Haris mengetuk pintu rumah sewa Airis dengan penuh debar. Pintu dibuka dan Airis terkejut melihat wajah abang kandungnya di depan pintu. "Abang..." ucap Airis dengan nada terkejut, belum percaya bahawa abangnya yang lama tidak berjumpa itu berada di hadapannya.
Haris, tanpa berkata apa-apa lagi, terus menarik Airis ke dalam pelukannya. Pelukan itu erat, seolah-olah ingin memberi kekuatan kepada adiknya yang sedang dihimpit dengan beban emosinya. "Adik, kenapa adik buat kami macam ni? Kenapa tak bagi tahu kami?" Haris berkata dengan suara yang penuh perasaan, seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa adiknya yang selama ini dia jaga, telah berdepan dengan kesukaran tanpa mereka sedari.
Airis terdiam sebentar, tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan semuanya. Dalam pelukan abangnya, dia merasakan kehangatan dan kasih sayang yang sudah lama hilang sejak dia meninggalkan Malaysia. "Abang, maafkan Adik... Adik... tak tahu macam mana nak cakap. Adik rasa kalau Adik cerita, makin susah keadaan. Adik... Adik tak sanggup nak susahkan semua orang," jawab Airis perlahan, matanya mula berkaca.
Haris melepaskan sedikit pelukan itu, memandang wajah adiknya dengan penuh keprihatinan. "Adik, kami semua sayang adik. Kami akan selalu ada untuk adik. Kenapa adik fikir adik susahkan kami? adik tak perlu tanggung semua ni seorang diri. Kalau ada apa-apa, bagi tahu kami. Jangan simpan semuanya dalam hati."
Airis menundukkan kepala, merasa bersalah. "adik tak nak jadi beban, abang. Tapi semuanya... semuanya sangat berat. Adik rasa macam tak ada siapa yang faham. Danial... dia... adik tak tahu apa yang patut adik buat," ucapnya dengan suara yang terputus-putus.
Haris mengusap rambut adiknya dengan lembut, cuba menenangkan perasaan Airis. "Danial tu abang faham, dia pun ada buat salah, tapi adik juga kena bagi peluang untuk diri adik sendiri. Jangan terus terperangkap dengan kesakitan ni. kau masih muda, adik. Jangan biarkan luka-luka lama menghalang masa depan adik."
Airis terdiam. Satu perasaan yang berat cuba diusir keluar dari dadanya, tetapi seakan tidak mampu. "Tapi, abang, adik takut. Adik takut kalau adik bagi peluang pada Danial, adik akan terluka lagi. Dan kalau adik terus jauh darinya, adik rasa ada sesuatu yang hilang dalam hidup adik."
Haris menatap wajah adiknya dengan penuh perhatian. "airis, kadang-kadang kita kena belajar untuk memaafkan, bukan hanya orang lain, tapi juga diri kita sendiri. adik tak perlu takut. adik hanya perlu bagi masa pada diri adik untuk sembuh. Jangan paksa diri adik buat keputusan sekarang. Ambil masa untuk fikirkan apa yang terbaik untuk adik."
Airis memandang abangnya dengan mata yang penuh harapan. "adik akan cuba, abang. adik akan cuba bagi masa untuk diri adik sendiri."
Haris mengangguk, tersenyum sedikit. "Itu yang terbaik. Kami semua ada di sini untuk kau, Airis. Jangan rasa sendirian. Kita sebagai keluarga akan selalu sokong antara satu sama lain."
Airis berjalan keluar dari rumah, diikuti oleh Tengku Haris Mikail, abang kandungnya. Haris yang sentiasa prihatin terhadap adiknya, memandang wajah Airis dengan pandangan penuh kasih sayang. Walaupun Airis cuba menunjukkan bahawa dia baik-baik sahaja, Haris dapat merasakan kesedihan yang terpendam di dalam hati adiknya.
“adik,nampak macam tak ok. Ada apa-apa yang adik nak cerita?” Haris bertanya dengan lembut, memecah kesunyian di antara mereka.
Airis berhenti sejenak dan menoleh ke arah Haris. Wajahnya sedikit berkerut, cuba menahan perasaan yang semakin lama semakin sukar untuk dikawal. “Tak ada apa-apa lah, abang. Cuma penat je,” jawab Airis, cuba mengelak dari berbicara lebih lanjut.
Haris memandang dengan teliti, dan dapat melihat dengan jelas betapa Airis cuba menyembunyikan sesuatu. “adik, abang tahu adik kuat. Tapi, jangan terlalu pendam semuanya. adik tahu abang ada untuk adik, kan? Kalau ada apa-apa, jangan ragu untuk cakap dengan abang.”
Airis menarik nafas panjang. Dia tahu, abangnya pasti boleh memahami, tetapi dia tidak mahu membebankan Haris dengan masalah peribadinya. “adik tahu, abang. Tapi, kadang-kadang adik rasa macam adik tak mampu nak hadap semuanya. Adik cuba buat yang terbaik, tapi kenangan tu... ia tetap ada,” ujarnya dengan suara yang hampir pecah.
Haris menghampiri Airis dan meletakkan tangan di bahu adiknya. “abang faham, dik.adik tak perlu hadap semua tu sorang-sorang. Kalau adik nak lari dari semua ni, abang ada. Tapi, jangan sesekali rasa kesepian. adik tetap adik abang yang kuat, yang akan bangkit walaupun ada banyak cabaran.”
Airis tersenyum nipis. Kata-kata abangnya selalu memberikan sedikit ketenangan di dalam hatinya. Namun, dia masih belum dapat melupakan apa yang telah berlaku, terutama perasaan kecewa dan sakit yang ditinggalkan oleh Danial.
Mereka berdua berjalan keluar, menuju ke tempat yang telah dirancang. Haris masih memberi sokongan tanpa banyak bertanya, sementara Airis mula terasa sedikit lega berada di sisi abangnya. Mungkin, ini adalah salah satu langkah yang boleh membantu dia untuk kembali berdiri teguh.
“Jom, kita pergi makan kat tempat yang adik suka. Abang belanja,” Haris mengajak dengan senyuman.
Airis mengangguk dan sedikit tersenyum, walaupun senyumannya tidak sepenuh hati. “Ok, abang. Terima kasih.” Mereka berjalan bersama, melangkah ke arah masa depan, walaupun ia masih penuh dengan ketidakpastian.
5 tahun kemudian
Lima tahun telah berlalu sejak Airis Medina meninggalkan tanah air dan memilih untuk memulakan hidup baru di London. Kini, pada usia 25 tahun, Airis masih belum dapat melepaskan dirinya sepenuhnya dari kenangan yang telah meninggalkan luka yang dalam. Walaupun dia telah menempuh pelbagai cabaran di luar negara, jauh dari segala perkara yang pernah mengikatnya di Kuala Lumpur, satu persoalan masih menghantui fikirannya—apakah Danial masih menunggu dia?
Pagi itu, seperti biasa, Airis duduk di tepi tingkap apartmennya, merenung jauh ke luar sambil memikirkan hidupnya yang penuh dengan ketidakpastian. London yang sejuk dan sibuk seakan memberikan pelbagai peluang baru, namun hati Airis masih terasa kosong. Kadang-kadang, dia tertanya-tanya, apakah dia benar-benar telah sembuh dari luka lama itu atau sekadar mengubati diri dengan jarak dan masa?
Sudah lima tahun, dan dia tahu itu bukanlah waktu yang pendek. Tetapi walau begitu, kenangan dengan Danial—suaminya yang pernah mengkhianatinya—masih segar dalam ingatannya. Dia tak pernah benar-benar membenarkan dirinya untuk berpaling sepenuhnya dari segala yang berlaku. Cinta, sakit hati, kebencian, dan penyesalan, semuanya bercampur baur dalam perasaannya.
"Adakah aku masih boleh kembali? Adakah dia masih ada untuk aku?" Airis bertanya pada dirinya sendiri. Fikirannya masih tertumpu kepada Danial, lelaki yang pernah menjadi suami yang sangat dia cintai. Dia mengingat kembali segala kenangan mereka, dari saat indah yang penuh dengan janji manis, hingga detik-detik terakhir yang mematahkan hatinya.
Bersama dengan Haris, abangnya yang selalu ada untuknya, dia cuba untuk mengalihkan perhatian dengan kerja dan kehidupan baru di London. Namun, sesekali, dia teringatkan masa lalu yang membuatkan dia bertanya-tanya—apakah yang akan berlaku sekiranya dia kembali? Adakah Danial masih akan memaafkan segala yang telah terjadi? Atau mungkinkah dia sudah melupakan Airis dan terus melangkah dalam hidupnya sendiri?
Beberapa kali Airis cuba membuka hati untuk orang lain, namun hatinya masih tertutup rapat. Dia tahu, bukan kerana dia tidak mahu mencintai lagi, tetapi kerana kenangan dengan Danial masih menghantui setiap langkahnya. “Kalau dia masih menunggu, adakah aku akan menemui jalan kembali kepadanya?” gumamnya dalam hati.
Namun, persoalan itu tidak terjawab, dan setiap kali dia cuba untuk bergerak maju, bayangan Danial seakan kembali mengekori. Keputusan untuk pulang ke Malaysia masih berat. London memberi kebebasan dan peluang, tetapi hatinya merindui sesuatu yang lebih. Dia merindui ketenangan yang mungkin hanya boleh didapati dengan kepastian tentang Danial.
Namun, satu perkara yang pasti—Airis tahu, dia tidak boleh terus hidup dalam keraguan. Masa depan, yang sudah pun berada di depan mata, memerlukan lebih daripada sekadar kenangan lama. Tetapi, apakah dia sudah cukup kuat untuk menghadapi kenyataan?
Di Malaysia bersama dengan Danial.
Danial kini sudah 30 tahun. Menjadi Danial yang baru. Yang lebih matang.
Danish mendekati adiknya iaitu Danial. “Asal termenung, ingat kat bini ke....” tegur Danish sambil duduk di sebelah Danial.
Danial hanya mengangguk perlahan tanpa berkata apa-apa. Matanya kosong, merenung ke luar jendela, tetapi hatinya jauh, mengingatkan Airis yang kini sudah lima tahun jauh darinya.
“Mesti lah aku ingat kat dia, dia isteri aku kot, Nish....” jawab Danial dengan nada yang penuh penyesalan.
Danish, yang sejak awal menyedari perubahan besar dalam diri abangnya, memandangnya dengan penuh keprihatinan. Dia tahu abangnya masih dibelenggu dengan perasaan bersalah yang mendalam kerana apa yang berlaku antara mereka.
“Kalau isteri kenapa biarkan dia lama-lama kat negara orang...” Danish berkata lagi, lebih kepada soalan yang ingin mendapatkan jawapan.
Danial menarik nafas panjang dan menundukkan kepala. Suaranya rendah apabila dia bersuara, “Aku tak sepatutnya buat dia macam tu, Nish. Aku buat dia sakit. Aku yang buat semua ni terjadi."
Danish memandang adiknya dengan penuh empati. Dia tahu betapa Danial menyesali setiap keputusan yang diambilnya di masa lalu, namun dia juga tahu bahawa hidup tidak akan berhenti hanya kerana satu kesilapan.
“Bro, aku faham kau rasa bersalah. Tapi hidup tak berhenti kat sini. Kalau kau betul-betul nakkan dia balik, kau kena buat sesuatu. Jangan tunggu dia datang cari kau dulu. Kau tahu kan, perempuan macam Airis... dia kuat, tapi dia juga perlukan lelaki yang betul-betul berjuang untuk dia,” Danish berkata, cuba memberi semangat kepada abangnya.
Danial hanya terdiam, termenung lama. Dia tahu apa yang adiknya katakan adalah benar, tetapi perasaan takut dan ragu-ragu tetap menghantui dirinya. "Aku tak tahu kalau aku masih ada peluang lagi. Dia mungkin dah bahagia kat sana, mungkin dia tak perlukan aku lagi," jawab Danial perlahan, matanya penuh dengan keraguan.
“Aku tahu dia masih sayangkan kau,” Danish berkata dengan yakin. “Tapi kau kena buat langkah pertama, Danial. Dia tak akan datang selagi kau tak tunjukkan kat dia yang kau betul-betul menyesal dan sedia berubah.”
Danial merenung wajah adiknya. Dia teringat betapa dia dulu sering kali meremehkan perasaan Airis, sampai dia tak sedar betapa besar pengorbanan yang telah diberikan oleh isterinya itu. “Aku buat dia gugur, Nish. Aku buat dia rasa sakit... Aku tak tahu kalau dia mampu maafkan aku.”
Danish menggenggam bahu Danial dengan lembut. “Dia mungkin terluka, bro. Tapi luka tu takkan sembuh kalau kau sendiri tak buat usaha untuk menebusnya. Kita tak ada kat tempat dia, Danial. Kita tak tahu apa yang dia rasa sekarang.”
Danial memejamkan mata, cuba mencerna kata-kata adiknya. “Aku tak tahu apa yang dia rasa, Nish... tapi aku takkan biarkan dia pergi macam tu saja. Aku takkan biarkan dia bahagia tanpa aku.”
“Aku yakin dia masih tunggu kau,” Danish berkata dengan penuh keyakinan. "Kalau kau betul-betul nak tunjukkan cinta kau pada dia, kau kena pergi cari dia. Jangan tunggu lagi. Bagi dia masa, bagi dia ruang untuk lihat betapa seriusnya kau dalam memperbaiki semua yang hilang."
Danial mengangguk perlahan. “Aku tak tahu apa yang akan jadi nanti, Nish. Tapi aku takkan biarkan diri aku menyesal selama-lamanya.”
“Pergilah, Danial. Jangan biarkan masa berlalu begitu saja. Kalau kau sayangkan dia, tunjukkanlah. Jangan tunggu lagi,” Danish menepuk bahu adiknya
sebelum berdiri.
Danial memandang abangnya dengan rasa terima kasih. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia berdiri dan mencapai begnya. “Terima kasih, Nish. Aku tak tahu apa yang akan jadi, tapi aku takkan menyesal mencuba.”
Dengan tekad yang baru, Danial membuat keputusan besar untuk mencari Airis. Dia tahu ini adalah peluang terakhir untuk memperbaiki segalanya. Dengan hati yang penuh harapan dan sedikit kebimbangan, dia melangkah keluar dari biliknya, bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula cinta yang telah hilang.
--------------------------
Airis nekat esok dia akan balik Malaysia. Hatinya sudah tidak mampu lagi menahan perasaan, terutamanya dengan apa yang akan berlaku minggu depan. Hari Sabtu ini adalah hari yang amat penting untuk abangnya, Tengku Haris Mikail. Hari perkahwinan abangnya dengan Aisyah, rakan baiknya. Walaupun dia sudah lama tidak berjumpa dengan Aisyah sejak rakannya habis belajar, dia tetap merasa perlu untuk hadir sebagai tanda sokongan untuk abangnya, walaupun perasaannya masih bercampur aduk.
Airis melangkah ke arah tingkap di biliknya dan melihat langit petang di luar. London sudah tidak lagi memberi rasa tenang seperti dahulu. Ia seolah-olah mengingatkan dia pada segala yang telah berlaku, termasuk perasaannya yang masih terperangkap dalam kekusutan antara dirinya dan Danial. Walaupun dia telah lama berusaha mengabaikan semua itu, perasaan cinta dan marah itu masih ada.
"Esok aku balik. Aku tak boleh biarkan hati aku terus berkelana jauh kat sini," bisik Airis dalam hati. Dia tahu, untuk dapat teruskan hidup, dia perlu pulang ke Malaysia, mencari ketenangan yang sudah lama hilang. "Tak apa, mungkin dengan tengok abang bahagia, aku akan rasa sedikit lega."
Airis balik ke Malaysia, Danial pergi ke London.
Sementara itu, di Malaysia, Danial sudah membuat keputusan besar. Dia perlu pergi ke London. Jika Airis sudah nekad untuk kembali, dia tidak boleh membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja. Meskipun dia tahu Airis masih marah padanya, dia tidak mahu menyesal sepanjang hayat jika tidak berusaha untuk memperbaiki keadaan.
Pulang ke London adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan jawapan dari Airis. Danial tahu kalau dia menunggu lebih lama lagi, dia mungkin akan kehilangan peluang itu selamanya. "Aku kena pergi. Kalau aku tak berusaha, aku takkan tahu apa yang akan jadi," bisik Danial kepada dirinya sendiri sambil bersiap-siap untuk berangkat.
Malam itu, di antara kesibukan mereka masing-masing, kedua-duanya membuat persediaan untuk perjalanan mereka, tanpa mengetahui bahawa takdir akan membawa mereka berdua ke tempat yang sama dalam masa yang sangat singkat. Namun, perjalanan ini bukan hanya sekadar perjalanan fizikal, tetapi perjalanan emosi yang akan menentukan masa depan hubungan mereka.
Airis akan pulang untuk menghadiri perkahwinan abangnya, dan Danial akan berusaha untuk menyelesaikan segala kesalahannya dengan Airis. Tidak ada yang tahu apa yang akan berlaku selepas itu, tetapi satu perkara yang pasti — ini adalah langkah pertama untuk menutup luka lama dan membuka lembaran baru dalam hidup mereka.
Setelah 5 tahun, akhirnya Airis jejakkan juga kakinya di tanah airnya, kembali ke Malaysia. Hati dan fikirannya berperang antara rasa kerinduan dan kebimbangan yang tak terungkapkan. Sebaik sahaja kakinya menyentuh tanah, ada rasa lega yang tak terucap, namun pada masa yang sama, dia masih tertanya-tanya adakah segala yang berlaku akan kembali normal, adakah dia akan diterima semula?
“Mama, papa, tok daddy, Airis balik....” seru Airis dengan suara yang sedikit tergetar. Airis melangkah keluar dari lapangan terbang dengan perasaan yang bercampur baur. Dia tahu, langkah ini bukan mudah, tetapi dia bertekad untuk pulang, untuk berhadapan dengan kenyataan yang telah dia tinggalkan begitu lama.
Sesampainya di rumah agam milik Tengku Ali, tok daddy yang terkenal dengan hartanya yang melimpah ruah, dia melihat kereta-kereta mewah tersusun rapi di luar rumah besar itu. Satu pemandangan yang sudah lama tidak dilihatnya, satu perasaan yang seakan-akan membawanya kembali ke masa lalu. Rumah yang menjadi saksi kepada segala kenangan manis dan pahitnya.
Airis menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan dirinya. Tangannya mengetuk loceng rumah dengan perlahan. Tidak lama selepas itu, pintu terbuka dan Tengku Diana, ibunya, muncul di ambang pintu. Terkejut, matanya membesar apabila melihat Airis di hadapannya selepas 5 tahun berpisah.
“Mama, adik mintak maaf....” Airis berkata sambil memeluk tubuh ibunya dengan erat. Air matanya hampir menitis, tak dapat dibendung lagi. Dia merindui ibunya, merindui rumah ini, merindui segala-galanya yang telah ditinggalkannya.
“Ya Allah, adik... adik pergi mana sayang, mama rindu sangat kat adik, kenapa tinggalkan kami...” Tengku Diana berkata dengan suara yang bergetar, pelukan eratnya tidak pernah terasa begitu hangat. Hanya dengan satu pelukan itu, segala kerinduan dan penyesalan dirasakan seperti kembali kepada asal.
Di belakang Tengku Diana, Irwa, anak sepupu Airis yang juga merinduinya, berdiri tegak. Dia tidak menyangka akan bertemu kembali dengan Airis. Dengan langkah pantas, Irwa mendekati Airis dan menegur, “Siapa mak long yang datang?” dia bertanya, cuba memahami siapa yang sedang berdiri di depan mereka. Tengku Diana menoleh ke belakang dan mengerutkan dahi apabila melihat reaksi Irwa.
Airis, dengan senyuman yang penuh rasa rindu, menoleh ke arah Irwa. Air matanya kembali mengalir, dan dia terus memeluk Irwa dengan erat. “Acik Ina...” kata Irwa dengan suara terkejut namun penuh kasih sayang. Tidak lagi dapat menahan perasaannya, Irwa meluru ke arah Airis dan memeluknya begitu erat seolah-olah takut kehilangan lagi.
Airis tertawa kecil, penuh dengan kasih sayang. “Hai kesayangan acik Ina, dah besar dah dia...” pipi Irwa diciumnya lembut. Tangan Irwa diletakkan di bahu Airis, terharu melihat perubahan besar yang berlaku pada anak sepupunya itu. Masa yang telah berlalu membuatkan mereka lebih menghargai antara satu sama lain.
Perasaan yang sebelum ini terpendam dalam hati Airis kini sedikit demi sedikit mencair. Walaupun lima tahun yang panjang, tapi kasih sayang keluarga tetap utuh. Namun, di sebalik senyuman itu, dia masih tidak pasti dengan apa yang akan berlaku seterusnya. Namun, dia tahu satu perkara pasti — dia tidak akan berundur lagi.
Share this novel