BAB 20

Drama Series 2577

Sudah seminggu Airis pulang dari Indonesia,dan masa seminggu tu juga lah Danial meninggalkannya di rumah keluarganya.

rasa rindu yang menguasai dirinya cuba ditahan.ialah siapa je lah tak rindu suami kan.Airis bangun dari duduknya.kakinya melangkah ke arah beranda bilik.

perutnya di pegang,rupanya selama dua bulan di berkahwin dengan Danial.selama dua bulan tu dia tak tahu yang dirinya itu sedang berbadan dua.“maafkan mama,sayang sebab tak dapat pertahankan sayang....."Sapa je tak sayang anakkan,walaupun kandungannya itu bukan dari hasil perkahwinannya.dia tetap rasa terkilan.

kalau Lah dia tahu dari awal yang dia mengandung,jujur dia kata dia tak akan kahwin dengan Danial.dia sangup lari sejauh mungkin dari keluarga.dia tak nak keluarga malu.

sampai sekarang keluarganya tidak tahu pasal anak yang dikandungnya.dia pun keliru dengan sikap danial.kata benci aku asal tak bagi je bagi tahu family aku dengan family dia pasal,benda ni.kenapa perlu dia rahsia kan.Air mata yang jatuh disekat.

kau kena kuat Airis,kau kena cepat sihat,nanti dah sihat boleh aku balik rumah.aku nak pujuk suami aku balik.

“ya Allah budak bertuah ni,kan mama pesan jangan banyak bergerak awak tu tengah berpantang....."bebel Tengku Diana sambil meletakkan dulang yang berisi bubur ke meja sebelah katil.

Airis mendekati ke arah katilnya semula dengan perlahan.“alah mama,Adik bosan...ashik terperap je kat dalam bilik ni..."Rungut Airis medina buku katil diduduk.

“adik kamu tu muda lagi,kena jaga sikit badan tu,nak pakai lama kan...."Bebel Tengku Diana lagi.Airis melakarkan senyuman kelat,tangan Tengku Diana dicapai.

“mama,maafkan adik ye....."Kesal rasanya saat ini.sampai ke hari ini keluarganya dan keluarga mertua tidak tahu kebenaran.kebenaran tentang kandungannya.dia sendiri pun tak tahu kenapa Danial tak berterus terang je dengan keluarga mereka.

apa motif Danial sebenarnya ni.Tengku Diana melepaskan tangannya,bahu anaknya dipegang.“adik tak ada salah apa pun dengan mama,kalau adik ada salah sekali pun,mama dah maafkan...."air mata Tengku Diana bertangkung tak sanggup dia melihat penderitaan di mata Airis medina.

“Mama jangan lah nangis,adik cakap je,mama jangan lah macam ni...."Bergetar suaranya apabila menahan sebak di dada.sakit rasanya apabila melihat air mata orang yang melahirkannya.

“mana ada mama nangis...."Tubir mata di seka.“ni mata mama ni masuk habuk...."balas Tengku Diana lagi.Dia kena kuat didepan anaknya,kalau dia lemas Airis medina pun turut lemah.

“mama,dah seminggu Danial tak datang jenguk adik,dia pergi mana mama?"Bertubi² soalan yang diberikan Airis medina.Terus tersengih Tengku Diana.“Dah rindu ke...."Usik Tengku Diana.

“Ishh mama ni,mana ada,mama tahu ke dia kat mana?"soal Airis lagi.“Tahu, dia kata dia outstation,besok baru dia balik....".Airis medina hanya membuat mulut oo.

Tengku Diana menepuk lembut peha anaknya.“tu,bubur tu makan,mama nak keluar sediakan sarapan untuk papa...."Pesan Tengku Diana.

Airis tersenyum.“ye mama,nanti adik makan ye....."Balas Airis sambil menggelengkan kepala.risau sangat.

setelah Tengku Diana keluar.Air mata yang di tahan tadi akhirnya terhambur keluar.airis mengesot dirinya ke tengah katil.kedua kakinya dirapatkan ke dada.

“maafkan adik mama,papa....".

bunyi rington telefonnya membuatkan Airis menoleh ke sisi katil.laju sahaja tangannya menyampai telefonya.setelah nampak nama pemangillnya.

“syah...."Airis terus menarik punat hijau ke atas.telefon diletakkan ditelinga.Air mata diseka.dia tak nak kawannya tahu yang dia sekarang tengah menangis.dia dah banyak dah menyusahkan Aisyah.

“Airis,sampai hati kau tak bagi tahu,kau sakit....."Suara serak basah rakannya itu.membuatkan hati Airis medina menjadi sayu.

“Aku bukan tak nak bagi tahu,aku cuma tak nak susahkan kau je...."Jawab Airis perlahan.

“airis kau sabar ye,mungkin belum rezeki kau lagi nak dapat anak awal,kau dengan Danial mesti kuat untuk hadapi semua ujian....."Nasihat Aisyah.

Mendengar sahaja nama suaminya.air mata yang cuba di tahan akhirnya jatuh jua.“Syah,Danial tak dapat nak terima aku,Syah....."Bibir bawahnya dikemam bagi menahan esakan.

“kenapa....,baby tu bukan anak dia ke,Airis?"teka Aisyah.“Tak Syah itu bukan anak dia,Syah,sepanjang aku dengan dia tak ada sekali pun dia sentuh aku Syah....."

“Allah,beratnya ujian kau Airis,kau sabar ye....".

“Syah kau balik sini ye,teman kan aku,aku takut lah,......"Buat masa ni dia hanya perlukan Aisyah,hanya Aisyah lah yang tahu tentang sejarah hitam tu.aisyah lah yang naikkan semangat aku balik.

“aku bukan tak nak balik,aku nak sangat,tapi mak aku sekarang pun tengah sakit ris,dia perlu kan aku Ris...."rasa serba salah Aisyah dibuatnya.kalau ikut kan hatinya mahu saja sekarang ni balik ke KL.

Airis mengangguk faham.“airis aku tahu kau kuat,aku kenal kau,aku kat sini hanya mampu doa kan kau je....."

“Syah,terima kasih tau,sebab sudi ada dengan aku,kau je ada time aku susah,terima kasih tau......"Hingus yang meleleh diseka mengunakkan tangan.

“Ris tak perlu pun nak berterima kasih kat aku,aku ikhlas lah berkawan dengan,kau je satu² nya kawan aku,kau dah banyak bantu keluarga aku,patutnya aku yang ucap terima kasih tu....."

Airis tersenyum kelat.“ok lah,aku nak makan dulu,nanti kalau ada apa² aku call kau ye...."

“ihmmm,jaga diri kau tu leklok...."

“Ye....."

“bye..."

Airis meletakkan kembali telefonnya di meja tidurnya.Air mata diseka.kau kuat airis.mangkuk Bubur di ambik.airis menyuapkan bubur di mulutnya.walaupun dia tak ada selera untuk makan.dia paksakan juga tekaknya untuk menerima makanan itu.

--------------------------------------------------
Sudah tiga hari rakan baiknya itu duduk di rumah sewanya.tak rindu ke kat isteri.nak tanya, tengok muka macam ada masalah.kang aku yang di tengking.

mug yang berisi kopi panas di letakkan di meja.muka Kusut Danial dipandang lama.nafas di hembus berat.akim mengambil tempat di sebelah rakannya.

“kau gaduh ke dengan Airis?"tanya Akim.Danial meraup mukanya.muka Akim dipandang.“kau boleh tak jangan sebut nama dia,buat sakit hati je...."Danial membuat muka tak sukanya.

“dia buat apa kat kau ni,sampai kau bengang macam ni....."Tanya Akim lagi.“Kau tak payah tanya lah.....".

“Ehh mesti lah aku kena tanya,kau tu dah tiga hari tau tak balik rumah,bukan isteri kau sakit ke......".Danial memandang Tajam ke arah Akim.

“Aku bukan tak nak balik,aku takut bila aku nanti,aku tak boleh tahan baran aku ni,kang tak pasal-pasal mati Dina aku kerja kan....."Dingin Danial menjawabnya.

Akim mengelengkan kepala.“Danial,aku nak nasihat kan kau ni,aku rasa kau tak patut layan Airis macam tu,kau tahu tak buat masa sekarang,ni mesti dia perlukan,aku tahu kau kecewa,......"Bahu rakannya ditepuk.

“tapi kecewa kau tu,tak sama dengan rasa kecewa Airis,lagi² dia yang mengandungkan anak tu......"Danial hanya mendiamkan diri.sebenarnya dia bukan kecewa sebab budak tu,dia kecewa sebab Airis medina dah tipu dia hidup².dia tak kesah lah budak tu mati.

“kau balik lah,kalau tak fikir kan isteri kau tu,kau fikir lah pasal keluarga mertua kau....."Akim terus meninggalkan Danial diruang tamu.

Danial mengambil mug lalu diminum.

------------------------------------------------------
keesokan harinya

Airis terus bangun dari duduknya.apabila melihat susuk tubuh yang dirinduinya.Air mata mula bertakung di tubir mata.kaki melangkah ke arah suaminya yang berdiri tegak di muka pintu.

Wajah pucat isterinya dipandang tanpa perasaan.kalau ikut kan hati memang dia tak nak balik rumah mertuanya.apabila di fikir kan balik tak manis pulak kalau dia tak datang ke rumah ni.

Airis menghulurkan tangannya.danial hanya memandang sepi huluran Isterinya.terasa Airis dibuatnya.Tapi dia buang perasaan itu jauh².tangan suaminya di capai lalu di cium.

Air mata Airis menitik laju.Danial memandang Airis yang mencium tangannya.rasa kasihan mula menyerbu hatinya.nak je Danial mencium dahi isterinya.

tapi di sebabkan ego,Danial mengetepikan perasaan itu.Airis mengangkat wajahnya.anak mata Danial dipandangnya.


dulu kalau dia memandang mata danial.mata itu menyinarkan sinar cinta.tapi sekarang yang dia nampak hanya pandangan kosong Danial sahaja buatnya.

Airis memaniskan wajahnya.“abang dah makan,kalau belum Dina boleh suruh mama sediakan....."Tangan suami dipegang bagai tak mahu lepas.

Danial meretap kasar tangannya.“kau ni tak ada soalan lain ke,nak tanya kat aku,tak habis² dah makan belum,dah makan belum.....".walaupun Danial tidak menengkingnya.Airis terasa dengan layanan dingin Danial.

Airis menunduk.hatinya terluka.dengan layanan Danial buatnya.dia tak salahkan danial.semua benda yang jadi ni berpunca dari diri dia.danial tak salah dia yang salah.

biar lah Danial nak buat apa kat dia.dia sudah redo.“abang maafkan lah Dina,Dina perlu kan kemaafan dari abang...."lengan suaminya dipaut.danial cepat² menepis tangan kecil itu.

“jangan sentuh aku lah,jijik tahu tak..."marah Danial.terus terpempan Airis.jijik sangat ke aku di mata Danial.“Abang Tolong lah,maafkan Dina...Dina merayu sangat kat abang....."Airis melutut di hadapan Danial.

kaki suaminya dipeluk.Meluat Danial dibuatnya.“Kau ingat dengan permintaan maaf kau tu,boleh hilangkan rasa sakit hati aku,boleh ke Airis medina!!!"Rambut isterinya di cengkam kasar.terus meraung kesakitan Airis.

“Abang sakit,abang...."rasa mahu tercabut kulit rambutnya saat ini.Danial melepas kasar rambut isterinya.Danial terus masuk ke dalam bilik mandi.

Airis memegang dadanya yang terasa sakit.“Sakitnya ya Allah,kenapa berat sangat ujian yang kau berikan ini,aku tak mampu ya Allah...."Airis menangis semahu-mahunya di lantai.

kenapa abang buat Dina macam ni abang,kenapa kejam sangat abang,Dina cintakan abang sangat².dina nak jadi isteri yang baik buat abang.

Air mata Danial mula bertakung apabila mendengar suara tangisan Airis diluar.badan Danial melorot jatuh ke lantai.“apa kau dah buat ni Danial,kenapa kejam sangat kau ni....."Rambutnya dikuak ke belakang.

Harus kah Dia memaafkan perbuatan Isterinya.perlu ke dia menjaga hati isterinya,padahal hatinya juga turut terluka.

bersammbunggg.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience