26

Romance Completed 61517

"Sapphire."

"Apa, Hazel?"

"Ada viral pasal kau lagi."

"Aikk, pasal apa pulak? Seingat aku, sekarang aku banyak uruskan kedai je."

"Ni ada viral pasal kau keluar dengan scandal."

"Amboi, sejak bila aku berskandal ni? Ada gambar tak? Kang main tuduh-tuduh je."

"Ada."
Hazel memaparkan skrin telefon menghadap Sapp.

"Lah, ni klien aku. Tiba-tiba je jadi skandal aku. Dahlah tak lama lagi nak kahwin."

"Kau kenal ke klien ni? Aku macam pernah nampak."

"Kenal. Junior aku masa sekolah menengah. Sebab tu kot kau macam kenal dia. Masa ni aku bukan berdua pun dengan dia, dengan tunang dia sekali tapi sebelah tiang. Mungkin sebab tu tak nampak tunang dia ni."

"Sengajalah ni nak perangkap kau."

"Siapa punya pasallah yang pergi hantar gambar suspicious macam ni. Kesian tunang orang."

"Kau buat apa masa ni?"

"Bincang pasal katering. Dah diorang nak kahwin. Mungkin sebab Adneil kenal aku, dia nak buat katering dengan aku terus untuk majlis kahwin dia."

"Bila nak kahwin?"

"Sebulan lagi kalau tak silap. Kau dapat tahu tak siapa yang sebarkan gambar ni?"

"Emelly."

"Emelly mana?"

"Gf aku."

"Erm, okay."
Santai betul Hazel cakap macam tu.
Dia tak nak diamkan je ke, nanti kang Emelly malu pulak.

"Kau tak nak terangkan apa jadi di socmed kau?"

"Tak payahlah. Nanti senyaplah tu. Takpun nanti Adneil yang terangkan apa jadi. Aku ni dah banyak kena viral, mungkin orang fikir cuma nak cari nama je."

"Kalau kau tak clear-kan hal ni, nanti makin teruk macam mana?"

"Tak tahu. Nanti redalah tu pasal gosip tu kalau Adneil dah kahwin. Tahan hati je dulu."

"Pasrah betullah kau ni."

"Malaslah nak fikir gosip-gosip ni. Lagipun aku sibuk kerja ni sebab hidup yang sebelum ni buat kerja aku banyak tergendala."

"Yelah. Kau jangan stress-stress pula nanti."

"Okay."

"Aku pergi kerja dulu. Naina, tengokkan Sapphire ni."

"Baik, tuan."
Naina segera memberikan respon.

"Puan. Puan okay ke ni? Puan nampak penat tau."
Ujar Naina setelah memastikan kalau tuannya sudahpun pergi.

"Okay je ni. Mungkin tak cukup rehat kot."

"Puan ambillah cuti lepas ni. Risau kalau jadi apa-apa drkat puan."

"Yelah. Esok, saya ambil cuti."

"Puan, ada nak makan apa-apa lagi?"

"Tak apalah. Saya nak pergi kerja dah."

"Baik, puan. Hati-hati dalam perjalanan."

"Ya."

Sejak akhir-akhir ni Sapp dibebankan dengan kerja yang banyak setelah ada beberapa syarikat yang ingin menjadi pengedar makanan berproses untuk makanan dari restoran Sapp.
Dan ada juga yang ingin membantu Sapp melebarluaskan cawangan kedai Sapp.
Dia perlukan masa untuk fikir syarikat yang mana patut dia berkerjasama.

~~~~~

'Hukk, hukk.'
'Hukk, hukk.'

'Tokk. Tokk.'
"Sapphire. Kau okay tak tu?"

'Klack'
Pintu di hadapan Hazel dibuka dari dalam.

"Sapphire. Kenapa pucat semacam ni?"
Hazel menyentuh batang leher Sapp lalu merasakan panas yang tinggi.
"Kau demam ni."
Hazel lantas mencempung tubuh lemah Sapp ke arah katil.

"Hazel?"

"Ya. Ni aku. Kau kenapa tak bagitahu kau sakit?"

"Tak tahu."

"Aku suruh Naina masakan sarapan dulu."

"Erm."

Setelah meminta Naina memasakkan sarapan untuk Sapphire, Hazel menuamkan tuala basah di dahi Sapphire.

"Tuan. Bubur yang tuan nak dah siap."

"Bawa masuk. Lepas ni, carikan ubat."

"Baik, tuan."

Naina yang melihat Sapp turut risau dengan keadaan Sapp.
Muka Sapp yang pucat terbayang di fikiran.

"Sapphire, bangun dulu. Sarapan dulu."

Dengan berat, mata Sapp terbuka.

Hazel membantu Sapp bersandar di katilnya.

"Aku suap kau, kau makan tau."

"Ermm."

Disejukkan dulu bubur ayam yang baru dimasak tadi sebelum disuakan ke mulut Sapp.

Dengan selera makan yang tak baik, Sapp cuma mampu habiskan separuh mangkuk bubur yang dikasi.
Hazel tak memaksa habiskan bubur lalu memberikan ubat kepada Sapp.

"Kau tak kerja ke?"
Pandang Sapp ke arah Hazel.

"Tak tahu. Kenapa?"

"Nanti kau tak kerja sebab aku pulak."

"Kau tak kerja sebab aku sakit, boleh pula. Kau ni, tak payahlah fikir kerja aku tu. Fikir kesihatan kau je."
Hazel mengusap rambut Sapp perlahan.
"Kau sambunglah rehat. Kawan kau tahu tak ni, kau tak datang kerja?"

"Hari ni memang ambil cuti."

"Okay. Tidurlah. Apa-apa jadi, kau panggil je aku."

"Okay."

Hazel keluar dengan membawa bekas makanan Sapphire tadi.
Diletakkan di atas singki dan menjadi tugas Naina yang bersihkan.
Tak lama kemudian, telefonnya berdering minta dijawab.

"Emelly, kenapa ni?"
Terdengar sendu-sendan di corong telinganya.

"You. I kena kecam."

"Kecam pasal apa?"

"Tu pasal isteri kontrak you. I kan cuma nak cari cerita terbaru tapi semua nak kecam I lepas I updated cerita I."

"Cerita tu you buat-buat ke fakta?"

"I rasa fakta tapi tiba-tiba macam cerita buatan. Terus I kena kecam. Diorang jahat tau."

"Huh, tulah you tak buat soal selidik dulu. Kan dah jadi masalah."

"Ih, you ni. Support lah I. I kan tengah sedih ni sekarang."

"Huh. I malaslah nak sokong kalau you buat salah sendiri. Dahlah, you relax duu. Bye."

"You. You-"

Masih belum selesai ucapan Emelly, diputuskan sudah sambung panggilan.
Tak ada mood agaknya Hazel ni.

Apapun, Hazel tak nak fikir pasal Emelly dulu.
Dia lebih risaukan Sapphire yang tengah lemah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience