22

Romance Completed 61517

"Adikku sayang."

"Hah, takde angin takde ribut bersayang dengan aku. Ni mesti ada something."

"Hehe, kau kenal akukan."

"Wahai kakakku sayang, mahu apakah anda?"

"Nak minta tolong sikit boleh?"

"Sikit ke? Entah-entah banyak."

"Tolonglah kakak kau ni, Sapp."

"Tolong apa?"

"Jadi model aku, please. Huhu."

"Eee, kau gila ke?"

"Alah, buat sementara je. Untuk seminggu dua ni je. Please-lah, Sapp."

"Pergi mana model kau?"

"Lari, semua tak nak ambil job yang aku kasi."

"Bahaya sangat ke job yang kau kasi tu?"

"Mana ada. Kena bergambar secara berpasangan dengan lelaki je."

"Serius?"

"Ya."

"Tak ada gambar ekstrim ke?"

"Takde."

"Dah tu kenapa diorang lari?"

"Lepas dengar aku kata model lelaki tu newbie, diorang cabut. Huhu."

"Lah, memilih partner juga ae diorang."

"Ya. Tolong aku ae. Tolonglah."

"Yelah-yelah tapi tak boleh full day tau. Gulung tikar kedai aku nanti."

"Ya, ya. Janji tau nak tolong ni."

"Ya. Nanti bagi je details yang aku mesti tahu."

"Okay, nanti aku kasi. Thanks tau, adik sayang."

"Ya."
Mengada punya kakak.
Kalau tak sayang, mana mau Sapp tolong.

"Aik, Sapp. Sengih-sengih tu kenapa? Orang special call ke?"

"Apalah kau ni, Jane. Tak boleh ke aku nak tersengih kalau kakak aku yang called. Tak senang duduk ae kalau nampak aku happy?"

"Mana ada. Aku tanya je."

"Dahlah. Nanti aku ada benda nak buat tau. Mungkin dalam dua minggu gitu aku jarang jaga kedai."

"Lah, kau nak ke mana? Honeymoon?"

"Memang taklah. Adalah tu benda yang aku nak buat. Nanti kau tau juga."

"Yelah. Bila mula?"

"Tak tahu lagi. Nanti aku inform balik."

"Okay. Jangan mendadak tau."

"Ya."

~~~~~

"Sapp. Ingatkan kau tak datang."

"Kau ni, belum pun jam 9; dah gelabah."

"Aku takutlah. Kau tu boleh je tiba-tiba ada hal urgent."

"Kan aku dah arranged semua. Tak ada benda lain yang urgent punya. Jangan risau."

"Okay. Jom kita pergi bilik persalinan dulu. Kau bare face ke datang sini?"

"Ha'ah tapi aku pakai lipbamp. Kot-kot pucat muka aku."

"Alright je ni."

Sapp dituntun kakaknya ke bilik persalinan yang dia patut pergi.
Selesai pakaian yang diberikan, Sapp kini didandani.
Riasan tebal yang dikenakan untuk Sapp sangat sesuai dengan gandingan dress yang dia pakai sekarang.

"Am(Æm), dia dah sampai?"

"Dah. Tengah salin baju tu."

"Banyak ke yang kau nak gambar ni? Sampai berminggu-minggu."

"Erm, banyaklah juga. Dahlah banyak yang tak nak photoshoot kalau dengan newbie. Bukannya newbie ni tak bagus pun."

"Biasalah tu, tak nak kepopularan jatuh. By the way, ni dah siapkan?"

"Ha'ah, dah siap. Jomlah pergi tempat photoshoot."

"Okay."

Mereka jalan bersama beberapa lagi model yang akan photoshoot hari tu tapi tidak bersama Sapp.
Sapp cuma bergambar dengan model lelaki Si Newbie tu.

"Sapphire."

"Ih, kau. Terkejut aku."

"Kenapa setuju nak jadi model ni?"

"Dah orang tu nampak kesian sangat, aku tolonglah. Ni asal tak panggil aku, akak ni?"

"Alah, saja jadi macam strangers baru kenal."

"Ih, mengada. Mentang-mentang dah dapat job."

"Kena panggil akak juga ke? Sama-sama newbie."

"Mengada. Panggil akak lah gila."

"Yelah-yelah."

Perbualan mereka berdua berlangsung sekejap.
Mereka perlu segera melakukan penggambaran.
Beberapa kali gambar ditangkap dengan baju ya Ang sama dan akhirnya perlu menukar baju beberapa kali.
Dengan bantuan jurugambar dan Amber, kakak Sapp, mereka berdua yang newbie bergaya seperti profesional.

"Huh, penatlah. Macam ni ke hari-hari aku lepas ni?"

"Hehe. Nak buat macam mana lagi. Jangan tiba-tiba berhenti tau. Susah aku nak carikan partner pengganti nanti."

"Kau memang tak tahu kenapa yang lain tak nak ambil job ni ke? Barang yang diorang pasarkan ni, bukannya barang biasa. Brand terkenal ni."

"Aku memang tak tahu, Sapp. Mungkin memang sebab nak berganding dengan model newbie."

"Halamak. Setakat berganding dengan newbie pun nak takut. Padahal kalau diorang ambil job ni, diorang boleh naikkan nama sendiri. Plus dia dianggap bagus sebab dah berbaik hati nak bantu newbie. Bodoh marketing-lah diorang ni. Kalau aku model senior, mau je aku dengan newbie. Tak pasal-pasal aku yang menjaga kedai ni dapat nama."

Sengaja Sapp cakap macam tu.
Biar model senior tu tersindir.

"Alang-alang baik aku je yang kerja sini."

"Eh, jangan. Nanti banyak pula gaji yang kau nak."

"Ih, kedekut ae dengan aku."

"Memanglah. Buat apa kasi kau duit."

"Amboi-amboi. Berhenti kang."

"Eh, jangan. Kau ni janganlah mengugut."

"Eleh, tadi berani cari gaduh. Okay-lah, nak balik. Penat ya."

"Esok datang lagi, kan?"
Risau betul Amber kalau Sapp tak datang.

"Ya, aku datang. Kau tu kena balik awal, kesian anak menunggu."

"Tak lama lagi pulanglah ni. Dijemput."

"Patut tak nampak kereta tadi. Hah, kau. Kerja jangan lewat malam. Kau tu kena belajar esok."

"Ye, tahulah aku, kak."

"Okay, aku gerak dulu."

"Apa hubungan Sapphire tu dengan Puan Amber? Selamba betul."

"Entah. Kawanlah agaknya. Tu Eme, adik puan pun panggil dia akak."

"Oh, naik kepala ae. Suka-suka je cakap bodoh marketing."

"Kau tersindir ke? Maknanya betullah yang kau tolak job tu sebab newbie."

"Mana ada."

"Erm, patutlah kau tak nak sapa langsung puan tadi."

"Ih, kau ni. Dahlah, aku ada kerja."

"Eh, jangan mengelat. Kita ni dah takde kerja. Dah masa pulang ni. Takkan kau nak hantu rumah kau jemput balik, baru nak balik."

"Kau ni, suka sangatkan sindir-sindir aku."

"Oh, aku menyindir ae. Sorry-lah, aku suka sarkastik dengan kau."

"Ih, dahlah. Aku nak pulang."

~~~~~

Beberapa bulan berlalu setelah hari-hari pemotretan dijalankan.
Poster dan juga gambar model yang isinya Sapp menjadi trending setelah melihat keserasian bersama newbie.

"Arrgghh. Sapp, kau dah jadi penyelamat aku. Thank you sangat-sangat. Aku sayang sangat kau, Sapp."

"Oh, jadi sebelum ni kau tak sayang akulah."

"Ih, mana ada. Aku sentiasa sayang kau. Janganlah spoil mood. Ish, kau ni."

"Yelah."

"Thank you tau. Kalau takde kau, mesti produk tu tak laku macam sekarang. Kau dah selamatkan kerja aku. Nak nangislah macam ni."

"Janganlah. Aku tak takde tisu."

"Sapp, jangan spoil."

"Hehe. Kau ni, janganlah nangis. Kau tu patut happy je sekarang ni. Takde nangis-nangis."

"Nak nangis gembira, boleh?"

"Suka-suka kaulah."

Tangisan kegembiraan pecah setelah Amber memeluk Sapp di hadapannya.
Happy betul Amber ni.
Mungkin masa tu kerja Amber dah dalam keadaan kritikal dan Sapp dah berjaya bantu kerja Amber.

Sapp layankan ja kakak dia ni melepaskan tangisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience