28

Romance Completed 61517

Tanpa tahu sebab dia tertidur di luar bilik Sapp, Hazel pantas mendapatkan telefonnya yang membuat dia terbangun.
Terdapat mesej yang mengejutkan membuat dia tak tahu bagaimana untuk bereaksi.
Ditambah dia merasa ini terlalu mengejut.

Pintu di belakangnya tiba-tiba dibuka dari dalam, membuat Hazel refleks menutup skrin telefonnya.

"Kau kenapa ada depan bilik ni? Kau jatuh?"
Pura-pura Sapp tak mengingat kejadian semalam.
Semoga Hazel tak ingat apa-apa tentang semalam.

"Tak tahulah. Aku bangun-bangun je ada dekat sini."
Tangannya mengurut dahinya yang pening.
Dia ingat kalau dia bergi clubbing tapi tak ingat macam mana dia balik.
"Ada orang bawa aku balik ke?"

"Entahlah. Takde pula aku dengar orang ketuk pintu semalam. Kau masuk sendiri kot."

"Mungkinlah. Kau ni dah nak gerak kerja ke?"

"Ha'ah. Aku dah nak kena pergi ni."

"Okay, take care."

"Alright."
Sapp berlalu di hadapan Hazel secepatnya.
Semoga penipuannya tak diketahui.

"Puan, breakfast?"

"Bekalkan."

"Okay, puan."
Pantas je tangan Naina masukkan sarapan Sapp dalam bekal tu.
Dah Sapp nampak macam tergesa-gesa.
Memang nak pergi dah ni, risau nak berhadapan dengan Hazel.

~~~~~

Beberapa hari berlalu tanpa pertanyaan Hazel mengenai malam tu.
Nampaknya Hazel memang tak ingat apa-apa.

"Akak."

"Erm."

"Akak dah dengar Hazel dah dapat company papa? Company papa tu besar tau."

"Eh, kenapa papa bagi?"

"Alah, papakan dah ada company baru. Tu yang kasi dengan Hazel je."

"Oh, patutlah abang awak tu macam sibuk semacam. Urus pindah pemilik company rupanya."

"Ye kot."

"Ada benda lain lagi ke papa bagi?"

"Papa ada kasi kereta mahal. Tak tahulah jenama apa tu. Tak minat nak tahu."

"Wah. Makin kayalah Hazel. Shaun ada kena bagi juga ke?"

"Ada je tapi dia yang tak nak."

"Aikk. Dah kenapa?"

"Tak tahulah dia, kak. Saya malas nak tanya."

"Ais krim tu dah nak habis. Nak lagi?"

"Nak. Nak yang perisa mint, boleh?"

"Boleh je. Ada lagi nak yang lain?"

"Erm, nak croissant coklat."

"Okay. Tunggu kejap tau."

"Okay."

Melayanlah Sapp dengan kehadiran Carla di kedai bakeri dia ni.
Tapi dia tak kisah pun.
Adik ipar dia juga.

Tapi sesuatu dia pelik.
Kenapa Hazel tak bagitahu dia apa-apa pasal papa dah bagi dia harta dengan company tu.
Kenapa dia mesti tahu dari mulut Carla.

"Dah sampai."

"Wah. Nyum nyum."

"Ni nanti balik guna apa?"

"Naik grab je kak."

"Tak bahaya ke? Awak tu dahlah masih bawa umur."

"Dah biasa naik grab. Pergi sini pun naik grab juga."

"Lain kali mintalah orang hantarkan. Awak tu perempuan tau."

"Alah, kak. Nak minta siapa hantarkan? Shaun tu busy kerja. Hazel pun sama. Nak minta driver, dia hantarkan papa. Mama pula tak pandai memandu."

"Lepas ni sayalah yang hantar balik. Risau saya tau."

"Takpe ke akak tinggalkan kedai?"

"Takpe. Bukannya takde orang jaga."

"Okay."

"Dah alang-alang, nanti saya singgah rumahlah. Tapi saya nak pergi supermarket dulu. Boleh?"

"Boleh je, kak."

Tak lama kemudian, bergeraklah mereka menuju ke rumah dan tidak lupa untuk singgah ke pasar raya dulu.
Sesampai di rumah, Sapp memberi makluman kepada Hazel bahawa dia singgah ke rumah keluarga dia.
Nanti bising pula kalau tak bagitahu awal-awal.

"Sapp. Kamu datang."

"Ya, ma. Ni hantarkan Carla. Alang-alang ni, singgah teruslah."

"Lama tak jumpa kamu. Sini duduklah dulu."

"Sebelum tu, nak letakkan ni dulu."

"Apa ni?"

"Adalah bahan masak sikit."

"Tak payah pun susah-susah belikan semua ni, Sapp."

"Alah, takkan nak bawa tangan kosong je, ma. Sambil tu saya ada belikan bahan buat dessert. Bolehlah Carla ni belajar."

"Suka betul kamu manjakan Carla ni."

"Biasa-biasa je tu, ma."

"Dah alang-alangkan. Baik kamu tidur sini je. Bawa Hazel sekali. Ada tinggalkan baju dekat sinikan."

"Itu kena tanya Hazel dulu."

"Cakap je mama paksa. Mesti dia datang sini."

"Hehe. Okay, ma."

Pantas je tangan tu chatting dengan Hazel.

*Hazel.*
*Hazel.*
*Mama nak kita tidur sini. Aku okay je.*

*Dah knpa mama nak kita tidur sana?*

*Saja kot. Bknnya sllu kita tidur sini.*

*Kau blk sini lagi?*

*Tak. Lagipun ada baju gantikan dlm bilik kau.*

*Yelah. Aku balik dulu, baru aku prgi sana.*

*Okay.*

Dah, full stop.

"Macam mana, kak? Hazel nak tak tidur sini?"

"Dia kata dia nak."

"Yeah. Boleh spend time lagi dengan akak."

"Ya. Sekarang saya nak mandi dululah."

"Saya pun kena mandi. Jumpa akak lepas ni."

"Ya."

Carla pergi dulu sebelum Sapp.

"Suka mama tengok Carla rapat dengan kamu. Dapat juga dia merasa ada kakak. Kamu pula layan dia baik, macam dah adik-beradik. Terima kasih, Sapp."

"Tak ada apa yang perlu diterima kasih pun, ma. Carla dah macam adik saya sendiri, kenalah jaga elok-elok."

"Haih, makin sayang mama dengan kamu ni."

"Hehe. Ada-ada jelah mama ni. Okay-lah, saya nak mandi dulu. Nanti kita sama-sama masak dinner ae."

"Yelah. Mama tunggu kamu."

Giliran Sapp berlalu pergi.

Sejenak Sapp terfikir, macam mana perasaan diorang nanti kalau dia dengan Hazel bercerai?
Sedih ke?
Tapi mungkin tak lama lagi diorang bercerai dengan alasan harta dan company dah Hazel dapat.
.....

Selesai saja memakai baju, Sapp lantas ingin ke dapur membantu mama memasak.
Untungnya masih awal.

"Sapphire?"

"Shaun. Baru nampak kau."

"Kau datang sendiri?"

"Ha'ah, tadi tolong hantarkan Carla. Okay-lah, aku nak pergi."

"Kejap."

"Kenapa?"

"Kau tak apa-apa malam tu?"
Suaranya diperlahankan sedikit.
Risau ada yang dengar.

"Okay je. Lepas dah pagi, dia tak ingat apa-apa."

"Baguslah macam tu."

"Aku gerak dulu."

"Ya."

Di dapur, sudah ada kelibat Hazel di dalamnya.
Baru sampai agaknya.

"Bila awak sampai?"
Depan mama kena berlakon.

"Baru je. Ni baru siap mandi ke?"

"Ya."

"Lamanya."

"Mana ada. Kira cepatlah ni."

"Berapa minit?"

"15 kot."

"Alah, lambat."

"Awak janganlah nak dengkikan saya. Awak tu lelaki, memanglah cepat mandi."

"Hazel, janganlah kamu mengusik macam tu. Merajuk nanti, dia tak nak tidur sini pula."

"Alah, ma. Takpe. Bukan selalu usik dia ni."

"Ceh, yelah tu."
Sapp kini mendekati mama yang menyiapkan bahan masak.

"Nak saya tolong apa ni, ma?"

"Ayam tu tolong potongkan. Hazel, panggilkan Carla."

Serta-merta Hazel berdiri.

"Budak. Kau sini dulu."

"Apa ni budak-budak? Aku ada namalah."
Cemberut Carla berhadapan dengan Hazel.

"Tu, mama panggil."

"Erm, kenapa ma?"

"Tolong potongkan bawang."

"Okay."

Begitulah mereka bertiga saling membantu membuat makanan makan malam.
Hazel sedap tengok je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience