Tibalah hari di mana mereka akan meluangkan masa bersama-sama.
Excited teruk dah Shaun cuma dia tak tunjuklah.
"Kau dah lunch? Kalau belum, makan dulu."
"Dah makan, kau?"
"Dah. Kalau macam tu kita beli minuman lepas tu main arked, nak?"
"Nak."
"Okay, kau nak air apa?"
"Milk tea."
"Tunggu sini sekejap."
Shaun tinggalkan Sapp sekejap untuk dapatkan minuman.
Lebih kurang 10 minit mcam tu, Shaun dah balik dengan dua minuman di tangannya.
"Nah."
Dihulurnya minuman teh susu Sapp tu.
"Terima kasih."
Dia menyambut dengan senyuman.
"Aku ada nampak tempat main bowling tadi, nak try tak?"
"Nak."
Mereka berdua berjalan bersama.
"Kau pandai main?"
"Tak."
"Sebelum ni pernah cuba main?"
"Pernah tapi susahlah.*
"Takpe, nanti aku ajar."
"Erm, nak nak."
'Sapphire?'
Siapa pula yang memanggil?
Orang didepan Sapp sungguh dia tak kenal.
Sampai berkerut dahi Sapp nak mengingat.
"Ingat aku lagi?"
Sapp menggeleng jujur.
"Aku Farizlah. Jumpa dekat club dulu."
Sumpah tak ingat langsung dalam fikiran Sapp.
"Maaf, tak ingatlah."
"Takpelah. Ni korang dating ke?"
Sapp menjawab dengan senyuman.
Tak nak dia jawab apa-apa.
Shaun pun dia je.
"Err, kalau macam tu aku pergi dulu. Bye."
Kekok pula takde jawapan.
"Bye."
Jengkel pula Sapp rasa bila Fariz tu acah rapat dengan diorang.
"Jomlah jalan."
Sapp mengajak untuk terus berjalan.
Perkara yang tadi dibiarkan berlalu dan mereka meneruskan permainan bowling mereka.
Bukan itu saja mereka melakukan arked lain yang ada dalam mall besar dipenuhi orang.
"Wah, best-nya dapat main semua ni."
"Tak penat?"
"Penat sikit tapi takpe, enjoy je."
"Baguslah kalau macam tu."
"Dah penat main ni, laparlah pulak."
"Nak makan ke? Jomlah. Kau nak makan apa?"
"Tak tau."
"Kalau macam tu, kita duduk restoran dulu baru kau pilihlah."
"Erm, okay."
.....
"Sapp. Mama ada bagitau nak bawa kau dinner tapi Hazel pun ada."
"Korang tak nak dinner satu keluarga je ke? Nanti aku ada, aku bukannya ahli keluarga korang."
"Takpe. Mama dah jemput tapi kalau kau tak nak, mama mesti faham kenapa."
"Ermm, kalau dah macam tu. Nanti aku pergi."
"Kau okay Hazel ada?"
"Okay je. Kaukan ada."
"Okay, nanti aku inform mama. Mesti dia suka."
"Ermm."
"Hrmm. Wah wah perempuan ni. Dah dapat adik, abang pun nak merasa juga."
Muncul pula perempuan ni depan mata diorang berdua.
Dah lama tak jumpa, ingatkan takkan terjumpa lagi.
Orang tengah sedap makan pun nak dikacau.
"Shaun, dah takde perempuan lain ke sampai kau nak juga perempuan ni?"
"Kau nak apa ni? Cari pasal dengan aku ke?"
"Takdelah. Kot-kot kau lupa perempuan ni bekas isteri Hazel. Kaukan bujang, takkan nakkan janda adik kau ni."
"Cukup, Emelly! Kau boleh tak pergi dari sini!? Kitorang nak makan dengan tenang."
"Eh, perempuan. Kau ni dah terdesak nak kahwin ke sampai bekas abang ipar kau pun kau nak?"
Sapp diam.
Dia teruskan mengunyah makanan dia.
Baik dia isi perut dia daripada melayan perempuan senget ni.
Dilayankan nanti makin menjadi-jadi.
"Berani kau diam ku!?"
"Ma-maaf ya, puan. Ada masalah kecurangan ke ni?"
Hah?
Tiba-tiba je pelayan ni muncul cakap macam tu?
"Hahaha, kau fikir ni drama ke nak tangkap kecurangan bagai. Kalau aku kena curang, aku buat macam ni."
Emely dengan santai mengambil minuman sirap bandung Sapp dan disiramnya di kepala Sapp.
Habis basah Sapp dibuatnya.
Sapp yang berang lantas berdiri dan mendaratkan tamparan pedas di pipi Emelly.
"Perangai kau elok sikit ae. Aku tak buat masalah langsung dengan kau. Kau yang cari pasal. Bodoh!"
"Kau-"
Tangannya cuba menggapai pipi Sapp namun terhalang bila Shaun menghalangnya.
"Kau jangan nak apa-apakan dia lagi."
Pergelangan tangan Emelly dilepas kasar.
Shaun membawa Sapp pergi tapi sebelum tu, bayar bil makanan dulu.
Nanti tak dapat keluar pula.
"Basah teruk baju kau ni. Kau nak tukar apa?"
"Hantar aku baliklah. Aku tak pergi tempat kerja lagi."
"Okay. Jom."
Tak sempat nak dating lagi.
Semuanya berpunca dekat Si Lahanat tu.
Sibuk betul dengan hidup orang.
Sepanjang perjalanan, mereka berdua ni diamkan diri.
Yang Sapp ni memikirkan perkataan Emelly, yang sorang lagi tak berani nak menegur.
Sedar-sedar je dah sampai rumah Sapp.
"Sapp, jangan lupa dinner malam ni ya."
"Okay. Nanti ingatkan aku lagi. Takut aku lupa pula."
"Okay."
.....
Siang berganti malam.
Sapp sudahpun bersiap dan pergi ke rumah keluarga Shaun.
Sedikit berat hatinya untuk pergi.
Mungkin kerana sebelum ini dia adalah sebahagian dari keluarga tu tapi sekarang bukan lagi.
Sampai je depan rumah, Carla jemput Sapp masuk.
"Kakak. Awalnya sampai."
"Sengaja datang awal. Nah, oleh-oleh."
"Wah. Apa isi ni?"
"Dessert je tu. Saya buatkan."
"Mesti sedap. Terima kasih, kak."
"Hehe, sama-sama. Mama awak mana?"
"Dekat dapur."
"Dia masak ke?"
"Erm."
"Saya pergi tengokkan lah."
"Tak payah. Akak tu tetamu, kena dekat ruang tamu je."
Riak wajah Sapp yang tersenyum memudar.
'Tetamu?'
Haha.
Sapp lupa kalau dia bukan menantu keluarga ni.
Takpelah.
Sedarlah diri tu.
"Okay-lah kalau macam tu."
Kekok pulak jadinya.
"Sapp. Pergi je dapur kalau kau nak. Jangan fikir sangat dengan apa Si Carla cakap tu."
Alamak.
Tiba-tiba dalam dilema.
Carla kata 'tetamu kena ada dekat ruang tamu je'.
Shaun pula kata 'pergi je'.
Dia nak je pergi tolong dekat dapur
tapi nanti Carla fikir dia ni penyibuk dalam rumah orang pula
"Alah, kak. Sini jelah. Shaun, akakkan tetamu, janganlah bagi dia penat."
"Huh. Takpelah Sapp, kau tak payah risau pasal mama tu. Ada je yang tolong dia masak."
Sapp hanya tersenyum, nasib baiklah Shaun faham dia.
"Tuan. Dekat luar ada perempuan cari Tuan Hazel. Dia sambil menangis."
"Siapa? Kamu tak kenal ke?"
"Saya dah lupa siapa."
"Takpelah, saya tengokkan."
Yang berbual dengan Shaun tadi pembantu rumah yang dah berumur.
Sebab tu sopan sikit.
Carla dengan Sapp yang busybody pun pergilah ikut Shaun tu.
Terdengar suara wanita yang meraung-raung di depan pintu pagar yang terkunci.
Dah kenapalah perempuan ni?
"Emelly. Apa kau buat dekat sini ni? Asal kau cari Hazel?"
"Aku nak Hazel bukan kau."
"Hazel takde."
"Kau tipu. Dekat sini mesti ada Hazel!" Sambil berteriak dia bercakap.
"Eh, ada apa ni?" Mama yang dekat dapur tadi muncul di depan pintu.
"Dia cari Hazel, ma."
"Kamu nak apa lagi dengan Hazel? Kamukan dah takde apa dengan dia."
"Aunty, I mengandungkan anak Hazel!. Dia kena tanggungjawab semua ni."
Share this novel