"Akak. Jom tidur sama."
Terkebil-kebil memandang Carla di hadapan bilik Hazel.
Membawa tidur sama tu.
"Tak boleh. Aku tak izinkan."
"Aku tak cakap dengan kau. Aku cakap dengan kakak aku."
"Kau tak payah nak curi isteri aku. Dia, aku punya. Bukan kau punya."
"Jangan sibuklah. Akak, jom."
"Tak boleh."
Hazel memeluk erat pinggang Sapp.
Dia takkan biarkan Sapp pergi.
"Akak, please."
Merayu dah Carla.
Mampu ke Sapp tahan?
"Tak boleh."
Berkeras Hazel tak nak Sapp pergi.
"Alang-alang dua-dua tak nak mengalah. Jom tidur bertiga."
"Siapa nak tidur dengan budak tu?"
"Siapalah nak tidur dengan baby TUA tu?"
"Kalau tak nak, saya tidur sorang jelah."
"Tak boleh."
Hazel memang nak tidur dengan Sapp.
Ada pula Si Pengganggu tu.
"Kena tidur bertigalah."
"Okay, fine. Kau cepat setuju." Diugutnya Carla.
"Setuju." Dibalas dengan jelingan.
"Okay, semua sepakat tidur bertiga. Saya tidur tengah. Mana-manalah awak berdua nak tidur ya."
Langkah kakinya mendekati katil untuk dia berbaring.
Sekarang dia dah mula mengantuk.
Penat sangat agaknya.
Mereka berdua mengikuti Sapp yang berbaring.
Hazel mengambil tempat di sebelah kiri dan Carla di sebelah kanan Sapp.
Sapp yang sudah menutup mata merasakan gerakan tak tentu arah daripada kedua-dua manusia di sebelahnya.
Tangannya lantas menyentuh pipi mereka berdua.
"Tidurlah. Saya dah mengantuk ni."
"Goodnight." Satu ciuman di dahi untuk Hazel dan
"Goodnight." Satu ciuman di dahi untuk Carla.
Dua-dua terkejut.
Terus tak bergerak langsung.
Mungkin dah faham kalau Sapp betul-betul mengantuk.
Lama mereka berdua berdiam dan yang terdengar hanyalah nafas mereka.
Melalui pernafasan Sapp, nampaknya dia sudah diselubungi mimpi sehingga tidurnya lena sekali.
.....
'Kok.Kok.Kok.'
'Kok.Kok.Kok.'
'Kok.Kok.Kok.'
Bunyi ayam yang berkokok berkali-kali membuat Sapp rimas dan terpaksa bangun.
"Sejak bilalah ada ayam dekat sini?"
Menyoal diri sendiri sebenarnya.
Dan membingungkan bila ada ayam di kawasan perumahan mewah.
"Sorry, kak. Tu alarm saya."
"Lain macam bunyi alarm awak."
"Hehe. Akak sambunglah tidur ya. Saya nak bersiap pergi sekolah."
"Okay."
Dihempaskan kembali tubuhnya ke katil empuk milik Hazel.
Kantuknya masih banyak, mungkin perlu tidur lagi.
Tak semena-mena, ada tangan yang melingkar di pinggangnya dan dia pasti itu Hazel
Dia biarkan saja asalkan Hazel tidak berbuat aneh dengan tubuhnya.
.....
"Carla, kamu tidur mana? Kenapa takde dalam bilik?"
"Tidur dengan kakak."
"Dekat mana?"
"Bilik Hazel."
"Lah, kenapa kacau diorang?"
"Alah, takpe, ma. Bukan berpisah katil pun. Kakak tidur tengah, Carla dengan Hazel tidur sebelah dia."
"Selesa juga ke Sapp tidur?"
"Selesa kot. Kalau kakak tak selesa, itu salah Hazel. Dia tak nak kasi Carla tidur dengan kakak."
"Tulah kamu. Kenapa tiba-tiba buat tabiat nak tidur dengan orang ni?"
"Entahlah, ma. Teringin je."
"Dahlah. Makan sarapan tu. Dah nak perlu sekolahkan."
"Okay, ma."
Hal makanan di rumah tidak perlu dirisaukan bila ada pembantu rumah yang menyiapkan dan Mama Carla tak susah-payah nak masak.
Orang kaya biasalah gitu kan.
"Kakak tak keluar lagi ke, ma?"
"Belum lagi. Mesti dia tak lena tidur semalam, tu yang tidur lagi lama."
"Ih, mama ni. Orang dah kata kakak tu lena je. Carla ni siap tunggu dia dah mendengkur tau tapi taklah kuat mendengkur tu, hehe"
"Yelah tu. Masa kamu tidur, takkan punya kamu terbangun lagi. Kamu tak nampak dia terbangun banyak kali."
"Ih, ma. Janganlah macam tu."
"Alah, mama ni. Hazel ikut perangai mama ae suka mengusik orang."
Muncul dah Sapp dengan baju kasual dan rambut rapinya.
Dia dah siap bersihkan diri dia.
"Mama mengusik sikit je. Hazel tu lain."
"Mana ada. Mama dengan Hazel sama je. Suka usik Carla. Kak, akak lenakan semalam?"
"Lena."
"Hah; dengar tu, ma."
"Yelah."
Muncul muncung panjang Carla sambil menempel dengan Sapp.
"Carla, dah siap ke belum ni? Nak lambat sampai sekolah ke?"
Shaun menyedarkan keadaan Carla yang akan lewat sampai ke sekolah kalau tak gerak sekarang.
"Alah. Bye, kak."
"Bye."
Dengan berat hati, terpaksa jua Carla tinggalkan Sapp.
"Sapp kerja tak ni?"
"Kerja kot tapi lambat pergi."
"Kalau macam tu, breakfast-lah dulu. Hazel mana?"
"Ada dalam bilik."
"Tak bangun lagi?"
"Dah. Tengah mandilah tu."
"Sapp."
"Erm?"
"Kamu dengan Hazel okay ke?"
"Hrm, ikut keadaan okay je. Kenapa, ma?"
"Mama risau kalau kamu ada bergaduh ke apa. Mama akhir-akhir ni risau pasal kamu dengan Hazel."
"Kenapa mama risau? Kami sihat je. Gaduh tu gaduh manja-manja je. Hehe."
"Legalah mama dengar kalau macam tu."
Sapp memberikan senyuman tanpa mama tahu kalau ada maksud tersirat di sebalik senyumannya.
.....
Seusai sarapan, Hazel dan Sapp pulang ke rumah untuk bersiap pergi ke kerja.
Namun, Sapp turut melakukan pengemasan barang-barangnya untuk dibawa keluar.
"Sapp, kau nak pergi mana dengan beg-beg kau ni? Macam nak pindah rumah."
"Memang aku nak pindah rumah pun."
"Kau nak pindah mana? Kenapa kau nak pindah?"
"Mana-manalah aku nak pindah. Lepas tu, aku nak kau ceraikan aku."
"Apa kau cakap ni!? Kenapa tiba-tiba nak cerai?"
"First, kau dah dapat apa yang kau nak dalam kontrak kita. Second, kau tak tentukan masa untuk kita bercerai. Third, aku tak nak ada dalam perkahwinan kontrak ni lagi."
"Kalau macam tu, kita hilangkan kontrak ni?"
"Tak nak. Aku nak cerai."
"Tapi kenapa mesti cerai. Dalam kontrak kita, takde pun kata mesti bercerai lepas aku dah dapat apa yang aku nak."
"Memang. That's mean, kita boleh cerai bila-bila masa. Dan masa tu adalah sekarang. Ceraikan aku!"
"Tak. Aku takkan ceraikan kau."
"Fine. Kau tunggu jelah surat cerai daripada aku."
"Tak!. Sapphire. Kenapa tiba-tiba ni? Semalam, tadi kau okay je layan aku Tiba-tiba kau nak kita cerai? Apa hal?"
"Kau lupa ke aku ni kena BERLAKON baik depan keluarga kau. Apa kau nak hairan. Sekarang apa yang kau nak dah dapatkan, jadi sekarang aku nak bebas daripada kau. Aku dah penat berlakon."
"Fine, kita jadi suami isteri sebenar."
"Aku tak ada perasaan dengan kau. Memang dulu aku ada perasaan dengan kau TAPI dulu, dulu!."
"Tapi Sapphire -"
"Argh! Aku tak nak dengar lagi. Tunggu je surat cerai aku."
"Sapphire. Jangan tinggalkan aku."
"Keputusan aku muktamad. Maaf dengan keputusan sebelah pihak aku ni. Biarkan aku pergi."
Sapphire pergi tanpa dihalang lagi oleh Hazel.
Hazel dapat merasakan kekerasan hati Sapp untuk tetap pergi kerana itu dia tak mampu untuk menghalang Sapp.
Matanya menghantarkan Sapp pergi meninggalkan rumahnya ini.
Share this novel