Epilog

Romance Completed 61517

Berbulan berlalu sehingga berlalunya hari persandingan Hazel yang megah bersama Melissa Si Isteri. Tetamunya hanyalah keluarga dan rakan-rakan terdekat juga beberapa tetamu luar yang dijemput.
Sehinggalah suatu hari tiba.

"Bie. Bangun, Bie."
Tangan Sapp tidak berhenti menggoncang tubuh Shaun yang selagi mana dia tidak bangun.

"Kenapa, Honey? Ada masalah ke?" Dengan mamai dia bertanya.

"Bie, saya rasa saya dah nak bersalin."

"Biar betul. Bukan lagi seminggu ke?"

"Tak tahu. Awak sakit!"

"Boleh jalan tak ni?"

"Boleh kot."

Shaun bergegas mengambil barang yang Sapp sudah sediakan untuk bersalin kemudian memapah Sapp menuju ke kereta.

"Awak, bawa laju sikit. Sakit sangat dah ni."

"Okay, okay. Saya laju. Awak tunggu ya." Tangannya kerap kali mengusap tangan Sapp untuk bertahan sebentar lagi. Dia sedaya upaya agar sampai dengan selamat namun cepat sampai. Untungnya sekarang sudah larut malam memudahkan mereka bergerak laju.

Sesampainya di hospital, para jururawat membawa Sapp ke ruang kecemasan untuk memeriksa keadaan Sapp sebelum memastikan dia benar-benar akan bersalin atau tidak.

"Nurse, macam mana isteri saya?"

"Encik boleh masuk ke dalam. Buat masa sekarang bukaan serviks baru 4cm dan encik perlu temankan dan berikan isteri encik semangat."

"Baiklah. Saya masuk dulu."

"Ya."

Shaun lantas pergi menemui isterinya kembali setelah mengetahui keadaannya.

"Bie~~" Sapp memanggil dengan sayunya. Tubuhnya serasa sakit yang amat di seluruh bahagian tubuhnya. Dia takut jika dia tidak mampu bertahan lama.

"Honey. Mesti sakitkan."

"Sakit."

"Bertahan ya, Honey. Demi awak dengan baby kita."

"Awak, nanti teman saya ae."

"Ya, saya tentu temankan. Awak kena kuat sekarang ni."

"Saya takut."

"Saya ada dekat sebelah ni. Saya takkan pergi mana-mana, saya temankan awak."

Kata semnagat kerap kali diujar Shaun bagi menenangkan Sapp yang mungkin panik ditambah dengan kesakitan di bawah perutnya. Mereka masing-masing berharap persalinan ini berjalan lancar, janganlah sampai ada yang pergi. Shaun tidak mampu membayangkan apa akan terjadi jika itu berlaku.

.....

'AARRGGHH'

"Puan, jangan teriak, puan. Puan fokus tarik nafas dan hembus dengan cepat ya. Encik, tolong tenangkan isteri encik."

Raut wajah kerisauan terpapar di wajah Shaun sambil menggenggam erat tangan Sapp yang juga memegang tangannya.

"Sayang, tengok saya. Ikut saya ya." Shaun menarik nafas dan menghembusnya dengan kadar cepat sebagai panduan Sapp yang sukar fokus bernafas dengan baik.

Sapp mengikut kelakuan Shaun sambil sesekali meneran bayinya keluar.

Beberapa lama kemudian, terdengarlah tangisan bayi kecil mereka yang sudahpun keluar.

"Sayang, baby kita dah lahir. Congrats, Sayang." Bertubi-tubi ciuman di ubun-ubun Sapp diberikan tanda bahagianya terhadap Sapp dan bayi yang baru lahri tadi.

"Tahniah, puan, encik. Dapat baby girl." Jururawat memberikan tubuh kecil yang dibaluti kain kepada mereka.

Shaun menyambutnya dengan bangga kerana sudahpun menjadi papa dan membawa bayi mereka di hadapan Sapp.

"Honey, anak kita."

Sapp mengangkat tangannya seakan memberitahu kalau dia ingin memegang bayi mereka. Shaun lantas meletakkan bayi itu di dada Sapp biar bayi tau kalau itu mama dia. Tangisan bayi sedikit memudar, sedar dia selamat di dekat mamanya.

"Ini rupanya baby kita."

"Ya, Sayang. Nilah baby kita. Terima kasih dah lahirkan dia."

Pucat namun manis senyuman Sapp. Bahagia di hati tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.

Batalnya Kontrak akhirnya selesai setelah beberapa waktu berlalu. Terima kasih untuk semua yang sudi membaca karangan ciptaan saya selama ini. Mohon maaf sekiranya ada silap dan salah serta maaf untuk kelewatan dalam memuat naik bab baharu. TERIMA KASIH!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience