13

Romance Completed 61517

"Puan. Puan."

"Kenapa ni?"

"Ada orang call. Macam dah banyak kali called."

"Ada nampak siapa call?"

"Kalau tak silap 'Eme'."

"Takpelah, letak je telefon tu atas meja."

"Okay, puan. Saya sambung buat kerja."

"Ya."

Tak lama lepas Naina pergi, panggilan kembali muncul.

"Asal call aku ni?"

"Saja. Akak buat apa?"

"Buat pastri."

"Nak."

"Banyak cantik muka kau. Nak aku hantarlah tu."

"Aku datanglah sana. Bolehlah. Dah lama tak makan pastri buatan akak."

"Jap."

Sapp nak bercakap dengan Hazel.

"Hazel, adik aku nak datang, boleh? Jangan risau, dia tahu pasal gf kau."

"Datang je."

"Okay. Datanglah."
Sapp lanjutkan bercakap dengan Eme.

"Aku bersiap dulu. Jangan kasi siapa-siapa makan pastri akak tu."

"Terlambat. Dah ada yang makan."

"Siapa yang berani jadi pertama makan?"

"Aku."

"Takpelah."

"Dahlah. Aku nak menguli tepung ni. Baik kau sampai sebelum pastri yang ni siap."

"Okay. Okay. Tunggu aku."

"Ya."

Ada-ada je, Eme ni.
Tak belajar ke hari ni?
Suka hatilah.
Panggilan telefon dah dimatikan.

Dia teringat pasal kek puding tu.

"Kalau percaya kek tu takde racun, makanlah. Habiskan pun takpe."
Dia tujukan untuk pasangan kekasih tu.

.....

Punat loceng rumah ditekan beberapa kali.
Muncullah Naina di depan pagar.

"Encik cari siapa?"

"Aku Eme, adik Sapphire."

"Adik puan? Silakan masuk, tuan."

"Tak payahlah panggil tuan. Eme je dah cukup."

"Baiklah."

Eme memasuki perkarangan rumah sambil memasukkan motornya ke dalam halaman rumah.

"Kakak aku masih buat pastri?"

"Ya. Puan tengah cuba buat resipi baru."

"Banyak?"

"Macam banyak."

Bersinar-sinar mata Eme dengar banyak resipi baru.
Mesti sedap.

"Hazel dengan gf dia masih ada dalam rumah ke?"

"Ya."

"Yelah."
Ingatkan nak pergi, lepas tau dia nak datang.

"Akak."
Dipeluk ya kakak dia.
Rindulah tu dah lama tak jumpa.

"Lambatnya sampai."

"Aku belikan akak ni."
Eme belikan beberapa bekas berisi ais krim.

"Wah, banyak. Nice, adik akak."

"Bahagian aku, mana?"

"Sabar, baru masuk oven."

"Akak buat apa?"

"Yang tengah masak tu pai epal dengan roti berkismis."

"Resipi barukan?"

"Tahu dari mana?"

"Daripada pembantu tadi."

Eme berdiri melihat ke peti ais yang pintunya lut sinar.

"Akak nak buat apa dengan yang ni?"
Eme tunjukkan satu adunan tepung yang berbentuk segi empat.

"Tu nak buat croissant. Baru nak perap."

"Bila nak masak?"

"Esok."

"Kenapa?"

"Lagi lama perap, lagi bagus."

"Tak merasalah aku."

"Kau datanglah makan."

"Esok pun boleh pergi sini."

"Yup."

"Okay, nanti bagitau kalau dah masak."

"Tapi aku tak guarantee sedap sebab first try aku lepas lama tak buat croissant."

"Takpe, semua masakan akak guarantee sedap."

"Ya, yalah tu."

"Ya."

"Kau nak minum tak? Aku buatkan."

"Kopi ada?"

"Ada."

"Pekat dan kurang gula."

"Okay."

Lepas dah siapkan kopi untuk Eme, Sapp teruskan membuat corak untuk kek puding dia.

"Ni pun masuk resipi baru ke?"

"Ha'ah tapi akulah yang susah-payah nak buat corak nanti. Nak pekerja aku buat, kena berlatih lagi. Ni kek keempat aku buat. Dua tak menjadi, satu lagi buruk sikit. Yang ni okay-lah."

"Kalau akak yang buat, aku nak makan."

"Kau boleh je dapat dari kedai."

"Bukan buatan akak."

"Tapi resipi sama je, kan?"

"Tetap nak akak yang buat."

"Haih, kempunanlah kau kalau menunggu aku."

"Takpe, asalkan akak yang buat."

"Nah, makan. Tutup mulut kau tu."

"Eleh, malulah tu."

"Shut. Makan tu. Kalau tak, aku simpan."

"Okay, aku makan. Nak makan."

Siap je corak bunga-bunga, dia bagi terus dekat Eme.
Biarlah takde daunnya.

"Kak."

"Apa?"
Tersengih Sapp dibuatnya nampak mulut Eme ni penuh.
Sedap sangat ke sampai tak boleh makan sikit-sikit.
"Asal kau ni. Makan tu janganlah gelojoh."

"Hehe. Sedap. Nak makan banyak-banyak."

"Makanlah, Eme. Habiskan pun takpe."

"Betul ke ni?"

"Ya."

"Okay, aku habiskan."

~~~~~

Masa pantas berlalu.
Dua minggu sudah berlalu.
Percubaan dalam membuat resipi baru sudahpun siap.

"Semua dah tahukan untuk satu minggu ni kita tutup kedai."
Kedai bakery ya.

"Ya, bos."

"Bagus. Sekarang ambil kertas yang ada ni seorang satu. Mulai hari ni, aku akan ajar buat empat pastri tambahan. Harap semua fokus ya."

"Baik, bos."

"Untuk tambahan. Kedai ni akan diperbesar, jadi tak boleh lalu pintu depan. Lepas tu, kita nak fikir pasal ais krim yang akan kita jual. Yang tu, kita tak buat tapi kita kena tahu pengurusan macam mana. Ada apa-apa pertanyaan?"

"Dapur ni tak dibesarkan ke?"

"Dibesarkan tapi selepas minggu belajar ni siap. Sebab nak besarkan yang dekat bahagian depan dulu."

"Okay, bos."

Nampaknya dah takde yang nak bertanya.

"Semua ambil posisi. Sediakan apa yang patut. Kamu buat apa yang ada tertulis dalam kertas yang aku duruh ambil. Aku akan pantau korang."

Bergegas semuanya menyediakan apa yang perlu.

"Pertama-tama, kita buat croissant dulu. Lagipun itu nak kena perap lagi. Esok baru dapat siapkan."

Sibuklah hari-hari Sapp lepas ni.
Nak mengajar banyak orang ni.

.....

Sapp pulang agak lewat dari sebelumnya.
Selalunya dah sampai rumah sebelum jam 7.
Sekarang dah nak jam 10.
Semua sebab nak mengurus kedua-dua kedai dia.
Nasiblah dia belum buat cawangan lagi.
Kalau tak, banyak kedai lagi nak diurus.

Masuk saja ke dalam rumah, Sapp dikejutkan dengan bunyi lagu yang kuat.
Tadi tak dengar dari luar.
Kedap bunyi ke rumah ni?
Takkanlah.

Sapp lagi terkejut bila nampak ruang tamu yang dipenuhi manusia seperti berpasangan tapi tak tahulah betul ke tak.
Minuman keras ke tu atas meja?

Huh
Masa-masa begini dia tu nak buat party.
Nasib baik bukan rumah Sapp, kalau rumah Sapp, nak je dia halau semua tu.

Sapp pantaskan langkah ke biliknya.
Kenapalah bilik ni mesti kena lalu ruang tamu dulu.
Jauh tau.
Dahlah rumah ni besar.

Sapp kini berada dalam bilik.
Tak lupa mengunci pintu.
Dia nak mandi dulu sebelum tidur.
Kalau penat ni, tak kisah bising atau tak, lena juga tidur.

Mandinya tak membasahi rambut.
Penatlah nak keringkan rambut lagi nanti.
Esok je.

Dia keluar untuk mengambil pakaian.
Dah kebiasaan pakai baju bukan dalam bilik air.
Jadi berkemban je dia sekarang.

Dia baru je keluar bilik air.
Tiba-tiba mendapat dakapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience