15

Romance Completed 61517

"Sapp, malam ni Hazel jaga kau."

Sapp sedikit terkejut mendengarnya.

"Aku boleh je jaga kau tapi untuk jaga kau kena tidur sebilik. Takkan kau nak tidur sebilik dengan aku pulakkan."
Shaun mendakap Sapp.
Semoga semakin tenang.
"Percaya Hazel boleh jaga kau. Aku balik dulu."

Sapp seakan berat hati untuk biarkan Shaun pergi.
Masalahnya sekarang dia lebih percaya Shaun berbanding Hazel.

"Sapphire."
Hazel memanggil.

Sapp meliarkan matanya memandang ke arah lain.
Dia tak dapat bertenang.

"Kau mesti penat. Kau tidurlah dekat bilik lain. Ikut aku."

Sapp menuruti.

Pintu bilik dibuka lalu membuka lampu.
Dia mengambil bekas first-aid yang ada.
Dia melihat bibir Sapp yang terluka sebentar tadi.

"Duduklah. Bagi aku sapukan ubat dekat bibir kau."

Sapp duduk di atas katil di mana Hazel juga duduk.

"Ada luka lain ke?"

Sapp mengangguk.

"Mana?"

Sapp perlahan-lahan menurunkan lengan bajunya.
Terlihat bekas gigitan yang sedikit dalam di bahunya.
Juga terdapat calar di tepi lengannya akibat terkena serpihan kayu yang dipecahkan.

"Ada lagi yang calar?"

Kepala diangguk lagi.

"Tunjuklah."

"C-calar si-kit je."

"Kalau macam tu, tidurlah. Jangan risau, sumpah aku takkan buat apa-apa."

"B-betul?"

"Ya. Tidurlah. Kau mesti penat."
Dia membaringkan Sapp lalu menyelimutkan.

Hazel baru nak berdiri tapi ditahan Sapp.

"Boleh aku pegang tangan kau sampai aku tidur?"

"Boleh."

Sapp tersenyum sedikit.
Dia menggenggam sebelah tangan Hazel dengan kedua-dua tangannya.
Dia merasa lebih tenang begini.

~~~~~

Dentuman di pintu mengejutkan Sapp.
Pantas mencari sosok tubuh Hazel.
Dia pantas berlari membangunkan Hazel.
Dia mengingat kejadian semalam.
Bunyi pintu seakan pecah.

"Kenapa ni?"
Dengan mamai, Hazel menjawab.

"Pintu. Pintu."
Raut wajahnya penuh kerisauan.

"Aku pergi tengok."

Hazel membukakan pintu.
Nanti rosak pulak pintu tu dikerjakan.

"Emelly. Apa ni pukul pintu? Nak pecah dah pintu ni.'

"Kenapa you dekat sini? You dengan perempuan tu, kan?"

"Emelly. I kena jaga dia. You lupa ke apa yang kawan you buat semalam?"

"Apa? Apa dia buat?"

"Dia nak rogol Sapphire. You buat rancangan dengan dia ke apa ni?"

"Eh, you jangan nak cakap bukan-bukan ae. I tak terfikir nak buat sampai macam tu."

"Kalau macam tu, you kena faham yang dia ketakutan. You tengok apa yang jadi dekat bilik dia. Berselerak sebab kawan you."

"Dah masuk bilik tu, kuncilah pintu."

"You, please faham keadaan. Jangan main cakap je. Tombol pintu dah kena rosak, maknanya dia dah kunci pintu. Kawan you tu yang bernafsu sangat macam tak pernah nampak perempuan."

"Ih, fine. Kali ni I mengalah. Pentingkan lah isteri you tu banyak-banyak."
Emelly pergi dengan kekesalan.

Hazel menghela nafas dalam.
Dia mendekati Sapp.

"Tak ada apa nak ditakutkan lagi. Aku rasa semua dah pergi."

Sapp faham.

"Kau nak pergi kerja ke?"

Menjawab dengan anggukan.

"Dengan keadaan kau macam ni? Bibir kau ketara ada luka."

"Takpe, pandailah aku cover."

"Ada yang penting sangat ke sampai tak nak cuti dulu."

"Aku nak ajar buatkan menu baru dekat pekerja. Diorang baru mula kelmarin. Jadi tak boleh nak tinggalkan waktu belajar."

"Okay-lah kalau itu yang kau nak."

Sapp menunjukkan senyuman kecilnya.

"Gunalah bilik ni sementara bilik kau kena baiki. Kalau kau nak pindah sini terus pun takpe."

"Takpe, aku tunggu bilik tu dah baik."

"Okay. Kalau kau nak minta tolong apa-apa, aku dalam bilik."

"Ya."

Hazel dah keluar bilik.
Sapp pula nak bersiap nak pergi kerja.
.....

"Puan, kenapa bibir puan? T-tuan ke?"

"Tuan apa?"

"Tuan 'ehem' dengan puan ke?"

"Hehe. Taklah. Ada benda yang jadi tapi bukan sebab tuan. Jangan fikir bukan-bukan."

"Takpe ke puan nak pergi kerja? Nanti orang fikir macam saya pula."

"Pandailah saya cover. Nanti tolong kemaskan bilik saya ya."

"Baik, puan."

Untuk menutupi calar di lehernya, dia memakai pakaian yang berleher panjang.
Sampai je dekat tempat kerja, dia pakai mask untuk tutup bibir dia yang terluka tu.
Hari yang penat juga hari yang sangat panas akan dijalani untuk beberapa hari.

"Bos, bos sakit ke?"

"Tak."

"Jadi kenapa bos pakai mask?"

"Aku asyik nak bersin. Takut kena korang pulak."

"Oh."

"Dah siapkan apa yang patut? Croissant dah keluarkan?"

"Alatan dengan bahan masak dah ada. Croissant tak keluarkan lagi, tunggu bos."

"Kalau macam tu semua bersedia."

"Baik, bos."

Tiba-tiba.

"Ada apa, Jane?"
Jane call Sapp.

"Kau tak nak datang tengok sini ke?"

"Nantilah. Aku nak mengajar diorang ni."

"Dah tu bila kau pergi sini?"

"Tengoklah lusa nanti. Mungkin aku datang."

"Okey."

Dah, sampai situ je perbualan diorang.

Sekarang masa untuk Sapp bersiap.
Rambut disanggul rendah lalu menggunakan penutup kepala.
Apron dipasangkan pada badan.
Tangan dibersihkan lalu dikeringkan dengan tuala bersih.
Adunan tepung berbentuk segi empat tepat dipotong beberapa bahagian membentuk kepingan segi tiga.
Coklat bar yang kecil diletakkan di atas permukaan yang lebar kemudian digulung hingga habis.
Siap.
Sapukan telur di atas croissant.
Dah boleh panggang.

"Semua nampak apa yang aku buat? Aku rasa aku dah cukup pelan buat benda tu."

"Nampak, bos."

"Sekarang cuba buat. Yang paling penting masa nak memotong tu. Jangan senget sangat. Nak ukur pun boleh tapi jangan skema sangat. Anggar je panjang tu dalam 3 inci."

Seharian Sapp bercakap pasal croissant.
Nak perbetulkn kesalahan perkerja.
Nak buat ulang adunan lagi.

"Eme."

"Kenapa, kak?"

"Aku nak balik rumah."

"Baliklah. Takkan Hazel tu larang."

"Papa ada dekat rumah?"

"Takde. Belum balik. Jap, rumah sini ke maksud kau?"

"Ha'ahlah. Aku rasa nk tinggal sana buat sementara."

"Asal? Gaduh dengan Hazel are?"

"Tak. Ada yang rosak dalam bilik aku. Sementara kena baik, aku nak tinggal sana. Lagipun aku ada nak minta tolong kau something."

"Keluarga Hazel tahu tak ni kau nak balik sini?"

"Tak. Buat apa nak bagitau. Cukup Hazel je tahu."

"Kau tak risau nanti keuarga dia fikir apa?"

"Huh, biar jelah. Nanti aku fikirkan alasan."

"Huh, suka hati kaulah, kak. Baliklah kalau nak balik."

"Hehe. Tadi aku banyak masak croissant tau, kau tolong habiskan ae."

"Okay. Akak yang masak, kan?"

"Ya."

Sebenarnya Sapp belum bagitau Hazel.
Sengaja lambat bagitau.
Tunggu dia sampai rumah dulu.
Sebelum nak balik, dia beli barang kelengkapan dia.
Dia tak nak balik rumah Hazel.
Kalau pasal baju, ada je baju yang dia tinggalkan dekat rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience