Keadaan kini kembali seperti sedia kala.
Cuma Hazel masih hilang khabar.
Di rumahnya bahkan tiada dan lebih mengejutkan, rumahnya sudah dijual.
Cari di syarikat?
Tetap takde berita, namun dikhabarkan Hazel sudah lama tidak masuk pejabat tetapi kekal bekerja secara atas talian.
"Sapp, malam ni kau ada masa free?"
"Ada je. Kenapa?"
"Aku nak bawa kau keluar. Lepak-lepak je."
"Lepak? Banyak ke orang yang nak lepak ni?"
"Tak. Kita berdua je."
"Oh. Okay. Jam berapa?"
"Jam 8 sambil kita dinner sama-sama."
"Okay."
Seperti kebiasaan, Shaun menghantar Sapp ke kedainya.
"Sapp."
Baru saja masuk ke restoran, Sapp disapa Jane.
"Apa?"
"Bila korang kahwin? Korang dah berbaikkan?"
Muncul dah soalan dia.
Macam mana nak jawab ni?
"Entah. Dia tak lamar aku lagilah. Kenapa kau tiba-tiba tanya ni?"
"Takdelah. Korangkan dah lama berkenal-kenal. Aku risaulah dia nak main-main je."
"Huh. Takdenya dia nak main-main tu. Janganlah overthinking. Patutnya kau pun fikirkan pasal kau dengan boyfriend kau tu. Korang lagi lama daripada aku."
"Dia kata belum dapat lamar aku lagi."
"Nak aku paksa dia?"
"Janganlah. Kot-kot dia nak stabilkan diri dulu ke. Aku tak nak susahkan dia."
"Yelah. Tunggulah dulu tapi kalau lama sangat, buat risau juga."
"Ermm."
"Dahlah. Aku tak nak nak terfikir banyak. Aku nak mula kerja dulu."
"Yelah."
.....
Masa berlalu pantas.
Sapp tidak sabar-sabar lagi untuk keluar bersama Shaun.
Jarang-jarang Shaun nak bawa dia keluar ni.
"Kita makan dulu, nak? Lapar pula aku awal-awal ni."
"Aku okay je."
"Lepas ni, kau ada nak pergi mana-mana?"
"Takde. Aku ikut kau je."
"Okay. Kalau kita sampai tengah malam, macam mana?"
"Okay je tapi kenapa?"
"Kita tengok movie."
"Oh, I see."
Sapp kini memeluk lengan kiri Shaun tetapi sedikit longgar.
Nanti susah pula Shaun nak tukar gear kereta.
Kepalanya turut disandarkan di bahu Shaun.
"Manjanya dia."
"Kenapa? Tak suka?"
"Siapa kata tak suka?"
"Takde."
Shaun mengambil kesempatan untuk mencium sebentar ubun-ubun Sapp.
Nak cium pipi, tak sampai.
Nanti tak nampak jalan raya pula.
"Shaun, aku ada nak tanya tapi kau jangan marah. Aku curious je."
"Pasal apa ni?"
"Pasal Hazel."
"Tanyalah."
"Betulkah dia hilang?"
"Tak hilang pun, dia bersembunyi je. Kenapa? Kau risau ke?"
"Tak risau pun. Kalau kau yang hilang, baru aku risau."
"Okay-lah, lepas ni nak hilangkan diri."
"Ish, janganlah. Kau nak aku sakit lagi ae?"
"Alolo. Tak naklah sakit-sakit lagi."
"Tahu pun. Jangan nak hilang-hilang lagi."
"Ya, ya, Sayang."
.....
Makan malam, menonton filem bahkan membeli-belah dan mengunjungi beberapa kedai bermain telah dilakukan mereka bersama-sama.
Kini, Shaun ingin membawa Sapp ke destinasi terakhir mereka.
Ke sebuah taman umum.
"Kita buat apa dekat sini?"
"Kita keluar dulu."
Shaun melangkah keluar dari kereta lalu membuka pintu belakang kereta.
Dia mengambil jaket miliknya dan dipasang ke tubuh Sapp.
"Pakailah. Sejuk dekat sini."
"Ermm."
Shaun kembali ke kereta mengambil minuman dan makanan yang sempat Shaun beli sebelum ke sini.
Shaun membawa Sapp ke tangan tapak permainan di taman tersebut.
Lagi pula, jam-jam lewat seperti sekarang dipastikan tiada orang yang akan berada di sana selain mereka berdua.
Sapp yang dahulu ke buaian diekori Shaun yang duduk di buaian sebelah.
"Sapp, aku ada nak cakap sesuatu."
"Apa?"
Walau hari telah gelap, sinaran bulan jelas memperlihatkan kalau Shaun sedang gelisah.
Bahkan nafasnya kedengaran berat hembusannya.
"Kau okay tak ni? Kalau tak okay, lain kali pun boleh cakap, kan?"
"Aku nak bagitau hari ni juga. Aku tak nak orang lain yang bagitau kau."
"Shaun, hal serius ke?"
"Bagi aku, ya."
"Takpelah. Ambil masa kau dulu, aku tunggu."
"Sapp, kau masih ingat Diasy?"
"Daisy? Girlfriend Hazel dulu?"
"Ya. Sebenarnya kan, aku-. Okay, cerita ni dah lebih 10 tahun dah pun tapi aku tak nak menyesal tak bagitau kau sebelum hubungan kita makin jauh."
"Takpe, slow-slow cerita."
"Dulukan, Hazel masih playboy. Entah macam mana, dia tertarik nak kenal Daisy dan dia adalah bawa Daisy couple. Cumanya Daisy tolak sebab tak nak bersaing dengan perempuan lain. Sejak tu, Hazel dah banyak putuskan girlfriend dia sampai satu pun takde dan akhirnya Daisy terima dia. Untuk pengetahuan kau, Daisy ni jenis yang tak bersosial sangat, jadi dia tak banyak kenalan sangat. Mama papa pun tau pasal Daisy ni dan diorang pun suka, jadi boleh kira Daisy dengan mama rapat. Carla pun selesa dengan dia."
Shaun diam sebentar.
Mengambil kekuatan kembali untuk melanjutkan cerita.
Sejujurnya, dia risau kalau Sapp tak nak terima dia lepas dengar cerita ni tapi lagi masalah kalau Shaun dah kahwin dengan Sapp, terus ada orang lain yang bagitau Sapp pasal hal ni.
"Ada satu hari ni, aku, Hazel dengan Daisy pergi party kawan Hazel dan kawan aku juga. Masa-masa ni, aku masih minum-minum bir semua. Jadi aku join-lah diorang minum-minum semua sampailah tiba-tiba dah pagi dan aku berbaring dekat katil , tak berbaju. Lagi buat aku terkejut, Daisy ada sebelah aku, tak berbaju juga."
"K-korang ehem-ehem?"
"Ya. Hazel pun tahu benda ni. Tapi aku tak ingat apa-apa langsung pasal apa aku buat dekat Daisy. Macam mana aku boleh masuk bilik tetamu rumah kawan aku? Macam mana Daisy boleh ada di bilik sama? Macam mana kitorang boleh buat benda tu? Aku tak tahu."
"Dah tu, Daisy hilangkan diri ke?"
"Bukan. Beberapa bulan lepas kejadian tu, dia mengandung dan aku pasti itu anak aku sebab dia masih dara sebelum malam tu."
"Macam mana kau tau?"
"Ada darah dekat cadar katil malam tu. Awal-awal aku tak tahu pun tapi Hazel tahu. Masa tu Daisy dah depression, Hazel masa tupun sebenarnya dia sedia nak bertanggungjawab walaupun itu anak aku. Tak lama lepas tu, Daisy bunuh diri dalam bilik. Aku rasa dia kena buli ataupun tekanan daripada orang terdekat dia. Padahal, kalau dia tak nak anak tu, aku boleh biaya untuk gugurkan kandungan tu. Kalau dia nak anak tu sekali pun, tinggal dia pilih nak aku bertanggungjawab atau kahwin dengan Hazel. Tapi dah terlambat, aku tahu dia mengandung pun lepas dia dah takde."
"Jadi, apa yang buat kau nak ceritakan benda ni aku?"
"Aku tak nak kau fikir aku jadi punca kematian seseorang. Aku juga harap kau tak fikir aku nak dengan kau sebab muka kau serupa dan dengan Daisy. Aku memang cintakan kau sebagai Sapphire."
"Kenapa kau sampai fikir macam tu?"
Share this novel