14

Romance Completed 61517

Dia baru je keluar bilik air.
Tiba-tiba mendapat dakapan.

"Lepaskan aku."
Sapp memegang erat tualanya agar tidak terjatuh.
Dia cuba melepaskan diri.
Dia dibawa mendekati katil dan dihempas kasar.
Badannya perlahan ditindih sambil ditekan ke atas katil.

"Kau nak apa, hah! Pergilah!"

Bibirnya dicium dan terhidulah bau alkohol yang kuat.
Nasib baiklah dah terbiasa dengan minuman macam ni.
Kalau tak, mabuk Sapp dibuatnya.
Tanpa fikir banyak, Sapp langsung membuatkan lelaki tu jauh dan menendang celah kangkangnya.

Berhasil lari, lantas mengambil telefon.
Dia perlu cari bantuan.
Mana mungkin dia boleh lawan lelaki.
Dahlah mabuk.

Telefon berjaya diambil namun dia tertangkap bila rambutnya ditarik kasar.
Dia dihempas kembali ke katilnya.

Kedua-dua tangan Sapp ditekankan di atas kepala.
Kini bukan bibir lagi yang menjadi mangsa.
Ciuman lelaki tadi semakin ke bawah lalu akhirnya sampai ke dada.
Tuala Sapp dibuka namun Sapp berusaha menggerakkan diri lalu menggigit bahu lelaki ni.
Rambut Sapp ditarik lagi lalu memberikan tamparan di kedua-dua pipinya.
Akhirnya air mata Sapp jatuh.
Tolong.
Dia betul-betul takut untuk perkara macam ni.
Apa lagi kalau terpaksa.

Hasil tamparan tadi membuat Sapp melemah.
Ditambah penatnya lagi.
Tubuhnya hampir bogel sepenuhnya.
Semakin lama akan terlihat semuanya.
Sapp memikir keras apa yang dia boleh buat sebelum dia menyesal.

Fikir, Sapp.
Cepat fikir.

Bahagian bawah tuala akan disingkap.
Lantas Sapp terfikir.
Dia melepas paksa tangannya dengan tenaga yang masih ada.
Lututnya diangkat mengena ke kepala lalu berguling dan menghentakkan telefon ke badan lelaki tersebut.
Lelaki tu mungkin tak terfikir nak singkirkan telefon tu disebabkan masih mabuk.

Sapp berjaya lepas lalu ke bilik air.
Dia menguncikan diri ke dalam bilik air.
Dia juga memperbaiki keadaan tualanya.

Tombol pintu bergerak seperti akan terbuka namun Sapp sudah mengunci sejak awal.
Ada masalah lagi.
Pintu seakan dibuka paksa.
Lantas Sapp menelefon Hazel.
Berharap boleh membantu dia.
Dia tak nak benda buruk terjadi pada dia.
Apa lagi kalau dia sampai mengandung disebabkan lelaki tu.
Berulang kali ditelefon.
Tak dijawab langsung.
Tak tengok telefon ke?
Siapa lagi yang boleh datang tolong dia?
Dia teringat seseorang.
Baru saja ditelefon, lantas diangkat.

"Sapp, ada ap-"

"Shaun, tolong aku. Aku."
Masa ni juga Sapp teresak-esak.

"Kenapa? Apa jadi?"

"Ada lelaki dalam bilik aku. Aku tak tahu macam mana dia masuk. Aku dah kunci pintu."

"Hazel mana?"

"Dia tengah party dekat ruang tamu. Aku dah called dia, dia tak angkat."

"Aku dah nak bergerak. Jangan off-call. Okay?"

"Okay."

Dari corong telefon, Sapp mendengar bunyi enjin motor dihidupkan.

"Macam mana keadaan kau sekarang?"

"Aku dalam bilik air. Lelaki tu tengah tolak pintu ni. Aku takut pintu tu pecah."
Tangisan Sapp pecah di sana.

"Tunggu aku. Aku tak lama lagi sampai. Apa-apa jadi, kau stay sana. Dalam bilik air, ada benda besar yang keras?"

"Takde. Semua kecil."

"Hah. Ada berus tandas?"

"Ada."

"Kau guna tu sebagai senjata."

"Erm, okay."

1
2 3
"Arrgghh"

Teriakan Sapp kedengaran.

"Lepas. Lepas!"

Shaun dah panik.
Dia lajukan lagi motor dia biar sampai rumah lagi cepat.
Sampai je rumah, dia berlari ke bilik Sapp.
Sempat dia bawa kasut yang dia pakai.
Tak terfikir nak ambil senjata dari rumah.

Dia sampai ke bilik Sapp dan melihat tombol pintu yang rosak.
Mungkin dibuka paksa.
Dia tak berlengah lalu ke bilik air.
Dia diperlihatkan Sapp yang berusaha agar lelaki tu tak menyingkap tualanya.
Manakala lelaki tu mencumbui Sapp sambil tangannya cuba mengalihkan tuala Sapp.

Dengan kasut yang bertapak keras, Shaun menghentakkan kasutnya ke kepala Si Pencabul ni.
Sekali hentak, dah jatuh.
Shaun membawa Sapp keluar dan terlihat berus tandas yang jauh melayang.
Barang-barang juga berserakan.

Shaun mendakap Sapp yang menggigil ketakutan.
Tangannya masih menggenggam erat tualanya.

"Kau dah okay, Sapp. Aku ada dekat sini."

Tersendu-sendu Sapp dengan tangisannya.

"Kenapa ni?"
Muncul dah Si Tak Guna.

"Kau asal tak angkat call dia, hah!"

"Aku off phone. Kau kenapa datang sini?"

"Aku datang sebab suami tak guna macam kau. Kalau kau nak tahu, Sapp hampir kena rogol dengan kawan kau yang pencabul tu. Kau tak nampak ke Sapp tengah takut macam ni. Nasib baik aku belum tidur, kalau dah tidur. Entah siapa yang dapat tolong dia masa-masa macam ni."

"Hahaha. Padan muka dia, siapa suruh nak dengan Hazel I ni."

"Emelly, diam je."

"Engkau perempuan, kau jangan sampai kaki aku melekat kat muka kau. Cakap tu eloklah sikit."

"Ih, Bie. Tengok abang you ni."

"Dah, you pergi masuk bilik sekarang. i nak settle-kan hal ni."

"You pergilah dengan I."

"Emelly, dengar cakap I. Pergi masuk bilik."

"Ish, yelah."

Emelly yang mabuk lebih menyebalkan.

Hazel terlihat tombol pintu yang rosak.
Dia mendekati mereka berdua.

"Sapphire-"

Sapp mengalihkan wajah untuk tidak memandang Hazel.
Dia sakit hati.

"Kau tak payah nak prihatin sekarang ni. Lagi bagus kau aturkan kawan pencabul kau tu."

Hazel tak membantah.
Dia pergi mengangkat kawan dia pergi.

Shaun menyelimuti Sapp yang mungkin kedinginan.
Sudahlah tualanya ada sebahagian yang basah.

"Kau dah tenang?"

Sapp menggeleng.
Esakannya sudah tiada namun air mata masih mengalir.
Sudah berulang kali Sapp mengelapnya, namun masih mengalir.

"Menangis je kalau itu buat kau tenang.
Shaun kembali mendakap Sapp.
Sapp tak menolak.

Hazel cuma mampu melihat.

Tak lama kemudian, Sapp menjadi lebih tenang.

"Kenapa kau masih bertuala tadi?"

"Baru siap mandi. Aku baru balik kerja."

"Huh, mesti kau penatkan. Kau pakailah baju dulu. Aku nak bercakap dengan Hazel."

"Kau belum nak balik, kan?"

"Tak. Kalau aku balik, aku bagitau kau."

"Okay."

"Aku tunggu kau dekat luar."

Sapp menganggukkan kepala.
Lantas dia mengambil pakaian manakala Shaun ke luar.

"Kau nampakkan betapa takutnya Sapp."

"Ya."

"Asal kau buat party ni?"

"Suka-suka."

"Dah tu, asal nak tutup telefon bagai? Lepas tu, kenapa kau tak perasan kawan kau tu nak masuk sini? Kau sengaja nak biarkan Sapp tu layan dia?"

"Aku mana tahu benda nak jadi macam ni. Lagipun aku ni tak tergamaklah nak biarkan Sapp jadi pelacur."

"Jadi malam ni, kau kena pastikan Sapp tu boleh tidur tenang. Dia macam dapat trauma."

"Macam mana?"

"Kau kena teman dia tidur."

"Mana boleh. Nanti Emelly fikir apa?"

"Buat apa nak kisah pasal Emelly sekarang ni. Yang tengah ada masalah, Sapp. Semua ni jadi sebab kau buat party dekat sini. Lagi pelik bila kau tak mabuk."

"Aku nak jaga Emelly."

"Jadi sekarang kau kena jaga Sapp. Sapp lagi perlukan kau berbanding Emelly."

"Aku-"

Sapp keluar dengan lengkap berpakaian.

"Sapp, malam ni Hazel jaga kau."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience