanya dingin seolah-olah sedang meletakkan tembok yang tidak boleh dilintasi.
Tengku Ali mendengus kecil, tetapi tidak membalas. Sebaliknya, dia menumpukan perhatian pada Aidan, yang sedang bermain-main dengan jari-jarinya. “Budak ni tak salah apa-apa, Airis. Dia darah daging kamu. Suatu hari nanti, kamu akan sedar pentingnya dia dalam hidup kamu.”
Namun, Airis hanya berpaling, mengelak daripada terus berbicara. Baginya, Aidan adalah satu beban emosi yang dia tidak sanggup tanggung.
---
Malam Sunyi di Ruang Tamu
Malam itu, Airis keluar dari biliknya untuk mengambil air di dapur. Dalam perjalanan, dia terdengar suara kecil Aidan menangis dari ruang tamu. Langkahnya terhenti, dan dia mengintai dari balik dinding.
Tengku Ali sedang berjalan perlahan-lahan sambil mendodoikan Aidan di pelukannya. Wajah lelaki tua itu tampak penat, tetapi penuh dengan kasih sayang. “Jangan nangis, cicit Tok Daddy. Nanti mama kamu akan sayang kamu juga. Tok Daddy yakin. Dia cuma perlukan masa,” bisiknya perlahan, tetapi cukup untuk membuatkan hati Airis tersentuh sedikit.
Airis memalingkan wajah, cuba memadamkan rasa bersalah yang tiba-tiba muncul. “Dia Tok Daddy, bukan aku. Aku tak mampu,” bisiknya kepada dirinya sendiri sebelum kembali ke bilik.
---
Pertemuan yang Tidak Sengaja
Keesokan harinya, Airis keluar ke taman belakang untuk mengambil udara segar. Dia menyangka Aidan ada di dalam bersama pengasuh yang diupah oleh Tengku Ali. Tetapi, dia terkejut apabila melihat Aidan sedang bermain di atas selimut kecil di atas rumput, ditemani oleh Tok Daddy yang sedang membaca surat khabar.
“Tok Daddy, kenapa dia kat sini? airis kan dah cakap jangan bagi dia dekat dengan airis,” suara Airis sedikit tegas, cuba menutup kegelisahannya.
Tengku Ali menurunkan surat khabarnya dan memandang Airis dengan wajah tenang tetapi penuh makna. “Aku tak sengaja. Dia yang merangkak ke sini sendiri. Nampaknya dia suka kat mama dia, walaupun mama dia tak suka dia.”
Airis mengetap bibir, tidak tahu mahu membalas apa. Aidan memandang Airis dengan mata bundarnya, sambil menghulurkan tangan kecilnya seolah-olah mahu didukung.
“Airis, cubalah pegang dia sekali. Takkan tak ada langsung rasa belas kat anak kamu sendiri?” soal Tengku Ali, nadanya perlahan tetapi menusuk ke hati Airis.
Airis terdiam sejenak. Dia memandang wajah kecil Aidan yang sedang tersenyum padanya, seolah-olah tidak peduli pada dinginnya sikap mamanya. Setelah beberapa detik, Airis akhirnya melangkah perlahan mendekati anak itu.
Dia mencangkung dan memandang Aidan dengan ragu-ragu. Tangannya teragak-agak untuk menyentuh anak kecil itu. “aku tak tahu macam mana nak buat ni...” bisiknya hampir tidak kedengaran.
Aidan, seolah-olah mengerti, terus menghulurkan tangannya dan memegang jari Airis. Sentuhan kecil itu membuatkan hati Airis tersentak. Sebuah perasaan asing, yang dia cuba nafikan selama ini, mula merayap masuk ke dalam dirinya.
Tengku Ali tersenyum kecil, menyaksikan momen itu dari jauh. “Dia anak kamu, Airis. Darah kamu mengalir dalam tubuh dia. Kamu tak boleh lari dari kenyataan tu. Bila-bila masa kamu sedia, dia akan tetap ada untuk kamu.”
Airis menarik nafas dalam-dalam sebelum bangkit semula. “airis... Airis masuk dulu,” ucapnya, suaranya bergetar sedikit sebelum dia melangkah pergi. Namun, untuk kali pertama, langkahnya terasa berat, seolah-olah ada sesuatu yang ingin menahannya daripada terus menjauh.
Airis berjalan masuk ke bilik, cuba menenangkan degup jantungnya yang tiba-tiba menjadi tidak menentu. Dia menutup pintu dengan perlahan, bersandar pada dinding sambil menghela nafas panjang. Namun, suara kecil dalam hatinya terus mengganggu.
"Airis, jangan cepat sangat hati kau terpukul. Kau ingat pun tak yang kau pernah lahirkan dia. Entah-entah Danial tipu..." bisik hatinya, cuba mencipta alasan untuk menafikan apa yang baru dia rasa sebentar tadi.
Airis menggeleng kepala, cuba membuang perasaan itu. "Tak mungkin. Kalau betul aku pernah jadi mama dia, kenapa aku langsung tak ada rasa apa-apa?" soalnya kepada dirinya sendiri. Namun, wajah Aidan yang memandangnya dengan mata penuh harapan terus bermain dalam fikirannya.
---
Petang itu, Danial datang ke rumah Tok Daddy untuk mengambil Aidan. Seperti biasa, dia kelihatan penat, tetapi senyuman tetap terukir di wajahnya setiap kali melihat anak kecil itu.
“Tok Daddy, macam mana keadaan Aidan hari ni? Dia tak meragam kan?” soal Danial sambil mengangkat anaknya ke dalam pelukan.
“Tak, cicit aku ni baik je. Tapi dia ada satu perkembangan baru hari ni,” jawab Tengku Ali dengan senyuman penuh makna.
Danial memandang wajah Tok Daddy dengan penuh tanda tanya. “Perkembangan apa, Tok Daddy?”
“Dia dah mula dapat perhatian dari mama dia.” Tengku Ali ketawa kecil sambil menghirup teh.
Danial tersentak, wajahnya berubah seakan tidak percaya. “dina? Dia... dia cakap apa-apa tentang Aidan?”
Tengku Ali mengangkat bahu. “Tak cakap banyak, tapi tadi dia pegang tangan Aidan. Aku nampak dari jauh, Danial. Ada sesuatu yang bergerak dalam hati dia. Kau jangan putus asa.”
Mendengar itu, mata Danial mula berkaca. Dia memandang anaknya yang sedang bermain-main dengan kolar bajunya. “Sayang... mama akan sayang Aidan satu hari nanti. papa yakin.”
Namun, suara Airis tiba-tiba kedengaran dari belakang, memecah momen itu.
“Tok Daddy, tolong jangan nak bagi harapan palsu kat Danial. airis cuma tengok dia sebab Tok Daddy suruh. Jangan salah faham,” ujar Airis dingin, melangkah masuk ke ruang tamu.
Danial berpaling memandang Airis. Wajahnya mencerminkan kesakitan yang cuba dia sembunyikan. “dina, abang tak pernah nak paksa dina. abang cuma... abang cuma nak Dina ingat siapa sebenarnya dina dulu.dina pernah sayang abang, dina pernah sayang anak kita.”
Airis mendengus kecil. “Danial, saya tak tahu apa yang awak cuba buktikan, tapi tolonglah berhenti. Kalau betul anak ni anak saya, kenapa saya langsung tak ada rasa apa-apa? Tak ada satu pun ingatan tentang dia, atau awak. Semuanya kosong.”
Danial menghela nafas panjang, cuba mengawal emosinya. “dina, abang tahu dina tak ingat, tapi abang percaya hati dina akan ingat. dina cuma perlukan masa.”
---
Malam Itu di Balkoni
Airis duduk di balkoni biliknya, memandang langit malam yang dipenuhi bintang. Kata-kata Danial terus terngiang di telinganya. "Abang percaya hati dina akan ingat."
Dia memejamkan mata, cuba mencari sesuatu dalam ingatannya yang kosong. Namun, semakin dia cuba, semakin dia merasa sakit.
“Kalau betul aku pernah sayang dia, kenapa aku tak rasa apa-apa sekarang? Kenapa hati aku macam batu bila tengok dia?” soalnya kepada dirinya sendiri. Tetapi, jauh di sudut hatinya, ada satu rasa yang dia cuba nafikan.
Aidan. Wajah anak kecil itu muncul lagi dalam fikirannya, bersama sentuhan lembut tangan kecilnya. Sesuatu tentang sentuhan itu terasa... familiar, walaupun dia tidak mahu mengakuinya.
Airis mengeluh perlahan, memeluk dirinya sendiri. “Aku tak tahu, Tuhan. Kalau betul aku mama dia, kenapa Kau tak bagi aku rasa sayang tu?”
Malam itu, Airis tidak dapat tidur. Perasaan bersalah, keliru, dan marah bercampur-baur, membuatkan fikirannya tidak tenang.
---
Hari Baru, Langkah Baru
Keesokan paginya, Airis keluar dari biliknya lebih awal daripada biasa. Dia mendapati Tok Daddy sedang bermain dengan Aidan di ruang tamu.
“Tok Daddy, airis nak keluar kejap,” ujar Airis.
“Keluar nak ke mana? Takkan tak nak tengok Aidan dulu?” soal Tengku Ali tanpa menoleh.
Airis memandang Aidan dari jauh. Anak kecil itu tersenyum ke arahnya, seolah-olah memahami.
“Tak apalah, nanti Airis balik,” ucap Airis sebelum melangkah keluar. Namun, di dalam hati, dia tahu bahawa senyuman Aidan itu sedang memecahkan sedikit tembok dingin dalam dirinya.
Share this novel