23

Romance Completed 61517

"Sapphire. Kenapa ada trending yang jadi rapat dengan model lelaki yang newbie? Sejak bila kau jadi model ni?'

"Asal kau banyak tanya pula ni?"

"Sapphire. Aku pun jadi perbualan bila kau rapat dengan model tu. Aku dicakap tak pandai jaga isteri. Kalau macam ni terus, reputasi aku jatuh."

"Huh. Model tu adik akulah. Asal nak kecoh sangat. Bukannya lelaki lain. Ish, pelik-pelik jelah kau ni."

"Kalau pun betul tu adik kau, orang lain tak tahu. Kau kena terangkan sekarang dekat orang ramai."

"Malas arr. Adik aku tak nak terkenal sekarang."

"Dah kenapa?"

"Dia nak fokus belajar dulu. Hal-hal jadi model dia nak pinggirkan. Kau tahanlah dulu kecaman orang ae. Lagipun betul juga tu apa yang orang cakap yang ni tak pandai jaga isteri."

"Kau jangan nak menyindir aku ae."

"Asal? Salah ke apa aku cakap. Dahlah, aku nak tidur. Selamat malam."

"Sapphire, awas kalau reputasi aku makin teruk."

"Asal? Kau nak buat apa?"

"Aku tunjuk kau macam mana aku jaga isteri."

"Oh, nice. Latihan sebelum kahwin dengan Emelly, kan?"

"Kau. Huh. Kau boleh tak jangan sarkastik sangat dengan aku. Dengan Shaun, kau layan dia baik sangat. Dengan aku, sarkastik je selalu. Kau nak baik dengan aku, masa aku sakit je."

"Asal tiba-tiba masuk Shaun pulak! Bukan elok ke aku macam ni dengan kau. Nanti kalau aku baik selalu, kau jatuh hati pula dengan aku. Lepas tu, kata aku nak mengorat kau pula."

"Fine. Baik jelah dengan Shaun tu."

Kesian pula Shaun jadi isu macam ni.
Padahal Sapp tak nak Hazel salah faham je.

Sapp mengeluh perlahan.
Dia kini mendekati Hazel yang sedang duduk.
Sejak tadi memang duduk.
Tengah buat kerja tiba-tiba teringat pasal trending yang dia nampak masa lunch tadi.

Sapp mengambil tempat di sebelah Hazel.
Hazel tak memandang ke arah Sapp.

Sapp memegang kedua-dua bahu Hazel lalu membuat Hazel memandang ke arahnya.

"Kau, kenapa?"

Dipeluk pula Hazel ni.

"Kalau aku baik, kau takkan salah faham?"

"Ermm."

"Okay. Lepas ni, aku cuba tak sarkastik lagi tapi kau tak boleh salah faham."

"Erm."
Hazel kini membalas dakapan Sapp.
Dengan erat dia membalas.

"Kau sabar dulu ae pasal Eme tu. Nanti aku minta tolong kakak aku senyapkan pasal trending tu."

"Apa kena-mengena dengan kakak kau?"

"Aku dengan Eme jadi model di bawah kakak aku. And aku jadi model sementara masa kau outstation dulu."

"Erm, okay."

"Dah takde masalahkan? Aku nak masuk tidur. Serius mengantuk."

"Teman aku."

"Nak kerja pun kena teman."

"Kau tidur sini."
Hazel menepuk-nepuk pangkuannya.

"Serius?"

"Ya."

"Tapi nanti kalau aku tertidur, kau jangan tinggalkan aku."

"Takpe, nanti aku angkat kau masuk bilik."

"Tak takut aku berat?"

"Dah biasa aku mengangkat orang."

"Ermm, Emelly. Okay, aku tidur ae."

"Ya."

Hazel berganjak ke tepi sofa panjang dan membiarkan Sapp baring berbantalkan paha Hazel.

"Sapphire, boleh aku bagi kiss goodnight?"

"Kau gila ae?"

"Erm."

"Suka hatilah."

Apalah mimpi Hazel jadi macam ni?
Sedikit risau ya.

Hazel menundukkan kepalanya dan menyentuhkan bibirnya ke bibir Sapp.
Setelahnya, Hazel menyambung kerjanya.
Sapp pula melelapkan matanya.

~~~~~

Pagi menjelang dengan matahari yang menyilaukan mata.
Sapp terbangun di dalam biliknya.
Betul-betul Hazel angkat dia masuk bilik.

Telefonnya yang berada di meja lampu sebelah katil diambil.
Bila menyala je skirn telefon, dia dapat notifikasi whatsapp yang banyak daripada Eme, Amber dan Jane.
Ada hal penting mungkin.

(Jane)
*Kau ada tgk live kakak kau smlm?*
*Serius Emelly tu malukan diri sndiri.*
*Kau taukan kau ada trending psl kau jd model?*
*Klw kau tak tahu, aku nak bagitahu yg smlm kakak kau kena wawancara dgn Emelly pasal Eme.*

(Amber)
*Aku dah buat pngakuan utk smbunyikan identiti Eme dulu.*
*Aku rasa dah okay kot psl gosip kau rapat dgn model lelaki.*
*Aku harap lps ni dah takde wartawan yg cari psl.*
*Smlm Emelly cuba burukkan nama kau.*
*Hati2 dgn Emelly tu.*

(Eme)
*Kak.*
*Dah tgk live Kak Am?*
*Kalau tak tgk, tgklah.*
*Heboh betul pasal akak photoshoot dgn aku.*

Semua pasal wawancara Amber yang semalam.
Entah jam berapa live-nya.
Kalau diingat-ingat, Sapp tidur sekitar jam 8.
Lagipun dia tak tahu Amber kena wawancara.

Sapp berfikir untuk membersihkan wajah dan giginya dulu sebelum menonton live semalam.
Mungkin boleh ditengok sambil makan lepas Naina masakkan sarapan.
Hari ni kedai tak buka, jadi tak kerja dan bila tak kerja, Sapp selalunya nak makan sarapan selain oat susu.

.....

"Puan tak kerja ae hari ni?"

"Erm. Tak buka kedai hari ni."

"Kenapa, puan?"

"Malas nak kena layan wartawan. Nanti menyibuk dalam restoran atau bakery saya."

"Saya ada tengok Amber Vincent kena wawancara. Kakak puan, kan?"

"Ya. Macam banyak ae yang tengok live semalam. Saya belum pun tengok. Hah. Kamu masak apa sarapan?"

"Mi goreng ayam. Nak saya hidang?"

"Ya."

"Oat susu?"

"Tak payahlah. Esok."

"Okay, puan."

Sapp kini mencari video live Amber yang semalam.
Banyak juga shorts video pasal live tu.
Trending terus.

"Naina."

"Ya, puan?"

"Mana part best nak tengok ni? Malaslah nak tengok full."

"Langkau intro je, puan. Yang lain best."

"Okay."

Telefon diberikan kedudukan yang tetap dan mi goreng ayam dimasukkan ke dalam mulut.

'Macam yang kita dah tahu, Sapphire Benz dikatakan rapat dengan model lelaki newbie di tempat kerja. Beberapa gambar tersebar Puan Sapphire bergaul mesra dengan model lelaki tersebut. Apa ulasan, Puan Amber?'

'Saya cuma berharap elakkan salah faham yang boleh ganggu rumah tangga seseorang. Apalagi sampai seseorang dicap dengan pelbagai gelaran yang tidak baik.'

'Boleh terangkan siapa model lelaki tu?'

'Bagi model lelaki tu bersedia untuk tunjukkan dia. Sekarang dia masih perlu fokus belajar sebelum dia menjadi model sepenuh masa. Tolong tunggu sampai hujung tahun ni. Saya buat semua ni sebab saya tak nak model lelaki saya diambil agensi lain dan saya sudah minta pesetujuan Sapphire, adik saya untuk sembunyikan dulu identiti model lelaki saya.'

'Jadi benarlah Puan Sapphire adik puan? Adakah ini punca puan nak selamatkan reputasi adik puan?'

'Maaf, kenapa ada soalan bodoh macam ni. Tak cari informasi dulu sebelum wawancara ke? Dan kalaupun saya buat semua untuk reputasi Sapp, mungkin ya tapi kena ingat, buruknya reputasi pekerja, buruk juga reputasi agensi saya. Saya kena jaga itu.'

'Erm, baiklah.'

Setelah itu, Emelly bertanyakan soal agensi model Amber yang tidak berkaitan dengan Sapp.

"Puan. Puan dengan adik-beradik puan memang savage ae? Terkejut saya dengar kakak puan cakap kenapa ada soalan bodoh tu. Uish, suka saya dengarnya."

"Yelah kot."

"Saya suka savage puan tu. Savage puan sesuai dengan keadaan."

"Yelah, buat apa nak savage kalau tak perlu. Susahlah nak hidup kalau savage selalu. Nanti dibenci."

"Kalau untuk kebaikan, baik jadi savage, puan."

"Yelah."

Banyaknya orang yang tak tahu itu Eme disebabkan hanya badan Eme yang diperlihatkan berbanding Sapp yang menunjukkan seluruh badannya di dalam gambar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience