17

Romance Completed 61517

Sup sayur dah siap.
Nasi pun dah masak.
Sapp sajikan untuk Hazel.

"Hazel, tidur ke?"

"Tak."

"Makanan dah siap. Makanlah."

"Tak apa ke aku makan sini? Nanti kotor pula."

"Takpe. Tinggal bersihkan je. Makanlah."

Hazel menuruti kata-kata Sapp.
Biasalah masa sakit ni dia jadi orang yang penurut.

Sapp pula keluar nak ambilkan ubat.
Dalam bilik ada kool fever je.

Telefonnya berdering minta disambut.

"Akak."

"Apa?"

"Tak balik sini dah?"

"Tak. Esok aku baru balik sana. Kerja kita, tangguh dulu ae."

"Yelah. Kalau macam tu aku nak dating dulu."

"Jangan buat macam-macam pula."

"Tak. Aku kan baik."

"Hrmm, yelah. Have fun."

"Okay, kak. Bye."

"Bye."

Sempat lagi dating ya.
Jangan lupa dah nak masuk semester ketiga.

"Pasal kerja kau ke?"

"Ha'ah."

"Padahal kau boleh je pergi kerja."

"Takpelah. Dah alang-alang aku balik ni, boleh je sambung kerja esok."

Hazel menundukkan pandangannya.

"Kau dah makan ubat?"

"Dah."

"Okay-lah. Aku nak mandi dulu. Kau rehatlah."

"Okay."

Sapp mengambil baju ganti berserta tuala lalu memasuki bilik air.
Dia awalnya nak ambil barang kerja je, mandi nanti dekat rumah.
Tahu tahu jadi macam ni.
Tapi taklah dia nak marah-marah.

Sekeluarnya dia dari bilik air.
Dia melihat Hazel yang berbaring dengan mata yang meliar.
Mungkin belum dapat tidur.

"Termenung ke?"
Ucapnya sambil menyidai tuala yang baru digunakan.

"Tak."

"Boleh aku baring sini?"
Dia maksudkan di sebelah Hazel.

"Ermm."

Sapp mengambil tempatnya.
Juga memakai selimut.

Di jarak yang begini dekat, Hazel dapat menghidu keharuman tubuh Sapp yang baru saja mandi.

"Rindu Emelly ae?"

"Mungkin."

"Kau nak tahu, eh, maksud aku, aku nak bagitau."

"Apa?"

"Restoran aku baru diperbesar, tinggal nak siapkan dekorasi. Lepas dah buka, kau patut datang sana dengan Emelly. Aku guarantee korang suka dekorasi baru tu."

"Pekerja tau tak aku siapa dengan kau?"

"Hrmm. Pekerja aku tak pernah kenal suami aku. Yang kenal kau, kawan aku je. Nanti pandailah aku terangkan dekat diorang."

"Okay, nanti aku datang."

"Oh ya, kau patut rasa menu baru dekat bakery aku. Hari tu kau dapat rasa kek puding aku je."

"Apa menu baru tu?"

"Kek puding, croissant, pai buah dengan roti yang berinti. Plus kitorang jual ais krim juga."

"Ais krim perisa apa?"

"Coklat, strawberi, vanila dengan durian."

"Common-nya."

"Dah tu nak jual perisa apa?"

"Patut jual yang jarang ada."

"Macam?"

"Kelapa, maybe. Oren ke, apel ke, maybe peppermint pun patut ada."

"Ada ke orang jual? Kalau peppermint tu percayalah ada jual."

"Kau beli ke?"
Hazel lebih mendekati Sapp untuk memeluknya.
Sapp tidak menghalang.

"Ya. Aku tak pernah lagi buat ais krim."

"Hrmm, patutlah. Kalau kau pandai buat lagi bagus. Boleh buat ais krim yang berperisa baru."

"Betul juga tu. Hrmm, nanti aku belajarlah. Thanks idea."

"Hrmm."

"Okay-lah, rehatlah. Nanti makin banyak aku bawa bercakap."

"Takpe. Aku suka dengar kau bercakap."

"Kalau macam tu, ermm. Kalau bakery dah siap dekorasi, kau patut datang juga. Dekat sana takde siapa kenal kau."

"Ermm."

"Aku nak tanya something tapi akan ganggu privasi kau. Jadi kau nak jawab atau tak, tu terpulang pada kau."

"Apa?"

"Macam mana kau boleh terfikir untuk tak jadi playboy lagi?"

"Kau tau aku pernah jadi playboy daripada siapa?"

"Tak tunggu orang bagitau pun, aku dah tahu. Aku junior kau dekat sekolah menengah."

"Jadi kau dah kenal aku?"

"Setakat tahu nama dengan perangai famous kau je. Aku pernah bercakap dengan kau tapi mungkin sebab banyak perempuan yang kau kenal sampai tak kenal aku."
Tipu.

"Takde sebab tertentu pun. Cuma penat melayan banyak perempuan."

"Banyak-banyak gf, kenapa Emelly yang kekal dengan kau?"

"Mungkin sebab dia setia dengan aku. Aku kenal dia sejak dekat U. Dia junior aku."

"Oh, takpe ke kau cerita ni? Aku dah ganggu privasi kau."

"Takpe. Bukan rahsia pun."

"Kau ada nak tanya pasal aku? Biar kita adil."

"Hrm, kau memang takde bf masa kena suruh kahwin dengan aku?"

"Takde. Jujur aku malas nak bercinta sebab dulu crush aku buat aku insecure untuk bercinta. Aku baru confess, dia dah ejek aku. Sedih."

"Dia ejek apa?"

"Dia kata aku nerd padahal aku suka baca buku je."

"Budak pandai ae kau?"

"Bolehlah. Masuk kelas kedua."

"Mungkin dia buta masa tu."

"Hrmm, ye kot. Sebab sekarang 'dia' berani peluk aku dah."

"Hah? Dia peluk kau? Kau ada contact dengan dia?"

Please, Sapp nak gelak.

"Ada. Siap pernah tidur satu katil."

"Kalau macam tu, kenapa kau tak couple je dengan dia? Tak payah kau kahwin dengan aku."

"Bodoh ke apa? Dia dah jadi suami aku sekarang tapi malang aku dah takde perasaan."

"Wait. Kau maksudkan aku ke?"

"Of course, kau je suami yang aku ada."

Terkebil-kebil Hazel mencerna apa yang Sapp baru cakapkan.

"Seriuslah kau pernah confess dengan aku?"

"Ya. Mesti kau dah lupa punya. Kan banyak perempuan lain yang confess juga."

"Kau dah tahu aku playboy, kenapa confess juga?"

"Entah, aku bodoh kot."

Hazel menghelakan nafas beratnya.

"Okay, kita dah fair. Sekarang kau tidur, kena rehat banyak."

"Ermm."

~~~~~

Hazel sudahpun membaik.
Sapp tak perlu lagi menjaga dan dia menyelesaikan kerjanya.

*Restoran kau dah siap deko?*

*Dah, knp?*

*Kalau dah buka, aku bawa Emelly prgi sana.*

*Dah buka. Dtglah.*

*Kau ada?*

*Aku dkt bakery. Nnti baru aku prgi sana.*

*Pasal kwn kau dah settle?*

*Blm. Aku bagitau dia skrg.*

*Okay.*

Hazel tak datang dengan Emelly je.
Dia bawa kawan dia sekali.

Tak berlengah masa, Sapp call Jane.
Kalau Jane nampak Hazel dengan perempuan lain, memang dia serbu je tu.

"Aik, Sapp. Kau kenapa? Bukan kau tengah kerja ke?"

"Aku nak cakap ni."
Sapp masuk ke kereta dulu.
Nanti ada pulak dengar apa yang dia nak cakap.

"Hah apa? Aku kena layan pelanggan ni."

"Jap. Jap. Kau ingatkan muka laki aku?"

"Ya."

"Kalau kau nampak dia datang sana dengan perempuan,kau jangan serbu dia tau."

"Eh, dia nak datang dengan perempuan lain ke?. Kau tau dia curang?"

"Tak. Macam ni. Aku singkatkan cerita. Okay."

"Okay."

"Aku dengan dia ada kontrak. Dia bagi aku RM50000 dan aku cover hubungan dia dengan gf dia. So, kau jangan nak menyerang nanti."

"Hah!. Kau serius?"

"Ya, serius, Jane."

"Kenapa kau macam ni?. Aku fikirkan kau kahwin dengan dia sebab dia crush kau dulu."

"Tak. Aku dah takde perasan dah dengan dia."

"Jadi korang just main kahwin-kahwinlah ni?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience