16

Romance Completed 61517

*Aku dekat rumah papa aku.*
*Aku tak balik utk 2 3 hari. Mungkin lgi lama.*

*Knp tiba2?*

*Aku tunggu bilik kena baik. Lgipun aku 1 minggu ni sibuk, aku tak nak kalau korang buat party lagi, jd lgi mcm smlm.*

*Jd apa alasan aku nak bg kalau mama tahu kau tinggal sana?*

*Ckp je aku ada nak minta tlg adik aku buat smthing. Kalau dia tak percaya, suruh dia tanya aku.*

*Okay."

Macam tu jelah chat diorang.

"Kak, ni kenapa leher ni? Hazel pukul akak ke? Sebab tu akak lari sini?"

"Taklah. Benda lain."

"Apa? Gf dia ke?"

"Kasar betul kalau gf dia yang buat."

"Dah tu? Dengan bibir luka lagi."

"Semalam ada lelaki mabuk kacau aku sampai jadi macam ni. Pintu bilik aku sampai rosak."
Singkat.

"Lelaki mabuk dari mana?"

"Dalam rumah juga, kawan gf Hazel. Nasib baiklah Shaun ada selamatkan aku."

"Shaun?"

"Abang Hazel."

"Hazel pergi mana?"

"Ada je dalam rumah cuma dia tutup telefon jadi aku tak dapat call. Nak teriak, mana dengar."

"Dah tu takkan dia tak perasan lelaki tu masuk?"

"Entahlah. Busy kot dengan gf dia."

"Call dia sekarang."

"Dia siapa? Kau nak buat apa?"

"Hazel. Aku ada nak cakap ni."

"Tak payahlah. Nanti kau cakap yang bukan-bukan."

"Tak. Aku nak cakap untuk keselamatan akak. Cepat call dia."

"Tak payah."

"Kalau tak, aku yang call dia. Sini telefon."
Dirampasnya telefon Sapp dari tangan dia.

"Eme, bagi telefon tu. Bagi."

"Bagi aku cakap dengan dia dulu."

"Eme. Jangan."

Cepat je tangan Eme tekan punat telefon dekat chat Hazel.

"Eme, bagi."

Telefon ditekapkan di telinga.

"Asal kau call Hazel ni?"

Eme mendengarkan suara perempuan.
Pasti Emelly.

"Aku nak bercakap dengan Hazel, bukan kau."

"Kau siapa? Bf Sapphire tu?"

"Ya, jadi aku nak bercakap dengan dia."

"Ceh. Dia mandi."

"Suruh dia call lepas ni. Kalau aku tak dapat call dia, aku datang rumah dia."

"Ya, ya."

Panggilan dimatikan.

"Ih, tu je kau nak cakap. Bagi sini telefon aku."

"Tak boleh. Aku nak bercakap dengan Hazel."

"Kan dah bercakap tadi."

"Itu gf dia."

"Ih, suka hatilah. Aku nak buat kerja."
Merajuk dulu.

Eme memegangkan telefon Sapp.
Tunggu Hazel tu nak call balik.

"Aku Hazel. Ni Sapphire ke bf dia?"

"Aku tahu apa jadi semalam ni. Ni mesti kelalaian kau, kan?"

"Apa maksud kau?"

"Lepas ni, kalau korang nak ber-party, bagitau dia awal-awal. Jadi dia tak payah balik rumah kau, dia balik je sini."

"Kau ni betul ke bf Sapphire?"

Sibuk sangat nak tahu tu bf ke bukan.

"Huh, aku adik dia. Aku tak nak benda macam tu jadi lagi. Kalau sampai jadi lagi, aku paksa kau tinggalkan je kakak aku."

"Ok, fine."

Tanpa banyak basa-basi lagi.
Eme tutupkan panggilan.

"Nah."
Eme kembalikan telefon kakak dia.
Kakaknya tak melihat langsung.
"Kak."

"Apa?"

"Merajuk ae."

"Entah."

"Janganlah merajuk, kak."

"Hrm."

"Akak."
Eme berinisiatif untuk memeluk Sapp.

"Apa? Nak buat kerjalah."

"Jangan merajuk ae."

"Ya."

"Apa yang nak minta tolong tu?"

"Tolong buat senarai menu. Kan dah ada menu baru."

"Nak kad menu yang estetik?"

"Ha'ah."

"Bagi senarai menu. Nanti aku buatkan."

"Ni. Lepas tukan, nak minta idea dekorasi untuk restoran dengan bakery. Nanti kena besarkan kedai tu."

"Warna tetap sama ke?"

"Ya."

"Aku kena tengok kedai dulu."

"Bila kau boleh tengok?"

"Lusa atau selepas tu mungkin boleh tapi bukan akak sibuk nak mengajar menu baru ke?"

"Sibuk sikit je. Tinggal nak tengokkan cara diorang buat pastri je."

"Okay, nanti aku bagitaulah bila nak datang."

"Okay."

~~~~~

"Sapp. Sampai bila kamu nak tinggal sini?"

"Kenapa? Tak boleh dah Sapp tinggal sini?"

"Bukan tak boleh tapi kamu tu dah bersuami. Mana boleh kamu tinggalkan suami kamu."

"Pa, dia dah besar. Boleh je tinggalkan. Lagipun ada pembantu rumah nak jaga makan minum dia."

"Tapi tak sama kalau ada isteri. Tak baik tinggalkan suami lama-lama. Bukan sehari dua je kamu dekat sini. Dah seminggu lebih kamu dekat sini."

"Pa, please-lah jangan old-fashioned sangat. Lagipun Sapp datang sini dengan izin dia. Bukannya Sapp tak cakap dekat dia."

"Kalau keluarga dia tahu macam mana? Apa diorang fikir nanti?"

"Takkan punya diorang tahu kecuali ada yang bagitau. Lepas tu, Sapp nak minta tolong Eme. Bukan saja-saja Sapp nak tinggal sini."

"Huh, penatlah papa dengan perangai kamu ni."

"Siapa suruh papa cari pasal. Huh"

Macam kena halau dia dari rumah orang tua dia sendiri.

Awal pagi dah kena ceramah dengan papa dia.
Hilang mood baik.

"Akak."

"Hrmm."

"Aku dah rasa idea untuk dekorasi restoran akak. Ni ada dua design. Kalau tak suka, bagitau."

"Aku fikir dulu."

"Akak jangalah ambil hati dengan papa. Papa cakap benda betulkan."

"Huh, tahulah betul tapi kenapa macam nak menghalau. Kalau tak suka aku balik tu, jujur jelah. Itupun susah."

"Takkan lah papa tak suka akak balik. Dia risau hubungan akak dengan Hazel je tu. Mungkin dia fikir korang tengah gaduh."

"Yelah, yelah."

"Hari ni aku boleh datang bakery, boleh tak aku datang?"

"Mestilah boleh."

Masa untuk kerja.
Jangan fikir benda lain lagi.
Nanti memenatkan diri sendiri.
.....

"Puan."

"Hai."

"Lamanya puan tak pulang. Puan sihat?"

"Ya. Kamu macam mana dekat sini? Takde yang buli?"

"Takde, puan."

"Tuan belum balik, kan?"

"Tuan tak kerja hari ni."

"Dengan gf dia?"

"Tak."

"Sakit ke?"

"Tak pasti pula."

"Takpelah kalau macam tu. Bilik saya dah baik, kan?"

"Ya, puan. Sehari je dah siap."

"Nice, saya nak masuk bilik dulu."

"Baik, puan."

Akhirnya, Sapp memilih untuk balik rumah.
Sekejap je ni.
Sekejap lagi dia nak balik rumah keluarga dia lagi.
Ambil barang kerja je ni.

"Sapphire."
Perlahan je suara Hazel.

Jumpa pula depan pintu.

"Ya."

"Kau masih tinggal sana?"

"Ya. Aku nak ambil barang kerja je."

"Bila kau tinggal sini?"

"Kenapa?"

"Takde apa."
'Huk. Huk.'

"Kau sakit, kan? Mana Emelly?"

"Emelly kerja luar."

"Huh. Jadi dia tau tak kau sakit?"

"Sakit sikit je jadi aku tak nak kacau dia."

"Sikit? Sini."
Sapp menarik lengan Hazel mendekatinya.
Tangan Sapp menyentuh dahi Hazel.
"Macam ni panas kau kata sikit? Cari mati ke apa? Sini masuk."

Sapp menariknya ke dalam bilik.

"Ni bilik kau."

"Dah tu? Bagi masalah ke?"

"Tak."

"Kau diam je. Sekarang kau baring."
Senang je Sapp bagi arahan.
Hazel tak boleh bantah.
Kalau bantah, confirm kena bebel.

Sapp membuka laci meja kecil berdekatan katil.
Dia mengambil kool fever yang ada.
Tinggal beberapa keping lagi.

"Dah makan, belum?"

"Tengah hari dah."

"Lapar, tak?"

"Sikit."

"Okay, tunggu sekejap."

"Sapphire."

"Apa? Nak makan apa-apa?"

"Tak tapi maaf."

"Kenapa tiba-tiba ni?"

"Aku dah ganggu waktu kerja kau."

"Aku tak kerja pun. Dah rehat dulu."

"Tapi kau nak kerja lagi, kan?"

"Dah dah. Pandailah aku urus."

Sapp meninggalkan Hazel untuk ke dapur.

"Naina."

"Ya, puan."

"Dah ada makanan ke?"

"Saya baru masak nasi, puan. Puan nak makan awal ke?"

"Tuan sakit."

"Eh, tadi macam okay je."

"Entahlah. Apa yang ada untuk dimasak?"

"Ada sayur dengan ayam. Telur dengan sosej pun ada."

"Sayur sawi ada?"

"Ada."

"Kalau macam tu, kamu siapkan sayur. Saya nak goreng telur."

"Baik, puan."

Kali ni Sapp nak buat sup sayur campur telur.
Sedap tau sup ni.
Dulu mama dia selalu masak kalau dia sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience