48

Romance Completed 61517

Beberapa hari kini berlalu.
Sudah ada khabar daripada Shaun, namun dia meminta untuk tidak mencarinya dahulu.
Katanya ingin cepat menyelesaikan kerjanya..

Namun, Sapp mendapat tahu bahwa Shaun tidak ke syarikat kerjanya.
Sapp mendapat tahu daripada Carla.
Mungkin Carla ada bertanyakan kawan sekerja Shaun.
Agak pelik bila Carla mempunyai nombor untuk berhubung dengan kawan-kawan rapat atau rakan sekerja Shaun.
Tetapi Carla sudah menerangkan kalau Carla menjumpai nombor telefon mereka semua di buku atas meja kerja Shaun.
Carla juga memberitahu bahwa Shaun sengaja menulis nombor telefon kawan-kawannya agar dia tidak terlupa dan Shaun sejenis manusia yang tak nak simpan banyak kenalan dalam telefonnya.

"Bos? Bukan kata nak datang esok ke?"

Sapp yang mengatakan akan datang ke bakeri pada keesokan harinya tiba-tiba datang pada hari ini.

"Kenapa? Tak boleh ke aku nak datang hari ni?"

"Mestilah boleh, bos. Bos nak minum?"

"Bagilah hot chocolate. Hantar dekat meja luar dengan fail yang aku kena tandatangan tu."

"Okay, Bos."

Saja Sapp nak kerja dekat luar.
Biar dapat hirup udara segar sekali.
Lagipun, lepas waktu lunch ni tak banyak pelanggan yang datang.
Taklah mengganggu pelangan lain.
.....

"Sapphire-kan?"

Sapp yang sedang melihat fail di depannya mendongakkan kepala memandang Si Pemanggil.

"Clara?"

"Yes. Nikan kedai bakeri awak tu?"

"Ya. Awak buat apa dekat sini?"

"Nak makan desserts dekat sinilah. Mesti ada lagi banyak pilihan daripada sebelum ni."

"Terima kasih datang sini. Awak masuklah, nanti ada yang layan awak."

"Okay. Awak buat apa dekat luar ni, tak masuk?"

"Saja nak kerja dengan suasana luar."

"Saya nak join awak, boleh?"

"Kalau macam tu, saya teman awak ambil order. Nanti diorang tak bagi semeja dengan saya pula."

"Okay-okay."

Sapp membawa Clara ke dalam kedai.
Dia membiarkan dulu Clara memesan makanan dan minuman yang diinginkan.
Dia kembali ke bilik kerjanya dulu, menyimpan fail yang dia teliti tadi.

.....

"Awak, macam mana dengan Yasmine lepas malam tu? Macam kasar sangat saya buat dekat dia."

"Okay je tu. Dah kena bebel dengan abang dia. Harap lepas ni tak buat hal lagilah. Lagipun dia yang mula dulukan."

"Baguslah kalau dia okay je. Tak memasal anak orang masuk hospital gara-gara saya."

"Tak payahlah nak fikir sangat pasal sakit dia tu. Awak pun dapat sakit jugakan."

'AARRGGHH!'

"Sapp, apa tu?"

"Entahlah. Saya tengokkan dulu ae."

"Ya, pergilah."

Sedap-sedap orang nak sembang, ada pula yang berteriak dari dalam kedai.
Dah kenapa ni?

"Argh, ada cicaklah. Kotornya."

Sapp terkesima melihat pelanggan yang satu ini.
Dia nak kata ada cicak dekat sini?
Sepanjang dia buka kedai ni, tak pernah nampak lagi ada cicak merayap dekat dinding kedai ni.
Tikus je yang ada dekat sini.
Takkanlah pekerja dia nak letak cicak pula.

'Bos, macam mana ni?' Bisik salah satu pekerja Sapp.

"Suruh manager bagi rekod CCTV dari dia masuk kedai sampai sekarang."

'Okay, Bos.'
Pekerja tersebut segera melaksanakan arahan Sapp.

"Kau manager sini ke? Kau tak pandai jaga kedai ke apa? Sampai ada cicak dalak minuman aku."

Tajam pandangan Sapp terhadap perempuan yang dari tadi melontarkan kata-kata buruk untuk kedai dia.

"Buat pengetahuan kau, kebersihan untuk kedai ni di tahap A, bukan B, bukan C, apatah lagi D."

"Eh, mesti kau yang suruh pekerja dekat sini hantar minuman ada cicak nikan?"

"Kalaupun itu betul, cicak tu sepatutnya yang mati kena air panas tapi cicak ni masih hidup."

"Mungkin sebab dah tak jaga kebersihan sampai cicak boleh jatuh dekat minuman aku."

Aduhai.
Nak sangat burukkan kedai ni ke?

'Bos, rakaman dah kena hantar dekat telefon Sapp.'

Sergap tengan Sapp melihat telefonnya.
Video CCTV diputar laju.
Lama sangat kalau nak tengok dari awal.

Sapp kemudian membuka kameranya dan menangkap gambar Yasmine dan seorang lagi kawannya.

"Eh, apa kau buat ni, hah?"

"Saja nak gambar orang yang nak di-blacklist. Pandai kau nak burukkan kedai ni tapi salah cara."
Sapp merampas pula beg Yasmine dengan bantuan pekerja lain dan mencari bekas yang mungkin menjadi bekas cicak tadi.

"See. Kau sendiri yang letak. Buat malukan diri jelah kau ni."

"Kau yang letaklah."

"Kalau aku nak apa-apa kan kau, aku letak racun terus. Tak best kalau letak cicak je."

"Kau-"
Yasmine sampai menunjuk-nunjuk ke arah Sapp.

"Macam nilah, Yasmine. Kalau kau sakit hati dengan aku, balas dengan aku je. Jangan dekat kedai ni. Sini tempat cari makan. Jangan nak menyusahkan orang yang tak ada kaitan dengan masalah hati kau."

"Suka hati akulah."
Dirampasnya kembali beg dia.
Cepat-cepat diorang lari.

Helaan nafas Sapp menjadi lega.
Kalau Yasmine nak terus berdebat lagi, naik hantu agaknya Sapp nanti.

"Maaf atas keriuhan tadi. Harap tak mengganggu kamu semua."
Sapp berharap masalah tadi tidak mengurangkan pelanggan yang datang ke sini.

Sapp kemudian meminta pekerjanya membersihkan meja yang diguna Yasmine.

Nasib baiklah kedai Sapp ni jenis bayar baru makan.
Kalau tak, terpaksalah diorang berurusan lagi dengan Sapp untuk bayar makan minum diorang.

"Sapphire, tadi Yasmine kan?"

"Ha'ah."

"Dia buat masalah?"

"Macam tulah kejadiannya."

"Haish, cari masalah betullah Yasmine ni."

"Dia suka sangat ke dengan Shaun sampai nak buat macam ni?"

"Agaknya macam tulah. Dia kenal Shaun pun sebab Shaun berkawan dengan saya. Lepas dah kahwin, Shaun kawan juga dengan suami saya iaitu abang Yasmine. Ada sekali Yasmine pergi rumah saya dengan suami saya, pada masa sama, Shaun dengan yang lain datang lepak. Sejak tu, Yasmine suka sangat nak ambil perhatian Shaun."

"Kenapa Shaun tak suka dia ae? Padahal Yasmine tu ada je rupa. Kenal lama berbanding saya."

"Nak buat macam mana. Dah tak berkenan. Shaun ada cakap yang dia tak suka perempuan gedik sebelum ada hubungan apa-apa, terus perangai Yasmine pula memang gedik kalau dengan Shaun."

"I see."

"Awak dengan Shaun macam mana kenal?"

"Awak tahukan saya bekas adik ipar dia?"

"Ya."

"Kenal sebab tu je. Terus kadang-kadang saya ada minta tolong dia kalau Hazel tak dapat tolong atau masa tu Hazel outstation."

"Sejak bila Shaun suka awak?"

"Itu tak tau. Kena tanya tuan punya badan."
Tau je tapi lebih baik tak payah jawab.
Nanti dipersoalkan pula kenapa kahwin dengan Hazel kalau Hazel tak suka dia.

"Huh. Mesti susahkan nak suka orang yang dulu jadi abang ipar. Lagi-lagi kalau ada orang nak mengutuk. Padahal cinta boleh hadir dan hilang bila-bila masa."

"Betul tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience