"Kenapa kau sampai fikir macam tu?"
"Sebelum ni, setiap kali aku nak dekat dengan perempuan untuk hubungan serius, entah dari mana diorang tahu pasal cerita tadi. Buat diorang menjauh daripada aku. Sebab tu, sebelum orang lain cerita, baik aku sendiri cerita."
"Tadi, kau kata Daisy rapat dengan mama dan Carla. Diorang macam Hazel ke? Suka aku sebab serupa dengan Daisy?"
"Aku tak tahu pasal tu. Harapnya tak."
"Okay. Terus, kenapa cerita hari ni? Boleh je kan hari lain?"
"Esok hari terakhir untuk aku ambil peluang yang kau bagi untuk aku. Aku nak kau fikir betul-betul sebelum buat keputusan untuk hubungan kita, lagi-lagi lepas apa aku cerita."
"Okay. Aku akan fikir masak-masak."
"Cerita tadi belum selesai, nak dengar?"
"Nak."
"Lepas Daisy meninggal, keluarga dia selalu ganggu aku dengan Hazel. Diorang tak puas hati Daisy meninggal. Kitorang ada berunding dengan parents Daisy, kata putus diorang, diorang nak adik Daisy ditanggung salah satu daripada kitorang. Dan adik perempuan Daisy pilih Hazel. Kau nak tau siapa adik Daisy?"
"Siapa?"
"Emelly."
"Hah!? Tapi diorang-."
Sapp tak mampu melanjutkan perkataannya.
Tiba-tiba terkejut.
"Ya, diorang couple tapi Hazel cuma jadikan Emelly sebagai mainan dia. Cumanya dia tetap layan macam kekasih hati dia. Dan lagi mengejutkan, Hazel dapat tahu yang masukkan ubat perangsang dalam minuman aku dengan Daisy dan masukkan kitorang dalam bilik sama adalah Emelly. Emelly jugalah yang buat Daisy sampai bunuh diri dan buat deal nak kena tanggung dengan Hazel."
"Apa puncanya?"
"Dia cemburu Hazel tak pandang dia. Bagi dia, dia lebih cantik daripada Daisy dan lebih worth it dengan Hazel."
"Teruknya. Sampai macam tu sekali. Hazel memang takde perasaan dekat Emelly ke?"
"Takde. Selama ni, dia terima pun sebab dia ada iras Daisy sikit."
"Tapikan, masa kitorang kahwin. Nak bersanding. Dia ada spend time dengan Emelly, takkan dia tak suka Emelly kalau macam tu."
"Apa diorang buat?"
"Rasanya ehem-ehem. Sebab dah bergairah sangat dah aku nampak."
"Macam mana kau tau?"
"Hehe. Diorang tak kunci pintu bilik pengantin. Aku nak ambil baju bersanding dalam bilik tu. Aku mana tau diorang ada sana, so, aku serbu masuk je."
"Ermm. Mungkin masa tu dia suka agaknya dengan Emelly tu. Lagipun, dia tau semua rahsia Emelly lepas korang kahwin."
"Tapikan, apa motif dia cakap dia suka aku? Takkan cepat dia berubah hati daripada Emelly ke aku?"
"Mungkin ada yang dia tertarik dekat kau. Aku nak cakap lebih, bukannya pandai baca isi hati dia. Kau berminat nak balik dengan dia ke?"
"Ish, mana ada. Aku dah move on-lah."
"Kalau macam tu, aku mengharapkan khabar baik daripada kau."
"Tengoklah macam mana."
Saja Sapp nak main-main dengan Shaun.
"Janganlah fake hope."
"Mana ada fake hope."
"Yelah."
"Shaun."
"Ermm?"
"Jadi, apa punca kau berhenti minum?"
"Aku tak nak benda buruk terulang lagi. Manalah tahu, ada orang macam Emelly lagi. Sapp, aku nak minta maaf. Aku rasa banyak bohong dengan kau. Lagi-lagi pasal Hazel berhenti jadi playboy. Kalau kau tanya Hazel, mesti jawapan kitorang berlainan. Aku tak tahu nak buat cerita apa."
"Sokay. Aku okay je. Masing-masing ada privasikan."
"Terima kasih."
Tangan Sapp diambil dan dikucup lama.
"Dah lewat sangat ni. Esok kau kerja lagi."
"Ermm."
"Okay, jom aku hantar balik."
"Jom."
Sampah minuman dan makanan mereka diletakkan di tempat sepatutnya iaitu tong sampah.
Tak baik tinggal sampah macam tu je.
"Sapp. Esok balik awal, boleh?"
"Awal? Buat apa?"
"Ingat aku nak bagi surprise? Esok."
"Serius?"
"Ya."
"Yeah. Jam berapa?"
"Jam 5 tapi aku nak kau balik lebih awal supaya kau boleh rehat-rehat dulu."
"Okay. Nanti aku inform Jane."
~~~~~
Waktu kini berlalu pergi.
Pantas sehingga tidak disedari bahawa malam kian mendatang.
Shaun membawa Sapp ke sebuah restoran yang berhampiran dengan laut.
Nyaman dirasakan ketika angin laut menerpa ke tubuh.
"Sapp, cantik tak tempat ni?"
"Cantik." Ujar Sapp dengan bibir tersenyum lebar.
"Jom, aku tunjukkan kau something."
Shaun menarik lembut tangan Sapp ke sesuatu tempat.
Tepat sebelum Sapp benar-benar melihat keadaan suasana di tempat itu.
Shaun berhenti.
"Dah sampai ke?" Tanya Sapp.
"Tak. Aku nak kau tutup mata dulu sebelum tengok tempat tu."
"Tutup mata? Macam mana nak jalan nanti?"
"Akulah jadi pemandu arah kau. Meh aku tutup mata kau."
Shaun ke belakang Sapp lalu sebelah tangannya menutup mata Sapp dan sebelah lagi memegang bahu Sapp.
Dalam beberapa langkah membelok dan maju ke hadapan.
Mereka kini berhenti.
Dingin menerpa ke tubuh Sapp membuat dia pasti mereka berada di luar restoran.
"Sedia."
Shaun mengalihkan tangannya.
Jelas terlihat di mata Sapp terdapat gerbang bunga serta hiasan bunga-bungaan di sekitar mereka.
Lebih mengejutkan, orang terdekat mereka juga ada di sana.
Carla yang muncul entah dari mana, lantas memakaikan Sapp mahkota bunga yang cantik di kepala Sapp.
Lantas Shaun di sebelahnya berlutut sebelah kaki.
Dengan wajah manis, Shaun mengajukan sekotak kecil berisi cincin yang sudah dibuka untuk Sapp.
"Sapphire, sudi tak awak jadi peneman hidup saya untuk selamanya?"
Sapp awalnya terpegun sebelum menjawab "Saya sudi."
Serta-merta riuh-rendah keadaan sekeliling mereka.
Mereka yang menyaksikan turut serta bergembira.
Shaun kemudian mengambil tangan kanan Sapp untuk disarungkan cincin.
Lantas tangan itu dicium.
'BBOOM'
'BBOOM'
'BBOOM'
Beberapa letupan bunga api terlihat indah di langit.
Patutlah Shaun lamar dia di waktu malam, ini tujuan dia.
Sapp yang sungguh terharu tidak menyedari air matanya mengalir.
"Sapp!." Shaun sedikit terkejut melihat Sapp.
"Kenapa ni?" Dia lantas berdiri stabil.
"Takde apapun. Tengah happy ni."
Lega Shaun mendengarnya sehingga dia kembali tersenyum lebar.
Dia turut mengusap wajah Sapp dengan lembut.
Sapp lantas segera mengelap air matanya.
"Hehe. Malunya nangis depan orang."
"Takpe. Takde siapa nak marah."
Dibawanya Sapp ke dakapannya.
Sapp turut membalas dakapan tersebut.
Share this novel