40

Romance Completed 61517

"Aunty, I mengandungkan anak Hazel!. Dia kena tanggungjawab semua ni."

"Eh, sial. Kau tak payah nak reka cerita."

Hazel yang baru saja sampai membidas pernyataan Emelly.

"Lepas you dah sedap dengan I, you nak larikan diri. Macam tu?"

"Sundal, kau dengar sini. Ingat sikit kau melayan banyak lelaki. Tak payah berlakon macam kau tu tidur dengan aku je."
Dengan keberangan di hati Hazel, Hazel menggenggam kasar rambut Emelly sampai Emelly mendongak ke atas.

"Hazel, jangan kasar macam tu."

"Jangan masuk campur, ma. Perempuan ni kalau dilayan, makin menjadi-jadi."

"Hazel, sakitlah."

"Oh, sakit. Pergi mampuslah dengan sakit kau."
Ditolak kasar tubuh Emelly hingga terjatuh.

"Sampai hati you buat I macam ni."

"Kau fikir aku kisah. Sekarang kau blah dari sini. Tak payah nak menyemak!"

"You, I ni tengah mengandungkan anak you tau. You jangan nak lepas tangan."

"Kau dengar sini sundal."
Digenggam kembali rambut Emelly tu.
"Aku dah lama berhenti sentuh kau. Kau jangan burukkan lagi nama aku dekat sinilah!"
Hazel melepaskan rambut Emelly sehingga membuat Emelly mencium tanah.

Esakan Emelly kedengaran perlahan.

"Dah, kau blah sekarang. Menyemak pulak dekat sini."

Hazel masuk ke perkarangan rumah sambil menutup pagar rumah.
Ni kalau tak ditutup, memang masuk orang gila ni.
Kot nak meracau, nak bergaduh pulak.

"Dah, dah. Masuk. Biarkan perempuan tu."
Hazel memusingkan tubuh mamanya untuk masuk ke dalam.

"Hazel, tu bukan anak kamukan?"

"Bukan. Jumpa pun dah tak pernah, tiba-tiba nak mengandungkan anak Hazel ke?"

"Hazel. Ni bukan punca kamu berpisah dengan Sapp-kan?"

"Tak adanya. Orang tu memang nak cerai, nak buat macam mana."

"Yelah."

Lupakan pasal Emelly, sekarang kita fikir nak isi perut.
Mama dah masakan makanan sedap ni.

"Carla, pergi panggil papa."

"Okay, ma."

Lambat pula papa ni nak turun.
Buat apa entah dalam bilik tu.
.....

Makan malam berjalan dengan baik.
Mereka ada berbual-bual tapi Sapp cuma berdiam diri.
Dia masih kekok dengan Hazel.
Ada serasa perasaan janggal tapi bukan sebab dia makin sukakan Hazel.
Entahlah, susah nak diterangkan.

"Ma, Hazel balik dulu."

"Awalnya nak balik."

"Ada kerja nak buat."

"Nanti-nantilah dulu kerja tu."

"Tak boeh, ma. Nanti tergendala semua kerja. Gerak dulu."

"Hati-hati balik tu."

"Ya."

Lepas je siap makan, Hazel berangkat pulak.
Tergesa-gesa agaknya nak siapkan kerja dia.

Sapp melihat mama Shaun yang mengeluh perlahan.
Risau dengan Hazel ke tu?

"Marilah duduk. Sapp, duduklah."
Mama menepuk-nepuk tempat disebelahnya.

"Okay, aunty."
Senyuman manis Sapp berikan.

"Sapp, macam kamu dengan Shaun? Shaun okay dengan kamu?"

Uish, soalan dia.
Dahlah depan tuan punya badan pun ada dekat sini.
Tercakap lebih kang, dia fikir Sapp dah terima dia pula.

"Setakat ni semua okay."

"Kamu mesti ada dengar cakap-cakap buruk pasal kamu berduakan? Tapi kamu jangan fikir sangat. Kamu dengan Hazel dah takde apa-apa sekarang."

"Saya tak kisah pun apa diorang nak cakap. Nak suruh berhenti, bukan guna mulut saya kalau diorang bercakap."

"Baguslah."
Tangan mama mengambil sebelah tangan Sapp dan ditepuk-tepuk lembut.
"Kalau boleh, aunty nak kamu jadi menantu aunty lagi tapi aunty tak naklah paksa. Apa-apa keputusan Sapp nanti, aunty terima."

Tak mampu membalas dengan kata-kata, Sapp sekadar mengangguk.

.....

Kini masa untuk Shaun berdua dengan Sapp.
Keluarga dia yang memberi ruang dan Sapp terima.
Sekarang mereka berada di beranda rumah dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

"Sapp, aku nak ajak kau pergi funfair. Aku ada nampak poster beredar dalam medsos ada funfair dekat-dekat sini."

"Bila funfair tu?"

"Khamis minggu depan. Start masa petang."
Tak lama lagi tu, hari ni dah hari Ahad.

"Ermm~~"
Panjang 'ermm' Sapp tu.
Nak memikir jawapan untuk Shaun.

"Boleh pergi?"

"Ermm, boleh kot."

"Kot?"

"Aku masa tu kena tengok tapak binaan. Aku nak buka cawangan corporation dengan bisnes bakeri yang lain."

"Sampai petang ke?"

"Itu tak pasti lagi."

"Tak payah pergilah macam tu. Nanti kau penat sangat."

"Tapi aku nak pergi juga. Jarang-jarang ada funfair dekat-dekat sini."

"Okay, kalau macam tu kita datang malam kalau kau balik petang. Funfair tu sampai tengah malam. Tapi kita boleh je pergi Jumaat kalau kau nak."

"Jumaat pun sama je aktiviti aku. Takpe, kita pergi masa Khamis."

"Okay, aku ikut kau je."

"Shaun, aku ada curious something tapi kalau kau tak nak jawab, takpe."

"Apa yang kau curious tu?"

"Kau pernah couple ke sebelum ni?"

"Mestilah pernah, kenapa?"

"Aku tak pernah lagi nampak kau berbual dengan perempuan selain aku."

"Dah ada kau, buat apa aku nak berbual dengan perempuan lain."

Cieee, sweet pulak dia.

"Ada-ada jelah kau ni. By the way, tukar topik. Kau kerja bila je? Tak pernah aku nampak kau kerja."

"Anytime aku boleh kerja. Tunggu kena call dulu."

"Kau kerja bawah syarikat ke?"

"Ya. Aku jarang pergi office. Ingat sebelum ni aku kata aku ada kerja sampai tak dapat hantar kau pergi kerja?"

"Ingat."

"Masa tu peranti dekat office banyak kena hack, cawangan lain pun sama. Kenalah aku turun padang tolong diorang."

"Oh, I see."

"Kau tanya pasal kerja aku ni, kau risau aku tak boleh nak hidupkan kau kalau kita kahwin ke?"

"Ceh, mana ada. Memang curious je."

"Okay-okay."
Shaun memegang dahinya sambil tersenyum lebar.

"Apa yang kau senyum sorang-sorang tu? Risaulah kau ni."

"Takde apapun. Aku suka kau banyak tanya macam tadi."

"Pelik-pelik je dia ni."

*Hazel*
*Hazel.*
*Hazel*
*Hazel*

*Setan, kau nak apa chat aku ni? Bisinglah dpt notification drpd kau ni.*

"I nak you brtanggugjwb dgn baby dlm perut I.*

*Dah knp sial? Bkn anak akukan.*

*Klw org tau I mengandung tanpa bapa budak ni, malulah I.*

"Mcm aku kisah. Kau carilah bapak budak aku. Ingat ae, aku dah tak sentuh kau nak dkt setahun. Kau jgn nak minta2 aku jd pak sanggup.*

*Kalau you tak nak jd bapa budak ni, mlm ni juga I bunuh diri.*

*Pergilah, sial. Aku lagi suka. Tak menyusahkan hidup aku.*

*Hazel. Smpai hati you.*

*Pergilah mati, aku tunggu berita PENGACARA BERITA MATI BUNUH DIRI DENGAN BAYI DALAM PERUT. Sama je kau malu. Mati pun, masih memalukan keluarga.*

*You memang kurang ajar, Hazel.*

*Pergi jelah mati. Aku dah tak sabar dah ni tunggu kau mati.*

*KAU MEMANG SIAL, HAZEL!*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience