31

Romance Completed 62811

Selesai saja urusan di mahkamah, Sapp melarikan dirinya daripada Hazel. Dia sudah tak betah bersama Hazel di sana. "Lepas ni akak nak buat apa?" Tanya Eme. "Aku nak pergi cuti dulu." "Berapa lama?" "Itu tak tahu lagilah." "Akak sebenarnya ada masalah apa dengan Hazel tu? Aku nampak korang macam okay je." "Okay di depan je. Belakang kau tak nampak. Nanti jelah kau tau. Aku takde mood nak bercerita." "Kau tak nak jumpa yang lain?" "Tak nak. Aku malas. Dahlah. Aku nak gerak dulu." "Sekejapnya akak jumpa aku." "Dah takde benda lagi nak dicakapkan. Bye. Jaga diri." Dibelai pipi Eme sebelum memberikan kucupan yang lama di dahi. "Kak, kau takkan buat yang bukan-bukan, kan? Cara perpisahan kau ni buat risau tau." "Takdelah, gila. Aku waras lagi ni. Nanti aku tak tukar nombor, chat je bila-bila masa kau nak." "Betul ni?" "Ya." "Okay. Take care nanti. Jangan lupa balik." Eme memeluk kakaknya sebelum mereka akan berpisah. "Kau pun take care dekat sini. Nanti tolong tengok-tengokkan kedai aku ae." "Okay." "Bye." "Bye." Mendung je muka Eme tengok Sapp pergi. Tapi dia kena biaekan Sapp pergi. Biarlah Sapp bertenang dulu. ~~~~~ "Macam mana?" "Apa, ma?" "Sapphire, mana?" "Dah pergi." "Hazel! Mama cakap mama nak jumpa dia. Kenapa biarkan dia pergi? Maknanya sekarang kamu dah cerai dengan dialah?" "Biarkan jelah, ma. Hazel dah tak boleh buat apa. Dia yang nak pergi." "Kenapa, Hazel!? Apa sebenarnya yang kamu sembunyikan sebalik semua ni!? Mama tak boleh percaya dia yang minta cerai." "Dahlah, ma. Hazel tak nak cakap apa-apa lagi. Nak balik." Pantas kakinya melangkah meninggalkan keluarganya yang masih bingung mengenai perceraian Hazel dan Sapphire. Semuanya pasrah dibiarkan tertanya-tanya. ~~~~~ Beberapa bulan berlalu, Sapp kini tidak lagi tinggal di rumah Jane. Dia sudah pergi jauh dari tempat asalnya. Jujur, dia ingin terus lenyap dari bumi tapi dia masih ingin hidup kerana keluarganya masih ada. Tenungannya terhadap pantai terganggu bila ada notifikasi mesej. (Shaun) *Sapphire* *Bila kau nak balik sini?* *Tak ada rancangan nak balik. Knp?* *Aku ada hal nak bincnag dgn kau dan sebaiknya kau balik dulu.* *Apa yg pnting sgt tu?* *Kau balik dulu. Baru kita bncng.* *Tak naklah. Entah2 kau saja suruh aku balik spy aku jmpa keluarga aku atau keluarga kau.* *Kalau aku jujur, kau akn balik?* *Tak.* *Okay-lah. Kalau kau dah rasa nak balik, bagitahu aku.* Apa bendalah yang Si Shaun ni nak cakapkan? Buat orang curious betul ni. *Ok, fine. Kalau kau bagitau aku, aku balik.* *Serius?* *Ya.* *Tapi knp tiba2 tukar fikiran?* *Alah. Cptlah. Bagitau je.* *Aku nak ajak kau kahwin.* *Kau gila ae?* *Tak. Aku tak gila. Aku serius ajak kau kahwin* *Dah knp?* *Sebab aku cintakan kau, mungkin.* *Mungkin? Kau nak permainkan aku ae?* *Tak* *Tak* *Tak* *Aku serius nak kahwin dengan kau tapi tanpa sebab.* *Means kau saja2 lah ni nak try aku?* *Taklah, saja2. Tapi entahlah aku nak terangkan macam mana perasaan aku ni.* *Merepek kau ni.* *Sapp. Aku serius. Sumpah tak main2.* *Tak naklah kahwin dgn kau. Bknnya aku ada perasaan dgn kau pun.* *Alah, pasal perasaan tu blh dipupuk. Asalkan kau blh terima aku.* *Eee, merapuhnya. Dahlah.* *Terimalah aku, Sapp. Aku dah ckp benda ni dgn family aku dah pun.* *Bkn slh aku. Aku blm terima, kau dah bagitau.* *Yelah. Tapi kau balikkan? Kau dah kata nak balik tadi.* *Tgklah mcm mana.* *Kau jgnlah tipu aku.* *Tgklah mcm mana* *Kau dkt mana skrg? Aku boleh jemput balik. Kalau jauh sgt, aku order tiket kapal utk kau.* *Alah, mengadanya.* *Kau kena balik. Dah kira janji tadi tu.* *Fine. Aku balik SENDIRI. Kau tunggu info drpd aku. Yg pasti bkn skrg ni aku nak balik. Gila ke skrg nak balik.* *Okay. Mesti masa terdkt ya.* *Ya.* >> "Ma. Sapp kata dia balik dalam masa terdekat ni." "Kamu ada bagitahu dia pasal kamu ajak kahwin." "Ya." "Kalau macam tu. Kita tunggu dia balik dulu, baru kita bincang lagi." "Okay, ma." Terserlah aura kegembiraan daripada wajah Shaun. Jarang nak nampak Shaun happy macam ni. Hazel memberi wajah kosong kemudian berlalu pergi meninggalkan keluarganya di ruang tamu. Hazel yang berfikiran mungkin ada hal penting yang nak Shaun sampaikan sehingga dia perlu pulang ke rumah mama. Sangkaannya meleset jauh bila tahu Shaun merancang untuk berkahwin dengan Sapp. Dia tak rela Sapp dengan orang lain selain dia. ~~~~~ Skrin telefon ditatap Sapp sambil melihat penama yang mungkin dia telefon.. Tetapi pantas menukar fikiran untuk menelefon adiknya. "Hello, Eme." "Ya, kak. Kenapa? Jarang-jarang akak telefon sendiri ni." "Kau sibuk tak ni?" "Sibuk sikit je. Nak photoshoot, sekejap lagi siap." "Jam berapa siap?" "Dalam jam 3.30. Kenapa ni?" Tak lama lagi tu. Dalam 20 minit lagi. "Takde apa. Nanti aku call lagi." "Lah. Tu je. Aku dah excited akak call." "Nanti aku call lagi. Bye. Cepat-cepat habiskan kerja." "Yelah." Tut~~~ Menunggulah dulu Sapp dekat airport ni. Dia decided nak balik hari. Tapi tak bagitahu sesiapalah. Saja nak surprise gitu. Sabarlah, 20 minit je lagi. "Shaun." "Hah, nak apa?" Tiba-tiba pula Carla ni nak menegur Shaun. "Kau pasti ke nak kahwin dengan Kak Sapphire?" "Ya. Kenapa? Kau tak suka?" "Aku bukan tak suka tapi-." Dia terjeda seketika. "Tapi apa?" "Aku risau dia dah tak nak masuk keluarga kita lagi." "Dah kenapa kau fikir macam tu?" "Kalau akukan, lepas aku dah bercerai kalau boleh aku nak menghindar sangat jumpa bekas suami aku. Kawan-kawan akupun sependapat dengan aku. Sebab tu ada kemungkinan Kak Sapphire tak nak kahwin dengan kau." "Tapi tak semua perempuan macam tu. Kau patutnya fikirlah elok-elok biar Sapphire nak kahwin dengan aku." "Kau nak kahwin dengan dia sebab apa?" "Aku sukakan dia." "Setakat suka, takde guna." "Kalau aku cintakan dia?" "Tipu. Kenapa cakap 'suka' baru 'cinta'?" "Banyak soalanlah kau ni. Suka hati akulah nak kahwin sebab apa. Yang pasti aku takkan kecewakan dia." "Okay. Tapi kalau kau pun ceraikan dia, aku tak nak dah jumpa kau." "Kau mengugut apa pulak ni?" "Cubalah buat. Tengok apa aku buat nanti." "Huh, yelah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience