Sapp kini dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
Sudah tentu Shaun hantarkan.
"Shaun, kau ada tengok berita semalam?"
"Takde, kenapa?"
"Emelly dah takde. Bunuh diri katanya. Kau rasa sebab Hazel tak nak tanggungjawab anak dalam perut dia ke?"
"Boleh jadi tapi tengok gaya Hazel, macam bukan dia yang buat Emelly tu mengandung."
Sapp membalas dengan anggukkan.
Setuju dengan kata-kata Shaun.
Namun, Sapp perasan perubahan riak wajah Shaun yang menyuram.
"Kau tak suka ae aku cakap berkaitan Emelly atau Hazel?"
"Taklah, aku okay je."
"Yelah tu. Muka tiba-tiba berubah kata okay je. Ketara sangat menipu."
Sapp menyilangkan tangan sambil menghembus nafas berat.
"Sapp-"
"Dahlah, diam je. Takde mood."
Cemberut dah muka Sapp.
Dengan wajah yang dibuang ke luar tingkap kereta.
Berdiam dirilah kedua-dua manusia ni sepanjang perjalanan.
"Sapp, kejap."
Shaun menahan Sapp yang ingin segera keluar dari kereta.
"Nak apa?"
Sapp bertanya dengan nada dinginnya.
Takde mood-kan, gitulah jadi.
"Aku bukan tak suka kau nak cerita apa-apa pasal Emelly ke, pasal Hazel ke tapi aku cemburu kau kisah pasal Hazel. Cumanya aku belum ada apa-apa hubungan dengan kau, jadi aku tak naklah kau fikir aku ni cemburu buta."
"Ermm."
"Jangan marah-marah, okay?"
"Ermm."
"Comellah dia ni monyok macam ni."
Dicubitnya pipi Sapp tu.
"Okay-lah, nak kerja. Bye."
"Okay, Sayang."
"Hah!?"
"Upps, tak boleh lagi ae."
Mengusik pulak dia.
"Ish, dia ni."
"Nanti call kalau nak balik."
"Ya, ya."
.....
Hari ni hari Khamis yang dijanjikan.
Namun Sapp tidak dapat pulang awal, pulang pun dah jam 5 lebih.
Sapp memandang ke langit yang kian menjingga.
Tak lama lagi nak gelap.
"Besarnya tempat ni, mesti best."
"Banyak benda kita boleh buat dekat sini. Kau nak try mana dulu?"
"Of course yang paling awal ni. Ke kita nak pusing-pusing dulu?"
"Ermm. Entah. Tak dapat pilih."
"Kita pusing-pusing dululah. Nanti kalau ada yang kau nak cuba, kita berhenti."
"Okay-okay."
Rambangnya mata Sapp tengok kiri kanan dia, banyak game ada sampai susah nak pilih nak cuba mana dulu.
Makanan lagilah sini sana ada.
Buat Sapp lapar pula tengok makanan sedap-sedap ni.
"Akak!"
Terhenjut bahu Sapp disapa mendadak.
Buat sakit jantung.
"Mylia, ingatkan sesiapalah yang panggil tadi."
"Akak dengan siapa ni? Eh."
Mylia sedikit tercengang memandang Shaun.
"B-bukan ni abang ipar akak dulu ke?"
"Ya."
"Akak-."
"Jangan banyak tanya."
Eme menutup mulut kekasihnya dengan tangan sendiri.
Dia risau pertanyaan kekasihnya akan mengguris hati kakaknya.
"Eme, takpe. Bagi je dia cakap."
"Tapi-"
"Takpe."
Eme menuruti Sapp.
Dia membuka semula mulut Mylia.
"Ih, awak ni. Saya sesak nafas tau."
"Cepat tanya, kita nak pergi."
Eme ingin mempercepatkan proses komunikasi ni.
Biarlah mereka masing-masing menikmati temu janji mereka di sini.
"Akak nak cerai sebab akak curang dengan dia ke?"
Kelat perubahan wajah Sapp.
Tangan kanannya menyentuh dada kirinya.
"Wah, menusuk."
Pedas pula mulut Si Mylia ini.
"Soalan apa ni? Cakap elok sikitlah."
Giliran Shaun bersuara.
Dia yang bawa Sapp kahwin, disangka pula Sapp curang bersama dia.
"S-saya tanya je."
Takut pula dibuatnya.
"Dahlah, jom gerak. Jumpa nanti, kak."
Eme memeluk pinggang Mylia lalu mendorongnya berjalan maju
"Siapa perempuan tadi tu? Berani betul dia cakap macam tu." Tanya Shaun.
"Gf Eme."
"Dah rapat sangat dengan kau ke? Celupar betul."
"Boleh tahan rapat."
Shaun menghembuskan nafasnya berat.
"Dahlah tu. Kita jangan fikirkan diorang."
"Mood kau masih okay ke?"
"Tak tapi takpe. Lama-lama okay-lah ni."
"Kalau kau tak okay, bagitau je."
"Ya."
"Ermm~~"
Shaun sambil memandang ke kiri dan ke kanan.
Shaun memandang permainan apa patut dia bawa Sapp main.
"Nak tak main yang tu?" Tuju Shaun ke suatu kedai.
"Ermm, boleh."
Bermulalah perjuangan mencuba segala macam permainan yang ada di sana.
Dari yang mudah sampailah ke ekstrim seperti permainan rollercoaster.
"Aku nak pergi sana dulu."
Sapp ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya.
Shaun turut mengikut dari belakang.
"Hai, akak. Nak beli aksesori ke? Kita ada banyak aksesori dekat sini. Untuk couple pun ada." Ujar Si Penjual.
Couple?
Sapp terpandang Shaun sekejap.
Dia kemudian kembali memandang cekak kepala yang berbentuk telinga kucing dan berbulu.
Dia cuba diletakkan atas kepala.
Padanlah juga.
Sapp turut memandang yang lain.
Keychain yang bergantung turut menarik perhatian.
"Kami masih headband serupa kalau akak nak lagi satu. Kalau akak nak tengok semua aksesori couple pun, saya boleh tunjuk." Gigih penjual ni nak Sapp beli barang dia.
Tangan Sapp menggapai sepasang keychain kucing yang membentuk hati dan sepasang gelang tali.
"Kalau aku beli ni, kau nak tak ambil satu?"
"Mestilah ambil."
"Okay. Minta satu lagi macam ni."
Sapp tujukan cekak kepala yang dia berminat tadi.
Cepat je dah ambil cekak kepala tu.
"Tu jelah saya beli. Awak kiralah."
"Okay. Semuanya RM**.** "
Sapp memberikan wangnya.
"Terima kasih, kak, bang. Semoga hubungan akak dengan abang ni kekal sampai bila-bila."
Mereka berdua tersenyum lebar.
Serasi sangat ke diorang berdua ni sampai dia cakap macam tu.
"Terima kasih."
Mereka kemudiannya berlalu pergi.
Mereka nak pergi main lagi.
"Nah, pakai."
"Buat?"
"Biar kita matching. Tak nak ke?"
Shaun senyum hambar dulu.
Dia lelaki tau, mana sesuai pakai cekak kepala.
"Tak nak, sudah. Haih, cakap jujur pun susah."
"Bukan tak nak pakai tapi tak pandai pakai."
Shaun menipu kali ni.
"Ye ke tak pandai pakai?"
"Ya."
"Aku pakaikan?"
"Boleh."
Mereka kini saling menghadap dengan Sapp yang ingin memasangkan cekak kepala di kepala Shaun.
Sapp pastikan cekak tu tak mengganggu rambut Shaun.
"Dah."
"Aku tak burukkan?"
"Mana ada. Handsome jelah kau."
"Wah, kena puji."
"Jom main lagi."
"Kita pergi rumah hantu, jom. Mesti best. Kot-kot kau takut lepas tu peluk aku."
"Amboi. Dah fikir senario kejadian ke tu?"
"Dah tapi tak semestinya sama dengan realiti. Kot kau pula ternampak aku ketakutan."
"Macam-macamlah kau ni. Jomlah, pergi."
Mereka sama-sama memasuki rumah hantu.
'Aarrgghh'
"Uish, terkejut aku."
Kedengaran suara pengunjung lain berteriakan.
Seram sangat agaknya muka hantu dalam ni.
"Eh. Shaun? Shaun, kau dekat mana?"
Sapp berasa Shaun hilang di sekitarnya.
Sapp mulai maju ke hadapan seorang diri.
Lagu menyeramkan pun muncul menambahkan ketakutan di hati Sapp.
Di sekelilingnya terdengar bunyi larian kaki yang entah dari mana.
Hilaian tangisan dan ketawa menaikkan bulu roma Sapp.
Sebuah tangan menyentuh tangan Sapp.
"Argh!"
Kalau dah sentuh-sentuh memang Sapp teriak terus.
"Sapp, ni aku."
"Ihh, Shaun. Kau pergi mana?"
"Tadi aku kena tarik dengan hantu."
"Buat terkejutkan aku jelah kau ni."
"Kenapa takut ke tu?"
"Boleh tahan."
"Okay-lah, jom cari jalan keluar."
"Ermm."
Shaun menggenggam tangan Sapp.
"Kenapa pegang tangan ni?"
"Biar aku tak hilang lagi. Aku dengar kau cari aku tadikan."
"Cih."
Dalam beberapa minit kemudian, mereka dapat keluar dengan melihat wajah-wajah mengerikan daripada hantu-hantu dekat dalam.
Adalah juga Sapp teriak terkejut tapi tak sampai peluk Shaun.
"Sekarang kita pergi mana?" Tanya Shaun.
"Jom pergi tu pula."
Sapp memandang ke Ferris wheel yang menyala dengan terang.
"Jom."
Sebelum tu, diorang pergi beli makanan dengan minuman dulu.
"Sapp, kau happy tak malam ni?"
"Happy. Lama tak keluar macam ni. Boleh relakskan diri. Kau?"
"Happy. Dapat spend time dengan kau."
Share this novel