"Honey, tengok sini."
"Ermm?"
'Kcack, kcack'
Beberapa gambar diambil oleh Shaun untuk memori mereka honeymoon.
Lagi-lagi bila Sapp sepenuhnya santai bercuti.
"Apa ni ambil-ambil gambar?"
"Dah Honey cantik sangat. Saya gambarlah."
"Ada-ada jelah, Bie."
Shaun meletakkan dulu telefonnya lalu menuju ke Sapp.
Sapp memandang permandangan laut senja dan matahari tak lama lagi akan tenggelam.
Shaun memeluk erat pinggang Sapp lalu menahan dagunya di bahu Sapp.
"Honey, terima kasih."
"Terima kasih kenapa ni?"
"Terima kasih dah terima saya walaupun awal mula kita kenal cuma sebagai ipar. Saya rasa beruntung sangat awak nak terima saya."
"Awak ni. Suka tau buat saya sedih."
"Lah, kenapa nak sedih pulak?"
"Takdelah. Saya rasa saya layan awak jahat tau masa kita awal-awal kenal sampai peluang 6 bulan tu."
"Mana ada. Okay je awak layan saya."
"Ye ke? Macam saya selfish tau layan awak. Awak je ada bagi effort, saya takde."
"Lah, okay-lah tu. Kan saya yang bawa awak kahwin dan masa tu awak tak move on dengan Hazel. So, saya kenalah faham keadaan awak. Jangan rasa bersalah, okay?"
"Awak tak apa-apa dengan perangai saya macam tu?"
"Saya okay. Lagipun awak sekarang dah makin rapat dengan saya, dah bagi masa awak untuk saya dan layan saya lagi baik."
Sapp membalikkan tubuhnya untuk memeluk leher Shaun.
"Terima kasih dah bersabar dengan kerenah saya padahal awak boleh je cari perempuan yang lagi baik daripada saya."
"Tak naklah cari lain. Susahlah cari yang macam awak."
"Ih, dahlah."
Sapp menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya.
Dia berasa wajahnya memanas dan mungkin menjadi sedikit merah.
"Janganlah tutup. Bagi saya tengok muka comel awak."
Shaun mencuba menarik tangan Sapp.
Untung Sapp tidak mengeraskan badan.
Shaun kemudian mengeratkan pelukan mereka sambil melagakan hidungnya di hidung Sapp.
"Honey, saya nak mandi. Awak nak join?"
"Hehe, nak."
"Jom."
Tubuh Sapp dicempung menuju ke bilik mandi.
~~~~~
Hari perkahwinan Jane telahpun tiba.
Sapp datang bersama Shaun, Eme dan Carla.
Jane tidak keberatan dengan kedatangan mereka.
"Sapp~~."
"Dah kenapa menangis ni? Ada yang buat kau sedih ke?"
"Tak. Aku terharu aku akhirnya dah kahwin."
"Alolo, dia ni. Dah isteri oranglah. Dah, laplah air mata tu. Nanti tak cantik pengantin kita."
"Ish, sajalah kau ni. Eh, Sapp. Tiba-tiba aku teringat."
"Apa?"
"Pasal adik kau dengan girlfriend dia, apa jadi?"
"Eh, kau ni. menyempat lagi nak bergosip."
"Alah, apa jadi?"
"Diorang dah putus sebelum kau bagitahu aku Mylia keluar dengan lelaki lain."
"Oh tapi kenapa putus?"
"Mylia bertunang dengan ex dia."
"Eh, dah tu Eme? Dah bertahunkan diorang?"
"Ya tapi mana kita tahu apa di fikiran dan hati orang. Semua boleh berubah, kan."
"Eme okay ke?"
"Awal-awal tak okay sangat. Sekarang dah okay kot."
"Kesiannya Eme. Mesti dia sedih."
"Macam gitulah dia."
"Err, Sapp. Diorang dua tu kenapa awkward sangat? Tak berbual ke sebelum-sebelum ni?"
"Tak. Lagipun bukan selalu jumpa pun. Takpelah, kau jumpalah tetamu lain. Aku tengokkan diorang dulu."
"Yelah."
Seronok ke berdiam diri macam tu.
Sapp meninggalkan mereka sebentar untuk bertemu Jane.
Boleh-bolehnya berdiam diri macam tu.
"Korang okay tak ni? Kenapa macam tak bercakap langsung?"
Mata mengerling sebentar ke Carla.
"Tak tahu nak cakap apalah, kak."
Diam saja Carla dengan senyuman lebar dia.
Diambilnya minuman masuk ke mulut.
"Korang dua-dua single, kan? Aku kenankan korang together-gether."
Tiba-tiba muncul perkataan tu dalam fikiran Sapp.
Biarlah sampai mereka tahu fikiran Sapp.
'Hukk.'
'Hukk'
Tak cukup nafas Carla nak hentikan batuk dia.
Lagi perih, tersedak minuman dia.
Sigap tangan Eme memberikan tisu.
Carla tidak menolaknya.
"Hah, kan padan tu."
"Akak, janganlah macam tu. Kot sebenarnya dia ada boyfriend, macam mana?"
"Jadi kalau dia betul-betul takde boyfriend, kau nak ke?"
"Akak, tak payahlah nak kenankan orang."
"Kau ni, aku nak bagi jalan kau nak ambil hati dia, kau tak nak. Suka hati kaulah."
Sapp melarikan diri ke arah Jane.
Saja nak diorang fikir kalau Sapp merajuk.
Padahal tak.
~~~~~
Masa berlalu hari demi hari menjelang.
Apa yang dirancang dan kelakuan refleks Sapp membuahkan hasil yang baik.
Mereka yang awalnya menjaga jarak semakin rapat.
Mungkin Sapp akan mendengar berita baik selepas ini.
"Sapphire?"
Sekejap.
Sapp tertegun.
Ni bukan suara Shaun atau Eme.
Tapi ni suara lelaki.
Dia tak silap dengarkan?
Kepala lantas menoleh ke sumber suara.
"Hazel."
Sapp sedari tadi berlutut kini berdiri.
Awalnya dia ingin menanam pokok di sekitar rumah mentua dia.
Sapp juga tersedar Hazel memandang perut dia sebaik saja dia berdiri.
Sebab perut dia besar kot.
"Mama papa ada?"
"Mama ada. Papa kerja. Masuklah, mesti mama happy kau balik. By the way, ni girlfriend kau ke?"
"Isteri aku."
Share this novel