18

Romance Completed 61517

"Jadi korang just main kahwin-kahwinlah ni?"

"Anggap jelah macam tu."

"Yelah, faham. Nak aku bagitau semua ke?"

"Janganlah semua. Mampus aku dengan Hazel nanti. Kau tolong diamkan mulut pekerja yang tahu Hazel tu suami aku je. Jangan lebih-lebih."

"Yelah."

Harap dapatlah Jane tahan perasaan dia tak nak menyerang Hazel.
Bertahanlah.

.....

Sapp dah kena panggil dengan Jane.
Banyak betul pelanggan katanya sampai tak cukup tangan.
Bergegas Sapp pergi sana.
Padahal baru sepuluh minit lalu dia call pasal Hazel.

"Bos."
Pekerja di kaunter menyapanya.

Senyuman kecil diberi.

Sumpah dia tercengang tengok pelanggan yang banyak.
Dia melihat Jane yang sedang ambil order.
Melotot je dia tengok satu arah ni.
Sapp tengok je arah Jane tengok.
Hrm, Hazel dengan gf dia.

Pelanggan tak pula tegur Si Jane.

'Jane, kau tengah kerja.'
Sapp mengambilkan kertas memo dan pen di tangan Jane.
'Kau masuk dulu.'

Jane pergi dengan wajah datar.

"Maaf, tuan, puan. Dia tak fokus tadi. Biar saya yang ambilkan order."

Nasib baik pelanggan tak marah.
Sapp senaraikan semua order pelanggan tadi.

"Puan kerja sini ke?"
Mesti dia nampak cincin kahwin Sapp ni.
Sebab tu panggil puan.

"Lebih kurang macam tu."

"Tadi saya ada nampak pasal satu bakery dekat kaunter. Pires bakery?"

"Phire's (Fair's) Bakery. Tuan nak tahu pasal bakery tu ke?"

"Ya."

"Kalau macam tu, bagi saya hantar order dulu. Nanti saya datang balik."

"Baiklah."

Sapp pergi hantarkan order.
Tak lupa dia letakkan beg dia dalam bilik kerja dia.

"Dah datang isteri kau."

Sekumpulan manusia memandang ke arah Sapp.
Sapp tak perasan langsung sebab diorang dekat pepenjuru.

"Seksi."

"Asal Emelly, kau cemburu ke? Padahal kau pernah lagi seksi."

"Diamlah."

Setakat pakai skinny jeans dengan kemeja singkat je pun.

"Hazel, kau tak berniat nak jadikan dia isteri sebenar kau ke? Aku tengok dah perfect tu nak jadi isteri mithali."

"Kau jangan nak menghasut Hazel ae."

"Aku cakap je."

Hazel mendiamkan diri.
Kalau dilayan ni, ada pulak yang bergaduh.

"Inikan poster yang tuan nampak?"
Sapp memberikan sekeping poster yang mengandungi maklumat pasal Phire's Bakery.

"Ya. Kedai ni dah lama ada ke?"

"Tak, baru 2 tahun lebih buka. Sama dengan kedai ni."

"Apa yang baru ni?"

"Bakery tu akan keluarkan pastri baru yang sebelum ni tak dijual. Pastri baru tu croissant, roti berinti, pai buah, kek puding dengan ais krim. Untuk ais krim, cuma terjual yang biasanya terjual di luar. Kemungkinan besar nanti akan jual ais krim yang jarang ada."

"Bila kedai buka?"

"Buat masa sekarang, kedai dalam penambahbaikan. Buka dalam 4 hari lagi."

"Waktu beroperasi?"

"Jam 8 pagi sampai jam 5 petang saja."

"Tak sampai malam?"

"Tak, sebab malam kena sediakan pastri untuk esoknya."

"Jual kek juga, kan?"

"Ya. Banyak perisa ada. Kalau tuan nak rasa bos punya kedai yang buatkan, tuan patut rasa kek red velvet."

"Bos pun pandai buat?"

"Kalau tak pandai buat, susah jadi bos, tuan."

"Menu lain, bos tak masak?"

"Masak kadang-kadang. Selalunya kalau bos rajin."

"Boleh tempah?"

"Boleh. Sebaiknya seminggu atau beberapa hari sebelum hari tuan nakkan tempahan."

"Okay. Restoran tak tambah menu juga?"

"Buat masa sekarang tak. Tuan rasa kami patut tambah menu ke?"

"Saya teringin nak makan makanan tradisional. Mungkin boleh tambah. Jarang orang nak saji makanan tradisional sekarang."

"Baik. Nanti kami akan bincang. Terima kasih atas idea tuan."

"Saya rasa kamu tahu banyak pasal dua kedai ni, kamu pekerja lama?"

"Tak. Saya tahu sebab sayalah bos dekat sini."

"Wah. Tak sangka boleh jadi bos macam ni."

"Semua sebab modal daripada orang tua. Kalau tak, lambat lagi kedai ni buka."

"Biasalah. Lagipun kalau kamu tak susah-payah, takkan banyak pelanggan dekat sini. Tapi kenapa nama kedai ni lain dari yang lain. Tak pernah dengar lagi nama Phire dengan Apphi(Api)."

"Phire(Fair) dan Apphi(Afai). Sebenarnya itu singkatan dari nama saya. Nama saya Saphhire, buang-buang huruf, macam tulah jadi."

"Sapphire dari keluarga Vincent?"

"Ya, itu saya."

"Jadi kamu kenallah dengan Helen Vincent?"

"Ya, dia mama saya."

"Saya berdukacita dengan pemergian dia."

"Terima kasih."

Makanan yang diminta kini datang.

"Tuan dengan puan, jamulah selera. Saya pergi dulu."

"Terima kasih."

Tak sangka ada juga yang kenal keluarga Vincent ni.
Padahal tak popular pun.

Sapp mengalihkan pemikirannya.
Dia teringat pada Jane.

"Kau kenapa macam tu tadi? Nasib baik customer tak marah tau."

"Aku tak bolehlah tengok dia dengan gf dia. Aku sakit hati."

"Dah kenapa kau nak sakit hati? Aku tak sakit hati pun."

"Ih, kaulah ni. Kahwin dengan dia."

"Dahlah, dahlah. Kerja dulu. Kalau ada sampai ada masalah, jangan marah kalau aku marahkan kau."

"Yelah, sorry."

Ni kalau tak ditegur, melarat perangai dia.

Sapp kembali keluar bahagian dapur.
Nak melayan pelanggan.

"Bos."

"Tuan. Terkejut saya, tuan panggil saya bos. Perlukan apa-apa?"

"Kalau boleh, saya nak minta poster lagi. Kawan saya ada berminat dengan dessert."

"Wah, senang hati saya, tuan nak kenalkan kedai saya. Saya ambilkan dulu."

Sapp ke kaunter untuk ambil poster lebih.

Sapp terfokus pula dengan Jane yang melayan sekumpulan manusia tu.
Masam je muka dia.

"Tuan, saya kena urus something ya."

"Ya, bos."

Kenapa Si Jane ni juga melayan diorang.
Ke Jane ni yang mengada pergi sana.

"Kau dah kenapa? Bagi sini."
Diambil lagi kad memo dengan pen Jane.
Disuruhnya pergi.

"Maaf, ada masalah. Nak tambah order ke?"
Pelanggan kena layan baik.
Profesional.
Tunggu kau kejap lagi, Jane.
Kena ceramah kau dengan Sapp.

Setiap satu daripada diorang sebutkan menu yang diorang nak.
Semua yang ringanlah.
Mungkin sebab dah makan lunch tadi.

"Nak tanya."
Salah satu kawan Hazel bertanya.

"Kau cakap pasal apa dengan customer tadi? Yang kau bagi kertas."

"Itu pasal kedai bakery yang akan keluarkan menu baru. Berminat nak tahu?"

"Ya."

"Kalau macam tu, sekejap lagi saya balik sini lepas hantar order."

"Okay."
Senyum lebar kawan Hazel ni.

Sapp memberikan senyuman tipis.
Tak berminat dia nak kenal kawan Hazel ni.

Sapp menjalankan tugasnya.
Padahal dia sepatutnya di belakang tabir.
Tiba-tiba kena kerja di hadapan tabir.
Huh.
Nasib baik darurat.

Sapp kembali ke dapur.

"Jane!"
Datang dah mod serius Sapp.

"Hrmm."

"Kau memang nak aku marah ke ni? Dalam masa-masa macam ni kau boleh bagi layanan macam tu. Kalau kau penat, rehat dulu. Tak payah layan pelanggan dengan muka kau macam tu. Tak kisah apa yang ganggu fikiran kau, jangan sampai bagi effect dengan kerja kau."

Kan dah kena ceramah.
Semua pekerja tak hiraukan Jane, nanti diorang pula kena marah.
Gerun kalau bos yang marah.

"Dah. Kau jangan keluar selagi aku tak suruh. Tak pasal-pasal kena bagi bad review."

Sapp tinggalkan Jane.
Dia kena balik dekat kumpulan manusia tu.
Dengan poster juga.

"Ni poster yang saya bagi tadi. Boleh baca dulu. Ada pertanyaan, silakan tanya."

Ambil masa sedikit diorang nak baca poster tu.

"Kedai dah lama buka ke? I mean sejak pertama kali buka."

"Baru nak masuk 3 tahun."

"Memang jual pastri je?"

"Ya, pastri je. Walaupun cuma pastri, ada banyak jenis. Beberapa jenis kuih tradisional pun ada."

"Kau kerja sana juga ke?"

"Boleh kira macam tu. Kalau berminat, boleh datang bakery dalam 4 hari lagi."

"Sedap ke?"

"Saya guarantee sedap."

"Okay."

"Ada pertanyaan lagi?"

"Boleh menempah?"

"Boleh dan sebaiknya seminggu atau beberapa hari sebelum tarikh yang perlukan tempahan tu."

"Macam mana dengan nombor telefon, boleh bagi?"

"Nombor telefon apa ya?"

"Nombor telefon kedai dan kau sekali."

"Nombor perniagaan ada dalam poster dan saya tak berminat nak bagi nombor telefon saya."

"Jual mahal tapi takpe. Kau takut suami kau marah ke?"

"Nampaknya dah tak ada pertanyaan penting. Saya pergi dulu."
Malas nak melayan pertanyan bodoh macam tu.
Kalau dilayan, nanti semua orang pulak dia marah.

Dia kembali ke dapur.
Bagi dia hilangkan mood tak baik tadi.
Huh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience