7

Romance Completed 61517

"You, macam mana dengan isteri you? Dia tak nakal-nakal dengan you?"

"Okay je. Dia tak ganggu I pun."

"You tak rasa ada suka dia ke? Yelah, diakan dah serumah dengan you. Hari-hari you boleh jumpa."

"Baby. I tak ada perasaan dengan dia. Walaupun dia serumah dengan I, I tak jumpa dia kalau takde urusan. You pun selalukan dekat rumah I. You tak percayakan I ke?"

"I bukan yak percaya tapi I takut. I tak nak nanti you rapat dengan dia lepas tu lupakan I."

"Sayang, tak. I takkan lupakan you. You jangan overthinking. I tak nak you yang stress sendiri."

"Yelah yelah."

"Ha macam tulah. Malam ni tidur I ya."

"Betul ni?"

"Ya, betul."

"Isteri you tak marah?"

"Dia takkan marah. Lepas ni janganlah panggil dia isteri I. Panggil je nama dia."

"Okay."

"Sekarang dah tengah hari, jom kita makan."

"Jom."

.....

Sepulangnya Sapp di rumahnya, dia diperlihatkan suaminya bersama kekasihnya di ruang tamu.
Dia tak ada bantahan soal itu.
Dia berlalu pergi tanpa sebarang kata.
Pasangan itu juga tidak menghiraukannya.
Sibuk berasmara dana di sana.

Di biliknya, terdapat sekotak besar yang dipenuhi dengan coklat.
Bibirnya tersenyum kecil melihat betapa banyak coklat yang ia dapatkan.
Tahan berapa lamakah kalau macam ni banyak?

Dia kini beralih untuk mandi.
Selesai dia mandi, dia akan makan coklat banyak-banyak.

"Kenapa dia macam tak suka I?"

"Perasaan you je. Okay je I nampak dia tadi. Muka dia memang dingin macam tu dengan I."

"Betul ke?"

"Ye. Dahlah jangan fikir banyak. Sekarang I nak bersiap dulu. You balik tau. Tunggu I balik."

"Okay. You lama tak nanti?"

"Kalau nak diikutkan lama tapi I cuba balik awal."

"Okay."

Manjanya gf Hazel ni.
Cemburu ke tu Hazel nak keluar dengan Sapp?

Sapp sudahpun siap berhias.
Apa yang perlu sudah ia sediakan.
Tinggal nak tunggu jalan lagi.

"Dah siap ke? Lambat betul."

"Sabarlah. Kau nak cepat nak ke mana? Tak lari pun majlis."

"Aku nak cepat sampai, cepat balik."

"Kau fikir kau ke ke nak cepat balik dari majlis tu? Tak menyabar betul."

"Oh, dahlah cepat."

Sapp menunggu hazel di kereta yang menjemput mereka.
Dah macam keluarga ternama nak berjemput-jemput bagai.
Eh, keluarga Benz kan memang agak popular so no wonder lah kalau nak berjemput macam ni.

.....

"Monyok je muka. Badmood ke?"

"Ha'ah."

Shaun tertarik untuk tanya soalan tu.

"Kenapa? Pasal Hazel tu ke?"

"Hrm."

"Dia buat masalah untuk kau ke?"

"Huh. Tadi dia kata nak balik awal, sekarang ni kau tengoklah dia. Berborak lagi dengan kawan dia."

"Alah, biasalah kalau businessman. Mesti selalu bincang pasal kerja. Kalau kau bosan pergilah join geng perempuan berborak."

"Tak naklah. Aku tengah penat, tu yang nak balik awal."

"Kau kerja apa?"

"Urus anak buah aku je."

"Maksudnya?"

"Aku buka kedai makan dan bakery, jadi aku kena urus pekerja aku supaya semua berjalan lancar."

"Apa nama kedai kau?"

"Phire's Bakery dengan Apphi's Restaurant."

"Kalau tak silap, Apphi's Restaurant ada kemalangan kan?"

"Mana kau tau?"

"Aku pernah lalu kawasan kedai kau. Aku nampaklah apa yang jadi."

"Hrmm."

"Nanti aku bawalah Carla pergi restoran kau. Mesti dia suka."

"Nanti datanglah masa aku ada."

"Bila kau selalunya ada?"

"Tak sure pulak."

"Bagi nombor phone kau. Nanti kalau kitorang nak pergi, kitorang kau dulu."

"Okay."

Shaun memberikan telefonnya untuk Sapp simpan nombor telefon dia.

"Kau dengan Hazel okay? Dia tak keluarkan perangai playboy dia?"

"Huh. Okay apanya? Biasa je."

"Korang ada masalah?"

"Takde, takde. Kitorang okay je. Takde masalah pun."

"Okay-lah kalau macam tu. Tu Hazel dah siap. Kau pergilah dekat dia."

"Aku balik dulu."

"Okay."

Sapp pergi mendekati Hazel.

"Dah siap?"

"Ha'ah."

"Dah boleh balik."

"Jom balik."

.....

"You kenapa lama?"

"Tu lambat."

"Cakap satu kali lagi?"
Sapp nak dengar dengan jelas apa Hazel cakap.

"Kau lambat."

"Kau jangan nak mengambinghitamkan aku ae. Kau yang rancak berborak dengan kawan kau. Aku yang kena."

"Oh, takpelah."
Emelly talk nak nanti bergaduh pula kalau perpanjangkan.

Hazel memandang tajam.

"Apa pandang-pandang? Sakit hati? Eleh."
Sapp lantas pergi.
Dia nak rehat.
Lepas tu, dia nak makan coklat.

"Dia memang macam tu ke?"

"Ya. Annoying-kan?"

"Siapa suruh you nak salahkan dia korang lama. Okay-lah."

"You nak menangkan dia kenapa?"

"Lah, salah ke apa yang I cakap?"

"Tak tapi you tak nak back-up I ke?"

"Kalau dia salah, baru I back-up you ya."

"Hrm."

~~~~~

"Puan, puan."

"Hah."
Terbangun Sapp dari tidur dia.
Terkejut.

"Kenapa puan tidur dekat ruang tamu? Bilik puan ada serangga yang puan takut ke?"

"Err. Ada yang binti-bunyi semalam. Sudah nak tidur."

"Nak saya tengokkan ke?"

"Tak, tak payah. Masa malam je ada bunyi-bunyi."

"Jadi selama ni puan tidur sambil dengar bunyi-bunyi tu ke?"

"Tak. Baru semalam pernah dengar."

"Berbaur mistik ke ni puan?"

"Takpelah. Tuan dah bangun?"

"Tak tahu pula saya, puan. Lepas saya datang, saya tak nampak tuan lagi."

"Okay-lah. Siapkan oat saya ya."

"Minum?"

"Teh lemon boleh?"

"Boleh, puan."

Sapp hampir tak tidur semalaman disebabkan aktiviti dua kekasih tu.
Bunyi tu tak boleh nak cover sikit ke?
Nasib baiklah terfikir nak pindah tempat tidur.

.....

'Siapkan makanan untuk berdua?'

'Tuan nak makan sama-sama puan ke?'

'Tak payah sibuk. Siapkan je.'

'Baik, tuan.'

Tak tahanlah Hazel ni.
Dingin je selalu.

"Puan, ni sarapan puan."

"Thank you."

"Puan tak makan dengan tuan ke?"

"Tak."

"Ada orang lain ae?"

"Ha'ah. Diam je. Jangan banyak tanya dekat tuan."

"Oh, okay."

Muncullah Hazel dengan kekasihnya ke ruang meja makan.
Terkedu Naina tengok ada pembaca berita dalam rumah majikan dia.
Seriuslah perempuan sebelah tuan dia tu pembaca berita yang terkenal?

"You makan itu je?"
Emelly cuba berbual dengan Sapp.

"Ya."
Sapp menjawab baik.

"Oh. You kerja apa ya? I tak rasa you businesswoman tapi you macam tahu pasal business."

"Kerja jaga kedai je."

"Kedai apa?"

"Kedai bakery dengan restoran."

"Oh. Gaji you dari jaga kedai tu tak cukup banyak ke sampai you minta banyak duit dengan Hazel?"

"Cukup kot tapi kena fikirlah semua perbelanjaan aku dengan kelengkapan diri aku. Semuanya papa aku yang kasi. Jadi aku tak guna duit gaji aku oo. Terus kena kahwin dengan dia ni, kenalah dia gantikan tugas papa aku. Dahlah dia kahwin dengan aku pun sebab harta, kenapa aku tak boleh kahwin dengan dia sebab harta juga. Jadi jangan nak pertikaikan kenapa aku minta banyak duit dekat dia."

Hah.
Faham ke tak?
Kalau tak faham, Sapp terangkan sampai faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience