24

Romance Completed 61612

"Kau tengok apa?"

"Live semalam. Kakak aku kena wawancara lepas tu kakak aku dah terangkan pasal model newbie tu. Harap takde isu lain lagi."

"Baguslah."

"Erm, puan. Boleh saya tahu siapa model newbie tu?"

"Kamu pun tahu pasal gosip tu ae?"

"Pasal gosip-gosip ni, sekejap je dah sampai telinga saya, puan. Tambah-tambah kalau kakak saya yang bergosip."

"Tu adik saya. Kamu jangan sebarkan tau."

"Okay, puan. Patutlah puan rapat sangat dengan newbie. Mustahillah puan nak rapat kalau tak kenal."

"Tahu pula kamu dengan perangai saya."

"Tak sengaja tahu, puan. Puan kan jarang keluar selain kerja."

"Betul tu, betul. Hah, Hazel. Kau nak makan sarapan? Ada mi goreng ni."

"Ya."

"Kau kerja ke hari ni? Tak pakai baju kerja pun."

"Datang lewat."

"Oh. Nak aku buatkan air? Nak air apa?"

"Teh panas je."

"Okay."

Sapp hidangkan dulu mi goreng yang dimasak Naina ke hadapan Hazel.
Setelah itu, uncang teh diisi ke gelas kaca berurutan dengan air panas dan air sejuk untuk mengurangkan suhu air.

"Hazel, kau dengan Emelly tu okay ke?"

Tiba-tiba soalan tu muncul di bibir Sapp.

"Okay je. Kenapa?"

"Asal kau macam dah lama tak bawa dia sini ae? Padahal sebelum ni dia selalu je dstang sini."

"Dia sibuk."

"Oh, okay."

"Asal kau tanya?"

"Saja je sebab aku pelik dengan korang."

"Tak oayahlah kau fikir pasal kitorang. Baik kau fikir pasal kedai kau tu je."

"Betul, betul. Aku saja je tu tanya."

"Ya."

~~~~~

"Eme."

"Akak."

Hari ini merupakan hari graduasi Eme setelah 8 semester berlalu di universiti ini.

"Tahniah, dah habis belajar."

"Thanks, kak."

"Tak perlu pun. Yang lain dah sampai?"

"Tak. Belum lagi."

"Papa datang tak ni?"

"Entahlah, kak. Aku dah bagitahu. Datang ke tak, itu aku tak tahu."

"Kak Am dengan Kak Ame dah bagitahu?"

"Dah. Takpelah kalau tak datang pun. Akak dah ada pun, aku dah okay."

"Alololo, kesiannya dia ni. Lepas ni, kita jalan-jalan, nak?"

"Pergi mana?"

"Mana-mana yang boleh buat kau happy."

"Sweet-lah akak ni."

"Untuk adik kesayangan aku, memang kena sweet. Hari ni, tak boleh sedih-sedih. Mesti happy je."

"Erm, okay."

" Mylia mana? Dengan parents dia?"

"Ya, dengan parents."

"Takpe lah, kalau macam tu. Jap ae."

Sapp mengeluarkan telefonmya dan mendail nombor telefon seseorang.

"Kau tak datang majlis Eme ke?"
"Bila nak sampai?"
"Serius ke ni kau datang?"
"Kau jangan tak sampai-sampai pulak."
"Kitorang tunggu ni."

Baru tadi Sapp menelefon kakak sulungnya, Amber yang dalam perjalanan ke universiti Eme.
Jaraknya untuk sampai ke universiti ambil masa setengah jam.
Mungkin tunggu lebih lama.

"Kau dekat mana?"
"Aku dengan Eme ni. Kau tak datang ke?"
"Betul ni kau datang?"
"Berapa lama lagi kau nak sampai sini?"
"Aku tunggu ni. Kalau kau tak datang, aku datang rumah kau."
"Okay-lah. Pandu elok-elok."

Sekarang Sapp mematikan panggilan yang dibuat untuk kakak keduanya, Amethyst.
Kakak dia yang ni lebih jauh rumah dia daripada rumah Amber.
Masing-masing dah bersuami dan beranak.
Mungkin nanti datang dengan suami dengan anak-anak sekali.
Lagi meriah.

"Called siapa?"

"Kak Am dengan Kak Ame. Diorang kata dalam perjalanan pergi sini."

"Tak kerja ke?"

"Entah. Mungkin dah ambil cuti awal-awal."

"Oh, yelah."

"Janganlah monyok muka tu. Nanti tak hesmes."

"Tiba-tiba lagi hesmes."

"Handsome. Nanti kau tak handsome."

"Biarlah. Muka aku juga."

"Ih, mengada. Balik kang."

"Janganlah. Kan nak bawa jalan-jalan."

"Jadi jangan cari pasal."

"Yelah-yelah. Nak gurau pun tak boleh."

"Yelah."

Sedikit lama menunggu, kakak mereka berdua akhirnya datang bersama-sama anak-anak mereka.
Sang suami tak kelihatan mungkin dikeranakan kerja atau tidak dapat mengambil cuti.

"Uncle."

"Nia, dah besar. Ingat nama uncle tak?"
Baru nak masuk 4 tahun Nia ni.
Anak Kak Am diorang.

"Emeled."
Tak pandai menyebut ni.

"Emerald-lah. Tak pun Emerel janganlah Emeled. Sedih uncle tau."

"Jangan sedih, uncle Emerel."

"Hah, gitulah. Baru sedap dengar."

"Uncle, nak dukung?"
Minta sepupu Si Nia ni, Johnny. Anak Kak Ame.
Baru nak masuk 4 tahun juga.
Dah mak diorang sama-sama kahwin tahun sama.
Lahir anak tak jauh beza jarak.

"Nia dengan Johnny dah makan?"

'Dah.'
'Sudah.'

"Papa mana?"

'Kerja.' Jawab Nia.
'Kerja juga.' Ujar Johnny.

Sapp memberikan perhatian kepada anak Amber yang lalu tahun lalu.
Sebelum Sapp kahwin dengan Hazel.

"Alolo. Comelnya dia ni."
Dicubit manja pipi baby ni.

"Kalau comel, bila nak proses?"
Amber dengan Ame tak tahu ni pasal kontrak Sapp dengan Hazel.

"Entahlah. Nanti kot."
Takkan pernah terproses agaknya.
Dah diorang boleh becerai bila-bila masa.
Apa lagi kalau dah dapat warisan harta daripada papa Hazel.

"Kenapa? Kau tu dah nak 30 tahun tau. Susah nak beranak kalau umur dah lanjut."

"Takpe, tahun depan baru 30 tahun. Lagipun aku kena fokus dengan kedai aku dulu. Nanti-nantilah pasal anak tu. Ada anak buah ni pun dah okay."

"Menyesal kau nanti, Sapp kalau lambat mengandung. Tak nanti lama-lama kau dah tak subur."

"Tengoklah macam mana."

"Jomlah ambil gambar. Lepas ni, nak jalan-jalan."
Eme cuba membantu Sapp untuk tak menghadap soalan pasal anak.
Dengan hubungan kontrak tu, dapat ke nak ada anak.

"Jalan-jalan mana?"

"Mana-mana je. Asalkan kita happy."

"Mengarut ae kau, Eme."

"Lah, salah ke apa aku cakap?"

"Macam pelik je ayat kau."
Pelik mananya Amber.

"Mana ada. Tiba-tibalah akak ni."

Dalam beberapa jam, mereka semua datang dan pergi ke tempat yang menarik untuk luang masa bersama.

"Hah, macam mana hari ni? Best?"

"Erm, best. Thanks, kak."

"Takde hallah, Eme. Untuk kau, aku sanggup."

"Sweet-lah tu."

"Kenapa? Tak suka?"

"Suka."

"Lepas ni, kau memang nak kerja tetap sebagai model ke?"

"Erm. Lagipun kerja dengan Kak Am."

"Okay-lah, asalkan kau nak kerja. Kau tak nak ganti papa ke?"

"Tak naklah. Boring kalau asyik dalam pejabat je. Baik jadi model, tukar-tukar tempat kerja."

"Dah tu, nanti kalau papa nak bagi syarikat dia, siapa nak ambil? Aku dah ada dua kedai tu. Kak Am dah ada agensi dia sendiri. Kak Eme memang tak nak kerja, nak jadi suri rumah je."

"Bagi orang lainlah yang perlukan kerja. Aku memang tak minat bisnes ni."

"Yelah. Suka-suka kaulah."

"Kak. Kalau nanti kontrak dah selesai, akak masih nak dengan Hazel ke?"

"Entahlah. Tengok keadaan macam mana. Kalau aku masih boleh terima dia, aku still kot nak jadi isteri dia."

"Kalau bolehkan, aku nak je akak bercerai sekarang lepas tu cari lelaki yang lebih baik. Akak tak patut ada suami macam tu."

"Dahlah, jangan cerita pasal aku. Kau tu hah, bila nak tunjukkan muka sebagai model. Masih banyak tau gosip pasal aku. Kau punya pasallah ni."

"Alah, kak. Tak boleh tangguh dulu ke?"

"Tak boleh. Menyusahkan hidup aku je paparazi. Tak puas hati betul dengan Kak Am bagitahu dulu. Tak menyabar."

"Yelah. Aku send dulu gambar dekat medsos aku."

"Hah, bagus."

"Lepas ni, akak nak tak jadi model sementara lagi? Best-lah jadi partner akak."

"Tak naklah. Penat. Aku nak mengurus kedai lagi. Banyak terbengkalai tau masa aku photoshoot dulu. Kelam-kabut aku siapkan kerja."

"Alah, sekali-sekala bolehlah, kak."

"Kau janganlah gitu. Aku mana suka jadi model. Lagipun tak nak timbul masalah. Yang jadi mangsa kecaman, Si Hazel tu."

"Huh, Yelah. Nak buat macam mana lagi."

"Dahlah. Kita baliklah. Dah malam ni."

"Okay, jumpa kau nanti."

"Okay."

Mereka berdua bersurai di kafe yang mereka duduki.
Malam dah berganjak ke jam 9.
Risau mengantuk pula kalau pulang lebih lewat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience