Puas Sapp berbual dengan Adneil.
Puas juga Hazel jumpa gf dia.
Mereka kini dalam perjalanan balik ke hotel.
"Lepas dah tinggal rumah kau dengan keluarga aku, kita terus pindah rumah yang aku beli. Aku mungkin selalu bawa gf aku. Hal kemas rumah, memasak, laundry semua pembantu rumah yang buat. Jangan risau, aku takkan buat kau penat."
"Okay."
Diperjelaskan semua.
Sapp tak ada komen lain.
"Tempat kerja kau dekat dengan area Taman *****? Aku nak beli rumah dekat sana."
"Dekat area sana ada."
"Tempat kerja kau banyak ke?"
"Ya."
"Huh."
"Beli je rumah mana-mana kau nak. Jauh atau dekat tempat kerja aku, tak payah kisah. Lagipun aku pergi kerja guna kereta bukannya jalan kaki."
"Baguslah kalau kau fikir macam tu."
"Boleh aku tanya something?"
"Apa?"
"Kau tak rasa kahwin dengan aku ni membebankan ke? Banyak benda kau kena urus sebab aku. Setakat harta, kau boleh je cari tanpa kahwin dengan aku."
"Aku memang terbeban kahwin dengan kau tapi aku lagi terbeban kalau tak kahwin dengan kau."
"Okay."
.....
"Nanti kamu balik mana dulu? Rumah mama ke rumah papa kamu?"
Mama tanya ke mana akan Sapp dan Hazel pulang setelah tinggal di hotel.
Sebaiknya keluarga perempuan dulu.
"Itu nanti saya bincang dengan Hazel. Sebenarnya saya mana-mana je, asalkan Hazel nak pergi."
"Yelah. Nanti kamu ambillah hati Hazel ya. Mama nampak kamu boleh ni rapat dengan Hazel."
"Saya cuba. Nanti mama bagi tips ae."
"Boleh. Nanti bila tinggal dengan mama, mama bagitahu rahsia nak pikat Hazel ya."
"Yeah, okay, ma."
"Mama pergi dulu. Tak nak kacau kamu."
"Alah, tak kacau pun, ma."
"Pergilah rehat. Urus majlis semalam mesti penat."
"Hehe. Okay, ma."
Kini, mama pergi.
Sapp sudah boleh masuk ke bilik.
Sebaik saja masuk, tubuhnya disandar paksa ke dinding.
Matanya memandang tepat ke mata Hazel.
"Kau dah kenapa?"
"Kau ada niat nak ambil hati aku ke?"
Nada yang berat menyatakan kemarahan Hazel.
"Nope."
"Dah tu, kenapa kau tanya mama tips nak ambil hati aku!?"
Suaranya makin ditekankan.
"Huh? Tu je kau dah marah. Hello, itu cara aku berlakon. Aku nak rapat dengan mama kau bukan kau. Aku bukan orang yang hipokrit dan bukan orang yang nak monopoli semua benda."
"Awas kau kalau kau cuba nak dekat dengan aku."
"Eleh, bukan kau ke nak dekat dengan aku? Buat posisi macam ni."
Hazel yang tadi mengepung Sapp lantas menjauhkan diri.
Sapp menyepetkan matanya.
"Jangan risaulah. Aku tak jahat nak rebut kau daripada gf kau. Kalau aku nak sangat dengan kau, baik aku goda kau terus."
Sapp mengambil tempat di sofa.
"Esok kita nak balik mana? Rumah keluarga kau dulu ke rumah keluarga aku?"
"Mana-mana je."
"Oii, aku nak kau pilih."
"Aku tak dapat pilih."
"Aku pun tak dapat pilih."
"Rumah keluarga kaulah."
"Okay."
~~~~~
Di pagi hari yang nyaman.
Sapp membangunkan diri.
Sekarang dia sudah berpindah ke rumah Hazel.
Sepanjang dia tinggal di rumah keluarga Hazel dan keluarga dia, semuanya berjalan lancar.
Dia melihat nota telefon untuk melihat perkara utama yang dia akan buat hari ni.
"Hrmm. Hari ni dah boleh buka kedai. Lepas tu nak pergi jumpa client. Lepas tu nak belajar masak."
Tak banyak yang nak dibuat.
Harap semuanya berjalan lancar.
"Sekarang nak mandi. Lepas tu sarapan. Orang tu nak aku masak sarapan ke? Tak payahlah, macamlah sebelum ni aku masakkan untuk dia."
Bermonolog sendiri Sapp.
Lepas dah pindah sini, Sapp memang dah tak masak untuk Hazel.
Suka hati dia nak makan apa.
Makan dengan gf dia kot.
Hari ni Sapp pakai baju yang dia biasa guna pergi kerja.
Baju kemeja satin bersama seluar slack.
"Selamat pagi, puan. Saya ada siapkan nasi goreng. Puan nak?"
"Tak. Lepas ni kalau masak, untuk tuan je. Saya tak makan berat pagi-pagi."
"Puan tak makan sarapan dah ke?"
"Bukan. Saya selalu sarapan makan oat kalau pergi kerja. Lepas ni, tolong sediakan air panas ya untuk saya makan oat."
"Baik, puan. Minum, puan tak nak?"
"Saya minum coklat panas."
"Baiklah, saya buatkan."
Sebelum ni, Sapp bersiap lebih awal.
Jadi dia siapkan makanan dia sendiri.
Pembantu rumah mula kerja jam 6, Sapp bangun jam 4, dah bersiap jam 5.
Tak sempat pekerja nak siapkan sarapan.
Sekarang problem dia dah berkurang, jadi dah tak perlu datang awal lagi.
"Puan."
"Ya."
"Sorry busybody. Hubungan puan dengan tuan tak okay ke?"
"Kenapa?"
"Puan dengan tuan tidur terpisah."
"Oh. Ada kisah di sebalik kenapa kami macam ni. Jangan tanya-tanya pasal ni dengan tuan kalau tak nak kena pecat ya. Dan lebih baik apa yang awak nampak dalam rumah ni, awak diamkan dan jangan bagitau orang luar ya."
"Baiklah, puan."
"Dah, saya pergi dulu. Tolong kemaskan ya."
"Baik, puan."
Jangan busybody lagi.
Kau tak tau kang Hazel tu mengamuk, kena pecat kau.
"Oii."
"Apa?"
"Malam ni ikut aku pergi majlis papa."
"Papa mana?"
"Papa aku."
"Buat?"
"Nak perkenalkan kau, isteri aku."
"Ih, tak nak aku. Mesti banyak orang yang pergi."
"Kalau tak banyak, baik tak payah perkenalkan kau."
"Dalam medsos dah banyakkan berita pasal kita, cukuplah tu."
"Kau boleh tak jangan banyak alasan. Yang nak perkenalkan kau tu, bukan aku tapi papa. Bagi aku, tak payah pun nak perkenalkan kau."
"Then, tak payah aku pergi. Bye."
"Oii, kau kena pergi juga."
"Tak nak. Tak nak."
Dah macam budak-budak suara Sapp.
"Huh, kau nak apa?"
"Hehe."
Tahu-tahu je Hazel, Sapp nak sesuatu.
"Aku nak coklat banyak-banyak."
"Okay, aku belikan."
"Nice. Nanti nak pakai baju apa? Jam berapa?"
"Baju, aku sediakan. Jam 7, kau mesti dah bersiap."
"Okay. Pastikan ada ya coklat aku."
"Ya ya."
Ada-ada jelah Sapp ni.
.....
"Bos."
"Kau kenapa?"
"Rindu bos."
"Ih, mengada. Kau pergi buat kerja sana."
"Eleh, bos ni. Nak manja sikit pun tak bolehlah."
"Diam. Pergi sana. Manja konon. Tak siap mengemas nanti kang."
"Yelah-yelah."
Pekerja tu dah pergi.
"Kau ni, Sapp."
"Apa?"
"Orang tu baru je jumpa."
"Suka hatilah. Kau jangan sibuk."
"Eleh, mentang-mentang dah kahwin. Temberangkan sekarang."
"Mana ada, kau nak reka cerita ae."
"Yelah tu. Mentang-mentang husband dia handsome-kan."
"Dah-dahlah tu nak mengejek aku. Bagus kau buat kerja. Aku ni nak jumpa client lagi."
"Hrmm, businesswoman memang busy."
"Jane, kau janganlah macam tu. Aku ni banyak nak diatur tau. Aku ni penat nak mengatur tapi kena atur juga. Tak pasal-pasal banyak benda terbengkalai, korang juga yang susah nanti."
"Janganlah serius sangat. Aku nak main-main je."
"Jangan sekarang. Aku tengah pulihkan tenaga ni."
"Okay, sorry."
"Hrm."
Share this novel