"Sapp. Asal aku dah tak nampak boyfriend to be kau tu hantar kau ae? Dah nak dua minggu ni. Korang dah tak contact lagi ke?"
"Dia ada kerja kot. Dia ada je cakap yang dia tak dapat hantar aku buat masa sekarang."
"Jadi kau dengan dia chatting jugalah."
"Tak. Aku tunggu dia chat dulu. Lagipun sebelum nipun, memang dia chat dulu. Jarang aku nak chat dulu."
"Kau rindu dia tak?"
"Entahlah. Tak tahu."
"Kau kalau rindu, jangan jual mahal sangat tau. Risau melepas kau nanti."
"Ya, ya. Kau ni kenapa akhir-akhir ni busybody pasal relationship aku ni? Kau risau aku dah takde yang nak ke? Kau jangan cakap kau suka Shaun."
"Ih, takdelah sampai nak suka dia. Boyfriend aku tu nak letak mana?. Aku saja tanya. Kot-kot aku dapat pergi majlis kahwin kau tak lama lagi."
"Amboi-amboi. Aku bilalah ni nak merasa pergi majlis kahwin kau? Takkan kau je menunggu aku."
"Hehe. Aku kena tunggu boyfriend aku. Aku ni bila-bila masa nak kahwin pun, okay."
"Yelah."
"By the way, Hazel apa cerita sekarang? Dia tak kacau kau lagi?"
"Eh kau ni. Tadi Shaun, sekarang Hazel. Suka betul kau ni bergosip."
"Alah, curious je."
"Huh. Aku tak tahu apa-apa pasal dia. Dia dah tak kacau aku."
"Baguslah kalau macam tu."
"Dahlah. Aku balik dulu. Melekit dah badan aku ni."
"Yelah. Hati-hati."
"Okay."
Sajalah diorang berbual lepas waktu kerja ni.
Masa kerja selalu sibuk, jadi takde masa nak berbual.
.....
'AARRGGHH!'
Terkejut orang dibuatnya.
Mana tak terkejut nampak sosok orang dalam bilik sendiri.
Sapp membalikan badan melihat Eme di ruang tamu.
"Eme~. Kenapa tak bagitau ada orang?"
"Err. Lupalah, kak."
"Asal tunggu dalam bilik? Kalau bilik tu semak, macam mana?"
"Err, papa yang suruh tunggu sana. Bukan aku."
"Ish, korang ni."
Pasrah jelah.
Baru je balik, dah dapat tetamu.
Tunggu dalam bilik pulak tu.
Sapp kembali masuk ke bilik dia.
"Macam tak suka je aku datang."
Cepat je Shaun perangkap Sapp dengan kedua-dua tangan dia dan membuat Sapp bersandar pada dinding.
"Bukan tak suka cumanya tempat menunggu tu salah."
"Erm, tak salah pun. Mungkin tu green light aku jadi menantu keluarga ni. Kan, kan. Takkan papa kau biarkan orang yang dia tak suka jadi menantu masuk bilik kau."
"Eleh, confident-nya."
"Kalau tak confident, tak adanya aku bawa kau kahwin."
Senyuman hambar Sapp bagi.
Shaun mendekatkan wajahnya pantas Sapp berpaling ke kanan.
Shaun yang sudah mengagak jadi macam ni lantas mencium pipi kiri Sapp.
Tubuh Sapp dibawa ke pelukannya lalu memeluk dengan erat.
"Aku rindu kau. Sangat-sangat."
Shaun menunggu tangan Sapp membalas pelukannya namun hampa.
Sapp tak membalas.
"Aku tahulah kau tak sukakan aku tapi boleh tak kau balas pelukan aku?"
Mengatakan itu, Shaun merasa tangan Sapp kini melingkar di pinggangnya.
"Okay-lah. Kau baru balikkan, mandilah dulu. Aku tunggu dekat luar."
Ucap Shaun sambil meleraikan pelukan.
"Takpe, kau tunggu sini je."
"Nanti kau tak selesa."
"Deii, orang dah kata tunggu sinikan."
"Okay, okay. Janganlah marah." Dicubitnya pipi Sapp.
"Tunggu sini tau."
"Ya."
Sapp kemudian mengambil tuala dan baju ganti ke bilik air.
Sekitar 20 minit Sapp habiskan untuk mandi.
Itu dah kira paling cepat Sapp siap mandi.
"Shaun. Kau dah makan malam?"
"Belum."
"Okay. Jom turun bawah."
Sapp menyidai dulu tuala yang diguna.
Sapp tadinya keluar dengan baju tidur dengan rambut bersanggul tinggi membawa Shaun dinner sama-sama.
"Eme, dah makan?"
"Belum."
"Papa?"
"Dah."
"Jomlah makan, aku dah lapar."
"Okay."
Eme meninggalkan dulu kerja dia tu.
.....
Selepas saja makan malam, masing-masing dah dengan haluan sendiri tapi Shaun masih dengan Sapp dan berada dalam bilik Sapp.
Shaun yang duduk bersebelahan dengan Sapp memilih untuk memeluk Sapp.
"Shaun. Kenapa kau macam manja semacam ni?"
"Aku takut."
"Takut apa ni?"
"Takut Hazel rebut kau daripada aku."
"Kenapa? Kau ada tahu yang dia rancang nak rebut aku ke?"
"Ya."
"Then, halanglah daripada aku kena rebut."
"Tapi kalau kau yang nak, takkan aku nak halang?"
Sapp lantas memegang kedua-dua belah pipi Shaun dan membuatnya memandang Sapp.
"Bukan kau sendiri yang ingatkan aku tak cari lain selama 6 bulan tu ke? Kenapa kau macam yakin aku akan pilih Hazel?"
"Tapi bila-bila masa orang lain boleh ambil hati kau sama ada sengaja atau tak. Aku mungkin hilang peluang nak dapatkan kau. 6 bulan mungkin lama tapi disebabkan tu juga senang-senang orang lain rebut kau."
"Huh."
Sapp menyapu mukanya dengan tangan.
Overthinking dah Shaun ni.
"Maaf, buat kau stress pula."
Mendung dah wajah Shaun.
"Dahlah. Jangan cakap pasal ni lagi. Aku tak suka."
"Okay."
Hening seketika ruang bilik Sapp tu.
Krik, krik.
"Ermm, kau bila ada masa free?" Tanya Shaun, tak mampu dia menahan keheningan tadi. Kekok dibuatnya.
"Entahlah. Kenapa?"
"Kita jalan-jalan?"
"Bila?"
"Kau tentukan."
Sapp berfikir dulu.
Dia nak cari masa-masa kedai takkan sibuk sangat.
"Lusa petang?"
"Okay. Jam berapa nak jemput?"
"Jam dua aku dah boleh keluar."
"Kalau macam tu, sebelum jam 2, aku dah sampai."
"Okay."
"Aku balik dululah. Nanti ganggu kau rehat pula. Jumpa esok."
"Erm, hati-hati."
"Ya."
Share this novel